26 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 59

26 January 2024

Eh terus skip ke Day 59 ek 🙈 Alkisahnya, start Jumaat lepas (19 January) haritu dah prepare for cuti-cuti Malaysia sempena my birthday sampailah Khamis semalam (25 January). Aterr kalau bercuti-cuti, memang tak lah diet.

Kalau nampak strawberry ni mesti tau dah kita cuti-cuti kat mana 🤭 Alhamdulillah for the memories. Time cuti tak diet pun. Tak fikir pasal diet pun. Nak berseronok je sampailah petang semalam, kita start IF pukul 4.21pm. Dah sampai masa untuk kembali ke jalan yang kurus. Seram nak timbang berat haha. Nantilah timbang lepas seminggu.

For now, kita nak sambung diet relax kan perut dulu hihihi. 

Berjaya IF 16 jam harini and set a new record 😍 Alhamdulillah 🩷 Breakfast harini simple dimple je tak berat macam masa cuti-cuti. Late lunch harini pukul 5pm sebab anak-anak banyak ragam 🥹 Then, Dini mintak buatkan cucur so kita pun ada jamah sekali.

Last makan pukul 7pm tadi and start stop makanlah. Tak IF pun malam ni sebab tak sempat kot esok nak gerak ke Rembau kenduri kawen kawan husband. 

Balik dari cuti ni quite busy memandangkan banyak koleksi tudung nak release. Kita jual 4 brand tudung kan, koleksi baru nak release tarikh dekat-dekat je. Aaa suka semua cantik ya rakan-rakan 😍

Walaupun kita hanya Dropship je tapi banyak tutorial tudung nak upload kat reels IG, banyak katalog tudung nak letak dalam Telegram Channel, banyak gambar nak promote kat WhatsApp story and banyak video tudung nak up kat story IG bisnes kita 🩷 Tu yg best jual banyak brand berbanding satu je. Kita tak bosan bila takde bahan marketing 😂

Dulu jual satu brand je kan, letih tunggu dia nak release yang baru. Tercoming soon coming soon tak jugak release. Sekarang takyah tunggu sebab banyak brand tudung kita jual. Masing2 tak lokek bahan marketing. Almaklumlah Dropship macam saya mana ada pegang stok. Kita promote je 🫰

Okaylah sekian lapuran misi harini ❤️

3 comments:

  1. memang tak dpt nak diet kalau time cuti2...lgpun part of enjoying cuti2 is mkn2 kannnnn

    ReplyDelete
  2. Memang LBH baik dropship ya kak. Tak payah stok barang. Jadi tak menumpuk. Sayang saya tak di Malaysia, kalo tak, nak juga lihat hijab2 yang kak fiqa jual

    ReplyDelete
  3. Tengok strawberi teringat pulak Cameron Highlands .

    ReplyDelete

Thanks for reading