24 May 2024

Gembirakan yang tersayang dengan hadiah gitbox tudung bawal bikin romantis.

Semalam sempat siapkan order customer yang nak hadiahkan kawan-kawannya dengan tudung bawal Moonandstella koleksi Dolce Fleur ni 🩷🤍 Disebabkan kita dah ambil stok tudung yang baru, maka set gift box pun kita sediakan jugak untuk yang nak 'surprise'kan orang tersayang ataupun hadiah untuk hari istimewa macam Hari Guru ke, Hari Jururawat ke, Hari Ibu, Hari Wanita and etc. 

Gift box tema romantis.

Customer order 2 helai tudung untuk hadiah hari jadi kawan.

Koleksi Dolce Fleur code Sophie.

Koleksi Dolce Fleur code Valerie.

Berbeza dengan tema warna gift box sebelum ni, kalini kita buat warna romantis iaitu pink dan putih 🩷🤍 Comel sangat kan? Hanya add-on RM5 je untuk set gift box romantis ni. Apa yang ada dalam gift box ni? 1 gift box berukuran 15x15x5cm saiz muat untuk sehelai tudung sahaja, 1 random cute item, 1 wish card, shredded papers, ribbon, 1 helai tudung mengikut pilihan code (harga tudung RM29/helai).

Before ni kita buat warna exclusive sikit iaitu tema merah dan hitam ❤️🖤 Warna tema ni tidaklah tetap, kita akan ikut stok yang available pada supplier untuk masa tu. But, of course haruslah cantik dan exclusive begini. 

Untuk rakan-rakan yang nak tempah gift box ni, bolehlah tekan gambar gift box di sidebar kanan blog saya ni ok! 

2 comments:

  1. kita bikin romantis...nice & sweet..

    ReplyDelete
  2. Cantik. Semoga Syafiqa berjaya dalam bisnes ye.
    Bila saya cari hadiah, nanti boleh la contact Syafiqa ye, beli tudung dalam giftbox macam ni. Nice..!

    ReplyDelete

Thanks for reading