27 November 2016

Pengalaman Menjadi Sebahagian Krew Event

Assalamualaikum 😊

Sejujurnya, saya memang tak suka crowds. Kemungkinan untuk saya ke event besar macam pergi ke pesta yang dibuat secara besar besaran memang enggak akan mungkin deh. Haha ya, seorang introvert memang perangai dia macam ni. Kurang gemar nak pergi tempat ramai orang especially bersesak sesak ni.

So, nak dijadikan cerita last week on 19-20 November 2016, saya ialah sebahagian daripada krew untuk satu event yang tak la sebesar Mode Republik whatsoever, tapi memang ramai yang akan pergi and pada hari kejadian tu memang ramai sangat hahaha.

Organizer event ni ialah boss tempat saya bekerja sekarang. Konsep event ni ialah preloved. Bila preloved kita tau yang barang-barangnya adalah barang terpakai. Ada yang memang pakai sekali dua je contohnya macam dress semua tu kan.

And kalini boss buat Nothing Above RM50. Imagine la, handbag yang berjenama macam Charles & Keith diorang jual dengan harga yang murah je. Blouse/Top RM19. Kasut pun ada harga RM19. Aksesori semua memang jual harga murah. Mana tak madness semua orang. Haha. Nama event pun Preloved Madness Sale.

Krew ada 80+ orang semuanya termasuk saya dan Iffah ( saya dan Iffah staff butik boss). First time terlibat dengan event ni memang penat dia tak boleh blah. Saya dan Iffah yang sekejap ada sekejap takde kat event ni pun rasa penat (sebab kena jaga butik jugak), apatah lagi boss. Kesian kat boss. Alhamdulillah dengan kerja keras dia, everything went well.

Kalau event, of course kena pergi awal balik pun lewat. Bila dah sampai rumah, tak terkata penat dia. Sampai harini pun terasa lagi penat dia. Heeee.

Even sebulan sebelum event dah busy dengan preparation. Kena sediakan price tag sebanyak 100,000 item. Banyak kan? Tu lah dia pengalaman. Bila tengok orang pergi event tu, happy je diorang sebab dapat beli banyak barang dengan harga murah. Yang menariknya lagi, bukan orang orang muda je datang. Makcik makcik pun ada. They spent about RM200 la seorang. Makcik gigih :')

Bila customer happy, crew yang join pun happy sebab barang diorang habis semua terjual. Tak pernah terfikir kan barang preloved pun dapat sambutan yang begitu menggalakkan. Bagus betul idea boss kite ni.

Selepas event pulak, bertungkus lumus asingkan tag ikut code setiap crew sebab nak buat sales report untuk setiap orang. Masing masing pun dah sakit belakang sakit badan sakit sana sini. Haha 😆 

Sampai saya hari hari pun masuk tido awal sebab nak baring tak larat nak duduk 😂 Apapun, bersyukur sangat sebab dah settle. Alhamdulillah.

Bak kata bos, bila dah niat nak tolong orang habiskan stok stok butik yang off seasons, InsyaAllah akan berhasil bila kita usaha atas nama Allah. Bila dah niat nak gembirakan orang yang dapat beli barang berjenama dengan harga mampu milik, insyaAllah akan dipermudahkan.

Konklusinya, event macam ni memang antara yang terbaik lah yang pernah saya jumpa. Sebab dia ada elemen 'charity' disitu. And event ni ada setiap tahun, boleh follow IG @prelovedmadnesssale untuk tengok kegilaan orang yang datang 😆😆😆

Till then,
Wassalam ❤

2 comments:

  1. Kalau cikna suka sangat 1 of crew event2 ni camtu tp syg bila duk kg t'batas sikit...;-)

    ReplyDelete

Thanks for reading