22 November 2019

Spaghetti Goreng Pedas

Assalamualaikum and hi! :)

Harini takdelah nak share resepi pun. Saje nak bercerita pasal spaghetti ni. Haritu husband tanya, yang saya masak ni apa nama resepi nya.


Actually spaghetti goreng ni inspired dari Olio Aglio. Saya suka masak spaghetti macam ni sebab bagi saya kena dengan tekak melayu. Hihi. Kalau yang original nya tasteless sebenarnya. Bahan dia mudah je. Kalau saya, makan macam ni memang kenyang dah. Tambah pulak pedas pedas cili padi hihi lagi syok makan.

Bahan bahan yang saya guna simple je. Bawang putih, cili padi merah dan hijau, kiub pati ayam, tomato, minyak masak, spaghetti Kimball, sos tiram, sos tomato, sos cili, air sikit dan broccoli. Saya alter resepi asal jadikan dia sedap ikut selera saya.

Sometimes bila dah bosan makan nasik, saya suka masak spaghetti ni. Antara spaghetti lain yang jadi favourite saya ialah spaghetti carbonara or alfredo. Uihh yang tu kalau dapat kat saya, siang malam pun boleh. Sedap betul 😋😋😋

Saya kurang gemar spaghetti merah macam bolognese dan seumpanya tu. Sebab masam dan tak pedas. Kalau saya buat sendiri memang tambah cili api. Cakap pasal bolognese, dah lama tak buat lasagna 😍 Dulu saya suka buat lasagna dengan menggunakan roti sebagai pengganti kepingan lasagna tu. Of course, tambah cili api 😍 Alaahh teringin pulak!


Makan berdua dengan husband. Buat banyak untuk bawak tapau ke rumah mertua 🤗🤗🤗 Agak agak mak mertua saya suka tak? 😝 Both my parent in law tekak melayu, husband saya pun. Kurang sikit western western ni. Saya tekak melayu okay, tekak western pun ya.

Even my Mama pun kurang sikit spaghetti ni. Dia lebih suka mee goreng masakan saya. Tak sabar pulak nak balik kampung next month. Bawak Dini jumpa Opah dia.


20 November 2019

Baby Carrier Boba 4G


Assalamualaikum and hi! :)

Haritu husband ajak keluar. Kebetulan dia off day dan ada plan nak lunch dengan ex colleague dia. Janji nak berjumpa di MyTown Cheras. Saya pun onz je since dah lama tak keluar jalan jalan. Husband pun asyik bekerja je.

So haritu saya bagi peluang pada husband untuk menikmati me time and catch up bersama ex colleague dia sementara saya bawa Dini jalan jalan dalam mall. Of course banyak benda nak borak sesama diorang dan saya taknak jadi kayu pulak kat situ hahaha!



Saya bawak Dini dalam baby carrier yang diwarisi dari kakak sulung saya. Boba 4G ni memang saya tahu brand baby carrier yang best dan mahal. Dulu tahun 2014 saya pernah bekerja di sebuah butik ibu dan bayi. Dari pengalaman bekerja hampir 6 bulan kat situ yg membuatkan saya banyak tahu pasal persediaan ibu dan bayi. Umur saya masa tu baru 22.

Masa tu harga Boba 4G ni dalam RM400-500. Sekarang saya tak tahu la berapa. Memang Boba 4G ni kuaiiti dia terbaik bagi saya. Menepati ciri ciri baby carrier yang selamat untuk bayi.

Untuk yg dah ada baby kena tahu tau perkara ni. Kaki baby tak boleh tergantung kalau duduk dalam carrier, mesti bentuk M. Baby kena dalam posisi perut ke perut dengan kita, bukan bahagian belakang dia kat perut kita. Kalau dari sisi, badan baby mesti berbentuk C. Gittew.

So pemilihan baby carrier sangat penting. Alhamdulillah dapat merasa pakai baby carrier yg berkualiti mcm ni since kakak pun dah takde plan untuk tambah anak lagi. Hihi.

Saya and husband belum ada kereta. So pergi MRT naik motor je. Memang rasa sangat secure bila bawak baby dalam Boba 4G ni. Even dalam MRT nak turun ke station Cochrane pun, Dini tido lena je dalam carrier sebab dia rasa selesa.

Buckle dia sangat tahan lasak. Kalau tak silap dulu yg saya tahu buckle dia ada warranty. Kain pun jenis kain yang tahan lama dan tebal. Nak kata Dini rimas duduk dalam tu tak jugak, dia rilek je tido atas motor. Saya start pakai Boba 4G ni masa Dini dah 4 bulan. Boba 4G ni mcm tak sesuai sangat utk newborn hingga 3 bulan.

Katanya boleh, tapi saya rasa kalau saya tak pakai kot utk newborn. Takut rimas and tulang baby belum cukup kuat masa tu.


After husband saya dah selesai bersosial, and saya pun dah makan, dah susukan Dini, dah tukar pampers bagai, tibehhhh Mama kirim beli tupperware IKEA pulak. Jadi, menyinggah la kami kejap ke IKEA beli tupperware buat ibunda. Tengah dalam perjalanan nak ke section tupperware tu lalu pulak kat FIKA ni. Sama pulak dengan nama saya hihi. So mintak husband snap jap ootd saya.

FIKA tu maksudnya “mengopi” dalam bahasa Sweden. Sajalah nak seru pembaca yang nak FIKA with Piqa. Kerja saya ialah membantu rakyat Malaysia untuk menyediakan takaful sebagai dana kecemasan dan juga sebagai legacy yang boleh dihibahkan pada pewaris,

Boleh contact saya melalui whatsapp 014-8429745 untuk set appointment ☺️☺️☺️
Jomlah mengopi kat IKEA best gak kan. Ihik.






19 November 2019

Nasi Bamboo Sg Klah

Assalamualaikum and hi! :)

Kalau dulu masa single, drive sorang balik Batu Gajah, Perak, memang selalunya saya akan keluar tol Tanjung Malim dan guna jalan lama. Hihi nak jimat duit tol. Bila guna jalan lama mesti akan lalu restoran yang famous ni iaitu Nasi Bamboo Sg Klah.

Setiap kali lalu mesti nampak banyak kereta parking, sehingga ke tepi tepi jalan utama. Signboard dia bukan main besar. Ramai jugak pengunjung dikalangan riders yang singgah makan kat sini sebab tengok motor besar diorang bersusun je park kat tepi.

Tapi kan sekalipun saya tak pernah singgah. Haha! Kisahnya, awal November haritu join family in-law hantar rombongan meminang. Cousin husband nak bertunang. Rumah bakal pengantin perempuannya terletak di Teluk Intan. Balik dari Teluk Intan, cousin husband bawak singgah makan Nasi Bamboo ni. Dalam hati saya berkata, “wow rezeki 😍”.


Apa yang boleh saya review tentang restoran ni ialah memang patut la ramai yang suka makan kat sini. Ternyata sedap dan menyelerakan! Siapa pernah singgah? Mesti tau kan kesedapan lauk pauk kampung nya.

Nasi tu wangi sangat, dibalut dengan sejenis daun yang berbau harum dan dikukus dalam buluh. That’s why nama dia nasi bamboo.

Lauk pauk macam macam jenis boleh rambang mata weh! Masa tu husband yang ambikkan lauk pauk, saya terus duduk di meja dan layan Dini. Macam yang dapat dilihat dalam gambar tu, yang paling sedap ialah kambing masak kicap kat belah kiri bawah tu. Actually, tak pasti nama resepi tu. Tapi memang sedap. Takde rasa kambing sangat.

Servis pun pantas dan mesra. Ramai tau staff dia. Restoran pun macam macam ada. Aiskrim durian pun ada. Tapi, agak panas sikit sebab open air kan. Tapi cukup berangin.

Makanan macam ni lebih sedap kalau makan beramai ramai. Haritu konvoi 4 kereta, memang syok ☺️

If ada yang nak makan jauh sikit dari KL, try la Nasi Bamboo Sg Klah ni. Waze je, tak susah carik sebab memang tepi jalan je.

P/s: Allah swt selalu mendengar isi hati hambaNya dan selalu memperkenankan doa kita yang mungkin kita pun dah lupa kita pernah minta. Terima kasih, Allah. Allahuakbar. Allah Maha Baik.

18 November 2019

Comeback Giveaway by Farah Farhana

Assalamualaikum and hi! ☺️

Haritu kan konon je nak aktif blogging tapi tengoklah.. Tak update jugak 😂 Well, ada masa terluang ni saya pun jenguk la blog. Nak update takde cerita terbaru nak share. Then, saya usha Reading List. Ramai yang update dan sentiasa ada topik. Bagus betul. Saya blur nak buat apa sejurus membuka blog ni hahaha.

Then, I scroll je Reading List sampai jumpa Giveaway yang menarik ni. Decided to try my luck here!


But how to tag orang eh? Apasal saya buat tak jadi apa?

Anyway, harini nak blogwalking 🤗 Dah lama tak spend time doing all this. I just need some break from everyday normal routine today. Kalau nak join, klik pada banner.

Have a nice day! ❤️