28 April 2020

Tips Masak Kuah Laksa Sarawak Yang Padu Sedapnya!

Haritu beli pes laksa sarawak daripada telegram channel salah seorang kenalan saya. Punya excited, saya grab terus 3 paket. Sebenarnya belum pernah lagi masak Laksa Sarawak sendiri. Selalu makan kat restoran je. Antara restoran Sarawak delicacies yg saya suka kat KL ni ialah Dayang Sarawak Corner di Ampang. Dekat dengan rumah.

Puasa Day 2 haritu saya try buat. Saya ikut resepi cara masak dari Youtube. Masak semasa berpuasa kan tak boleh nak rasa. So kita agak agak je. Bila waktu berbuka tu rasa kecewa sebab tak sedap hahahaha! Rasa kosong, takde kick dan tak padu.



Saya pos gambar Laksa Sarawak tu kat Instagram. Ada yang komen bagi tips 😍 Tips ni dari sepupu arwah ayah saya (Sarawakian live in Kuching) dan juga seorang rakan sekolah saya di Kuching dulu.



Tu lah nak cerita ni tips nya. Sebab ramai yang share resepi, tapi jarang yg ada share tips macam mana nak dapatkan rasa 'kick' sesuatu masakan.

Tips #1: Guna air rebusan udang

Kopek udang siap siap. Kulit dan kepala udang tu kita rebuskan dalam periuk asing demi mendapatkan pati udang yg harum dan manis tu. Can you imagine, the kepala udang tu kan peh rasa manisnya sebati dengan air rebusan tu nanti.

Rebus la lama sikit dalam 30 mins sampai kita yakin kuah dia tu bila kita bau, rasa dia menusuk ke kalbu. Tapis air rebusan udang tu dan mix sekali dengan air rebusan ayam. Kepala dan kulit udang tu buang la. Ambil air je.

Bertambah padunya.

Tips 2#: Tambah susu cair

Bila tengok resepi, kebanyakannya takde pun yang tambah susu cair. Percayalah, kalau tambah memang akan buat kuah laksa sarawak kita rasa lemak manis dan sedap sangat dan kawww!

Untuk 2 paket laksa sarawak jenama Hj Manan, saya guna lebih kurang setengah tin susu cair. Tapi actually korang kena seimbangkan jugak dengan santan dan air rebusan tu.

Maksudnya, masa rebus ayam dan udang, tak perlu air yg terus banyak. Masa rebus tu letak air secukup rasa je. Later on, boleh tambah air jika perlu. Kalau tak nanti, tak berasa rempah pes dia nanti.

Tips 3#: Rebus ayam bahagian yg bertulang juga

Biasanya dalam resepi akan guna dada ayam je. Kan nanti dada ayam tu akan dicarik carik as the condiment for the laksa. Tapi, saya guna jugak kepak ayam, bahagian thigh, kaki ayam dan seumpamanya untuk menjadikan kuah laksa saya lebih paduuuu.

Isi ayam tu saya carik utk jadikan condiment. Kulit, tulang, kaki ayam tu saya masukkan balik dlm kuah laksa dan biar je dia mereneh lama dalam tu. Sedap tau ratah ayam tu bila kuah laksa tu dah habis haha.

Kalau nak hidang, ambik kuah je. Jangan cedok sekali dengan tulang tulang tu. Penyedap rasa je tulang tulang ayam ni.

Tips 4#: Hidang dengan sambal udang dalam tin

Actually, orang hidang dengan sambal belacan. Tapi saya suka guna sambal udang dalam tin tu. Rasa dia pehhh 😍 Ayah Dini pun suka. Terserlah rasa udang tu, shine bright like a diamond.

Tips 5#: Masukkan sekeping asam keping

Kawan sekolah saya bagi tips ni. Bila dah nak setel tu, masukkan asam keping sebutir. Katanya lagi, kuah tu kalau biar semalaman and esok baru makan, rasa dia lebih paduuu.

Tips yg ni saya belum try lagi sebab masak untuk berbuka kan. Nanti saya try tips yg ni.


Gambar ni, Ayah Dini packing siap siap all the condiment dalam plastik untuk dihantar ke family in law saya. Saja cuba cuba masak and bagi family in law rasa. Bila ikut tips semua tu, barulah kuah laksa sarawak saya sedap lagi padu 😍 Alhamdulillah lepas ni boleh buat lagi.

The condiment:

Isi ayam rebus yang dicarik
Udang yang direbus
Telur dadar yg digolong dan hiris
Taugeh yg siap dicelur
Fishcake (optional)
Daun ketumbar (wajib!)
Limau kasturi
Sambal udang dalam tin

Nak buat laksa Sarawak ni ambil masa lama. Saya start lepas Zuhur sampai ke lepas Asar baru siap hehe. Kerja nya banyak sebab condiment pun banyak.

Okay, itu saja tips yg boleh saya share buat panduan semua. Disclaimer: Setiap orang ada citarasa berbeza. Mungkin tips ni okay dengan citarasa kita, mungkin juga tidak. Apa pun try je dulu sampai dapat buat ikut citarasa sendiri 😘

Till then.

2 comments:

  1. Assalam sis.. sambal udang tu brand apa?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Rasa mcm brand adabi kot. Tak ingat pulak haha.

    ReplyDelete

Thanks for reading