21 November 2023

Dini Zulhairi : 1-month-old

Harini dah 42 hari dalam pantang. Tinggal lagi 2 hari nak habis pantang tapi rasa macam nak sambung 60 hari sebab rasa macam belum sihat betul. Tapi sebenarnya takdelah pantang strict sangat pun cuma masih dalam tempoh masih berjaga-jaga sebab perut rasa masih ngilu. Rasa macam luka dalaman czer tu belum baik betul lagi. Huhu.

Baru balik dari klinik jap tadi bawak my 2nd born check up sebulan. Timbang berat (dah naik 4.62kg), ukur panjang (naik ke 56cm), follow up prolonged jaundice dia. Alhamdulillah everything is normal and fine. Cuma result thyroid dia tak keluar lagi. Next check up doktor akan follow up semula.

And for me, post-natal check up. Everything okay. Tapi dua hari lepas dah keluar first period after bersalin. Doktor kata cepat jugak. I semalam dah sedikit panik takut ada pendarahan ke luka czer tu, tapi alhamdulillah period je. Rasalah senggugut sikit and ada seketul jerawat besar dibawah bibir. Iskkk.

Next check up Adik Dini akan dapat vaksin and kita pulak akan insert iucd. Wahh nervoussss! Moga baik-baik saja nanti. Dia macam entahlah tetap nervous biarpun before ni dah pernah guna iucd sebelum mengandung 2nd baby ni. Tiap kali check up pun mesti nak nervous jugak haha!


Gambar kenang-kenangan si baby dengan acik CL saya haritu. After 10 days of berurut + tungku alhamdulillah badan dah rasa tak sakit-sakit lagi, rasa segar, bertenaga, ringan, lenguh semua kurang. Best acik ni urut 👍 


Tengoklah muka anak-anak saya time newborn, macam difotostat je 😆 Sama sungguh! Adik je nampak bulat sikit. Abang dia dagu lekuk. Adik mata lebih sepet berbanding Abang. Almaklumlah, time Abang dalam perut suka tengok Siti Nurhaliza. Time Adik pulak suka tengok IVE (Kpop girl group). 


Yang ni bila dah usia sebulan. Pun sama rupa hahahaha. Lagi-lagi botak dua-dua time ni 😆 ihhhh geram ommi tengok! 

Begitulah update terkini kisah tempoh dalam pantang saya 🩷 Alhamdulillah dah tak beremosi teruk sangat dah boleh handle. Moga mood Ommi sentiasa tenang, jiwa tenang, fikiran tenang, hati tenang semasa menjaga kedua-dua anak Ommi ni 🥰 Walaupun selalu bertukar menjadi mak kau hijau, tapi takpe, begitulah kehidupan. Setiap saat kita belajar erti kesabaran dan berlapang dada dengan perkara yang remeh dan fokus je pada perkara yang perlu difokus. 

Till next update! Btw, untuk giveaway gift box tudung haritu, haaaa setiap yang join and drop email akan dapat tau gift box. Cuma kena tunggu kita email mintak details postage je okayyyy! Ambik masa sikit since masih nak adapt dengan life mak anak dua 😁

4 comments:

  1. Semoga baby dan ibunya terus sihat

    ReplyDelete
  2. Geram tengok baby hehe...
    Take care mak anak dua :)

    ReplyDelete
  3. Alahai comey nyer baby tiba2 rindu nak bau baby lagi huhuu..
    Wife saya kalau pantang 60 hari.. lagi2 masa yg first tu czer mmg kene 75 pantang.
    Mungkin seawal 40 hari ada org nampak sihat dan pulih tapi dalam belum tentu so lbh baik berpantang lbh lama untuk masa hadapan yg lebih elok .. itu saya lah hahaha :P

    ReplyDelete
  4. take care!! tgk baby u ni teringat lah zmn2 my babies kecik2 dulu2 hehehhe

    ReplyDelete

Thanks for reading