5 November 2023

Pantang Day 26 : Self-love

Kalau before ni selalu je cerita kita punya emosi tak berapa ok masa berpantang kan? Bila fikir balik, kalau dilayan emosi tu memang takkan pernah baik pun. So today kita decide daripada fokus dengan masalah, lebih baik fokus dengan my recovery phase and amalkan lebih banyak self-love. 

Kita decide nak:

1. Buang segala overthinking yg buruk-buruk. Gantikan dengan berfikiran positif dan yang baik-baik je. Meskipun, kadang-kadang yg buruk tu jugak nak fikir. Almaklumlah, hanya manusia biasa, terkadang asyik terhanyut dengan hasutan syaiton.

2. Pasang zikir dan bacaan al-Quran 24 jam kat rumah supaya boleh tenangkan hati dan jiwa yang berkecamuk ni. Hanya Allah set je yang mampu membuat hati kita tenang, kerana Dia adalah satu-satunya sumber ketenangan kita. 

3. Makan makanan yang sihat untuk proses recovery selepas czer ni and enjoy jugak makanan yg saya suka 🩷 I am food lovers. Makanan yg saya suka jugak membuatkan diri saya happy. Mood booster gittew. Asalkan makan secara sederhana, cukuplah kan. 

4. Make sure myself feel clean and tak selekeh everyday. Meskipun dalam tempoh berpantang and jaga newborn baby ni cenderung untuk selekeh, but I will try practice self-love jugak in between. Kerana diri saya begitu berharga. Kena rajin mandi, rajin sapu lotion, rajin buat skincare rutin, rajin sapu lotion panas bila sakit sakit badan. Kadang-kadang bukan sebab takde masa, kadang-kadang tu sibuk sangat tengok socmed wkwkwkwk jadi kurang masa. So kurangkanlah tengok socmed and cermini diri sendiri je lepas ni ahakz. Kurangkan screen time, tengok phone bila perlu sahaja. Lebih baik on tv tengok tv je.

Setakat ni, itu je lah terfikir. Korang ada idea lain tak untuk self-love? Kalau tengah sedih, takde mood apa korang akan buat? 

Bukan apa, saya ni selalunya cenderung tersakitkan hati orang sekeliling bila tengah moody. Kesian orang sekeliling saya. I love them all 🩷 Taknak lagi menyusahkan hidup and mental orang lain dengan perangai diri sendiri.

Btw, thank you pada yg selalu drop komen kat entry saya yg before before ni. I love my blog friends 🥰 Like, seriously. Saya suka circle disini. Nanti saya blogwalking ke blog korang pulak. Spending more time on my blog instead of other socmed is one of my self-love jugak kot ♥️

4 comments:

  1. Memastikan diri sendiri selalu bersih memang sangat ampuh untuk buat good mood kak 👍. Rasanya beda di saat diri kita bersih , apalagi pakai wewangian yang kita suka. Makanya saya selalu jaga mood dengan parfum fav juga.

    Selain itu sesekali chat dengan teman2 dekat, atau update blog dan BW, itu pun selalu bikin saya happy. Dulu saya juga sering minta suami untuk jalan2 sekejab naik mobil, hanya kliling komplek atau dekat rumah pun jadi. Yang penting bisa refreshing sejenak ☺️. Baby kebetulan waktu itu ada babysitter, jadi sesekali memang dia yg jaga kalo saya nak me time sekejab.

    ReplyDelete
  2. selamat berpantang. jaga diri jaga kesihatan yea

    https://zzzyy.blogspot.com/2023/11/hadiah-giveaway-gift-box-tudung.html

    ReplyDelete
  3. saya sebagai seorang yg bergelar suami amatlah faham bila wife moody time pregnant sampai sesi berpantang .. Kene layan jer la.. Kene main kan peranan.. jaga emosi paling penting..

    ReplyDelete

Thanks for reading