2 November 2023

Pantang Day 23

Long time no write here. Busy adapting new life as mom of two boys. Pantang kalini banyak siri air mata 🥲 Dari mengandung, bersalin ke berpantang. Ada je benda buat susah hati. 

Apa khabar luka czer untuk kali kedua operate ni? Rasa dia lambat sikit baik berbanding yang first dulu. Semalam pergi jumpa doktor kat KK bagitau ada darah sikit keluar kat area luka bahagian paling kanan. Tapi doktor kata takde apa. Healing process je tu. Harini ada lagi sikit keluar. Entahlah normal ke tak. Huhu. Harap takde apa lah. Mungkin tak boleh susukan baby duduk, kena baring supaya tak letak beban berat kat atas perut buat masa ni.

Apa khabar kuning baby? Baby ada prolong jaundice. Dah 3 kali cek, tetap stay kat 6, tak turun ke 5 dan kebawah. So Rabu depan kena buat blood test yang advance sikit nak tengok fungsi dalaman dia ok ke tak. Moga baby baik baik saja. 

Berat dia pun dah naik ke 4.02kg semalam. Kuat menyusu baby boy yg kedua tu. Mujurlah sekarang dah takde bengkak susu macam awal dulu. Peh sakit dia fuhhhhhhhh.

Tudiaaa my Dini Zulhairi. My second born. My second sonshine. My sepet son. Dua-dua anak I takde eyelid. Sepet for lyfe wkwkwkwkw.


Ini Dini Zulqarnain 🩷 My first born. My first sonshine. Who loves chocolate just like me. Kek batik sokmo dia mintak. Kita belum cukup larat lagi nak buat kek batik untuk dia. Beli kat kedai je la dulu eh.

Btw, time berpantang and menyusukan ni lapar 24 jam. Asyik rasa nak makan je. Breakfast, brunch, lunch, tea time, dinner, supper semua I tapau 🥲 Janji mengunyah. 

Takpelah kan, nanti anak dah 6 bulan boleh dah slow slow sambung projek suku suku separuh and weight loss kita 😄 Buat masa ni nak gembirakan diri dulu, meskipun banyak siri kesedihan dan gangguan emosi yang berlaku. I cuba untuk berlapang dada dengan setiap perkara yang tak berlaku seperti yang kita mahukan. Moga Allah swt gantikan dengan sesuatu yang lebih baik 🤲

Ada lagi 21 hari nak habis tempoh berpantang. Korang berpantang selalunya berapa hari? Cuba share sikit berapa hari berpantang dan apa yang dipantangkan? Nak jugak kita amalkan mana-mana tips yg dirasakan sesuai untuk saya. 

7 comments:

  1. linda selalunya habiskan 44 hari jugak...mmg berstokin n berbengkung lah...bab makan tu, xd lah pntang sgt...lg2 kalau sambung pntang dekat rumah sendri...hahaha

    ReplyDelete
  2. sekejap je dah 23 hari...baby pun dah nampak macam budak besar,jangan stress2 ye fiqa enjoy the moment

    ReplyDelete
  3. subhanallah... comeinya baby... alhamdulillah..selamat semuanya dah...
    dah haft way pun dah berpantangnya kan...
    emmm.. MA dulu pantang 44 hari but masa Iris prolong jaundice jugak..so mcm x pantang pun ada sbb manjang kuar je walaupun gi sepital je kan...
    apa pun..semoga yg baik2 saja ...aamiin

    ReplyDelete
  4. Enjoy & embrace your new journey, takmau stress² k... fokus je pada perkara yg buat kita happy :)

    ReplyDelete
  5. moga cepat sembuh luka czer tu. seram baca.kakLM sekali je czer pun dah seram masa dak aish dulu

    ReplyDelete
  6. Memang Cesar kedua agak lebih sakit dan lama sembuh kak. Saya pun mengalami yg sama. Sampai menangis waktu itu, tak bisa bangun . Kata dokter wajar, Krn luka lama dibuka kembali. Butuh waktu utk healing.

    Semoga mood kakak membaik, dan bisa happy lagi yaa. Emosi memang sedang naik turun saat baru selesai lahiran.

    Saya tak ingat pula pantang berapa hari 🤣🤣. Apalagi saya tipe yg suka melanggar juga 😅

    ReplyDelete
  7. selamat berpantang tau!! MZ sbb berpantang kat kampung, so biasanya memang kena cukupkan 40 hari...my mom yg jaga kan, so memang time bermanja2 laaaa rindu laaa moments berpantang ni ;)

    ReplyDelete

Thanks for reading