17 October 2023

My 2nd Pregnancy Journey: Kisah Pengalaman Bersalin Kali Kedua

Assalamualaikum and hi 🩷

Alhamdulillah saya dah genap seminggu bersalin. Harini baru rasa kuat sikit nak bercerita disini 🥰 

My 2nd bundle of joy ♥️

Today: His 7th day of life. 

He decided to come out on his EDD (40 weeks) which is on 11 October 2023 | 4.59pm | 3.22 kg body weight | 55 cm height | Emergency Czer

Disebabkan kita tak berpeluang nak update kelahiran abang dia dulu kat blog ni, kita nak letak sekali. Bukan untuk compare, tapi untuk kenangan 🥰

Abang Dini: 

He decided to come out on 38 weeks which is on 24 June 2019 | 2.31pm | 2.51 kg | 55 cm | Elective Czer (baby breech)

Kronologi bersalin kali kedua:

9 Oktober 2023 | Ada appointment kat KK macam biasa. Tapi pagi Subuh tu macam dah rasa sakit. Sikitlah. Disebabkan tak pernah rasa contraction sebelum ni untuk kelahiran pertama, jadi tak tau la kan rasa sebenarnya. 

Kita pergi je check up macam biasa. Puan Nurse and Puan Doktor cek macam biasa and advice kalau ada rasa sakit yg lebih kuat, terus pergi je CAC Hospital Putrajaya. So kita tunggu je lah sampai esok pagi.

10 Oktober 2023 | Pukul 3am terjaga sebab rasa sakit tu makin kuat. Kita tunggu sejam, okay makin sakit tapi takde tanda air ketuban pecah or any bleeding kelihatan. Kami siap-siap, gerak ke Hospital Putrajaya pukul 5am. Time ni rasa sakit tu dalam skala 1/10 la gitu.

Sampai CAC, doktor pun cek bukaan dah 2cm. So dah terus kena warded. Dalam pukul 6.50am macam tu lah masuk ward bersalin. 


SPRM building view diberinya pada kita 😆 Dalam wad masa ni kita sorang je baru. Takde roommate lagi. Satu bilik 2 orang je and toilet kat dalam bilik. Selesa sangat suasana Hospital Putrajaya ni. Lepas kita dah admit wad, Ayah Dini and Dini pun balik untuk berehat sebab bangun pagi awal giler kan.

Sepanjang dalam wad ni macam biasalah cek blood pressure, cek perut, cek bukaan. Time doktor tak round ward kita banyakkan berjalan je. Time ni sakit dah skala 2/10 lah gitu. Sakit tapi masih boleh tahan lagi. Tapi tido malam memang tak lena ya. Bila malam sakit tu dah jadi skala 3/10 pulak.

11 Oktober 2023 | Pepagi subuh doktor dah panggil cek bukaan. Ok dah hampir ke 3cm. Lambat ya bukaan saya nak dilate ke 10cm. Sakitnya dah makin kerap datang. Then, pukul 11am cek lagi bukaan. Dah pun 4cm. 

Pastu bermulalah detik-detik menggentarkan sebab nak ditolak masuk Labour Room dah. So nurse masukkan ubat suruh berry dulu, pecahkan air ketuban bagai. Terus dihantar ke LR. Peh, sakit jadi bertambah ke skala 5/10.

Dalam LR, diorang tanya nak epidural ke? Kita mintak je lah atas nasihat doktor kat wad bersalin tu sebab menurut machine, contraction kita kuat. Before pasang epidural, nurse masukkan ubat untuk kuatkan contraction. Bapak ah makin sakit rasa naik ke skala 6/10. 

Pastu diorang pun pasang tube epidural. Sementara tunggu epidural tu nak berkesan, sakit tu dah jadi skala 7/10. Dah hampir menangis dah uwaaaaa. Sakitnya contraction oi! 

Tapi, CTG baby tetap tak cantik. Kita dalam LR daripada pukul 11am sampai pukul 3pm lebih, bukaan masih 5cm je. Contraction dahlah kuat, masih terasa manjanya walaupun dah on epidural. Doktor pakar bagi masa sejam je, monitor CTG lagi kalau tak ok jugak, emergency czer jawabnya 🥹

Menurut machine, contraction kita kuat. Setiap kali contraction datang, CTG baby pulak tetiba turun. Yang tu membuatkan kita tak dapat deliver baby vaginally. Bila dah sejam, CTG tetap tak cantik, terus kena tolak masuk OT.

Maka keluarlah baby tepat jam 4.59pm. Dalam OT kita ngantuk sangat. Sedaya upaya tak kasi diri terlelap. Terdengar suara baby nangis cukup lega dah. Bila nurse tunjuk baby, rasa sebak je huuuu 🥹 Lama jugak dalam OT lepas baby dah dibawak ke wad bersalin sampai terlelap kita.

Dalam pukul 7pm baru setel semuanya and kita pun dikembalikan ke wad bersalin. Tak lama lepas tu baby pun sampai. Masa tu masa melawat dah habis. Mujur Ayah Dini sempat tengok baby kejap. Huhu. Dalam LR Ayah Dini ada teman. Dalam OT memang tak boleh. 

Kita kena baring je kat katil selama 6 jam sebelum boleh bangun. Doktor letak baby sebelah kita untuk disusukan. Sepanjang malam dia dengan kita 🥰 Akhirnya dapat jugak peluk cium baby.

Alhamdulillah setel beranak. Lega rasa.

12 Oktober 2023 | Bila nurse dah cek apa patut disubuh hari, kita pun disuruh bangun. Tapi tak boleh terlalu drastic pergerakan sebab nanti mual effect ubat bius. Tapi pagi tu memang rasa melayang sikit kepala. So kita duduk je lah dulu kat katil. Sakitnya terasa tempat luka czer yang dah dua kali czer tu 🥹 Nurse bagi ubat tahan sakit and lama-lama beranilah turun katil and berdiri serta berjalan slow-slow. Fuhhh ngeri memikirkan keadaan dalam perut i lepas operate haritu. 

Setiap kali doktor round ward, mesti tanya merancang macam mana lepas ni and nak guna apa? Haaa risau kan sebab dah dua kali czer. Of course kita akan guna iucd macam lepas bersalinkan Abang Dini. Ngeri ku memikirkan kalau termengandung lagi oi 🥹

Lepas czer dua kali, yg ketiga mmg confirm czer and terus ikat.

13 Oktober 2023 | Baby ada kuning. Kita dah boleh discaj, baby je taktau sebab kena tunggu result darah dia kan. Tunggu punya tunggu, pukul 7pm barulah dapat tau result. Lega sangat baby tak perlu warded sebab kuning dia taklah teruk sangat. Maka, pulanglah kami ke rumah malam itu 🥰

Nak bagi rating berapa untuk kedua-dua pengalaman bersalin?

Haa kat sini baru kita compare:

Abang Dini - skala 8/10

Adik Dini - skala 10/10

Nantilah nak share jugak kenapa skala dia macam tu 😆 Tak larat nak menaip dah ngantuk jadi zombie sejak Isnin lepas lagi.

Terima kasih saya ucapkan pada yg mendoakan saya 🥰🌸

9 comments:

  1. Alhamdulillah.. Tahniah for the newborn... Seronok tgok org pegnen... Tp, linda tak nak pegnen dah.... Dah lena tido xd anak kecik nie haa... Hihihi...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..congrats on new baby .. syukur semuanya selamat..
    have a good rest & selamat berpantang..pelan2 nanti leh share story semua.. best nya ada baby...emmmm

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah dengan kelahiran baby yang ke-2. Semoga semua sihat dan selamat berpantang.

    ReplyDelete
  4. congrats on ur new baby!! part bersalin on the due date--sama mcm my zharfan, kuar betul2 on the EDD hehehhe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah!
    Syukur semuanya dipermudahkan dan selamat.
    Take care & selamat berpantang.

    ReplyDelete
  6. Congraaaaats kak syafiqa 🤗❤️🎉🎉. Cepat pulih kembali, dan semoga baby sehat dan semakin kuat.

    Jaga dulu makan dan segala pantangan yaaa. 🤗.

    ReplyDelete
  7. congrats on your new baby! best jer MZ baca ur entry ni..sambil mengimbau my own moments jugak...alhamdulillah all my 3 boys normal delivery..tp bab contraction tu memang sakit laaa wpun MZ amik epidural utk 2nd and 3rd boy

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah semoga sihat.. baby keluar 3.22kg .. Anak saya yang paling besar keluar 2.98kg itu pun tak sanggup tgk dah mcm besar sgt huhuu.. Apa pun moment mengandung sehingga besalin tu akan menjadi kenangan terindah :D

    ReplyDelete

Thanks for reading