7 October 2023

My 2nd Pregnancy Journey : 39 weeks & 3 days

Dah 39 weeks & 3 days harini. Baby masih belum decide nak keluar lagi. Next check up kat KK Isnin nanti 9 Oktober. Setakat ni hanya boleh monitor gerak baby. Baby gerak macam biasa je. Tapi kadang-kadang risau jugak kalau dia diam je. 

Perut pun makin hari makin tegang sangat sampai ada stretch mark banyak dah kat perut. Walaupun kita dah sapu Mary Kay Toning Lotion setiap hari, tapi stretch mark tetap muncul. Takpelah, umur pun dah 32 tahun. Kolagen dalam kulit dah berkurangan kata orang. Dulu masa mengandung Dini, baru 27/28 tahun. 

Jujur kita katakan, emosi pregnancy kalini sangat mencabar. Menangis je kerja. Semalam pun menangis sepanjang hari. Ada lah benda jadi sikit semalam. Sedih sangat. Tapi takpe. Moga Allah swt gantikan kesedihan ni dengan mudahnya proses bersalin baby nanti 🤲 Moga tempoh berpantang jugak dipermudahkan semuanya. Baby pun sihat walafiat and kita enjoy tempoh berpantang.

Agak-agak bila ya baby nak keluar ni? 🤰 Berat betul dah rasa. Dulu Dini 38 weeks tepat dah keluar sebab dijadualkan czer (Dini songsang). Kalini kita try VBAC. Mana tau direzekikan boleh melahirkan secara normal selepas czer 4 tahun dulu.

Tak sabar nak peluk cium baby 🩷 Moga baik-baik je semuanya nanti. 

Doakanlah saya ya semua 🤲 Nanti baby dah keluar kita bagitau kat sini je lah. Tengah merajuk and terasa hati sebab hal semalam. Lebih baik diorang tak perlu tahu pun bila baby nak keluar ke, dah keluar ke. Taknak bagitau. Lagipun, bukan peduli. Lebih peduli nak salahkan orang lain berbanding apa yang kita risaukan. Tak faham cara orang berfikir ni kadang-kadang. Lain kita mintak tolong, lain dia buat. Lagi mengeruhkan keadaan lagi ada. Cakap je lah kalau taknak tolong. 

By the way, Giveaway kita masih berjalan tau. Actually, kita memang nak bagi kat semua yang join and drop email kat komen Giveaway tu. Jangan risau, semua yg join and drop email kat komen akan dapat gift box yang kita nak bagi tu. Cuma lambat atau cepat je kita email and receive hadiah. Hihi. Masih boleh join ya. Silakan join beramai-ramai. 

Meh join kat SINI 🎁 Giveaway Gift Box Tudung 

8 comments:

  1. moga dipermudahkan segalanya..aamiin

    ReplyDelete
  2. Didoakan Allah mudahkan urusan bersalin SH dan ibu serta baby selamat dan sihat.
    Oh! masih open lagi GA tu sempat lagilah Mrs. A nak join ya...

    ReplyDelete
  3. Semoga segalanya dipermudahkan urusan sis.. Aamiin

    ReplyDelete
  4. singgah sat dari http://www.thefox.my/ ^^

    ReplyDelete
  5. menunggu hari jeni.. semoga dipermudahkan ye

    ReplyDelete
  6. Semoga dilancarkan sampai due nya kak syafiqa 🤗. Memanglah dah deket2 lahiran ini adaaa aja yg dirasakan. Mood pun bisa naik turun. Tetep semangat ya kak, saya doakan mudah saat melahirkan, kakak dan baby tetap sehat nantinya ❤️

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan segalanya. Aamiin.

    Salam Perkenalan dari #CikPuanFarhanah

    ReplyDelete

Thanks for reading