9 May 2024

Driving Is Therapy

Extra penat sikit minggu ni. Ada bad news yang kita nak ceritakan. Ayah Dini accident motor Selasa lepas. Masa nak balik ke rumah dari tempat kerja. Habis luka-luka tangan dan sikit kat kaki. Nasib baik takde yang patah or cedera sampai terpaksa admit ward. 

Awas kereta yang tak bagi signal and tetiba tukar lane tu. Siapa agaknya gerangan driver kereta tu. Dah la tak tolong pun Ayah Dini, at least bawak pergi klinik ke apa. Motorist lain yang tolong sebab Ayah Dini tak dapat nak bangun sendiri lepas terseret sikit and ditimpa motor. 

Awas ya orang tu. Semoga kifarah menemuimu. You hurt my man, I cursed you. 

Disebabkan itu, setiap pagi dan petang, kita yang drive kan Ayah Dini ke tempat kerja. Walaupun luka takdelah teruk mana, tapi ada bengkak jugak yang menyebabkan Ayah Dini tak boleh bawak motor dah. Motor pun signal belah kiri depan dah patah. Visor helmet pun patah. Jam yg Ayah Dini pakai pun patah.

Awas orang tu, takde doa yg baik-baik untuk kau. 

Meskipun minggu ini agak hectic, tapi kita enjoy je driving sebab to me driving is therapy. Selalunya kita suka connect bluetooth kat phone and pasang playlist Spotify kita sambil drive. Tapi minggu ni kita off radio, tak play any songs sebab nak mendamaikan hati dengan takdir yang terjadi.



Walau hujan ribut mahupun panas, sanggup saya redah demi suamiku yg tersakiti. Tak mudah jugak sebenarnya sebab ada 2 orang anak kecik sekali. Pagi hantar Dini dulu ke sekolah, pastu hantar Ayah Dini. Balik rumah dengan si kecik kadang-kadang tidur elok je dalam carseat, kadang-kadang dia nangis taknak duduk dalam carseat. Ku serahkan saja pada Yang Esa and selalu doa banyak-banyak moga kami semua selamat sampai ke destinasi.

Tengahari keluar lagi ambik Dini. Petang keluar ambik Ayah Dini balik kerja. Jalan Bangi-Putrajaya jem jugaklah pagi/petang pun. Sama je. 

Driving to me memang therapy. Tapi kalau anak-anak tido la. Kalau anak-anak bangun, dia jadi bengkel pengurusan emosi. Lol.

Doakan semoga urusan kami sekeluarga dipermudahkan. Ambik masa jugak luka-luka Ayah Dini nak baik. Kita tak kasi dia bawak motor ke tempat kerja buat masa ni. Biarlah kita hantar and ambik. Guwe sanggup. 

Awas kau yg buat Ayah Dini jatuh motor and tak berhenti tolong langsung. Hanya Allah swt yang berkuasa membalas setiap perbuatan kita. 

Tapi ada benda kelakar jugak jadi pagi tadi. Balik dari hantar Ayah Dini pagi tadi, kita tengok minyak tinggal 2 bar. Jadi before balik rumah singgahlah Petronas Seksyen 3, Bangi. Adik tido dalam carseat jadi malas nak angkut-angkut pergi kaunter. Ayah Dini kata boleh bayar guna debit card je kat pam tu. So kita pun try la, first time ni. 

Ok setel ikut arahan kat screen, kita pun angkatlah nozzle seperti yg disuruh. Sikit lagi nak picit minyak tetiba tersedar "eh, betul ke minyak aku ambik?". Rupanya terangkat minyak 97 lol kau kenapa Piqa tetiba blur and awkward!

Pastu terpinga-pinga aku kesorangan disitu sambil berfikir, 97 ke 95 yang biasa ek. Hahahaha tulah lama sangat jadi pwincess my husband sampai lupa dah cara-cara isi minyak kereta biasa. Tapi akhirnya, kita berjaya isi minyak sampai full dengan petrol yg betul iaitu 95 tu. Ahahaha!

What to do la kan. Kita memang the only pwincess in the family sekarang. Takyah la ada anak girl. Biar kita je jadi pwincess. Tak bergaduh. 

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading