16 December 2023

Dini Zulhairi: 2 months old

Adik dah 2 bulan 🩷 Semalam bawak dia check up kat Klinik Kesihatan and dapatkan vaccine untuk umur 2 bulan.


Yg atas si Abang Dini, yg bawah Adik Dini. Anak-anak saya macam copy > paste pastu print. Sama ya diorang masa kecik hahaha!

Alhamdulillah berat dah naik ke 5.38kg, panjang dah 58cm and growth yg lain pun normal. Inilah dia budak yg masih breastfeed sambil mak nya diet tu 😆 Harap bila Ommi bf Adik boleh menyumbang pada turun berat dengan sihat. Biar berat anak-anak Ommi je yang naik, berat Ommi turun.



Semalam ada event kat Klinik Kesihatan Bangi, kita singgah sekejap lepas appointment setel. Abang Dini try buat demo gosok gigi. Tapi dia taknak cek gigi haha.


Adik Dini sedap tido dalam kereta selepas vaksin semalam. Dia nangis sekejap masa kena cucuk. Masa ni tengah tunggu Ayah Dini keluar beli bubur nasi. Ayah Dini pun check gigi kat KK semalam sebab ada wisdom teeth. 2 minggu lagi appointment cabut gigi dia. Takleh makan Laksa Johor yang kita order, dia boleh makan benda yg lembut je. Sian..

Ommi pulak ada appointment for family planning. Tarikh pasang iucd lagi sebulan. So kita mintak pil perancang dulu untuk protection. Bukan saja kesihatan anak kita kena aware, Kesihatan ibu-ibu juga patut kita utamakan. 

Adik dah pandai ajak sembang sekarang. Dah suka senyum, dah keluar suara comel dia 🩷 Moga tumbuh membesar jadi anak sihat dan cerdas amin 🤲

3 comments:

  1. Aamin2... Yg penting kesihatan ibu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah 2 bulan berat pun dah 5 kilo lebih .. Semoga terus membesar dengan sihat amin

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, moga baby sihat2 je...comeyy jadi anak soleh ye baby

    ReplyDelete

Thanks for reading