6 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 38

5 January 2024

Misi semalam agak terbabas. Tapi ada 1 rutin baru kita berjaya mulakan semalam. Iaitu pergi briswalk yihihi.

First time kita berani turun sendiri dengan dua orang anak. Yang sorang jalan, yang sorang lagi duduk dalam baby carrier. Risau panas, kita siap bawak kipas ya sambil jalan. Hihihi.

Untuk permulaan, bolehlah tu kan 1.3km je mampu dulu. 

Actually, rasa tepu sangat duduk rumah terperap je. Dini pun terperap je. Kita kuatkan diri bawak keluar semalam. Tempat jalan ni belakang rumah je. Memang untuk pejalan kaki and yang nak berbasikal. Memang untuk orang jogging jugak. 

Before ni jalannya terbiar. MPKj baru siap cantikkan 🩷 

Jadi, tiada alasan lagi untuk tak bersenam ya rakan-rakan. Saya nak biasakan rutin ni dengan anak-anak. Supaya kami semua in good mood always. 

Lately ni rasa moody murung and cepat nak marah. Kita ni nak tidur pun susah. Kalau dah terlelap awal pun, tengah malam mesti akan terjaga 2-3 jam sebab tak boleh nak lelap balik.

Kita dah taknak pusing-pusing dalam rumah untuk banyakkan steps. I want to go out and walk. Tahun ni kita ubah rutin. 

Demi keharmonian diri dan rumahtangga gittew 🩷

Tiada update berformat macam selalu harini. Boring pulak update macam tu. Kita ubah jadi macam penceritaan sikit. Baru best!

2 comments:

  1. Happy weekend!! Setiap kali baca entry u..i terasa nak restart my diet immediately

    ReplyDelete
  2. Betul tu... Dpt rase angin luar... Anak2 pun boleh tgok luar...tc semasa di luar bersama anak2 kecil ya

    ReplyDelete

Thanks for reading