7 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 39

6 Januari 2024

Semalam request kat husband nak keluar 2-3 jam demi mengurangkan sedikit ketepuan. Almaklumlah terperuk je kat rumah jaga anak-anak 24 jam rasa macam bukan manusia dah.


Alhamdulillah selepas 2 bulan lebih, masih ingat cara-cara nak drive 😆 Tak kemana pun, bawak kereta cuci je pastu singgah supermarket. Husband pesan beli ayam dan ikan keli sebab dia nak masak ikan keli berlada.


4 ekor ikan keli berlada selamat dimasak semalam. Tak sangka masih ingat cara-cara nak beli ayam dan ikan kat supermarket 😆 Selama ni husband yang keluar beli. 


Pastu petang, bawak Dini berbasikal kat belakang rumah yang ada laluan pejalan kaki and basikal tu. Rupanya tembus ke SK Jalan 3. Hujung lagi satu tembus ke SK Bandar Baru Bangi, Seksyen 2. Total panjang ialah 1km. 

Kalau nak complete kan 10k steps, boleh ulang jalan sampai 8 kali gitu. Tapi kita awal awal baru nak start enjin ni mampu banyak tu je la dulu hihi.


Ini pulak total steps semalam time keluar sekejap tu and masa briswalk. Jadi, niat nak ubah rutin semalam dah pun tercapai. I appreciate my husband kerjasama semalam demi keharmonian rumahtangga yg sakinah mawaddah warahmah 😍 

Alhamdulillah feeling more alive as a normal human 🥰 Moga rutin baru dapat bantu saya lebih pandai uruskan stress berbanding sebelum ni. Stress tu akan sentiasa ada, cuma kita kena belajar cara mengurusnya, bukan membuangnya. 

Semalam makan nasik lewat jugak. Pukul 5pm baru kami makan nasik. So lepas tu kita start IF dah. Malam tak makan, minum air kosong dengan kopi o tanpa gula je 😊

IF 14 jam sampai esok paginya.

Sekian laporan Misi Turunkan Berat Badan hari ini 🩷

2 comments:

  1. 14JAM IF....Chaiyokkk!!! tergoda tgk keli berlado tu haha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...seronok ibu briswalk, anak men beskal... 2 2 pun happy

    ReplyDelete

Thanks for reading