29 June 2023

Ketupat Pulut Sarawak

Alhamdulillah petang tadi dah sampai kampung Mama saya. Dan the highlight for today is my ketupat pulut idaman yang dah saya idamkan sejak Raya Puasa haritu 🤤 Memang dah cakap awal dengan Mama yang saya nak makan ketupat pulut Sarawak ni sebab masa Raya Puasa tak sempat merasa. Raya Puasa haritu turn raya belah Ayah Dini. Jadi, Raya Haji la baru dapat merasa.

Gigih Ayah Dini carikkan daun ketupat kat Pasar Awam Bangi Seksyen 1 seawal pagi. Adik ipar pun ada tolong carikan dekat Pasar Borong Kajang. Dapatlah dalam 100 helai daun kelapa yang helok cantik cantik semuanya. 

Nak cerita sikit background asal usul keluarga saya. Actually, Mama saya asalnya dari Batu Gajah, Perak. Berkahwin dengan Ayah saya yang berasal dari Kuching, Sarawak dan ikut menetap disana selepas kawen sampailah Mama saya pencen. Jadi, kami 6 beradik semua memang IC 13 la cerita dia. Jadi, dalam masakan raya ni adalah infused sikit budaya Sarawak/Perak tu. 

Antara ketupat yang memang ada kat Sarawak je memang ketupat pulut bentuk bujur ni. Dianyam dengan menggunakan sehelai daun kelapa sahaja. Biasakan orang anyam ketupat guna dua helai daun. Yang ni memang sehelai je. Sebab tu bentuk dia bujur. Dan memang guna beras pulut. Kalau di semenanjung biasanya ketupat pulut yang ada ialah ketupat palas, burasak, lepat Jawa yang macam family in law saya punya. Tapi kat Sarawak, macam ni lah rupa paras ketupat pulutnya. 

Menurut Mama saya, sepatutnya daun dia guna daun nipah yang orang buat gula apong tu. Lebih lebar jadi hasil ketupat bujur tu akan besar sikit. Tapi yang ni kita guna daun kelapa je jadi kecik la hihi. Saiz pun macam bite-size gitu je bila makan. 

Selepas arwah Ayah dah takde, kami memang dah tak balik Kuching, Sarawak. Mama pun dah menetap di Slim River, Perak. Jadi bergantung harap dengan Mama je lah kalau nak makan ketupat ni. Hihi. Tapi tadi saya sempat belajar tau anyam. Alhamdulillah lulus. Harap tak lupa je la ehhhh!

Dah siap anyam, masukkan beras pulut yang dah dicuci bersih lebih kurang 4/5 daripada ruang ketupat. Buh dalam kuali. Sekilo beras pulut kena guna sekotak besar santan. Disebabkan santan kotak pekat, kita tambah air sampai terendam semuanya dalam santan. Tambah garam dan daun pandan untuk aroma kewangian sejagat.


Nyalakan api dan masak sampai santan tu kering. Kata Mama tadi, selagi pulut tu belum kembang jangan kacau dulu nanti beras dia terkeluar dari daun. Dah kembang, baru kita boleh kacau and balik-balikkan untuk pastikan pulut masak sekata. 

Dalam lebih kurang sejam, santan pun kering. Sambil tunggu kering tu kena kacau-kacau and balikkan jugak. Bila dah kering boleh tutup api. Alhamdulillah siap sudah ketupat idaman saya ni 😍 Esok bolehlah makan dengan Rendang Tok Mama saya buat tadi. Haa gitulah infusion kebudayaan keluarga kami. Lepas ni boleh dah lah buat sendiri kot. Menganyam tu dah pandai, cuma nak betulkan ketupat tu tak reti lagi. Mujur Ayah Dini reti haha!

Rendang Tok pun saya tak master lagi. Rendang ayam je dah reti buat. Lepas ni memang kena belajar lah bolehlah turunkan resepi warisan hingga ke 7 keturunan. Lagipun, adik beradik saya semua berjodoh dengan orang Semenanjung. Menetap pun kat Semenanjung, memang tak balik dah kot ke Kuching, Sarawak. Jadi kena belajar jugak resepi warisan ni at least untuk makan sendiri kalau teringin. Mana nak dapat kat sini kalau tak balik sana. 

Begitulah kisah ketupat pulut idaman saya ni. Esok bolehlah melunaskan keinginan yang dah lama terpendam dilubuk hati. Selamat menyambut Hari Raya Haji semua 🥰 Semoga berbahagia esok hari. Selamat menjalani ibadah korban. 

2 comments:

  1. Comelnya ketupat Sarawak.
    Salam Aidil Adha.

    ReplyDelete
  2. mcm ketupat palas jugak la kan..cuma ni guna daun kelapa..
    dap dap

    ReplyDelete

Thanks for reading