15 July 2023

Mee Kolok Goreng Daging @ Dayang Sarawak Corner

Sibuk dua hari ni sampai tak tertengok blog kita ni. Tak sempat nak blogwalking jugak. Sekejap sekejap je kita tengok blog, pastu tutup balik sebab ada kerja urgent nak kena settle. Harini baru free sikit lepas setelkan beberapa kerja yg tertangguh.

By the way, semalam Ayah Dini mintak tolong kita drive kereta untuk pick-up baju rasmi untuk Majlis Maal Hijrah Kementerian next week di Naz Tailor, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Disebabkan Ayah Dini pergi kerja naik motor, manalah dapat nak bawak lebih kurang 40 pasang baju untuk satu office dia.

So pulanglah dia sekejap ke rumah semalam untuk mintak kita drive kan kereta and patah balik rumah. Ayah Dini ni jenis tak suka hadap jem haha. Tu yang taknak bawak kereta tu. Naik motor je pergi office. 

Dipendekkan cerita, petang tu kami spend time together having our early dinner di Dayang Sarawak Corner, Presint 15, Putrajaya. Sebab kita nak masak pun tak sempat dan dah penat rasa. Biasalah tu bila mengandung ni cepat penat. Tak larat nak masak-masak dah bila dah sampai rumah tu. 

Si budak Dini tu suka makan mee kolok kosong. Sebab tu kami pilih kedai ni untuk dinner semalam. Mee kolok kosong for Dini, Laksa Sarawak for Ayah Dini dan Mee Kolok Goreng for me 🩷 



Sebenarnya, saya tak pernah try lagi makan Mee Kolok Goreng. Sebab tu harini highlight nya ialah Mee Kolok Goreng. Hihi. Sedap jugak. Dia bagi sekali sup kosong, telur mata, dua keping timun dan keropok sikit. Makan share share buat rasa rasa dengan Ayah Dini. Lepas ni boleh repeat lagi. Tambah dengan sambal sos merah yang macam sambal nasi ayam Chicken Rice Shop tu, lagi padu rasa dia.

Btw, saya tak sure kenapa restoran Sarawak cuisine kat Semenanjung ni hidang mee kolok dengan sambal kicap. Like seriously, kat Sarawak, originally nya kita makan dengan sambal cili yang macam sambal nasi ayam tu. Lupa pulak nak snap gambar tu. Ada je atas meja pilihan sambal nasi ayam and sambal kicap. Tapi kalau order grabfood/food panda, diorang akan bungkuskan sambal kicap. Mana padu guys! Kat Sarawak sana makan dengan sambal nasi ayam tu baru sedap 🤤

Begitulah ceritanya busy semalam. Sebelum Ayah Dini mintak tolong drive tu, saya sibuk setelkan kerja saya. Ambik gambar barang preloved, edit and masukkan dalam Shopee. Alhamdulillah setel jugak kerja tu sikit-sikit. Ada lagi items yg tak sempat nak snap gambar lagi. InsyaAllah kita sambung buat harini nanti. For now, nak relaks and chill spend time kat blog jap pagi ni.


Dah available dah kat Shopee kita, kot ada yang nak cuci mata tengok barang preloved boleh tekan gambar atas ni ok 👆

Khamis haritu pun busy sikit jugak sebab pagi tu ada check up baby lagi kat KK sebab berat naik banyak haritu kan. So setiap Isnin and Khamis pulak dah nak kena cek blood pressure, urine and berat. Alhamdulillah turun sikit berat and semuanya normal je. Nurse risau saya ada darah tinggi sebab berat naik banyak kan.


Dah setel kat Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, kita bawaklah anak bujang makan roti puri favourite dia kat Restoran Roti Puri, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi ni. Saya ni menahan diri je daripada order teh ais kaw tau 😂 Lepas berat naik banyak dah tak berani dah minum manis manis sangat. Sedihnya sobs. Sabar je k, Piqa. Kita minum sky juice je lah eh. 

Then, lepas makan, kami ke Econsave Jalan Reko untuk shopping groceries sikit. Lepas tu barulah balik rumah. Penat guys. Balik rumah tu saya terlelap sebab penat sangat kot. Tak masak jugak Khamis tu. Ayah Dini tapau dinner kat Little Bangi belakang Bangi Gateway yang dulunya dipanggil Flea Market. Dia macam pasar malam je. Banyak jual makanan ready-to-eat. 

Begitulah kisah kesibukan dan kepenatan 2 hari ni. Harini chill sikit sebab Ayah Dini pun cuti. Kami breakfast apa yang ada kat rumah je pagini. So adalah sikit free time untuk chillax pagini. Happy weekend everyone! 

7 comments:

  1. wishing you a great weekend!!

    ReplyDelete
  2. Mee Kolok Goreng??? saya tak pernah makan lagi ni... tengok macam sedap je. Insha-Allah, akan cuba nanti. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. Sedap tak mee kolok goreng . CCL belum pernah jumpa menu ni

    ReplyDelete
  4. Kan? kmk pun x brp prefer mun mee kolok diserve dgn sambal kicap... mun sambal cabik merah ya baruk cun cerik kmk... mun kicap ya kmk rasa ekot lidah melayu dh ya... hihihi

    ReplyDelete
  5. Tidak tahu pula ada mi kolok jenis goreng. Menarik untuk dicuba.

    ReplyDelete
  6. terliur mee kolok tu...tak pernah mkn...errr nmpk mcm yee mee jer..gitu ker rasanya? kalau yee mee.. memang my fav hehhehe

    ReplyDelete
  7. Lamanya saya tak makan mee kolok!
    Kena cari ni nanti.

    ReplyDelete

Thanks for reading