10 August 2023

Mood Mengemas

Semalam seharian di luar. Teman my big sis pergi servis keretanya di Puchong. My big sis bawak sekali her toddler kid, Thalhah, si gendut Makteh semalam. Seronok Dini dapat spend time semalam dengan Thalhah. Kami tinggalkan kereta untuk diservis di Toyota Puchong dan naik grab ke Dayang Sarawak Puchong and having lunch there. First time pergi cawangan kat Puchong. Kami Sarawakian yg jarang dapat balik Kuching, of course lah mencari Sarawak delicacies yang tak pernah boring dimakan hihi.

Lama jugaklah tunggu kereta my big sis siap servis semalam. Hantar pukul 12pm siap pukul 4pm. Selesai lunch, kami bawak budak berdua tu jalan-jalan di Lotus Puchong pulak. Kakak shopping baju anak-anak sikit kat Lotus and kami bawaklah budak berdua tu main dalam indoor playground yg ada kat Lotus Puchong sampailah kereta siap barulah kami ambik kereta dan pulang ke rumah kakak.

Kereta saya tinggalkan kat rumah kakak. Kakak tak boleh drive sebab lesennya digantung. Panjang ceritanya kenapa. Tapi alhamdulillah harini lesennya telah diberi semula oleh pihak mahkamah harini tadi. Alhamdulillah boleh dah drive sendiri kalau nak kemana-mana lepas ni.

Sampai je kat rumah kakak, mak buyung (iaitu saya) merasa penat sangat 😂 Jadi nak tumpanglah berehat baring-baring dulu. Lagipun perjalanan dari Seri Kembangan balik ke Bangi akan harungi jem waktu tu sebab time peak hours orang balik kerja. Confirm depan IOI Mall Putrajaya tu akan sangkut dalam jem seperti siput-siput je pergerakannya. Better lah I balik lepas Maghrib je. 

Nak cerita, penat giler rasa semalam. Sampaikan harini malas nak kisah pasal hal bisnes hahaha. Tengok rumah bersepah dengan baju banyak tak lipat, I decide harini fokus buat kerja rumah je lah. Ni pun baru terjaga lepas terlelap sekejap, baju halfway lagi nak siap. Pastu nak prepare jugak dah beg hospital dan bilik berpantang. Barang berpantang dah nak kena prepare dalam bilik supaya Ayah Dini senang nak carik nanti.

Fuhh banyak list-to-do 📃 Ni nak lunch kejap, pastu sambung melipat kain dan mengemas. Ayuhhh 💪

3 comments:

  1. heheheh mak buyung mesti penat nak mengemas.. time2 camni mood nak tgu baby lahir je... semoga dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. selamat mengemas, santai2 jer jgn stress2 heheh MZ pun last few days dtg angin pus2 rasa nak mengemas drawer, haa dah few drawers siap kemas, lap abuk, susun2 dan buang apa2 yg rasa tak diperlukan (sbb brg2 tu menyemak dan memenuhkan ruang jer)

    ReplyDelete
  3. eh ktk sarawakian ka? kmk ingat family ktk pernah stay di sarawak ajak.. hehehe

    ReplyDelete

Thanks for reading