8 September 2023

My Mini Garden and Today's Lunch

Dah 5 hari menikmati bilik aircond, bila balik rumah sendiri jadi berpeluh balik menahan panas dunia 😆 Sabar je la eh. Baru panas dunia, belum panas neraka lagi.

Tak betah hanya terbaring walaupun badan masih penat. Kita kemas-kemas area depan pintu rumah kita. Banyak pulak habuk kat dinding and lantai. Kat tepi pintu rumah kita letak rak 5 tingkat untuk letak pasu pokok belaan dan kotak untuk delivery man letak parcel. Kita tulis besar-besar nombor rumah kita kat kotak so that diorang tak salah hantar parcel kita ke rumah lain dah 🤭

Bahagian tepi pintu sebelah lagi kita letak rak kasut. Since kami duduk tingkat atas sekali, jadi ok je nak letak barang besar sikit kat luar sebab ada dua pintu je kat setiap floor. Bukan jenis rumah flat yang banyak pintu dalam satu floor. So tangga kena pandai-pandai kemas and bersihkan sendiri. 

Inilah dia 3 jenis pokok belaan. Opah Dini (Mama kita) yang kasi suruh jaga. Kalau pokok jenis macam ni, effortless ya jaga. Sebab tak siram tiap hari sangat pun takpe. Kita tinggalkan 5 hari pun masih hijau macam ni tak kering pun. Before ni Opah Dini pernah kasi bayam brazil. Bila balik kampung lama sikit, kering terus dia hahaha tak dapat nak diselamatkan lagi 😆

Baik tanam pokok hiasan je, senang jaga. Ni kita letak sementara kat atas rak kasut sebab nak ambik gambar. Rak 5 tingkat tu nampak tak semenggah sikit. Walaupun dinding rupa itu, lantaklah saja nak simpan sini sebagai kenangan. Nak beriya sangat elokkan rupa rumah pun macam tak berbaloi sebab maybe akan pindah ke kuarters pulak nanti. 


Ingat tadi nak order je Shopee Food, tapi yang ada offer/voucher pun kedai-kedai yang tak pernah try and pergi. Serik sikitlah kalau yang tak pernah try ni sebab pernah beli konon nampak sedap tapi hampeh rasa dia. Serik terus. Kalau setakat fast food macam KFC, McD ke brand brand yang kita tau memang sedap okay je lah nak order Shopee Food. Berbaloi walaupun mahal sikit.

So kita masak je lah apa yang ada dalam peti. Udang haritu ada lebih lagi. Masaklah dengan sayur kubis, buat telur dadar and siaplah lauk simple harini janji kenyang. 

Sekarang time for berehat chillax blogwalking sambil mendobi pulak. Fuhh, cuaca macam nak hujan tapi panas guys. Berpeluh-peluh kita 🥲 Sabar je lah nak. Jomlah kita sambung berniaga tudung di Shopee dan Instagram Shop kita semoga ada yang sudi membeli tudung daripada kita harini 🩷

9 comments:

  1. Cuaca kat sini pun nampaknya mendung.

    ReplyDelete
  2. home sweet home... terapi jugak tu tgk pokok2 tanaman kita..
    simple2 pun sedappp

    ReplyDelete
  3. Sama la kita, membela pokok-pokok spesis gitu jelah yang sesuai untuk rumah takde tanah ni 😄

    Moga maju jaya bisnes tudungnya 💪🏼

    ReplyDelete
  4. kalau akak la tanam kat dalam rumah gitu, jawabnya mmg tunggang langganla rumah

    ReplyDelete
  5. Akk smlm goreng telur mata makan dgn kicap dan baki kerabu mangga... Siang makan je apa yg ada, malam baru proper sikit sbb semua ada :D
    Taknak ke iklan tudung kat blog? Manatau ada yg berkenan 🤗

    ReplyDelete
  6. MZ tak pernah lg order kat shopee food, sbbnya, apps shopee MZ tak leh nak detect location hahah pelik kan...utk shopee shopping2 tu boleh plak...kerap laaa MZ beli mcm2 kat shopee tuuuu tp tak dpt nak guna shopee food daaaa

    ReplyDelete
  7. Dulu mama saya sukaaa sangat memelihara tanaman. Banyak, dan subur ditangan mama. Giliran saya, kaktus pun sampai mati 😅. Rasanya memang tak cocok pegang tanaman 😁. Tapi saya selalu suka kalau lihat tanaman hijau begini, apalagi yg subur. Cantik dan buat adem .

    Masakan simple tapi terlihat sedap kak 👍☺️. Udang dimasak apapun, selalu enak

    ReplyDelete
  8. Saya tak pernah order lagi shopee food tu

    ReplyDelete
  9. kemas je tanam pokok mcm tu atas meja rak :D

    ReplyDelete

Thanks for reading