30 December 2017

Good Morning, dear all :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt :)

Good morning, dear readers. Harini saya nak share tentang manfaat takaful pada semua orang as much as possible. Don't worry. I am just spreading the takaful awareness here.

Takaful adalah salah satu cara kita menyediakan sumber kewangan apabila kita ditimpa musibah, sakit atau kecelakaan. Setiap bulan dapat gaji of course kita akan simpan sebahagian daripada duit gaji kita. At least, 15% daripada gaji kita ketepikan setiap bulan kan. Tapi sayang kalau kita terpaksa gunakan simpanan kita tu untuk bayar bil hospital masa kita sakit. Contohnya denggi, benda yg sangat kita tak sangka akan terkena pada kita.

Selain daripada itu, takaful juga berfungsi sebagai instant cash yang boleh kita tinggalkan pada waris kita bila kita dah takde nanti. Untuk apa? Untuk waris kita langsaikan hutang yang masih berbaki, contohnya pinjaman peribadi, pinjaman rumah dan pinjaman pendidikan. Sebab kita tak tau bila kita akan pergi buat selamanya.

Then, takaful juga adalah salah satu cara menyimpan duit untuk hari tua kita nanti. As retirement plan. Selain mempunyai akaun KWSP, ini adalah salah satu sumber pendapatan lain ketika dah bersara nanti.

Kepada yang mahukan perlindungan takaful, saya boleh tolong kirakan quotation untuk anda. Kerana setiap individu lain bayarannya mengikut beberapa faktor. Kepada yang mahu saya kirakan untuk umur sekarang, jom whatsapp butiran ini pada saya:

Nama:
Tarikh lahir:
Pekerjaan:
Status merokok:

WhatsApp ke +6014-8429745

InsyaAllah, I will help you as much as I could :)

Yang cuba membantu,
-SYAFIQAHATTA-
Prudential Takaful Advisor

 

29 December 2017

How Important is Takaful (coverage) to you?

Assalamualaikum wbt :)

Ada benda baik punya kita nak share pada semua harini. Kita copy & paste daripada laman Facebook milik seorang wanita yang sangat saya kagumi. Seorang anak muda yang pandai menguruskan kewangannya, Syafieqah A'lya.

Pilih lah yang mana terbaik
1. Jika korang jenis tak suka dengan simpanan yang kena buat loan (asbf) ni maka tukarkan pada cara yang lain. Simpan biasa kat TH pun okay, zakat siap di tolak, cuma jangan culas simpan bulan-bulan, baru lah simpanan tu berjaya dibuat
2. Jika korang company dah cover medical siap-siap, jangan selesa sangat. Persiapkan diri dengan back up tambahan. Ambil plan yang cover medical dan life takaful. Keduanya sama penting. Umur muda dan sihat masa ni lah ambil.
3. Kalau korang jenis yang suka melabur, jangan pandang sebelah mata dengan simpanan kecemasan korang. Kelak duit tu jugak korang nak korek semula di saat genting. Asingkan duit ni setiap bulan.
4. Jika korang tak tahu nak mula macam mana. Mulakan lah dengan bismillah.
Duit gaji, asingkan ke akaun kecemasan enam bulan gaji. Waktu tu jangan happy sangat sebab korang kena asingkan buat takaful (medical + life takaful) untuk diri. Dah cover untuk diri barulah melabur ke asbf, unit trust, hartanah, saham dan banyak lagi. Last sekali dah ada harta, buat wasiat untuk diri. Harta kita tanggungjawab kita. Uruskan sampai kita pergi.
5. Last sekali ambil lah income protection . Tak pernah dengar ? Ianya sama macam life takaful korang. Jika berlaku kematian, cacat kekal ataupun sakit kritikal maka korang atau waris dapat pampasan dan ada cash value untuk korang boleh guna masa pencen nanti
Tak kan nak korek duit simpanan untuk bayar kos rawatan jika kita ada sakit, ambil peluang takaful nak beri offer ni.
Korang dah tak muda lagi? Jangan malu-malu untuk perbaiki kewangan. Masih sempat lagi jika punya kesempatan masa

Disini kita nak highlight kan betapa kita perlukan takaful perlindungan. Simpanlah banyak duit sekalipun, melaburlah sampai dapat pulangan tinggi sekalipun, jika kita tak uruskan dengan betul duit tu takkan dapat kita wariskan pada orang yang akan kita tinggalkan.

Salah satu cara untuk kita pastikan diri kita dilindungi dan juga harta kita dilindungi adalah dengan menyediakan takaful untuk diri sendiri. Jika ada yang nakkan penerangan lanjut tentang bagaimana takaful boleh melindungi diri anda, ada income protection dan simpanan hari tua, jangan malu malu untuk contact kita ya :) InsyaAllah kita sedia membantu. Nanti kita set appointment untuk berjumpa. Yang mana jauh, kita akan usahakan jugak untuk berjumpa.

Yang mengambil berat,
-SYAFIQAHATTA-
014-8429745
Your comitted Prudential Takaful Advisor.


28 December 2017

Bestnya Clay Mask ni!

Assalamualaikum wbt :)

Kita nak share dengan semua betapa bestnya Clay Mask ni :* Haritu balik kampung tiba tiba breakout teruk. Habis jerawat batu tumbuh 2 3 ketul kat muka. Hmmm :(

So I learned about 10 steps of skin care :) One of them is Mask! Untuk mengecilkan liang pori dan jugak membuang sel kulit mati yang membuatkan wajah menjadi kusam.


FREEMAN Purifying Avocado + Oatmeal Clay Mask! Wangi sangat rasa macam nak makan.

Muka memang kusam disebabkan parut parut jerawat. Bila pakai ni membantu jugakla dalam proses mengecutkan jerawat tu. Muka pun jadi lembut je selepas kita bilas dengan air.

Seorang beauty consultant pernah bagitau saya bahawa kulit muka yg jenis pori besar memang elok sangat pakai clay mask. Supaya dapat membersihkan kotoran kotoran yg melekat dalam pori then barulah pori tu mengecil. Takdelah hidung mcm kulit oren eheehee.

Jadi kita pun cubalah :) Baru 3 kali pakai dah rasa perubahan sedikit. Kite tunggu bila dah habis satu tube ni kita pakai. Macam mana rupa dia.

Till then,
Wassalam


27 December 2017

THE PERKS OF BEING A TAKAFUL ADVISOR

Assalamualaikum wbt :)

Kadang kadang down jugak bila ada yang blue tick je whatsapp kita bila nak set appointment yang tertangguh semula. Call pun tak angkat.

Dear, kita sedia membantu orang yang betul betul nak buat TAKAFUL ni. Yang taknak kita takkan paksa tau :) Kalau dah tak berminat, just respon and say something. Kita takkan marah pun awak.

No hurt feelings. Just say something. Bukan menyepi macam ni. Takpela, ini pengajaran buat saya. Saya ok :) Pengalaman mematangkan kita. Belajar daripada kesilapan.

Mungkin ada kesilapan yang saya tak sedar yang membuatkan orang taknak dengan kita :) InsyaAllah akan cuba baiki. Pada yang sporting and supporting, terima kasih banyak banyak tau. Saya tak paksa pun sign up takaful dengan saya. Saya hanya nak sebarkan TAKAFUL AWARENESS pada semua.

Apepun, I won't give up. Ini kerjaya yang saya pilih :) Dulu, saya pernah berdoa pada Allah swt, kurniakan aku pekerjaan yang bermanfaat untuk manusia, bekerja sendiri dan dalam masa yang sama ada masa yang banyak untuk keluarga. Setahun kemudian, Allah swt membawa saya ke jalan ini.



Kepada mereka yang baru jadi perunding takaful macam saya, don't give up. Ini perkara biasa. Some want, some won't. So, next! Kalau rasa down, pergi training :)

Yang benar,
-SYAFIQAHATTA-
0148429745
PRUDENTIAL Takaful Advisor

24 December 2017

Alhamdulillah one step closer :)

Assalamualaikum wbt :)

Hi, dear all! Yesterday, 23rd December 2017, I received a visit from my favourite man's families to my kampung at Batu Gajah :) A small majlis with a simple makan makan. Alhamdulillah everything went well.

Status changed. One step closer to marriage life :) We need to be ready in terms of mentally, physically and financially stable in 237 days more.


There's a lot more to improve :) includes my weight 😂😂😂 I think I need to get my ideal weight (48kg) back. Now is 56kg. 8kg to be remove in 237 days.

May Allah ease our journey ❤

Starting from 1st January 2018, I will work as full time takaful advisor at Prudential. Lets work hard spreading takaful awareness until I forget to eat 😂😂😂

Till then,
Wassalam


20 December 2017

My Ending of 2017 Be Like

Assalamualaikum wbt :)

Sejak akhir akhir ni rajin pulak saya log in ke blog saya yang tak berapa nak selalu update ni. Tetiba rasa macam nak hidupkan semula blog ni dengan sesuatu yang berfaedah. Dulu, mula mula berblog masa tahun 2010. Masa tu first year dekat universiti. Masa tu Facebook tengah in trend. Instagram, Twitter takde lagi. And masa tu jugak Blogger pun in trend. Zaman zaman Dr. Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Irine Nadia, Mira Filzah baru nak up. Haha. Sekarang nama nama ni dah jarang update blog. Sebab semua dah beralih ke Instagram :) Yelah, Instagram ni win sebab mesra pengguna and popular gitu.

Masa mula mula buat blog tak kenal diorang ni semua. Saya buat blog pun sebab ada classmate buat. Sekarang pun masing masing memang dah tak tengok dah blog masing masing. Haha. Sendu gila blog sekarang. But, it's okay. I prefer like this :) Less drama.

2017 is going to end soon. Ingat lagi masa mula mula nak ambik exam as takaful advisor, berazam nak berhenti kerja and full time in January 2018. Sekali kau, betul betul aku buat walaupun komisyen baru sikit. Yea, this is my very last month working at the boutique. You know what, I'm glad to finally made this decision. Alhamdulillah.

Ada baki berapa hari je lagi nak habis bulan 12. Bulan ni busy sikit. Dengan butik nak ready for Year End Sale. Dengan nak kejar my business target as takaful advisor by the end of this month. Dengan nak balik kampung lagi lusa for special event. Oooh I hope everything will be fine. InsyaAllah.

Hmm boleh kira dengan jari je berapa banyak post tahun 2017 haha. Dalam tak update selalu tu ada jugakla invitation from beberapa pihak untuk collaboration. Alhamdulillah rezeki blog.




Alahai gambar throwback raya bila ni haha. Time ni boleh lagi pakai saiz S kahkah.


Sekarang, please kurus balik!



19 December 2017

Apa Itu Hibah Takaful?




Takaful is not FOR you.. but it is FROM you!

Hibah ni macam ni....

1 family
Suami, isteri & anak-anak.

Suami & isteri masing-masing buat hibah takaful letak Penama pasangan.

Suami letak Penama Isteri
Isteri letak Penama Suami

Suami Meninggal, Isteri dpt HIBAH tersebut solid 100%
Utk apa? Selesai hutang, tebus faraid, belanja anak-anak

Isteri Meninggal, Suami dpt HIBAH tersebut solid 100%
Utk apa? Selesai hutang, tebus faraid, belanja anak-anak

Jika dua-dua suami isteri meninggal serentak,
Allahu.. tapi insyaAllah mudahlah sikit urusan anak-anak untuk hidup..ada duit untuk mereka & orang yang bakal menjaga.. Jangan tangguh, sebab bukan kita yang tanggung, anak-anak dengan pasangan yang kena tanggung. Mintak jauh.

Semoga bermanfaat.

-SYAFIQAHATTA-
014-8429745
Prudential


Segment: Increase Your Followers by Que




Jom join Segment ni :) Click the banner to join.




18 December 2017

I am a Takaful Advisor






I'm Takaful Advisor... 😊


"Pekerjaan kita ini mungkin ditakuti oleh sesetengah orang.
Kata mereka kerja kita mengejar duit orang.

Pekerjaan kita ini mungkin dipandang rendah oleh sesetengah orang.
Kata mereka tak perlu pun degree ke master dah boleh jadi agent.

Pekerjaan kita ini mungkin akan menyebabkan kawan tinggalkan kita.
Kata mereka pekerjaan kita seperti multi level business."

"Pekerjaan kita ini mulia. Kita dicari disaat mereka memerlukan bantuan. Di saat seorang isteri kehilangan suami, di saat wang ringgit yang dahulunya katanya tidak penting kini menjadi keperluan kepada keluarga. Di saat medikal kad dicari-cari kerana kos perubatan yang tinggi, walhal dahulunya menolak kepentingannya.."

(menarik nafas panjang....)

"Saya tidak pernah bercita-cita menjadi agent Takaful. Bukannya tidak tersenarai, malah tidak pun pernah terlintas di dalam fikiran saya."

Soalan saya??

"Awak tahu berapa ramai bergadai harta demi menyelamatkan nyawa insan tersayang?

Awak tahu berapa ramai balu di luar sana yang terpaksa meminta bantuan kerana tak mampu menyara kos kehidupan selepas kematian suami?

Awak tahu berapa ramai yang terpaksa naik turun baitulmal/zakat semata-mata meminta bantuan kewangan?"

Sebab itu saya di sini. Kerja saya membantu mereka menguruskan kewangan. Takaful mungkin tidak membuatkan mereka kaya, tetapi takaful tidak membuatkan mereka meminta-minta.

-SYAFIQAHATTA-
014-8429745
Prudential