29 June 2023

Ketupat Pulut Sarawak

Alhamdulillah petang tadi dah sampai kampung Mama saya. Dan the highlight for today is my ketupat pulut idaman yang dah saya idamkan sejak Raya Puasa haritu 🤤 Memang dah cakap awal dengan Mama yang saya nak makan ketupat pulut Sarawak ni sebab masa Raya Puasa tak sempat merasa. Raya Puasa haritu turn raya belah Ayah Dini. Jadi, Raya Haji la baru dapat merasa.

Gigih Ayah Dini carikkan daun ketupat kat Pasar Awam Bangi Seksyen 1 seawal pagi. Adik ipar pun ada tolong carikan dekat Pasar Borong Kajang. Dapatlah dalam 100 helai daun kelapa yang helok cantik cantik semuanya. 

Nak cerita sikit background asal usul keluarga saya. Actually, Mama saya asalnya dari Batu Gajah, Perak. Berkahwin dengan Ayah saya yang berasal dari Kuching, Sarawak dan ikut menetap disana selepas kawen sampailah Mama saya pencen. Jadi, kami 6 beradik semua memang IC 13 la cerita dia. Jadi, dalam masakan raya ni adalah infused sikit budaya Sarawak/Perak tu. 

Antara ketupat yang memang ada kat Sarawak je memang ketupat pulut bentuk bujur ni. Dianyam dengan menggunakan sehelai daun kelapa sahaja. Biasakan orang anyam ketupat guna dua helai daun. Yang ni memang sehelai je. Sebab tu bentuk dia bujur. Dan memang guna beras pulut. Kalau di semenanjung biasanya ketupat pulut yang ada ialah ketupat palas, burasak, lepat Jawa yang macam family in law saya punya. Tapi kat Sarawak, macam ni lah rupa paras ketupat pulutnya. 

Menurut Mama saya, sepatutnya daun dia guna daun nipah yang orang buat gula apong tu. Lebih lebar jadi hasil ketupat bujur tu akan besar sikit. Tapi yang ni kita guna daun kelapa je jadi kecik la hihi. Saiz pun macam bite-size gitu je bila makan. 

Selepas arwah Ayah dah takde, kami memang dah tak balik Kuching, Sarawak. Mama pun dah menetap di Slim River, Perak. Jadi bergantung harap dengan Mama je lah kalau nak makan ketupat ni. Hihi. Tapi tadi saya sempat belajar tau anyam. Alhamdulillah lulus. Harap tak lupa je la ehhhh!

Dah siap anyam, masukkan beras pulut yang dah dicuci bersih lebih kurang 4/5 daripada ruang ketupat. Buh dalam kuali. Sekilo beras pulut kena guna sekotak besar santan. Disebabkan santan kotak pekat, kita tambah air sampai terendam semuanya dalam santan. Tambah garam dan daun pandan untuk aroma kewangian sejagat.


Nyalakan api dan masak sampai santan tu kering. Kata Mama tadi, selagi pulut tu belum kembang jangan kacau dulu nanti beras dia terkeluar dari daun. Dah kembang, baru kita boleh kacau and balik-balikkan untuk pastikan pulut masak sekata. 

Dalam lebih kurang sejam, santan pun kering. Sambil tunggu kering tu kena kacau-kacau and balikkan jugak. Bila dah kering boleh tutup api. Alhamdulillah siap sudah ketupat idaman saya ni 😍 Esok bolehlah makan dengan Rendang Tok Mama saya buat tadi. Haa gitulah infusion kebudayaan keluarga kami. Lepas ni boleh dah lah buat sendiri kot. Menganyam tu dah pandai, cuma nak betulkan ketupat tu tak reti lagi. Mujur Ayah Dini reti haha!

Rendang Tok pun saya tak master lagi. Rendang ayam je dah reti buat. Lepas ni memang kena belajar lah bolehlah turunkan resepi warisan hingga ke 7 keturunan. Lagipun, adik beradik saya semua berjodoh dengan orang Semenanjung. Menetap pun kat Semenanjung, memang tak balik dah kot ke Kuching, Sarawak. Jadi kena belajar jugak resepi warisan ni at least untuk makan sendiri kalau teringin. Mana nak dapat kat sini kalau tak balik sana. 

Begitulah kisah ketupat pulut idaman saya ni. Esok bolehlah melunaskan keinginan yang dah lama terpendam dilubuk hati. Selamat menyambut Hari Raya Haji semua 🥰 Semoga berbahagia esok hari. Selamat menjalani ibadah korban. 

27 June 2023

MasyaAllah Sedapnya Cempedak

Balik dari kerja semalam, Ayah Dini buat surprise dengan buah cempedak dan mangga 🩷 Sebenarnya memang dah lama teringin. Nak buah cempedak and nak cempedak goreng. Haritu ada la lalu kat gerai jual cempedak goreng, tapi baru nak setup kedai tak larat pulak nak tunggu.


Ayah Dini mulanya nak cari durian, tapi durian dah habis musim. Kalau ada pun, tak best dah duriannya. Tapi bila nampak cempedak RM6/kilo dengan mangga 5kg for RM20 terus dia beli je. Dia beli dekat area depan Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi kat sini. Murah katanya so tak jadi beli durian. Hmm bau dia semerbak dalam rumah semalam. 

Kita mintak Ayah Dini bukakkan terus sebab nak simpan dalam bekas siap-siap masuk dalam peti. Sedap makan sejuk-sejuk wallah! Nikmat Tuhan yang manakah kita mahu dustakan. Bukak peti pun dah bau harum cempedak dengan mangga. Mangga banyak sungguh macam nak berniaga pulak gayanya.

Petang nanti cadangnya nak buat cempedak goreng. Sedapnya 🤤 Tapi nak kena kirim dekat Ayah Dini bila dia balik kerja sebab saya tak laratlah nak keluar haha. Rumah pulak tingkat 5 tak mampu rasanya harini nak turun naik tangga semata membeli tepung. Tepung dah habis pulak.

Ini pun baru je tersedar dari ketiduran akibat kepenatan. Pagi tadi pukul 6am dah bangun untuk prepare breakfast. Begitulah pregnancy kali ini. Asyik terlelap je. Mata tu macam melekat je 😴😴

26 June 2023

My Second Pregnancy Journey: Mudah Penat dan Cepat Terlelap

Selepas fasa mabuk mengandung dari awal Februari sampailah ke bulan Mei, sekarang fasa mudah penat. Sangat mudah penat. Kalau baring rehat, cepat terlelap sedangkan bukan jenis tidur siang. 

Alhamdulillah sekarang dah takde mual dan loya, cuma masih tak suka bau jiran menumis haha 😂 Tapi kalau sendiri masak takde masalah. Okay je. Dah boleh dah nak masak tiap hari. Dah boleh makan nasi and lauk macam biasa cuma ada sesetengah masakan atau makanan yang tekak tak boleh terima sangat lagi.


Bila duduk rumah, bosan rasa tepu terperuk je. Bila keluar jalan-jalan rasa macam nak baring je. Lepas memasak, setel laundry, sapu rumah ke tiap sesi tu kena baring rehat sebab perut tu macam mengeras and rasa berat. Kalau balik dari keluar rumah, sampai rumah terus terkelepet je berbaring. 

Kadang-kadang bila Dini mintak nak makan something ke, layan main ke, memang tak larat ya Allah kepenatan jenis apakah ini haha. Baby pun aktif ya dalam perut ni, memang lasak mcm Abang Dini dia dulu. 

Cuma kan, bila orang jumpa saya diorang pelik kenapa perut tak nampak sedangkan dah 6 bulan. Bukan diorang je pelik, saya pun pelik kenapa kalini perut saya tak nampak sangat. Sebab masa Abang Dini dia dulu rasa macam besar betul perut tu. Haha. Bila scan, doktor kata size dia ok je mengikut growth yg sepatutnya. 

Begitulah kisah pregnancy kali ini. Ini pun saya baru terjaga dari terlelap. Sedar-sedar, Abang Dini pun dah terlelap sebelah saya rupanya. Awal Abang Dini tido siang harini. 

Okaylah, kita nak sambung spend time baca buku. Currently reading Julia & Julie. Nanti dah habis baca, nak rekod dalam blog sempena projek #BukuNilamSaya. Mulanya niat nak update blog utk Buku Nilam je tapi rajin pulak update blog lately. Rajin pergi blogwalking and tinggalkan komen kat rakan blog. 

Moga istiqamah lah ya. Sebab currently tak suka tengok socmed. Entahlah kenapa. Sebab mengandung ke, mudah rasa overwhelm dengan dunia socmed. Lagi suka lepak kat blog ni 🩷

25 June 2023

My First Born Birthday 🎂

Assalamualaikum and hi! 

Bulan Jun ialah bulan special untuk kami 🩷 Semalam, 24 Jun, hari lahir anak bujang i. Semalam sepatutnya nak bawak pergi beli kek birthday dia, tapi tak sempat sebab ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Jadi kita tukar plan ke hari ni.



Kek ni dia pilih sendiri. Suka sangat dengan Oreo 😂 Sikit sikit Oreo. Tak Oreo, coklat. Begitulah anak bujang i. Alhamdulillah nampak dia happy sangat harini. Dia puji kek tu sedap. Biskut Oreo 3 keping tu dia makan seorang tak bagi pun Ommi Ayah Dia hahahaha! 

Apapun, banyak doa yang baik-baik telah dan akan Ommi panjatkan selalu ke hadrat Illahi untuk anak Ommi, my first born ni 🤲 Semoga bahagia hidup dengan Ayah Ommi walaupun Ommi selalu garang, walaupun kehidupan kita tidaklah sempurna. 

May we will always be best friend forever till jannah, ok my love 🩷

23 June 2023

Berangan Sekejap

Assalamualaikum and hi!

I ni kadang-kadang suka berangan. Harini pagi-pagi dah setup workspace kat meja home office saya ni. Hihi. Saja nak fefeeling wanita berkerjaya. Lol. Dengan ada secawan air panas sebagai mood booster nak mulakan kerja. Dengan keyboard bagai. 

Nampak tak buku tu? Julie & Julia adalah buku that I currently read after dah habis baca For The Love of Cats for my #BukuNilamSaya project demi menyuburkan semula minat membaca dalam diri saya sekaligus merekod buku yang telah habis dibaca dalam blog saya yang selalunya ditinggalkan bersawang ni. 

Have you watch this movie? It is based on true story dan dijadikan novel dan juga movie. Lepas tengok movie ni, terus saya search buku ni kat Shopee tau. Alhamdulillah jumpa yang preloved punya. Nanti dah habis baca akan saya tulis sinopsisnya. Sinopsis je ya. Saya tak buat book review sebab hidup saya dah cukup heavy, spending my time on blogging just to escape from my normal routine. Taknak pulak pergi tambah penat otak nak kena review buku pulak haha. Tanggungjawab besar tu.

Berbalik pada topik berangan, sajalah harini nak buat diri sendiri rasa macam productive harini. Hihi. Biasanya lepas setel buat breakfast untuk husband and anak dan prepare bekal lunch untuk husband, saya akan baring kejap berehat sambil update my business page guna phone. Tapi harini rasa macam nak buat something yang lain pulak.

Tahun ni, saya fokus dulu dengan proses mengandung anak kedua, bersalin dan juga berpantang. InsyaAllah tahun depan saya plan nak keluar berkerja pulak 🥰 Bisnes tetap on. So nak ada 2 source of income. Masuk tahun 2023 ni, dah 5 tahun saya jadi housewife. Tahun depan anak pertama dah masuk tadika, anak kedua ni nak hantar taska. Semoga Allah permudahkan jalan hidup saya. I want to do the best for my future, my family and myself. 

Nak bayar hutang belajar yang dah lama tertangguh, nak ada saving, nak buat investment. InsyaAllah. Apapun kita hanya merancang, yang tahu apa terbaik untuk kita sudah tentu Allah swt ❤️

Ok done berangan. Nak sambung buat kerja rumah dan layan anak saya yang banyak pokpek ni. Back to reality. Lol. 

22 June 2023

Link Shopee Buku For The Love of Cats

Assalamualaikum and hi! 🩷

Untuk my previous entry #BukuNilamSaya haritu, ramai jugak yg komen kata buku ni menarik. So saya pun search kat Shopee and jumpa 1 kedai yang jual preloved buku ni. Bolehlah beli kat kedai Shopee ni kalau berminat nak baca jugak tapi rasanya ada 1 je tu.

Link Shopee : https://shope.ee/2AkW4P0vXG

Nak preloved saya punya tapi tak boleh sebab kesayangan yang bagi as gift 🥰 Kalau beli sendiri memang selalu saya preloved kan je kat Shopee saya. Hihi.

Akan ku simpan je buku ni jadikan tukun dirumah 🩷🩷🩷 

20 June 2023

For The Love of Cats #BukuNilamSaya #DoneBaca1

True Stories of Amazing Cats and The People Who Love Them.

By Marty Becker, DVM, Gina Spadafori, Carol Kline and Mikkel Becker.

Sinopsis : Buku ni adalah koleksi kisah-kisah kucing yang diceritakan semula. Kisah-kisah kucing yang menarik tidak kira kucing belaan, kucing kesayangan, kucing jiran, kucing orang lain yang dikumpul daripada ramai penulis. Setiap kisah pendek didalam buku ini dicedok daripada pengalaman mereka iaitu sama ada pengalaman pelik, sentimental, memori indah, perubahan hidup dan persepsi kehidupan. Kisah yang agak menarik dan bacaan santai untuk pencinta kucing 🐱 Meow~~

| Buku pertama yang saya habis baca untuk tahun 2023 | Hashtag #MyBukuNilam #DoneBaca1

19 June 2023

Buku Nilam #BukuNilamSaya

Assalamualaikum and hello! 🩷

Saya sayang blog ni. Selalu jadi tempat saya escape rutin kehidupan yg biasa. Kadang-kadang bila sedih jadi bersemangat balik lepas mengunjungi blog sendiri yang bersawang ni. 

Haritu saya terfikir nak jadikan blog ni Buku Nilam saya. Dimana saya catat rekod buku-buku yang dah saya berjaya habiskan baca. Tengah dalam proses nak memupuk semula minat membaca dalam diri sendiri.

Ingat lagi kecik-kecik dulu, Mama selalu bawak pergi public library. Kat situlah kita luang masa baca buku-buku yg ada kat library and catat rekod dalam Buku Nilam sekolah. Best sangat. Kecik-kecik dulu suka membaca buku. Bila dah semakin dewasa, semakin jauh dengan buku.

Asyik main phone je. Tak Instagram, bukak Twitter. Tak Twitter, pergi Shopee. Kadang-kadang Facebook. Mujur takde Tiktok, kalau tak lagi lupa diri rasanya.

But, don't expect me to give book reviews. Kerana kehidupan nyataku sudah cukup berat, tidak mampu lagi untuk memberatkan kehidupanku dengan expectation yang tinggi. 

Hanya catatan rekod tarikh dan sedikit sinopsis. Macam Buku Nilam. Haha! 

At least, berguna jugak blog tersayang ni. Taktau kenapa rasa sayang nak deactivate blog atau lupuskan terus. Kalau dibagi pilihan, nak lupuskan terus sosial media peribadi/bisnes yang saya ada. Tapi apakan daya, kat situlah tempat mencari rezeki buat masa ni. 

Apalah sangat yang seorang surirumah macam saya ni nak beriya sangat buat content di sosial media. Pernah dah cuba tapi penat, anak terabai, rumah terabai. I no longer feel that is the best way for me. Saya bukan reti nak bergedik-gedik di sosial media. Rasa macam bukan diri sendiri. Cukuplah tangkap gambar produk dan post. Haih, konflik jiwa yg tak pernah sudah. 

So I just decided to stay low and berlapang dada sajalah. Bila nanti ada rezeki dapat bekerja semula, rasa nak je lupuskan semua sosial media kecuali blog dan Shopee. Masih minat berniaga sebab tu Shopee terkecuali haha! Tapi guna Shopee je lah. Tak kuasa nak handle sosial media.

Currently reading a book. Nanti dah habis baca, saya akan mula mencatat rekod Buku Nilam saya di blog tersayang ni. Semoga istiqamah dalam mengubah diri sendiri menjadi lebih baik 🤲

Amin.