26 June 2023

My Second Pregnancy Journey: Mudah Penat dan Cepat Terlelap

Selepas fasa mabuk mengandung dari awal Februari sampailah ke bulan Mei, sekarang fasa mudah penat. Sangat mudah penat. Kalau baring rehat, cepat terlelap sedangkan bukan jenis tidur siang. 

Alhamdulillah sekarang dah takde mual dan loya, cuma masih tak suka bau jiran menumis haha 😂 Tapi kalau sendiri masak takde masalah. Okay je. Dah boleh dah nak masak tiap hari. Dah boleh makan nasi and lauk macam biasa cuma ada sesetengah masakan atau makanan yang tekak tak boleh terima sangat lagi.


Bila duduk rumah, bosan rasa tepu terperuk je. Bila keluar jalan-jalan rasa macam nak baring je. Lepas memasak, setel laundry, sapu rumah ke tiap sesi tu kena baring rehat sebab perut tu macam mengeras and rasa berat. Kalau balik dari keluar rumah, sampai rumah terus terkelepet je berbaring. 

Kadang-kadang bila Dini mintak nak makan something ke, layan main ke, memang tak larat ya Allah kepenatan jenis apakah ini haha. Baby pun aktif ya dalam perut ni, memang lasak mcm Abang Dini dia dulu. 

Cuma kan, bila orang jumpa saya diorang pelik kenapa perut tak nampak sedangkan dah 6 bulan. Bukan diorang je pelik, saya pun pelik kenapa kalini perut saya tak nampak sangat. Sebab masa Abang Dini dia dulu rasa macam besar betul perut tu. Haha. Bila scan, doktor kata size dia ok je mengikut growth yg sepatutnya. 

Begitulah kisah pregnancy kali ini. Ini pun saya baru terjaga dari terlelap. Sedar-sedar, Abang Dini pun dah terlelap sebelah saya rupanya. Awal Abang Dini tido siang harini. 

Okaylah, kita nak sambung spend time baca buku. Currently reading Julia & Julie. Nanti dah habis baca, nak rekod dalam blog sempena projek #BukuNilamSaya. Mulanya niat nak update blog utk Buku Nilam je tapi rajin pulak update blog lately. Rajin pergi blogwalking and tinggalkan komen kat rakan blog. 

Moga istiqamah lah ya. Sebab currently tak suka tengok socmed. Entahlah kenapa. Sebab mengandung ke, mudah rasa overwhelm dengan dunia socmed. Lagi suka lepak kat blog ni 🩷

3 comments:

  1. Kalau progress baby ikut minggunya ok, xyah la risau... nnt lepas 7 bln tu cpt membesar baby bump tu pastu tup tup dah bersalin... nnt org pun pelik knp sekejap sgt peknen ek?? haha.. dlu sy mcm tu la.. jenis yg 7 bln br nmpk peknen

    ReplyDelete
  2. Kaknim : itulah, asalkan growth dia ok saya pun tenang je 🥰

    ReplyDelete
  3. Cabaran ibu mengandung.
    Kalau saya kenangkan pengalaman mengandung empat orang anak, tak sangka dapat laluinya sehingga bersalin. Mmemang lemah longlai di awal kehamilan, macam kain buruk jew rasanya hihihiii.
    Masuk bulan kelima, ok sudah. Boleh makan dan tidak muntah-muntah.

    ReplyDelete

Thanks for reading