27 June 2023

MasyaAllah Sedapnya Cempedak

Balik dari kerja semalam, Ayah Dini buat surprise dengan buah cempedak dan mangga 🩷 Sebenarnya memang dah lama teringin. Nak buah cempedak and nak cempedak goreng. Haritu ada la lalu kat gerai jual cempedak goreng, tapi baru nak setup kedai tak larat pulak nak tunggu.


Ayah Dini mulanya nak cari durian, tapi durian dah habis musim. Kalau ada pun, tak best dah duriannya. Tapi bila nampak cempedak RM6/kilo dengan mangga 5kg for RM20 terus dia beli je. Dia beli dekat area depan Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi kat sini. Murah katanya so tak jadi beli durian. Hmm bau dia semerbak dalam rumah semalam. 

Kita mintak Ayah Dini bukakkan terus sebab nak simpan dalam bekas siap-siap masuk dalam peti. Sedap makan sejuk-sejuk wallah! Nikmat Tuhan yang manakah kita mahu dustakan. Bukak peti pun dah bau harum cempedak dengan mangga. Mangga banyak sungguh macam nak berniaga pulak gayanya.

Petang nanti cadangnya nak buat cempedak goreng. Sedapnya 🤤 Tapi nak kena kirim dekat Ayah Dini bila dia balik kerja sebab saya tak laratlah nak keluar haha. Rumah pulak tingkat 5 tak mampu rasanya harini nak turun naik tangga semata membeli tepung. Tepung dah habis pulak.

Ini pun baru je tersedar dari ketiduran akibat kepenatan. Pagi tadi pukul 6am dah bangun untuk prepare breakfast. Begitulah pregnancy kali ini. Asyik terlelap je. Mata tu macam melekat je 😴😴

4 comments:

  1. dapnya.. goreng makan panas2 sedap tu.

    ReplyDelete
  2. Murahnya cempedak RM6 jer sekilo. Mangga pun murah tu...

    ReplyDelete
  3. Itulah, murah kan? Rezeki dapat harga tengah murah mcm ni. Sedap pulak tu 🤤🩷

    ReplyDelete
  4. sedap tu cempedak goreng... happy lah baby nnt dlm tummy tu mkn sedap

    ReplyDelete

Thanks for reading