25 July 2023

Menu Diet Sihat di Instagram Kak ritazafran

Saya follow Instagram Kak @ritazafran baru je tahun lepas. Terjumpa kat Instagram random reels. Kak Rita ni bukanlah coach diet, tapi dia suka share diet journey dia daripada berat 60+ kg sampailah dah bawah 50 kg sekarang ni. Kak Rita ni saya suka cara dia sebab tak terlalu strict, dia selalu bagitau kena adjust dengan cara yang kita boleh follow supaya tak mudah give up.

Before planning untuk anak kedua tahun lepas, memang saya cuba untuk turunkan BMI saya ke normal. Sebab BMI saya sejak lahirkan anak pertama tak turun-turun ke normal iaitu stuck antara 25-26. Macam mana nak kasi BMI saya jadi bawah 25? Berat kena lower than 61.6 kg. Saya takdelah tinggi sangat, 157cm je. Jadi kalau berisi tu nampak sangatlah berisi. Hihi. Berat 10 tahun dulu pun 48 - 50 kg tau. Rindu angka tu πŸ₯²

Sempatlah mengamalkan diet sihat suku suku separuh sebagai permulaan sebelum tau diri ini pregnant awal bulan dua haritu. Terbabas makan benda manis tu biasa sangat πŸ˜‚ Almaklumlah baru nak biasakan diri. Nasi kita makan 1/2 cup je measure guna sukatan cawan yang orang buat sukat tepung tu. Sayur hijau/buah separuh pinggan, dan sumber protein sebesar tapak tangan. Gittew.

Makan suku-suku separuh ni untuk lunch and dinner. Untuk breakfast saya suka makan 2 biji telur separuh masak dan dua keping roti wheat germ jenama Massimo. Sebulan makan macam ni turunlah jugak berat tapi tak capai lagi bawah 60 kg masa tu. Bila tahu dah pregnant, mabuk teruk memang terus stop lah jaga makan.

Before start diet, berat 65kg. Sebelum pregnant haritu dah turun ke 62.7kg. Tak sempat nak turun ke normal. Masa pregnant kalini berat tak boleh lebih daripada 72kg (bak kata pregnancy track apps saya). Current weight 68.2 kg. Harapnya tak lebih ya berat naik time dah sarat nanti hihi. Saya masih kawal lagi sugar intake sebab Isnin depan nak kena minum air gula. Taknak sangkut GDM. Apapun, control sugar intake ni memang saya kena teruskan sampai bila-bila kalau nak berat turun ke 50kg. 

Fokus mengandung dulu. Nanti baby dah wean-off, kita start balik diet journey kita weeeee πŸ”₯ Semangat! 

3 comments:

  1. caiyok caiyok... betul kena bila pregnant ni kena la yg patut2 je.. kena fikir baby, lepas bersalin nanti baru sambung balik.. moga sihat2 selalu yer.. aamiin

    ReplyDelete
  2. i pun nak kena restart my diet ie healthy meal niii

    ReplyDelete
  3. Nak diet ni kena semangat yang tinggi. Jangan terpengaruh dengan makanan sedap depan mata....alaaa sedap la....ok esok start diet balik.

    ReplyDelete

Thanks for reading