23 July 2023

IOI City Farm @ IOI City Mall, Putrajaya

Semalam Ayah Dini bawak kami masuk IOI City Farm yang letaknya didalam IOI City Mall, Putrajaya. Saja bawak Dini jalan-jalan tengok ikan. Before ni "berzikir" jugak dia mintak Ayah dia bawak tengok fish. Before ni, masa Ayah dia masih lagi kerja kat Aquaria KLCC, selalu jugaklah bawak masuk tengok ikan. 


IOI City Farm ni letaknya didalam IOI City Mall, Putrajaya. Berdekatan dengan District 21 dan tempat main ice skating tu. Harga tiket masuk:

Dewasa 👉 RM37 (weekdays), RM48 (weekend)

Kanak-kanak 👉 RM48 (weekdays), RM58 (weekend)

Warga Emas & OKU 👉 RM32 (weekdays & weekend)

Excited sangat anak bujang dapat masuk sini. Masuk-masuk je dah ada terapi bunyi air terjun kat entrance dia. Cantik tempatnya. Yang pokok hijau tu sebenarnya sayuran. Yang ditanam macam sistem hidroponik iaitu tanam tanpa guna tanah. Nampak segar betul sayuran kat situ. Yang tengah-tengah tu dia berpusing and ada pokok jugak kat wheels tu.


Nampak segar kan sayuran ni. Rasa nak je petik and masak bening. Best jugak tanam sayur macam ni. 




Ada orked cantik 🩷

Pintu toilet dia cantik

Button quail

Boleh bagi makan kat rabbit, guenia pig

Dini nak bagi makan tapi takut kena gigit

Marmoset

Freshwater Fish

Berpinar mata tengok akuarium ni seolah macam pakai spek tersalah power



Paling suka tengok si rakun gemok ni 😍 Macam kucing je gemok dia. Rasa nak tepuk-tepuk je sebab gebu. Nama dia Putra 🦝

Tak sempat nak ambik gambar lebih lagi sebab melayan si anak bujang tanya macam-macam. Best jugaklah IOI City Farm ni. Cuma dia takdelah marine life macam kat Aquaria KLCC. Dia ada freshwater fishes je.

Meerkat pun ada tapi tengah tido pulak. Comel je tido berkelompok. Oh ya, untuk bagi makan, kena beli kat vending machine. Boleh bayar guna Grab Pay / Touch n Go e-wallet. Rasanya cash tak boleh kot. Sayuran yang dibagi ialah carrot dan kacang panjang.

Bagi Dini seronoklah dapat tengok semua ni. Bagi makan ikan koi pun boleh. Kena beli jugak kat vending machine. Yang menariknya, pallet makanan ikan tu diorang isi dalam botol susu kecik. Pastu ikan akan sedut daripada puting susu botol tu. Kuat tau ikan koi tu sedut. Kena pegang kuat-kuat. Takde gambar pulak sebab masing-masing tak sempat dah nak keluarkan phone ambik gambar sebab melayan Dini yang excited tapi takut jari kena gigit dengan ikan haha.

Begitulah kisah hari Sabtu kami 🩷 Dah lama tak masuk IOI City Mall ni. Kisahnya, kita tak berani pergi sendiri tanpa Ayah Dini or sesiapa yang biasa dengan parking dia. Kita pernah sesat carik kereta tak jumpa parking kat mana 🥲 Serik nak pergi sorang dengan Dini. 

Kalau Alamanda Mall, Putrajaya tu kita beranilah sebab tak sebesar IOI City Mall ni haha. 

5 comments:

  1. ari tu nampak my fren ezna pun buat entry psl ioi city farm ni ;) menarik gak tmpt ni nmpknya

    ReplyDelete
  2. hi, saya follower baru. salam kenal!
    jemput singgah :D

    ReplyDelete
  3. cantik tempatnya..kids memang suka la kan

    ReplyDelete
  4. haritu pergi jugak IOI ni, memang bercinta nak cari tempat dituju tu. park dekat west, tempat nak pergi tu dekat east.

    ReplyDelete
  5. La...ada city farm ek dalam tu..🤭 tak tau pun saya..kwna explore lagi ni..hihihi

    ReplyDelete

Thanks for reading