21 July 2023

Kopi Kampung + Susu Segar Tanpa Gula

My booster drink this morning. Harini kita buat bancuh kopi kisar kampung favourite saya. Curik sikit susu segar budak Dini tu sikit. Tanpa tambahan gula. Sedap! Rasa pahit-pahit kopi tu makes me keep awake. 


Pagi ni kita ada appointment check up lagi kat KK. Check urine, blood pressure and berat, dan jugak heart beat baby untuk memastikan saya normal dan takde sangkut high blood pressure. Disebabkan haritu berat naik banyak, ada check up la 2 kali seminggu. Lepas tu doktor akan review lah harini sama ada kena sambung lagi  tak check up 2 kali seminggu. Harap baik-baik semuanya takde sangkut GDM atau darah tinggi masa mengandung ni. 

Minum kopi pagi ni pun sebab dah 2, 3 hari tak minum kopi hihi. Teringin pulak pagini. Puan Nurse, Puan Doktor, saya minum tak banyak tau pastu tak tambah gula. Hari lain saya minum susu + nestum. InsyaAllah saya akan terus jaga diet saya. Cuma kadang-kadang teringin pahit-pahit kopi.

Selepas check up harini cadangnya nak singgah cafe berdekatan dengan KK nak belikan kwason (read: croissant) salted egg and kedai kek di tempat yang sama untuk birthday kakak sulung saya hihi. Sajalah nak singgah tempat kerja dia meraikan kecil-kecilan. Boleh dia makan cemilan saya bagi nanti dengan her favourite coffee. Sambil tu memang nak pulangkan barang yang dipinjam.

By the way, saya sekarang tengah menaip guna iPad. Saja nak fefeeling wanita berkerjaya menaip kat meja kerja sambil hirup kopi sekejap pagini sebelum bersiap ke klinik. Cuma saya pelik, nak menaip post entry guna iPad ni boleh. Tapi bila nak blogwalking dan nak drop komen kat entry orang lain jadi tak boleh pulak. Kat phone okay je. Dia suruh log in google account tapi bila tekan button sign in tu dia kembali ke page yang sama. Dah cek setting ubah apa patut tetap sama. So, takleh nak fefeeling sangatlah 😂 Kalau nak drop komen kat entry blogger lain kena blogwalking guna phone je. 



Kenapa entah jadi macam tu. Setting kat iPad kot. Bab-bab teknikal ni saya lemah betul. Tak reti nak setelkan. Mudah give up haha.

6 comments:

  1. dap dap..kopi...moga sihat2 selalu..mommy & baby yer...

    ReplyDelete
  2. ammi pun sama bw guna iphone..masa nak comment tu dia suruh login padahal mmglah kita dah sedia ada login to our google account. masalah iOS ke ntah..

    ReplyDelete
  3. cute jer ipad tu ;) lg handy dari lappy yg pastinya

    ReplyDelete
  4. saya rasa tu mungkin sebab browser... sy guna browser selain google chrome etc dia jadi macam tu...

    ReplyDelete
  5. Sesekali kopi tanpa gula just add on fresh pun dh memadai ..sedap ..

    ReplyDelete
  6. PH suka bw guna phone je...selesa nak duduk macamana or kat mana2 je

    ReplyDelete

Thanks for reading