11 July 2023

My 2nd Pregnancy Journey : Berat Naik Banyak & Free Pneumococcal Vaccine for Dini

Semalam ada appointment check up baby di KK dan juga Pneumococcal Vaccine untuk Dini. Since 1 June 2023, KKM dah announce tentang pemberian vaksin pneumococcal percuma untuk baby of 2018 & 2019 yang tak pernah lagi cucuk vaksin ni. Boleh call Klinik Kesihatan berdekatan atau walk-in untuk dapatkan tarikh ya.

Untuk baby yang lahir pada tahun 2020 hingga kini, tak silap saya vaksin pneumococcal ni memang dah ada dalam jadual pemberian vaksin di Klinik Kesihatan. Masa Dini dulu vaksin ni belum lagi PERCUMA. Ramai yang ke swasta untuk dapatkan vaksin ni. Saya pernah survey harga vaksin ni, hampir mencecahlah RM300-400. Mahal bukan? Tapi tahun ni KKM dapat bagi FREE je untuk rakyat marhaen seperti saya ni.

Rasa bersyukur sangat dapat FREE je untuk Dini. Dikesempatan ini, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak culas membayar cukai. Semoga dengan perkongsian rezeki ni juga membuatkan rezeki pembayar cukai semakin murah dan berlipat ganda. Amin 🤲

Beralih kepada my 2nd pregnancy ni, semalam bila timbang berat, berat saya naik mendadak 🥲 Mungkin bila dah sihat dan tak lagi mabuk ni, selera saya makin bertambah baik. Jadi saya makan nasi macam biasa je. Takdelah makan banyak sangat sampai makan tu untuk dua orang. Tapi saya syak sebab saya selalu sangat craving air teh ais bila kat luar 😂 Craving aiskrim mint coklat lah, cempedaklah. Haa semua manis. 

Percayalah, untuk kedua-dua pregnancy, saya auto jadi sweet-tooth tau 😅 Seriously, masa saya tak mengandung saya tak gemar benda manis sangat. Kadang-kadang je. Hari-hari saya amalkan minum plain green tea. Jaranglah nak craving benda manis. Aiskrim pun boleh kira dengan jari berapa kali makan setahun. Bila dah masuk 3rd trimester je, mesti berat naik mendadak. Masa awal pregnancy, berat pulak yg turun tak naik-naik sebab takde selera makan.

(Bukti saya suka minum plain tea 😂👉 I Love Tea dan I Love Tea - Part 2) dan sini Green Tea Is Good For Me

Sudahnya, nurse dah set tarikh kena datang 2 kali seminggu untuk cek urine, berat dan blood pressure 🫠 Jadi setiap Isnin dan Khamis lah saya kena pergi KK pulak. So far check up semalam ok je. HB okay, blood pressure ok, urine normal. Tang berat ni lah hai dia naik banyak pulak. Hujung bulan nanti kena repeat air gula pulak. Omg ini saat yang paling ditakuti haha. Semoga tak sangkut GDM and high blood pressure ya Piqaaaaa! 🤲

Baiklah nurse, saya ikut cakap nurse. Saya tak minum dah air manis manis sangat eh. Saya minum susu je lepas ni. Doakan urusan bersalin saya dipermudahkan ya 🩷 Moga baby pun sihat sempurna membesar dalam rahim saya.

1 comment:

  1. mahal juga ya harga vaksin ni kat hospital swasta...

    semoga urusan bersalin syafiqa nanti dipermudahkan...

    ReplyDelete

Thanks for reading