27 July 2023

Rutin Pagi

Salam Hari Tasu’a dan Hari Asyura buat semua. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa harini dan esok.

Saya suka follow Ainaa Chichi di Instagram bila dia share rutin surirumah dia setiap hari. Katanya, sebelum start buat kerja rumah tu, mandilah dulu dan bersiap. Maksud bersiap tu bukanlah sampai nak kena bertudung macam orang nak pergi kerja tu. Tapi mandilah, bersihkan diri, pakai skincare termasuk sunscreen, bedak sikit and lipcare, barulah mood okay and selesa nak buat kerja rumah. 

Mula-mula dulu, saya memang selesa lagilah buat kerja rumah especially mengemas cuci pinggan dulu baru mandi. Berbaloi sikit rasa haha. Tapi lama-lama jadi rimas pulak. Sejak kebelakangan ni selepas dah baik dari mabuk mengandung, saya try lah disiplinkan diri. Mandi dulu apapun terjadi termasuk lapar. Hasilnya, saya rasa mood lebih baik especially part nak melayan karenah anak. Kita rasa selesa, rasa bertenaga, rasa cantik, rasa glowing, kurang sikit rasa lesu and tepu duduk rumah tu.

Anak pun saya bagi mandi awal, disiplinkan dia dengan rutin pagi macam nak pergi sekolah walaupun tahun depan baru start sekolah. Then, saya biasakan diri saya update business page (Instagram, Shopee, Telegram Channel) di meja home office saya, bukan sambil baring berguling di tilam. Lepas breakfast, saya bukakkan YouTube Kids anak saya di TV, bukan di iPad sebab taknak biasakan dia dengan screen sangat. Nak biasakan dia sambil tengok tv boleh buat aktivti lain macam mewarna, menulis, main dengan mainan dia. Anak saya pun saya sediakan meja aktivii untuk dia buat hands-on aktiviti.

Even menaip entry pun, saya biasakan diri update guna iPad, bukan sambil berguling di tilam hihi. Phone pulak saya pasang RTM Klik supaya dapat buat bunyi-bunyi sambil buat kerja rumah mahupun masa tengah buat kerja di meja home office saya. Saya sambungkan dengan speaker supaya feeling dia macam dengar tv gittew. Cuma tak boleh nak drop komen bila blogwalking di entry rakan blogger yang lain. Entahlah apa masalah iPad ni. Phone saya Android, okay je boleh komen. Kat iPad dia suruh sign in, tapi tak boleh pun.

Anyway, selamat berkerja buat wanita berkerjaya harini and not to forget kepada ibu suri yang berkerja dari rumah seperti saya :) Saya nak sambung buat kerja rumah and melayan karenak anak bujang saya tu. 

Assalamualaikum. 

8 comments:

  1. morning.. good rutin. bagus mcm ni.. have a good day!!!

    ReplyDelete
  2. Saya pun selalu guna headphone supaya x dengar perkara2 negatif.. baik dengar lagu jiwang.. hahaha. Semoga urusan harian dipermudahkan dan anak2 serta keluarga sentiasa sihat..

    ReplyDelete
  3. Bagus tips LadyDini kongsi.

    ReplyDelete
  4. Rutin yang baik, keep it up!

    ReplyDelete
  5. Marilah bekerja..letih betul saya harini huhu

    ReplyDelete
  6. Mungkin akak kena clear history ,clear cache utk ipad tu...
    biar dia jadi kosong semula, pstu try sign in balik blogger
    fon Cuya kadang2 mcm tu, tk boleh komen kt blog.

    ReplyDelete
  7. Selamat Berpuasa pada Hari Asyura..
    Kene ada rutin yg dinamik if ada mana part yg tak selesa atau tak best dan tukar that part sampai la kita selesa.. well good rutin dah tu..

    ReplyDelete

Thanks for reading