27 July 2023

Dah Try Tapi Tak Berjaya

Feeling so annoyed dengan iPad hahah! Kita dah cuba dah nak selesaikan masalah tak boleh nak drop komen kat entry rakan blogger yang lain ni, tapi tak berjaya. Kita dah ikut dah instruction dia tapi tak jugak setel masalah.

Bukan tu je, nak edit gambar kat Canva pun tak jumpa cari mana nak ‘Replace’ gambar kita sendiri lepas dah pilih templates. Yih! Apa benda tak friendly user sungguh la IOS ni tak macam Android. Nangis lah macam ni.

Dah lah nak download AWB customer daripada Shopee pun susah. Begitu syulit kehidupan hari ini.

Apapun, I will make sure iPad ni bukan dibeli untuk sia-sia. Sebenarnya dulu beli iPad ni untuk install Apps Prudential khas unuk kita buat quotation takaful and submit cases. Mengada kan nak iPad je, Tab biasa tak boleh. Pastu takde rezeki meneruskan karier tersebut, terabailah iPad ni. Setakat jadi tempat Ayah Dini tengok movie je.

Kita tak suka tengok movie kat iPad, prefer tengok kt TV. Pastu, kita selalu bukak apps RTM Klik je kat IPad ni kalau nak tengok TV bila TV dikuasai oleh si anak bujang. Pastu jadi tempat main game The Sims & Plant vs Zombie hahaha. Tak berbaloi beli iPad kalau dah macam tu. 

Mari bertenang dulu, nanti kita cuba lagi. Nak solat Asar and bawak Dini main basikal kat luar. Bye! 

6 comments:

  1. Kena cari unblock third-party cookies.
    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. Current update: Tak berjaya ya rakan-rakan. I hate you ios.

    ReplyDelete
  3. Sabar sabar... pennguna adroid yg terbiasa bila tertukar ke apple ni mmg akan ada byk lain dari yg lain.. Kiat mmg adroid user jer hahaha .. tak suke ios ni hahaha :P

    ReplyDelete
  4. Sabar-sabar, hahaha. Preloved je pastu amik tab Samsung/Huawei, kekeke.

    ReplyDelete
  5. i tak reti2 bab2 IT hahah ni kalau bukak blog, i memang guna lappy ;)

    ReplyDelete
  6. dlu sy pun ada masalah ni bila mula² guna ios... tp mummy ayu ada bg cara penyelesaiannya dan akhirnya dpt setel... nk kena carik dlm komen di blog balik tp tu pun x ingt dh entri yg mana... tp mmg kena ada tkr setting browser safari tu

    ReplyDelete

Thanks for reading