28 July 2023

Salam Jumaat

Salam Jumaat. Sedikit update mengenai usaha saya nak membetulkan apa yang tak betul. Tak berjaya ya rakan-rakan. Saya dah follow jugak tips daripada rakan blogger yang drop komen di entry saya semalam. Dah clear cache and cookies apa semua tu dia tetap tak boleh log in. Jadi harini saya pasrah je lah. Tiada daya dan kemampuan melainkan berdamai dengan takdir. Hal-hal teknikal ni memang not my cup of tea. Kalau suruh saya buat decluttering dan mengemas rumah yang crowded dengan barang tak berguna bolehlah. That is my passion. 

Teringat dulu zaman kecik Mama saya pesan kemas rumah sebelum dia keluar kerja, sebab masa tu saya dah start cuti sekolah. Balik dari kerja, Mama saya bising saya banyak clear out benda tak berguna yang bagi beliau masih dan akan diguna lagi walaupun saya tahu barang tu akhirnya akan menyimpan debu dan menjadi semak di mata. Semak tau haha. Pembaziran ruang je. Kalau rumah lapang dan minimalis, bukan ke lebih selesa?

It’s in the blood, Ma. Menurun daripada Mak Yong (kakak sulung Mama) and Mak Ngah (adik Bapak) saya. Kalau pergi rumah diorang memang sejuk mata memandang. Jaranglah nak jumpa benda asing kat tempat tak sepatutnya. Memang clear dan minimalis lah. Mujur tak menurun traits hoarder and sentimental terhadap harta benda ni hahah. Kalau daripada Mama saya, hanya menurun traits mabuk mengandung yang teruk and suka tengok TV sekadar buat bunyi-bunyi, and suka makan roti and pastries.

Teringat dulu kalau cuti sekolah, mesti akan ikut Mama ke office dia. Disebabkan jawatan Mama saya antara yang tinggi di Jabatan Penerangan Malaysia bahagian Kuching, Sarawak dulu, beliau ada bilik office sendiri. Siap ada TV lah. Saya ikut pun sebab cuti sekolah mesti ada kerja yang cikgu akan minta kita siapkan. Kena guna komputer sebab kena taip, carik bahan di internet dan nak kena print jadikan macam scrap book. Saya perhati je Mama, sambil dia buat kerja tu mesti dia on TV (volume slow je bunyi-bunyi) sambil buat kerja dia. Yang peliknya, kalau drama kat TV tu di tau je apa jadi walaupun mata dia fokus kat komputer. Fantastic, bukan? 

Haa traits yang ni lah menurun ke saya. Cuma saya tak gemar tengok drama je. Saya suka bukak apps RTM Klik and layan TV1 sebab banyak info daripada berita and rancangan dia setiap hari. TV2 and TV Okey pun nice jugak. Bolehlah buat bunyi-bunyi sambil taip entry ni and buat kerja rumah. Sekarang Mama saya dah hampir 10 tahun dah pencen. Dia memang tak boleh ya takde TV. Dalam bilik ada, dapur ada, ruang tamu ada. Haha. Comel je Mama saya. Ni pun dia baru balik dari melancong pusing negara Eropah dengan Makteh (adik Mama) dan Achik Ros (adik ipar Mama). Seronok ya life Mama saya bila dah pencen and pindah Slim River sekarang ni. Geng masjid dia pun bukan main aktif asyiklah ada aktiviti kome oi. 

Begitulah kehidupan. Kita dilahirkan dengan karakterisitik dan personaliti unik dan berbeza. Yang penting kita terima je seadanya dan raikan perbezaan masing-masing. Kita sendiri pun bukan elok sangat.

Apapun, masalah tak boleh nak drop komen ni hanya terjadi dekat blog yang bagi satu pilihan suruh log in akaun google je. Ada jugak ruangan komen yang bagi pilihan boleh masukkan Nama dan URL blog. So, bolehlah empunya blog tekan link nama saya tu untuk directly pergi ke blog saya pulak and tengok siapa lah budak capiqa hatta ni.

Berakhirlah kisah nak betulkan benda tak betul saya pada hari ini. Salam Jumaat buat semua and have a blessed Friday!

3 comments:

  1. Nasib baik sy masih boleh komen... baca sampai titisan terakhir td kisah mama dan tv nya.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. baru2 terjadi dekat hp, mula2 clear cookies dan chache tetap tak jadi, akhirnya saya cuba check setting phone google tu masukkan semula email n kata laluan dekat situ baru ok masalah tu, try la mana tahu masalah tu selesai

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang kita perlu berdamai dengan kelemahan diri sendiri kalau tidak rasa susah hati sepanjang masa

    ReplyDelete

Thanks for reading