29 July 2023

Kiddytopia @ IOI City Mall Putrajaya

Semalam kami bawa Dini main kat indoor playground iaitu Kiddytopia yang terletak didalam IOI City Mall Putrajaya. Same level dengan IOI City Farm yang kita pergi haritu. 

Harga tiket masuk ialah RM45/child. Parents tak perlu bayar tiket masuk. Hanya perlu tiket mengikut berapa jumlah anak kita bawak. 










Anak bujang I terlalu excited dapat main kat Kiddytopia ni. Kita yang sedang memboyot pulak tak larat nak ikut dia kesana kesini haha. Sementara Ommi and Dini kat dalam Kiddytopia, Ayah Dini pergi cari barang dia kat Decathlon sekejap. Mujurlah ada jugak tempat duduk disediakan dalam tempat main tu, bolehlah kita melepas lelah dan kemengahan membawa perut. 

Meh kita share apa kemudahan yang sediakan oleh pihak Kiddytopia untuk parents:

Kemudahan disediakan:

1. Surau - Surau kecik saja. Muat 2 orang je untuk satu waktu. Ada sejadah disediakan. Telekung tidak disediakan. Untuk ibu mengandung, ada kerusi untuk solat disediakan. Hand wash pun disediakan. Ada tempat wudhu, tapi takde toilet ya kat dalam. Ada cermin disediakan.

2. Breastfeeding room - Masa tengah pusing-pusing ikut Dini main tu, ada lalu breastfeeding room untuk memudahkan ibu menyusu untuk breastfeed baby sementara anak lain tengah bermain.

3. Kiddytopia Cafe - Makanan daripada luar tak dibenarkan. Kalau nak makan, kena beli kat kafe yang disediakan. Semalam kami takde order makanan, jadi tak dapat nak bagitau okay ke tak. Tapi tengok menu takde makanan berat disediakan ya. Yang ringan sahaja contohnya fries, croissant dan minuman. Hanya boleh makan di tempat yang disediakan sahaja. Makan kat dalam tempat bermain tak boleh.

4. Diaper changing area - Saya nampak ada disediakan. Tapi takde toilet ya. Jadi kalau anak yang dah besar (bukan bayi tapi masih pakai pampers, better change diaper kat toilet luar). Kalau baby kecik boleh guna wet tissue je kan. 

5. Rak kasut - Sila susun kasut di rak kasut. Parents and kids wajib pakai stokin ya masa ada kat dalam.

My Review 

Quite nice. Sebab semalam pergi hari Jumaat malam, jadi tak crowded sangat. Kami masuk lebih kurang pukul 7.30pm macam tu. Pukul 9 dah kurang orang sebab dah start nak balik dah kan. Kita boleh ada kat dalam sampai 9.45pm sahaja. Kalau weekend, I bet for sure ramai ya rakan-rakan 😂 

Playground tu comel. Warna menarik. Banyak tempat main. Slide dia pun best. Ada disediakan basikal and kereta kecik untuk kids ride around. Memang puaslah kids dapat masuk sini main.

The price is quite reasonable. Sebab parents tak perlu bayar tiket. Yelah, bukannya parents boleh main pun haha. Tapi actually muat je slide tu kalau parents nak bawak baby main. 

And selagi kita pakai band ticket kat tangan tu, kita boleh keluar masuk contohnya nak pergi toilet ke atau pergi carik barang. Tapi, untuk tinggalkan anak tanpa kita sendiri monitor and jaga, I am not sure. I think macam tak boleh je. Kena ada seorang dewasa jaga anak kita. Ataupun mungkin kena tanya person in charge kat kaunter tentang ni. Semalam saya takde tanya pun. 

Please make sure kita takde langgar apa-apa larangan kalau tak kena bayar denda lah. 





Ini gambar yang Ayah Dini berjaya tangkap. Comel warna tema Kiddytopia ni 🩷 Pada yang berdekatan, bolehlah try bawa anak-anak main kat sini. InsyaAllah kami akan repeat lagi sebab harga quite reasonable. Ada tempat, parents oun dia caj tiket ya. 

Lokasi Kiddytopia ni kat Level 2. Berdekatan tempat ice skating, District 21 & IOI City Farm. Parking kat area Lotus/Harvey Norman area East Wing. Naik je escalator dekat dengan Lotus tu, sampai L2.

Have a nice weekend, everyone. Malam ni kita nak packing nak masuk pulau esok. Pulau mana tu? Nanti kita cerita kat blog lah untuk next entry 🥰 

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading