31 July 2023

Safely Arrived

Alhamdulillah setelah lebih kurang 8 jam dalam bas, kami pun sampai ke station bas MBKT, Kuala Terengganu dari Putrajaya Sentral semalam. Kematu ontot dan berkarat sendi-sendi duduk dalam bas lama-lama ni haha.


Otedah anak I penat duduk dalam bas. Tapi dialah yang terpaling excited sangat dapat naik bas. Tapi nak kena layanlah bila dia sokmo tanya "Berapa minit lagi nak sampai?" 😂

Kalini kami memilih untuk naik bas sebabnya Ayah Dini tak larat nak drive. Khamis malam haritu dia baru balik dari outstation jugak. Kita tak expect pun boleh ikut kalini. Tetiba petang Jumaat tu Ayah Dini kata nak bawak kami outstation masuk pulau. Weeeee~

Usia kandungan dah mencecah 7 bulan ni ingatkan tak boleh nak kemana dah. Tetiba ada rezeki masuk pulau cuti-cuti kejap hihi. Dulu masa Dini 5 bulan dalam perut, Ayah dia bawak masuk Pulau Perhentian. Kalini si baby pun dapat masuk pulau jugak. 

Masuk pulau kalini Ayah Dini dapat tugasan daripada majikan. Nak kena "interview" terumbu karang sama ada mereka baik-baik saja ataupun tidak. Sementara Ayah Dini buat "siasatan", Ommi and Dini main pantailah. Semoga baik-baik je perjalanan kami menaiki bot pagi nanti 🤲 Amin.


Walaupun sedang bercuti, tapi Shopee LADYDINI kita tetap on je 🥰 A-A-Ay I'm on vacation, I love my occupation a-a-ay! 

Have a nice week, everyone!

Assalamualaikum 🩷

5 comments:

  1. wah... holiday di pantai ye dini dan ommi... take care ya sis... jgn lupa mkn celup tepung di KT tu

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti sis! Kira babymoon la ni, vacation sebelum baby keluar hehe.

    ReplyDelete
  3. Sambil suami menyelam, isterinya boleh bercuti alhamdulillah rezeki juga ni :)
    Enjoyyyyy!

    ReplyDelete
  4. Take care.
    Seronoknya bercuti.

    ReplyDelete

Thanks for reading