20 August 2023

Fancy Doughnuts Sweet Craving

Semalam teringin sangat nak makan fancy doughnuts tak kisah la brand apa. Pagi-pagi dah mintakkan Ayah Dini belanja haha. Bila lagi nak gunakan alasan "baby dalam perut teringin itu, teringin ini" kan? Lagipun setakat ni, semua benda dingidam masa mengandung ni takdelah yang pelik-pelik sangat. Semuanya mudah nak dapat. Kecuali, mengidam nak makan telur penyu je tak boleh 😂 Sebab tak boleh lah. Saya sebagai graduan Biologi Marin menentang diri saya sekerasnya memakan telur penyu walaupun mengidam time mengandung ni. 

Pandai Ayah Dini pilihkan. Semua I love. Kita suka panggil sesuatu makanan/minuman tu sebagai 'fancy' kalau ianya jenis manis, colourful, extra itu extra ini, atau kalau kategori savoury dia jenis yang modified recipe contohnya tambah cheese. Yang moden-moden punya menu semua saya panggil as 'fancy'.

Saya jarang nak makan benda fancy2 ni, hanya teringin pada waktu tertentu je. Most of the time, I prefer makanan/minuman yang simple. Bila dah sekali makan, lagi sebulan baru ada craving benda fancy yang berbeza-beza. Tapi masa mengandung ni, macam extra sikit kekerapan dia tu. Hikhik.

Alhamdulillah craving satisfied. Hmm tapi Dini demam sejak semalam. Sunyi rumah takde kedengaran pokpek pokpek anak bujang 😥 Doakan Dini cepat sembuh daripada demam dan batuknya ya 🤲

5 comments:

  1. Alhamdulillah. Dapat ayah Dini tunaikan selera ibu mengandung.
    Semoga Dini cepat sembuh, dan kembali riang dan sergas seperti selalu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah setel satu craving ✅
    Syafakallah Dini 🤲

    ReplyDelete
  3. my boys suka dunkin donuts, MZ suka mkn donut jugak tp yg bukan fancy tp yg ada inti custard tu (nama bavarian filled)

    ReplyDelete
  4. sesekali teringin kena la layan kan
    manis2 camni
    ciknur suka yg coklat tu he hee

    ReplyDelete

Thanks for reading