11 August 2023

First Time Cuba Pink Clay Mask Ni, Best Pakai!

Harini tadi kita buat skincare routine yang extra sikit daripada yang biasa buat tiap hari. Lepas cuci muka dengan Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash, kita scrub muka dengan Simple Kind To Skin Smoothing Facial Scrub. Terasa lembut disentuh kulit muka kita selepas di scrub. 

Then, kita sapu Mary Kay Pink Clay Mask ni 🩷 Haa selalu jumpa mask warna hijau atau hitam kan? Yang Mary Kay punya dia buat warna pink. Comel sangat. 

Pink Clay Mask ni kakak saya yang sorang lagi bagi sample. Saja nak bagi saya try. Kedua-dua kakak saya memang pengguna dan Beauty Consultant Mary Kay, diorang dua ni memang suka memanjakan adik perempuan diorang ni dengan skincare dari Mary Kay ni. Haha syok betoi ek ada kakak kakak ni 🀭 Kadang-kadang tu diorang suka bagi free je mana yang diorang tak pakai sangat. 

Banyak dah yang saya pernah try. Cuma harini nak cerita la pasal Pink Clay Mask ni sebab berbeza dengan yang saya pernah beli and pakai sebelum ni. Disebabkan kulit saya jenis sensitif, selalunya lepas pakai mask memang akan rasa pedih. Tapi bila first time try Pink Clay Mask ni, takde pun pedih. Saya pun bagilah feedback kat kakak saya, dia cakap memang Pink Clay Mask ni sesuai untuk sensitive skin. Gittew. 

Dah lah bau dia harum dan mendamaikan jiwa. Warna pulak pink cantikk. Terasa lembut selepas dah cuci muka tu. Lama giler dah tak pakai clay mask macam ni sebab selalunya buat muka pedih. Yang ni tak πŸ₯°


Macam ni lah rupa paras packaging Pink Clay Mask ni. Comel je. Kakak saya pack kan untuk saya dalam bekas kecik, jadi takdelah gambar sendiri punya. Pinjam gambar orang lain. Hihi. Tapi serious best lah pakai pink clay mask ni. 


Macam ni lah rupa bila pakai Pink Clay Mask ni. Sapu rata ke seluruh muka, nanti dah kering cuci je dengan air bersih. Fungsi clay mask ni adalah untuk menanggalkan kulit mati kita, remove kekotoran dalam liang pori yang tak tanggal masa kita mencuci muka dengan facial wash biasa. Tapi tak bolehlah guna hari-hari. Nanti rosaklah skin barrier kita. Pakai sekali seminggu je cukup. 

Untuk jenis kulit yang ada pori besar macam saya, sesuailah amalkan seminggu sekali untuk membantu mengecilkan liang pori kita tu. Dia jadi besar sebab ada kotoran dalam dia, bukan senang jugak nak tanggalkan kotoran kat dalam liang pori kalau tak guna clay mask. Facial wash hanya cuci permukaan je. 


Kalau ada yang kulitnya mudah berjerawat bila pakai face mask 😷, boleh jugak amalkan guna Pink Clay Mask untuk sooth the acne supaya mudah kecut semula. Nak jaga kulit ni memamg mencabar. Saya sejak umur 16 tahun lagi jerawat memang meriah ya kat muka. Sejak masuk 30-an barulah kulit tak berapa nak berjerawat dah. Kalau ada pun, seketul dua je dalam satu bulan. 


Inilah dia bahan yang ada dalam Pink Clay Mask. Bahan yang memang sesuai untuk kulit sensitif macam kulit saya. Ada tak yang pernah try Mary Kay Pink Clay Mask ni jugak? Jomlah share kat komen feedback korang πŸ‘‡

By the way, pada yang nak try, boleh tekan link banner 'Pink Clay Mask' kat bawah post ni tau. Klik je link nanti dia directkan ke Telegram Chat. Kita guna Telegram Chat untuk berinteraksi dengan customer and borak tentang skincare kalau ada yang nak tahu lebih ☺️ Boleh je nak purchase daripada kita, nanti kakak kita yang akan poskan pada korang! 

Atau korang boleh guna E-Pass je untuk view produk-produk dari Mary Kay dan terus membeli kat situ. Dia macam website gittew. Boleh tekan link ni ok πŸ‘‰ Register E-Pass Here

5 comments:

  1. pernah beli ni tp x habis lg.. malas nk pakai..hihi.. tp mmg best sejuk² tegang je rasa.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Yes memang best pakai..wangi sgt².. anak suka sapu kat muka hehe bukan main seronok dia

    ReplyDelete
  3. i so far pakai mask yg beli kat watsons jer...yg facial sheet mask tu...mlm2 pakai satu hehhhe tp ikut mood jer

    ReplyDelete
  4. Menarik lah sebab kaler pink! Teringin pulak try sebab warna favorite πŸ˜„Nanti bebila leh try beli...Hehe..

    ReplyDelete
  5. Belum pernah pakai pink clay mask.
    Kalau ada aroma wangi memang best pakai.

    ReplyDelete

Thanks for reading