4 September 2023

About Business

Banyak jugak saya tengok bisnes dah lingkup or nak gulung tikar dah. Butik-butik yang dulunya famous pun dah start nak jual bisnes diorang. Ada yang dulunya bisnes butik start dah join bisnes yang lain contohnya bisnes yang macam Amway and etc. 

Saya pun dapat nampak jugak, bisnes online masa before covid, semasa covid dan after covid ni berubah sangat. Dengan lahirnya e-commerce site yang suka jual murah tak balik modal and bagi banyak sangat diskaun lagi. Ada peniaga yang mengadu, persaingan terlampau sengit and diorang dah tak boleh nak cope dah dengan customer yang asyik nak murah je. Sebab nak jual murah macam mana orang lain jual murah pun sungguh tak balik modal langsung.

Begitulah akibat yang kita boleh nampak bila hilangnya sesuatu value barangan and bila semuanya pakat buang harga. Huhu. 

Yelah, zaman struggle ni, ekonomi pun merudum, siapa je tak prefer barang yang boleh dapat diskaun banyak kan? Kita sendiri pun pilih untuk jimat. Tapi, itulah kesannya agak buruk pada sesetengah orang. 

Saya pun pernah menghadap modal banyak sangkut kat tudung ready stock. Dengan waktu tu bila dah tak berapa nak laku, HQ sibuk buat harga sale tak balik modal. Too much production sampai stok terlebih-lebih. Design tak cantik dan hauk. Kualiti tak jaga. Recruit too much agent sampai agent lagi ramai dari pengguna 😂 Kononnya rakyat Malaysia berjuta-juta kenapa nak risau? 

Entahlah. Kita memang masih ada impian nak stay as work-at-home Mom, berniaga sendiri daripada rumah sambil boleh jaga anak sendiri. Kita takut dengan kes penderaan budak yang dah macam normal sekarang ni. Kita sendiri pun tak sabar bila anak meragam, apatah lagi orang lain yang nak menjaga anak kita. 

Bila fikir balik, memang nak kerja tahun depan bila baby dah besar sikit. Tapi ragu-ragu tu masih ada ya rakan-rakan. Saya salute pada ibu-ibu berkerjaya. Boleh ke ek saya jadi macam diorang? Very hardworking. Nak urus anak, family, hal kerja lagi. Bisnes online sekarang ni pada saya takdelah okay sangat macam dulu. Nak kena live hari-hari barulah orang beli katanya. Tiada daya nak buat live hari-hari macam diorang tu.

Rasa macam nak buat offline je. Tapi itulah taktau nak start from where. Yang paling senang actually start letak barang kat vendor butik. Pernah dah letak tudung kat vendor butik sewa murah je RM50/bulan. Cuma, jadi tak suka sebab diorang tak jaga sangat barang kita. Bila ditanya pasal stok kita ke apa, ada yang salah kiralah, tudung tu 'terbang' entah kemana lah, ada yg sangkut gitu-gitu je tak ber'hanger'. Tempat pulak susahnya nak carik parking. Penuh sokmo area tu. Kedai tingkat atas pulak. Bila share gambar ke, tag kat story IG ke, haram nak repost. Haih.

I prefer jugaklah offline selling berbanding fokus kat online je. Nantilah kita cuba carik better vendor butik kat area rumah ni. Orang boleh tengok depan mata tudung yang kita jual. I fikir, janganlah berlumba nak jual barang murah sangat. Yang penting, kita jaga kualiti dan value barang kita so that tudung harga RM30 tu akan sentiasa berbaloi dengan kualiti dia. Bukan kita guna material kain cikai-cikai pun kan. Kenapa nak berlumba jual murah tak balik modal? Baik takyah berniaga macam tu. 

Buat masa ni, kita tumpang rezeki brand tudung yang famous dan stabil dulu untuk diniagakan. Jadi Dropship je dulu. Belajar daripada kesilapan. Jangan sibuk nak grow kononnya, tapi tak pandai lagi urus modal dan financial business. Jaga keberkatan Allah swt, jangan sampai kita ni scam orang dalam keadaan sengaja atau tak sengaja.

Itu je lah nak bebel pasal bisnes harini 😂 Rasa nak give up tu ada tapi impian tetap jadi impian. Demi anak-anak Ommi 🩷

2 comments:

  1. Moga sis dipermudahkan segala urusan. Buatlah mana yang rasa terbaik, insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan yang tepat untuk kita

    ReplyDelete
  2. Tetap semangaaaat kakaaak 🤗☺️. Memang lah persaingan sekarang nih sangaaat ketat. Apalagi kalo berhdapan dengan vendor besar yang berani kasih diskount tinggi. Dah pengen menyerah. Saya sejak resign dari company lama, dah stay at home 100% di rumah. Tapi saya isi waktu sebagai trader saham. Karena dulu kerja saya pun berkaitan dengan financial dan banking, jadi lebih bagus saya terjun sendiri jual beli saham. Tak menyesal, karena saya juga less pressure, tak lagi terlalu stress macam dulu 😅.

    Kalo nak jual beli barang, saya memang tak cocok di bisnis itu. Kurang pandai bercakap dan membujuk pembeli 🤣. Sementara kalau saham, saya cukup pakai analisa untuk jual atau beli saham.

    ReplyDelete

Thanks for reading