4 September 2023

Sembang Kencang

Kita bukak facebook sebab nak tengok update dari HQ tudung kot ada nak buat SALE sempena Hari Malaysia ke kan. Sekali ternampak post pasal 'Tahniah kepada yang dulunya anti-tiktok sekarang scroll tiktok 24 hours' dengan caption scroll tiktok pun dapat duit ok what katanya.

Entahlah, honestly saya memang tak suka tiktok. Nak bisnes kat tiktok pun tak suka. Bukan sebagai peniaga je, sebagai pengguna pun saya tak suka. Sebab saya rimas tengok terlalu banyak video. Nanti kepala jadi pening.

Before ni pernah lah reshare Buat Orang Lapo punya post pasal dia punya honest review tak suka guna tiktok jugak (sebab algorithm dia, bukan sebab pengguna ke apa) tapi ramai yang salah anggap tentang post tersebut. Kita faham je point of view yang nak disampaikan. Sebab algorithm ni memang merimaskan. Bukan je di tiktok, di socmed yang lain macam facebook, instagram pun memang agak merimaskan bagi saya. 

Sejak instagram ada story and reels pun saya dah tak suka 😂 Lain orang, lain preferences kan. Bila tengok video banyak ni jadi pening. Ada orang tengok words banyak jadi pening hahahaha. 

Tapi tu lah, nak cakap kita jangan sembang kencang sangat. Any social media pun can be hype at one time, can jatuh merudum teruk in just a second. Memang now certain socmed is so hype, everyone is using them. But, in the matter of time, it will gone just like how Thanos jentik jari tu hilang.

Blog ni dulu pun hype jugak. Mula-mula saya happy je guna blog. Lama-lama bila semua orang berlumba-lumba nak jadi famous macam Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Cik Epal sampai setiap posting pun semua berteraskan nak up views semata-mata, I pun jadi rimas and sebab tu lama bersawang blog ni suatu ketika dulu. Hilang fun kita. Because I prefer blog yang macam diari tau. I suka baca perkongsian daily update orang lain. Bukan post pasal mcm mana nak views tinggi, macam mana nak traffic high yada yada yada. Boring... 

This is just luahan hati yang perlu dilepaskan. Kalau ada yang tak setuju macam mana saya tak setuju dengan pendapat orang lain macam saya tengah cerita ni, saya terima je. Masing-masing punya preferences. Dua tiga harini, suka pulak nak pening dengan benda yang tak perlu dipening. Saja nak luah. Nak luah kat Ayah Dini, manalah dia faham. Nak luah kat Dini, lagilah dia tak faham. Nak sembang kencang kat socmed, nanti orang lain salah faham. Kita luahkan dekat blog je. Takde orang terdekat kot nak terasa-terasa ke. 

Kadang tu, kita nak share opinion kita. Tapi tulah nanti ada yang terasa pulak kat socmed tu. Nanti dia kata kat kita, "kalau tak suka socmed jangan guna socmed, deactivate je semua". Lagi, "kalau takde benda baik nak cakap, diam je".

Oklah, saya diam. Cakap kat sini je. 

4 comments:

  1. Cuya pon macam sis, suka baca blog yang share story, bukan jual produk semata.
    Tapi tiktok pon Cuya layan, sebab sana banyak ilmu yang bagus2, ada motivasi dan inspirasi.
    Cuya jenis yang word boleh, video pon boleh.

    Tapi biasalah,kadangkala mood turun naik. Social media sometimes can be too toxic, Cuya pon tk suka IG yang tiru Tiktok.. tak best dahh

    ReplyDelete
  2. Kak Fiqa, I feel you sangaaaat sangaaaat 😄👍👍. Pertama saya pun tak suka tiktok. Saya pusing lihat layout nya yang seperti berantakan. Terlalu banyak video, sementara saya tak suka memang stories macam tuh. Saya cuma punya blog, FB dan IG. Itu pun saya prefer hanya menulis, pakai foto, tapi tak nak video. Banyak teman yg advice utk upload video dari cerita2 traveling saya, tapi saya tak nak sampai sekarang. Saya tipe yang tak suka bicara depan kamera. Saya lebih suka menulis.

    Karena itu blog saya pun pure hanya cerita my own experience tentang tempat2 yang saya pernah visit, makanan yang saya pernah coba. Tak nak menulis sponsored post, tak nak pasang ads.

    Walaupun blog sudah tak terlalu hype, tapi saya setia menulis di sana karena memang itu passion saya, hobi saya. Dengan menulis saya seperti bisa menghilangkan jenuh dan stress. Jadi orang mau kata blog dah tak laku, tak apa. Saya menulis untuk diri sendiri kalau memang blog dah tak laku 😁

    ReplyDelete
  3. Pendapat kita senada :)
    Akk dah lama tinggalkan FB sebab serabut, rasa rimas dan lemas :(
    And for blog, akk pun suka baca cerita yg santai-santai je, cerita2 harian yg tak membebankan kepala. Dan fokus penulisan pun lebih kepada catatan harian, diari dan rakaman kehidupan utk tatapan anak⁴ bila besar nanti :)

    ReplyDelete
  4. agreed :) my blog is my diary/life journal...tp MZ suka jer scrolls FB dan ig..tiktok MZ baru jer usha2 tu pun sbb nak beli brg hahahhah

    ReplyDelete

Thanks for reading