6 September 2023

Anniversary Month 🩷

September is our anniversary month 🥰 So, pada hari anniversary kita kat rumah je. Masak extra special sikit untuk lunch. Udang masak sos dan sayur kacang botor.


Disebabkan tak boleh nak makan masakan jenis sambal, Ayah Dini terpaksalah ikut selera dak baby ni. Masak simple macam ni je mampu 😂 Petang lepas lunch and solat Jumaat, Ayah Dini bawak Dini ke office. Saja bawak dia main dengan anak colleague dia. Memandangkan ramai yang ambik cuti sempena cuti sekolah dan Merdeka, so sunyi sikitlah office katanya.

So, I got myself a little me-time kat rumah petang tu and bolehlah layan YouTube kitaaaa. Lama tak layan YouTube. Hari-hari kena layan YouTube Kids si Dini je 😩

Actually, harini dah hari yang ketiga kami berada di Kuala Terengganu 😍 Ayah Dini bawak kami kesini sebab dia ada program kat sini as urusetia. Maka, bersyukurlah seorang Syafiqa apabila dapat lepak dalam bilik hotel ber'aircond' sejak Ahad sampailah harini tadi 😆 Pagi breakfast kat hotel, bawak Dini mandi kolam. Ayah Dini memang awal pagi dah keluar berkerja, petang nak maghrib baru dia balik. Itupun ada malam yang dia kena keluar kerja balik sebab malam ada program.












Antara random pictures yang kita snap sepanjang 3 hari berkampung kat hotel ni haa. Nak kata boring tu takdelah sangat sebab memang awal lagi Ayah Dini kata dia akan sibuk sebab urusetia kan banyaklah kerja. It's okayyy 🥰 Kita suka je. Janji Dini happy dapat mandi kolam. Ramai je budak-budak lain jugak main and Dini suka main dengan kawan-kawan baru yang dia jumpa kat sini.

Sempena anniversary kan, saja lah Ayah Dini bawak kami ikut sekali. Sebelum dak baby ni keluar melihat dunia, kita ikutlah. Nanti berpantang, Dini pun sekolah, susah dah nak ikut. Kita hargai rezeki yang Allah swt bagi ni sementara masih boleh 🩷

Actually mall sebelah je, tapi kita tak laratlah nak bawak Dini jalan dalam mall. Kereta Ayah Dini guna sebab tempat program tu kat area Chendering. Kalau tak sarat, gagahlah jugak nak bawak Dini jalan kaki and cuci mata dalam mall. Hihi. View bilik pun cantik. Nampak laut belakang mall ni.

Kuala Terengganu dah banyak berubah berbanding masa kami berdua masih belajar kat Universiti Malaysia Terengganu lebih kurang 10 tahun dulu. Macam-macam dah ada 🥰 Love sangat. Bandar pun nampak tersusun je. Sejak ada Drawbridge lagi bertambah meriah Kuala Terengganu time malam. Masa kami masih belajar dulu, takde apa sangat lagi tau. 

I love Terengganu 🩷 The foods, the vibes, the ocean views. Tempat bertemu jodoh pun kat sini. It holds a special place in my heart ahgittew korang. Esok InsyaAllah baru kami akan pulang ke Bangi semula. Bilik aircond yang selesa ini bakal dirindui 😆 Semoga murahlah rezeki bisnes Ommi ni supaya dapat berkongsi rezeki dengan Ayah Dini untuk afford memasang aircond dirumah berserta maintenance nya sekali amiiinn 🤲

Masih dalam proses reconstruct my bisnes dengan strategy baru. Sebab tu duduk hotel je pun takdelah rasa boring sebab selesa nak buat kerja. Dah sarat ni memang rasa cepat sangat penat. Dini pun okay je. Pagi petang mandi kolam. 

4 comments:

  1. seronok Dini ye 3hr 3mlm la dpt mandi kolam...comel je ibu mengandung tu bila due Fiqa?

    ReplyDelete
  2. Bestnya...Janji relax, tak perlu banyak fikir pun dah ok tu...Happy Anniversary!!! Till jannah!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki, nikmati dan hargai selagi ada.
    Nanti Dini makin besar, dah sekolah peluang nak ikut ayahnya outstation makin berkurang. Mcm akk dulu masa anak² belum sekolah, rajin ikut suami outstation juga :)

    ReplyDelete

Thanks for reading