Skip to main content

Rindu Nak Buat Gift Box Tudung

Tetiba harini rasa rindu nak buat Gift Box Tudung comel-comel macam kita pernah buat dulu-dulu. Masa zaman kita masih jual tudung Fareha & Darena in the year of 2020-2021 macam tu rajin giler buat set gift box macam ni. 

Teringin nak buat lagi. Done order gift box and ribbon sebab stock tudung pun masih banyak lagi. Ingat nak buat GIVEAWAY la kat blog. Nak hadiahkan special gift kepada rakan-rakan blogger yang sudi baca entry kita and rajin drop komen and suka bagi kata-kata semangat 🩷

Nak throwback sikit la gift box kita pernah buat dulu-dulu ♥️











Comel ke tidak? Berbunga-bunga tak hati kalau dapat gift box comel macam ni? 🌸

Tinggal nak shopping cekedis je buat tambah-tambah kecomelan. And nak include sekali random colours Inai Sahara yg available 💅

Bila semua barang dah lengkap nanti kita buat set gift box random tudung + inai sahara + cekedis untuk GIVEAWAY kat blog. Walaupun tengah menanti hari nak melahirkan dak baby ni, tapi kita cuba mana yang sempat. 

So, siapakah rakan-rakan blogger yang bertuah nanti tuuuuuuu? 🤭 Stay tuned ok! Nanti kita buat entry GIVEAWAY! Kita nak ready 10 set gift box nanti 🎁

Dikesempatan ini nak mintak lagi doa rakan-rakan blogger untuk saya supaya dipermudahkan urusan bersalin nanti, dipertemukan dengan doktor dan nurse yang baik-baik dan saya and baby dikurniakan kesihatan yang baik nanti 🤲 Aminn. 

Terima kasih in advance 🥰

Comments

  1. cutenya tudung gift box ni ;) MZ doakan agar u dipermudahkan urusan bersalin..aamiin

    ReplyDelete
  2. Singgah ^^ and follow dari http://www.thefox.my/

    ReplyDelete
  3. wah comei2 nya.. sure suka penerima nya..
    semoga urusan melahirkan nanti dipermudahkan semuanya..aamiin
    MA pun menanti anak buah baru jugak ni..due hujung nov nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for reading