20 September 2023

Strategi Baru

Genap sebulan kita cuba strategi baru kat Instagram Shop kita harini πŸ₯° That's what keep me busy sampai takde mood sangat nak update blog and tak sempat nak update sangat kat sini hihihi. 

Haaa begitulah hasil Insight yang telah dipaparkan oleh Instagram for a month setelah mengaplikasikan strategi baru saya ni. Strategi ni takde ikut siapa-siapa pun. Saya saja buat eksperimen sendiri je 🀭 Takde ikut algorithm pun sebab annoyed dengan algorithm haha. 

Target saya mudah je. Nak reach new potential customer, maknanya, walaupun followers terkini hanya 246, tapi target nak reach non-followers tu yang nak ramai. Macam mana nak reach non-followers tu? Saya post REELS je rakan-rakan. Dah takde post gambar pegun di Instagram Shop. 

I don't give a 'fish' about how to increase the views untuk setiap REELS pun. I lantakkan je kalau views dia 1-10 je. Sebab I guna video marketing yang di provide oleh pihak HQ sahaja. I takde masa dan takoser nak buat REELS sendiri. Tapi memang itu tanggungjawab HQ kan untuk provide marketing materials? Dalam iklan mencari Dropship duk pumpang kata marketing materials disediakan, bila dah join bayar yuran hapak pun takde. Memang nak kena hempuk kalau macam tu.

Disebabkan Stokis tudung Hadeera kita dah join jual Leeyanarahman & Shawlpublika Scarves, kita pun join je la jadi Dropship untuk semua brand tudung yang dia jual. Dia yang ajak, I onz je πŸ₯° Dropship je pun kan. Tapi, balance stok tudung Darena masih ada jugak kita tengah cuba untuk untuk habiskan sementara ada CLEARANCE SALE ni.

Tudung brand kita sendiri pun masih ada stok 🩷 Masih gigih menjual cuma tak sempat nak buat marketing sendiri. Sebabnya baby dalam perut ni dah besar sangat tak larat dah kita 🀰 

Stok Inai Sahara pun ada je lagi kita nak try habiskan stok yang ada walaupun upline kita macam tak ambik kisah langsunglah kita ni. Dak HQ pun macam takde khabar berita, marketing pun macam tak buat kat official page diorang πŸ˜‚Lemah aku HQ macam ni. 

And also saya dah kembali menggunakan Facebook Page yg sudah lama bersawang tu untuk upload FULL CATALOGUE setiap produk dan share post pada group-group bisnes di Facebook. Walaupun saya tahu, ini cara lama tapi saya percaya masih ada lagi yang suka shopping manually disana. Maksudnya, tak shopping melalui e-commerce.

And I don't use Whatsapp anymore to market my business sebab malas nak expose phone number to strangers. Saya guna medium Telegram Chat je. And jugak ada Telegram Channel untuk provide Full Catalogue untuk setiap produk 🩷

Begitulah perkembangan kesibukan kerja-kerja reconstruct semula aktiviti-aktiviti bisnes saya demi memudahkan kerja saya dan my potential customers. Ada jugak rakan blogger yang tanya kenapa tak share gambar tudung kat blog ni. Mana tau boleh cuci mata. Hmmm.. saya tak suka promote apa saya jual kat blog dah. Because, blog is considered my personal and safe place. I don't want to use this blog for marketing. 

Tapi saya ada provide links to my business page di bawah entry πŸ‘‡ My Shopee links, Telegram Channel, Instagram Shop & Facebook Page link semua ada kat bawah. Jemput usha sikit rakan-rakan 😘 Di kesempatan ini, terima kasih rakan-rakan blogger yang selalu drop komen bagi semangat dan kata-kata yang menyejukkan hati 🩷 InsyaAllah akan saya aktif semula membalas kunjungan rakan-rakan blog okayyy!

Tapi nak kena fokus beranak dululah pulak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Harini dah 37 minggu, menunggu hari nak bersalin. Doakan proses bersalin saya dipermudahkan yaaaaa 🀰 Nervousnya saya tapi tak sabar nak jumpa baby tapi nervous. 

4 comments:

  1. Insyaallah, semoga semua usaha membuahkan hasil… lepas ni fokus kat baby dulu ye

    ReplyDelete
  2. Byak nak kena belajar kalau nak berbisnes nie kan.. even sy sendiri cuma guna telegram, fb dan blog saja utk konten2 blog.. nak contact pun melalui email saja sbb tak nak expose no dgn org.. All the best! Semoga dipermudahkan urusan aamiin

    ReplyDelete
  3. berbisnes ni kena rajin usaha.. in sya Allah akan membuahkan hasil.. moga terus sucess key!

    ReplyDelete

Thanks for reading