27 September 2023

GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE BY SYAFIQA HATTA (First Giveaway)

Yeay, akhirnya semua barang untuk buat gift box dah pun lengkap 😍 Lelaju kita buat set gift box tudung yang pertama untuk giveaway yang pertama ni. Terus lupa niat nak lipat sebakul kain tadi hahaha!




Inilah dia rupa paras Gift Box Tudung yang pertama untuk giveaway yang pertama ni. Haa kenapa ada 'yang pertama'? Sebab kita akan buat giveaway ni baaaaanyak kali ♥️πŸ–€ Setiap giveaway akan ada seorang pemenang yang kita akan pilih secara random ya. Jom baca syarat-syaratnya yang mudah je ni...

Syarat Penyertaan:

1. Copy gambar gift box di atas yang ada tunjuk isi dalam gift box ni dan backlink kan ke entry ini

2. Copy paste tajuk entry ini dan buat 1 entry menandakan anda join giveaway ini. Ajak rakan-rakan blogger yang lain join sekali

3. Copy paste link entry korang ke ruangan komen di bawah BERSERTA alamat email masing-masing untuk saya contact sebagai pemenang nanti

4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada bila-bila masa mengikut citarasa saya πŸ˜‚

Mudah sangat kan? 

Untuk pengumuman pemenang, saya tak announce di blog, sebaliknya, saya akan TERUS EMAIL PEMENANG bila dah decide tarikh tutup nanti dan pilih secara random. Jadi, pastikan email yang diberi adalah email yang aktif ya.

Apakah yang pemenang bakal terima nanti?

1. Square gift box berwarna hitam dihiasi ribbon merah

2. Sehelai tudung bawal chiffon Darena Scarf

3. Sebotol Inai Sahara berserta 2 buffer (pengilat kuku)

4. Apollo layer cake

5. Cloud 9

6. Gula-gula

Saya harap semua sudi join Giveaway ini πŸ₯° Terimalah hadiah ikhlas daripada saya sempena menghargai rakan-rakan blogger yang selalu drop beautiful and soothing comments on my blog entry sepanjang perkenalan di alam maya ini 🩷

Thank you in advance!

Tak Sabar Nak Buat Giveaway

Harini genaplah 38 weeks pregnancy 🀰 Semalam pergi check up. Baby semua okay je. Doktor hanya bagi tarikh serah diri kalau baby tak keluar lagi, 16 Oktober 2023 kena serah diri katanya. Tapi rasanya takdelah sampai tarikh tu kot. Berat sangat dah rasa perut ni πŸ˜‚ Tak minggu ni, minggu depanlah dak baby keluar agaknya. Fuhh nervous menunggu hari.

Btw, semalam dah beli dah jajan untuk masukkan dalam Gift Box Tudung nanti πŸ₯° Sekarang tinggal tunggu gift box and ribbon sampai je. Dah on the way dah tu. Harapnya sampailah harini sebab dah tak sabar nak buat gift box cecomel untuk giveaway kat blog ni.


Apollo kuning tu awal-awal lagi dah kena curik dengan Dini πŸ₯² Pastu asyik tanya je bila Ommi nak buat gift box. Dia pun tak sabar haha. Mungkin nak ambik peluang nak mintak lagi Apollo kuning tu.

Sementara menunggu dak baby nak keluar ni, kita nak mengisi masa terluang sebab rasa macam boring and blues sangat. At least, kalau buat gift box ni ada lah benda nak buat kan? 

Boring pulak kalau jual tudung tapi tak gerak sangat stok. Best lagi buat Giveaway Gift Box ni, happylah jugak rasa. Korang dah ready ke nak join Giveaway kita akan buat nanti ni? Joinlah tauuuuu! Ada 10 gift box kita target nak hadiahkan pada rakan-rakan blogger yang join Giveaway kita nanti ni.

Stay tuned!

24 September 2023

Rindu Nak Buat Gift Box Tudung

Tetiba harini rasa rindu nak buat Gift Box Tudung comel-comel macam kita pernah buat dulu-dulu. Masa zaman kita masih jual tudung Fareha & Darena in the year of 2020-2021 macam tu rajin giler buat set gift box macam ni. 

Teringin nak buat lagi. Done order gift box and ribbon sebab stock tudung pun masih banyak lagi. Ingat nak buat GIVEAWAY la kat blog. Nak hadiahkan special gift kepada rakan-rakan blogger yang sudi baca entry kita and rajin drop komen and suka bagi kata-kata semangat 🩷

Nak throwback sikit la gift box kita pernah buat dulu-dulu ♥️











Comel ke tidak? Berbunga-bunga tak hati kalau dapat gift box comel macam ni? 🌸

Tinggal nak shopping cekedis je buat tambah-tambah kecomelan. And nak include sekali random colours Inai Sahara yg available πŸ’…

Bila semua barang dah lengkap nanti kita buat set gift box random tudung + inai sahara + cekedis untuk GIVEAWAY kat blog. Walaupun tengah menanti hari nak melahirkan dak baby ni, tapi kita cuba mana yang sempat. 

So, siapakah rakan-rakan blogger yang bertuah nanti tuuuuuuu? 🀭 Stay tuned ok! Nanti kita buat entry GIVEAWAY! Kita nak ready 10 set gift box nanti 🎁

Dikesempatan ini nak mintak lagi doa rakan-rakan blogger untuk saya supaya dipermudahkan urusan bersalin nanti, dipertemukan dengan doktor dan nurse yang baik-baik dan saya and baby dikurniakan kesihatan yang baik nanti 🀲 Aminn. 

Terima kasih in advance πŸ₯°

20 September 2023

Strategi Baru

Genap sebulan kita cuba strategi baru kat Instagram Shop kita harini πŸ₯° That's what keep me busy sampai takde mood sangat nak update blog and tak sempat nak update sangat kat sini hihihi. 

Haaa begitulah hasil Insight yang telah dipaparkan oleh Instagram for a month setelah mengaplikasikan strategi baru saya ni. Strategi ni takde ikut siapa-siapa pun. Saya saja buat eksperimen sendiri je 🀭 Takde ikut algorithm pun sebab annoyed dengan algorithm haha. 

Target saya mudah je. Nak reach new potential customer, maknanya, walaupun followers terkini hanya 246, tapi target nak reach non-followers tu yang nak ramai. Macam mana nak reach non-followers tu? Saya post REELS je rakan-rakan. Dah takde post gambar pegun di Instagram Shop. 

I don't give a 'fish' about how to increase the views untuk setiap REELS pun. I lantakkan je kalau views dia 1-10 je. Sebab I guna video marketing yang di provide oleh pihak HQ sahaja. I takde masa dan takoser nak buat REELS sendiri. Tapi memang itu tanggungjawab HQ kan untuk provide marketing materials? Dalam iklan mencari Dropship duk pumpang kata marketing materials disediakan, bila dah join bayar yuran hapak pun takde. Memang nak kena hempuk kalau macam tu.

Disebabkan Stokis tudung Hadeera kita dah join jual Leeyanarahman & Shawlpublika Scarves, kita pun join je la jadi Dropship untuk semua brand tudung yang dia jual. Dia yang ajak, I onz je πŸ₯° Dropship je pun kan. Tapi, balance stok tudung Darena masih ada jugak kita tengah cuba untuk untuk habiskan sementara ada CLEARANCE SALE ni.

Tudung brand kita sendiri pun masih ada stok 🩷 Masih gigih menjual cuma tak sempat nak buat marketing sendiri. Sebabnya baby dalam perut ni dah besar sangat tak larat dah kita 🀰 

Stok Inai Sahara pun ada je lagi kita nak try habiskan stok yang ada walaupun upline kita macam tak ambik kisah langsunglah kita ni. Dak HQ pun macam takde khabar berita, marketing pun macam tak buat kat official page diorang πŸ˜‚Lemah aku HQ macam ni. 

And also saya dah kembali menggunakan Facebook Page yg sudah lama bersawang tu untuk upload FULL CATALOGUE setiap produk dan share post pada group-group bisnes di Facebook. Walaupun saya tahu, ini cara lama tapi saya percaya masih ada lagi yang suka shopping manually disana. Maksudnya, tak shopping melalui e-commerce.

And I don't use Whatsapp anymore to market my business sebab malas nak expose phone number to strangers. Saya guna medium Telegram Chat je. And jugak ada Telegram Channel untuk provide Full Catalogue untuk setiap produk 🩷

Begitulah perkembangan kesibukan kerja-kerja reconstruct semula aktiviti-aktiviti bisnes saya demi memudahkan kerja saya dan my potential customers. Ada jugak rakan blogger yang tanya kenapa tak share gambar tudung kat blog ni. Mana tau boleh cuci mata. Hmmm.. saya tak suka promote apa saya jual kat blog dah. Because, blog is considered my personal and safe place. I don't want to use this blog for marketing. 

Tapi saya ada provide links to my business page di bawah entry πŸ‘‡ My Shopee links, Telegram Channel, Instagram Shop & Facebook Page link semua ada kat bawah. Jemput usha sikit rakan-rakan 😘 Di kesempatan ini, terima kasih rakan-rakan blogger yang selalu drop komen bagi semangat dan kata-kata yang menyejukkan hati 🩷 InsyaAllah akan saya aktif semula membalas kunjungan rakan-rakan blog okayyy!

Tapi nak kena fokus beranak dululah pulak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Harini dah 37 minggu, menunggu hari nak bersalin. Doakan proses bersalin saya dipermudahkan yaaaaa 🀰 Nervousnya saya tapi tak sabar nak jumpa baby tapi nervous. 

16 September 2023

Minggu Annoyed Sedunia

Dah seminggu tak update apa-apa kat blog. Niat dan excitement tu ada tapi mood telah dirosakkan oleh beberapa tragedi yang menyakitkan hati dan perasaan. Nak layan socmed pun malas sebab mudah betul annoyed akibat mood yang telah rosak. Sepanjang minggu ni memang teruk betul mood kita. 

Got Little Surprise


Ini merupakan penyumbang utama kepada mood yang terganggu. Isnin haritu ada appointment pregnancy check up dengan KK. Bersiaplah kita pepagi dengan Dini seawal 8am. Keluar je pintu terjumpa 'surprise' ni. Booom! Meletup kebabom mood kita melayang entah kemana mengamuk terus 😑🀬

Kucing siapa yang naik tingkat 5 semata-mata nak berak kat depan pintu beranda rumah kita ni? Marah dia takyah cakaplah. Marah sungguh. Sampai nurse kat klinik terpaksa repeat cek blood pressure kita sampai 3 kali baru dapat bacaan normal. Nurse gelak je bila kita cerita ada kucing berak depan rumah pagi tadi. 

Alkisahnya kenapa marah sangat? Sejak pindah Bangi bulan Februari 2022, jiran depan rumah ni memang suka sedekah makanan kat kucing-kucing terbiar yang ada kat blok ni. Dia bagi depan pintu rumah dia, kat tangga atas ni. Bukan kat bawah. Jadi, anak-anak kucing ni rajinlah naik sampai tingkat atas ni. Dah banyak kali kita jumpa taik kucing kat depan rumah dia, depan rumah kita. Busuk dia sampai masuk ruang tamu kita ni walaupun pintu tutup.

Saya ni bukan tak suka kucing. Saya memang suka kucing. Saya pernah bela kucing. Sejak kucing kesayangan saya hilang sebelum kelahiran Dini tahun 2019 dulu, saya dah takde dah bela kucing. Kucing saya tu nama Chigebu, and saya dah jaga dia selama 6 tahun sejak tahun 2014. Punya sedih kucing hilang. Sampai 3 bulan pun tak move on lagi.

Berbalik kepada taik kucing bersepah, saya tegur jiran depan rumah saya ni supaya jangan dah bagi makan kat atas. Nanti diorang berak lagi. Saya tegur elok-elok je. Takde marah ke apa. Tapi guys, dia marah saya sampai dia kata nak pindah. Saya boleh dengar dia mengamuk sambil bersihkan taik kucing kat luar pintu rumah dia. Taik tu dah beberapa hari kat situ dia tak buat apa pun, memanglah saya kena tegur. Busuk kot! Saya hairan kenapa nak mengamuk, sebabnya kita jiran kot. Dah lah umur dia sebaya je lebih kurang saya. Bukannya orang tua degil acah terpaling lama tinggal kat area ni. Dia pun menyewa je rumah tu. 

Sejak dari haritu, kami dah tak bertegur. Ada lagi banyak siri-siri drama taik kucing, muntah kucing, bangkai tikus kucing bawak naik dan kucing jiran masuk beranda belakang rumah saya tempat sidai baju tu and buat onar dan sewaktu dengannya. Me and Ayah Dini decide nak tangkap sekor-sekor kucing terbiar ni and hantar ke tempat lain supaya takde lagi masalah taik kucing kat beranda. Bukan kat tingkat 5 je dia berak. Tingkat 4, 3, 2 semua ada taik kucing. Bayangkan nak turun naik tangga dengan bau taik kucing? Siapa tak bengang beb?

Jiran tingkat lain pun sama buat taktau je. Hanya saya and acik tinggal kat tingkat 2 je yang selalu cuci tangga depan rumah. Takkan kitorg pulak nak cuci taik depan rumah diorang. Banyak cantik? Jiran depan rumah kita ni lagi lah buat taktau je. Terpaling bersedekah dengan kucing tapi bila kucing berak dia orang pertama lari. 

Peh, menaip post ni pun buat kita jadi naik darah rasa. Kitorang teruskan misi menangkap kucing and hantar ke tempat lain sampailah dah takde kucing pun naik atas ni semata nak mintak makan kat jiran depan. Maka, lamalah dah takde masalah taik kucing kat tangga dan harmonilah tangga tanpa bau taik kucing lagi. Kita dengan acik yg duduk tingkat 2 tu bersepakat mengupah orang cuci tangga dari atas sampai bawah tau. Jiran lain? Buat taktau je. 

So, bila dah lama takde taik kucing, kita jadi mengamuklah pagi-pagi tengok ada taik kucing depan rumah. Kita mengamuk cakap kuat-kuat macam mana jiran depan tu buat kita. Masa tu tak peduli dah. Sebab dia konon nak dapat pahala bersedekah bagi makan kucing, tapi menyusahkan orang lain kena cuci taik kucing macam ni, I kena bersuara. Meluap kemarahan I sambil bersihkan taik kucing tu, simbah pure clorox kat area tu supaya kucing tak berak situ dah, pastu ambik pure solution serai wangi renjis kat tangga untuk hilangkan bau, sambil tu I bebel sampai Dini speechless tengok mak dia mengamuk. 

Begitulah kisah bagaimana bermulanya Minggu Annoyed Sedunia saya selepas pulang daripada staycation kat Kuala Terengganu haritu. Pergi bercuti nak healing, bila balik hilang terus hilang healing.

Saya ni kalau terdengar orang duk puji "baiknya orang yg suka bagi makan kucing terbiar ni" saya akan rasa annoyed gila. Memang bagus bagi makan kucing, dapat pahala katanya. Tapi bila area kita tercemar dengan taik kucing, adakah mereka orang pertama yang akan datang bersihkan taik kucing tu? Kat area shoplots tu, banyak taik kucing kat parking. Terpijak taik kucing, tak sedar masuk kereta, satu hal pulak. Ada fikir ke benda ni? 

Hablum minan nas, rakan-rakan. Jangan nak terpaling bersedekah sangat ya dengan kucing-kucing terbiar ni sampai tak sedar menyusahkan orang lain. Kalau tempat korang suka bagi makan kucing tu ada banyak taik kucing, silalah sedekahkan tenaga dan masa korang untuk bersihkan balik semua taik kucing tu. Jagalah kebersihan. Jangan hidup ni nak lepas tangan je. 

8 September 2023

My Mini Garden and Today's Lunch

Dah 5 hari menikmati bilik aircond, bila balik rumah sendiri jadi berpeluh balik menahan panas dunia πŸ˜† Sabar je la eh. Baru panas dunia, belum panas neraka lagi.

Tak betah hanya terbaring walaupun badan masih penat. Kita kemas-kemas area depan pintu rumah kita. Banyak pulak habuk kat dinding and lantai. Kat tepi pintu rumah kita letak rak 5 tingkat untuk letak pasu pokok belaan dan kotak untuk delivery man letak parcel. Kita tulis besar-besar nombor rumah kita kat kotak so that diorang tak salah hantar parcel kita ke rumah lain dah 🀭

Bahagian tepi pintu sebelah lagi kita letak rak kasut. Since kami duduk tingkat atas sekali, jadi ok je nak letak barang besar sikit kat luar sebab ada dua pintu je kat setiap floor. Bukan jenis rumah flat yang banyak pintu dalam satu floor. So tangga kena pandai-pandai kemas and bersihkan sendiri. 

Inilah dia 3 jenis pokok belaan. Opah Dini (Mama kita) yang kasi suruh jaga. Kalau pokok jenis macam ni, effortless ya jaga. Sebab tak siram tiap hari sangat pun takpe. Kita tinggalkan 5 hari pun masih hijau macam ni tak kering pun. Before ni Opah Dini pernah kasi bayam brazil. Bila balik kampung lama sikit, kering terus dia hahaha tak dapat nak diselamatkan lagi πŸ˜†

Baik tanam pokok hiasan je, senang jaga. Ni kita letak sementara kat atas rak kasut sebab nak ambik gambar. Rak 5 tingkat tu nampak tak semenggah sikit. Walaupun dinding rupa itu, lantaklah saja nak simpan sini sebagai kenangan. Nak beriya sangat elokkan rupa rumah pun macam tak berbaloi sebab maybe akan pindah ke kuarters pulak nanti. 


Ingat tadi nak order je Shopee Food, tapi yang ada offer/voucher pun kedai-kedai yang tak pernah try and pergi. Serik sikitlah kalau yang tak pernah try ni sebab pernah beli konon nampak sedap tapi hampeh rasa dia. Serik terus. Kalau setakat fast food macam KFC, McD ke brand brand yang kita tau memang sedap okay je lah nak order Shopee Food. Berbaloi walaupun mahal sikit.

So kita masak je lah apa yang ada dalam peti. Udang haritu ada lebih lagi. Masaklah dengan sayur kubis, buat telur dadar and siaplah lauk simple harini janji kenyang. 

Sekarang time for berehat chillax blogwalking sambil mendobi pulak. Fuhh, cuaca macam nak hujan tapi panas guys. Berpeluh-peluh kita πŸ₯² Sabar je lah nak. Jomlah kita sambung berniaga tudung di Shopee dan Instagram Shop kita semoga ada yang sudi membeli tudung daripada kita harini 🩷

Back To Reality

Semalam, sampai je rumah (pukul 11.30pm dari Kuala Terengganu), tak mandi tak apa, terlelap ya sampai Subuh, rakan-rakan πŸ˜‚ Ayah Dini and Dini pun sama terlelap jugak. Ingat nak rehat-rehat kejap then mandi baru tido. Sekali tertido semuanya.

So pagi tadi awal pagi dah mandi bersihkan diri. Ayah Dini pun dah turun kerja dah pagi tadi. Breakfast pun dia beli je. Turun awal sikit sebab guna kereta harini nak hantar balik barang-barang office. 

Pagi tadi lapar sangat rasa. Tapi tak larat, masih rasa penat. Jadi makanlah roti bakar sapu peanut butter coklat dulu. Dini pun mandi awal. Pastu kita rasa macam tak ok, kita baring la kejap. Sekali terlelap lagi. Dini kejut, kata lapar. Tengok jam dah pukul 9 lebih. Kita pun bangun buat breakfast Dini.

Rasa tak laratnya pagi ni tadi. Dah scroll Shopee Food kot tak larat masak, boleh order je untuk lunch. Banyak pulak voucher Shopee Food harini. Done claim semua hihi. 



Dini mintak roti canai. Jadi, lelaju Ommi masakkan roti canai segera brand Kawan. Brand ni sedap roti canai dia. Lembut and gebu je (depends berapa lama masak atas api). Roti canai Dini suka kosong je. 

Yang kita punya tu sajalah try buh telur and cheese slice 🀭 Sedaplah pulak. Mudah je nak buat. 

Cara kita buat Roti Canai Telur Cheese : 

1. Panaskan marjerin/butter/minyak masak atas pan yang rata tu

2. Pukul sebiji telur dan perasakan dengan garam/lada sulah. Lada sulah kita jenis salted, so kita tak letak garam dah.

3. Masukkan telur dalam pan macam kita nak buat telur dadar. Tunggu masak sekejap.

4. Koyak-koyakkan cheese slice and letak atas telur yang sedang dimasak tu

5. Then, letak sekeping roti canai Kawanku kat atas telur dan cheese tadi. Letak sikit lagi marjerin/butter/minyak masak atas roti canai jika perlu

6. Bila bahagian bawah roti tu macam dah masak sikit, terbalikkan pulak

7. Bila roti canai dah masak sikit, lipat dua jadi bentuk semi-circle. Bahagian dalam telur cheese, bahagian luar roti canai

8. Terbalikkan lagi kalau korang suka masak sampai garing-garing sikit roti tu

9. Dah pun siap. Dah boleh makan. Nak potong macam pizza pun boleh. Nak makan dengan kuah kari/kuah dal/kuah sardin pun sedap. Saya makan camtu je pun dah sedap jugak πŸ₯°


Yang ni dia roti yang saya guna. Actually, nama dia Roti Paratha Plain, tapi rasa dia macam roti canai hihi. Sedappp. Ada jugak yang ada perisa macam Onions. Yang tu pun sedap jugak. 

Semua Live Macam Takde Life

OMG now every platform encourage their user to go Live. Shopee sekarang pun duk galak bagi voucher kemain time Live. Dah semua orang pun sanggup Live berjam-jam streaming like no other life πŸ˜‚

I cannot cope with this 'culture'. Dah datang balik rasa nak give up bisnes hahaha tapi ku kuatkan juga demi masa depan. Kalau tak buat live memang takde orang nak beli ke eh πŸ₯² Kita tak mampu la nak live tiap hari, ada kehidupan hakiki jugak nak kena fokus. Sobs. 

Harap ada yang masih sudi shopping time bukan live ya 🩷 Banyak jugak Shopee belanja voucher sekarang ni. 

7 September 2023

Nak Balik Dah

Done packing barang. Sementara tunggu Ayah Dini habis program tengahari ni, kita menyempatlah update kat sini πŸ₯° Nak balik dah harini


Ini gambar before nak turun breakfast and mandi kolam pagi tadi. Setel seronok-seronok mandi kolam, kita balik rehat and packing. Bakal merindui bilik aircond sejuk ni and views cantik kat luar πŸ₯°


You will be missed ❤️

6 September 2023

Anniversary Month 🩷

September is our anniversary month πŸ₯° So, pada hari anniversary kita kat rumah je. Masak extra special sikit untuk lunch. Udang masak sos dan sayur kacang botor.


Disebabkan tak boleh nak makan masakan jenis sambal, Ayah Dini terpaksalah ikut selera dak baby ni. Masak simple macam ni je mampu πŸ˜‚ Petang lepas lunch and solat Jumaat, Ayah Dini bawak Dini ke office. Saja bawak dia main dengan anak colleague dia. Memandangkan ramai yang ambik cuti sempena cuti sekolah dan Merdeka, so sunyi sikitlah office katanya.

So, I got myself a little me-time kat rumah petang tu and bolehlah layan YouTube kitaaaa. Lama tak layan YouTube. Hari-hari kena layan YouTube Kids si Dini je 😩

Actually, harini dah hari yang ketiga kami berada di Kuala Terengganu 😍 Ayah Dini bawak kami kesini sebab dia ada program kat sini as urusetia. Maka, bersyukurlah seorang Syafiqa apabila dapat lepak dalam bilik hotel ber'aircond' sejak Ahad sampailah harini tadi πŸ˜† Pagi breakfast kat hotel, bawak Dini mandi kolam. Ayah Dini memang awal pagi dah keluar berkerja, petang nak maghrib baru dia balik. Itupun ada malam yang dia kena keluar kerja balik sebab malam ada program.












Antara random pictures yang kita snap sepanjang 3 hari berkampung kat hotel ni haa. Nak kata boring tu takdelah sangat sebab memang awal lagi Ayah Dini kata dia akan sibuk sebab urusetia kan banyaklah kerja. It's okayyy πŸ₯° Kita suka je. Janji Dini happy dapat mandi kolam. Ramai je budak-budak lain jugak main and Dini suka main dengan kawan-kawan baru yang dia jumpa kat sini.

Sempena anniversary kan, saja lah Ayah Dini bawak kami ikut sekali. Sebelum dak baby ni keluar melihat dunia, kita ikutlah. Nanti berpantang, Dini pun sekolah, susah dah nak ikut. Kita hargai rezeki yang Allah swt bagi ni sementara masih boleh 🩷

Actually mall sebelah je, tapi kita tak laratlah nak bawak Dini jalan dalam mall. Kereta Ayah Dini guna sebab tempat program tu kat area Chendering. Kalau tak sarat, gagahlah jugak nak bawak Dini jalan kaki and cuci mata dalam mall. Hihi. View bilik pun cantik. Nampak laut belakang mall ni.

Kuala Terengganu dah banyak berubah berbanding masa kami berdua masih belajar kat Universiti Malaysia Terengganu lebih kurang 10 tahun dulu. Macam-macam dah ada πŸ₯° Love sangat. Bandar pun nampak tersusun je. Sejak ada Drawbridge lagi bertambah meriah Kuala Terengganu time malam. Masa kami masih belajar dulu, takde apa sangat lagi tau. 

I love Terengganu 🩷 The foods, the vibes, the ocean views. Tempat bertemu jodoh pun kat sini. It holds a special place in my heart ahgittew korang. Esok InsyaAllah baru kami akan pulang ke Bangi semula. Bilik aircond yang selesa ini bakal dirindui πŸ˜† Semoga murahlah rezeki bisnes Ommi ni supaya dapat berkongsi rezeki dengan Ayah Dini untuk afford memasang aircond dirumah berserta maintenance nya sekali amiiinn 🀲

Masih dalam proses reconstruct my bisnes dengan strategy baru. Sebab tu duduk hotel je pun takdelah rasa boring sebab selesa nak buat kerja. Dah sarat ni memang rasa cepat sangat penat. Dini pun okay je. Pagi petang mandi kolam. 

4 September 2023

Sembang Kencang

Kita bukak facebook sebab nak tengok update dari HQ tudung kot ada nak buat SALE sempena Hari Malaysia ke kan. Sekali ternampak post pasal 'Tahniah kepada yang dulunya anti-tiktok sekarang scroll tiktok 24 hours' dengan caption scroll tiktok pun dapat duit ok what katanya.

Entahlah, honestly saya memang tak suka tiktok. Nak bisnes kat tiktok pun tak suka. Bukan sebagai peniaga je, sebagai pengguna pun saya tak suka. Sebab saya rimas tengok terlalu banyak video. Nanti kepala jadi pening.

Before ni pernah lah reshare Buat Orang Lapo punya post pasal dia punya honest review tak suka guna tiktok jugak (sebab algorithm dia, bukan sebab pengguna ke apa) tapi ramai yang salah anggap tentang post tersebut. Kita faham je point of view yang nak disampaikan. Sebab algorithm ni memang merimaskan. Bukan je di tiktok, di socmed yang lain macam facebook, instagram pun memang agak merimaskan bagi saya. 

Sejak instagram ada story and reels pun saya dah tak suka πŸ˜‚ Lain orang, lain preferences kan. Bila tengok video banyak ni jadi pening. Ada orang tengok words banyak jadi pening hahahaha. 

Tapi tu lah, nak cakap kita jangan sembang kencang sangat. Any social media pun can be hype at one time, can jatuh merudum teruk in just a second. Memang now certain socmed is so hype, everyone is using them. But, in the matter of time, it will gone just like how Thanos jentik jari tu hilang.

Blog ni dulu pun hype jugak. Mula-mula saya happy je guna blog. Lama-lama bila semua orang berlumba-lumba nak jadi famous macam Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Cik Epal sampai setiap posting pun semua berteraskan nak up views semata-mata, I pun jadi rimas and sebab tu lama bersawang blog ni suatu ketika dulu. Hilang fun kita. Because I prefer blog yang macam diari tau. I suka baca perkongsian daily update orang lain. Bukan post pasal mcm mana nak views tinggi, macam mana nak traffic high yada yada yada. Boring... 

This is just luahan hati yang perlu dilepaskan. Kalau ada yang tak setuju macam mana saya tak setuju dengan pendapat orang lain macam saya tengah cerita ni, saya terima je. Masing-masing punya preferences. Dua tiga harini, suka pulak nak pening dengan benda yang tak perlu dipening. Saja nak luah. Nak luah kat Ayah Dini, manalah dia faham. Nak luah kat Dini, lagilah dia tak faham. Nak sembang kencang kat socmed, nanti orang lain salah faham. Kita luahkan dekat blog je. Takde orang terdekat kot nak terasa-terasa ke. 

Kadang tu, kita nak share opinion kita. Tapi tulah nanti ada yang terasa pulak kat socmed tu. Nanti dia kata kat kita, "kalau tak suka socmed jangan guna socmed, deactivate je semua". Lagi, "kalau takde benda baik nak cakap, diam je".

Oklah, saya diam. Cakap kat sini je. 

About Business

Banyak jugak saya tengok bisnes dah lingkup or nak gulung tikar dah. Butik-butik yang dulunya famous pun dah start nak jual bisnes diorang. Ada yang dulunya bisnes butik start dah join bisnes yang lain contohnya bisnes yang macam Amway and etc. 

Saya pun dapat nampak jugak, bisnes online masa before covid, semasa covid dan after covid ni berubah sangat. Dengan lahirnya e-commerce site yang suka jual murah tak balik modal and bagi banyak sangat diskaun lagi. Ada peniaga yang mengadu, persaingan terlampau sengit and diorang dah tak boleh nak cope dah dengan customer yang asyik nak murah je. Sebab nak jual murah macam mana orang lain jual murah pun sungguh tak balik modal langsung.

Begitulah akibat yang kita boleh nampak bila hilangnya sesuatu value barangan and bila semuanya pakat buang harga. Huhu. 

Yelah, zaman struggle ni, ekonomi pun merudum, siapa je tak prefer barang yang boleh dapat diskaun banyak kan? Kita sendiri pun pilih untuk jimat. Tapi, itulah kesannya agak buruk pada sesetengah orang. 

Saya pun pernah menghadap modal banyak sangkut kat tudung ready stock. Dengan waktu tu bila dah tak berapa nak laku, HQ sibuk buat harga sale tak balik modal. Too much production sampai stok terlebih-lebih. Design tak cantik dan hauk. Kualiti tak jaga. Recruit too much agent sampai agent lagi ramai dari pengguna πŸ˜‚ Kononnya rakyat Malaysia berjuta-juta kenapa nak risau? 

Entahlah. Kita memang masih ada impian nak stay as work-at-home Mom, berniaga sendiri daripada rumah sambil boleh jaga anak sendiri. Kita takut dengan kes penderaan budak yang dah macam normal sekarang ni. Kita sendiri pun tak sabar bila anak meragam, apatah lagi orang lain yang nak menjaga anak kita. 

Bila fikir balik, memang nak kerja tahun depan bila baby dah besar sikit. Tapi ragu-ragu tu masih ada ya rakan-rakan. Saya salute pada ibu-ibu berkerjaya. Boleh ke ek saya jadi macam diorang? Very hardworking. Nak urus anak, family, hal kerja lagi. Bisnes online sekarang ni pada saya takdelah okay sangat macam dulu. Nak kena live hari-hari barulah orang beli katanya. Tiada daya nak buat live hari-hari macam diorang tu.

Rasa macam nak buat offline je. Tapi itulah taktau nak start from where. Yang paling senang actually start letak barang kat vendor butik. Pernah dah letak tudung kat vendor butik sewa murah je RM50/bulan. Cuma, jadi tak suka sebab diorang tak jaga sangat barang kita. Bila ditanya pasal stok kita ke apa, ada yang salah kiralah, tudung tu 'terbang' entah kemana lah, ada yg sangkut gitu-gitu je tak ber'hanger'. Tempat pulak susahnya nak carik parking. Penuh sokmo area tu. Kedai tingkat atas pulak. Bila share gambar ke, tag kat story IG ke, haram nak repost. Haih.

I prefer jugaklah offline selling berbanding fokus kat online je. Nantilah kita cuba carik better vendor butik kat area rumah ni. Orang boleh tengok depan mata tudung yang kita jual. I fikir, janganlah berlumba nak jual barang murah sangat. Yang penting, kita jaga kualiti dan value barang kita so that tudung harga RM30 tu akan sentiasa berbaloi dengan kualiti dia. Bukan kita guna material kain cikai-cikai pun kan. Kenapa nak berlumba jual murah tak balik modal? Baik takyah berniaga macam tu. 

Buat masa ni, kita tumpang rezeki brand tudung yang famous dan stabil dulu untuk diniagakan. Jadi Dropship je dulu. Belajar daripada kesilapan. Jangan sibuk nak grow kononnya, tapi tak pandai lagi urus modal dan financial business. Jaga keberkatan Allah swt, jangan sampai kita ni scam orang dalam keadaan sengaja atau tak sengaja.

Itu je lah nak bebel pasal bisnes harini πŸ˜‚ Rasa nak give up tu ada tapi impian tetap jadi impian. Demi anak-anak Ommi 🩷

2 September 2023

My Pregnancy Journey: Essential Care After Bath

Sejak dah masuk 8 bulan ni rasa patah riuk rasa badan πŸ˜‚πŸ€° Sakit sana sakit sini, lenguh sana lenguh sini. Nak tido pun payah. Ke kiri tak kena, ke kanan tak kena, apatah lagi kalau terlentang. Lagi tak kena.

Nak tido sakit sakit badan, baring rehat pun sakit badan, bangun tido pun sakit badan. Betis pun dah mula rasa cramp bila bangun tido. Sekarang ni, losyen panas minyak urut dah jadi bestfriend forever dah. Kerap sapu untuk legakan rasa lenguh-lenguh ni. 

Ini dia my essential care for face & body after bath. Kalau tak sapu, rasa patah riuk badan, especially losyen panas yang 2 kanan tu. Bila sapu and urut-urut sikit bahagian bahu, lengan, tepi peha, betis, tapak kaki semua tu dengan losyen panas, rasalah lega sikit. Then, pakai lotion Mary Kay tu kat perut tembikai untuk elak stretch mark. Facial care pun penting ya rakan-rakan, supaya tak kusam kulit muka kita time mengandung ni.

My facial care: 

1. Simple Hydrating Light Moisturizer

2. Wardah UV Shield SPF30+ 

Dua benda ni penting apply lepas kita cuci muka dengan facial cleanser masa mandi. Walaupun duduk rumah, tetap jugak kena pakai sunscreen untuk elak kulit muka jadi bertambah kusam. Moisturizer of course lah tersangat penting jugak. Tak pakai moisturizer, cepat kedut la muka.

My body care:

1. Mary Kay Timewise Body Lotion

2. Losyen Mustajab (Lime & Ginger)

3. Ayumurny KSL Therapy Cream (Lime)

Walaupun kelegaan tu sementara lepas pakai losyen panas ni, tapi membantu jugaklah. Kalau tak apapun tak boleh nak buat rasa πŸ₯² Tak sabar nak acik berpantang urut kita lepas bersalin nanti. Huuuuu sakit-sakit dah badan ni oi.

Suka bau lime losyen panas ni. Segar je rasa. Sedap je rasa badan berangin πŸ₯°

1 September 2023

Blog Statistic August 2023

Views bulan August 2023 🩷 Sibuk sikitlah bulan ni. Sibuk reconstruct Instagram Shop kejap, bereksperimen dengan strategi baru. Jadi kuranglah cerita nak update kat blog. But, it's okayyyy untuk bulan Ogos, MyAdSense dah approved alhamdulillah 🀲 Boleh try buat tabungan kat blog pulak. Mana tau dapat membantu menaikkan ekonomi diri sendiri sebagai seorang suribisnes sepenuh masa disamping menulis di blog sharing suka-suka. Malas nak ber'niche'-'niche' ni. Nak santai-santai je. Tak nak stress bila ada rasa tanggungjawab update blog sebab nak views tinggi ke apa πŸ˜‚ I blogging pun sebab nak escape from my own reality life. Only to keep my bittersweet memories here ♥️