20 December 2022

Bingung.

Bingung jugak fikir pasal bisnes ni walaupun kecilan and takdelah gempak mana pun sale tiap hari. Duk pening dengan modal je hahaha. Biasalah tu, pekerjaan apa je yg takde dugaan. Yg berkerja dibawah majikan ada dugaannya, yg berkerja sendiri pun ada dugaannya. Begitulah kehidupan ❤️

Well, untuk kesihatan emosi saya sebagai seorang surirumah berbisnes kecilan sambil menjaga anak kecil dan menguruskan rumah setiap hari, saya decide untuk stay low sahaja cuma fokus pada marketing on stok yg saya letak di salah satu vendor butik di Bandar Baru Bangi ni.

I dah malas ya nak tunjuk diri kat socmed sekarang ni sebab I jenis mudah overwhelm and I rasa emosi I akan mudah terganggu kerana terlalu banyak luang masa di socmed kengkonon orang bisnes la tu. Terpaling busy la tu kan sampai anak terabai, diri terabai. Lewls. 

I decide nak fokus pada stok kat vendor butik je. Promote suruh orang Bangi datang situ je kalau nak beli tudung. I malas dah la nak handle parcel. Nak kena fikir pusing modal bagai lagi, nak luang masa nak live la buat video marketing la kat socmed tu. 🥴🥴🥴

I nak fokus kat anak I jugak sebab dah makin membesar ni dia tengok mak dia asyik dengan phone je nanti dia pun terikut perangai mak dia pastu terabailah segala benda. 

Shopee pun just letak stok yg ada kat rumah, yg tak muat nak letak kat vendor butik sebab boleh letak 30 helai tudung je satu masa. Bila dah ada yg beli, baru pergi topup. I malas dah ya nak cod cod bagai. Kalau ada yg beli kat Shopee tu alhamdulillah 🤲 Tapi I malas dah nak bump ke share link ke apa dah.

I malas dah nak ambik stok brand tudung lain selain brand tudung sendiri je. Dah habis stok brand tudung lain kat butik tu nanti i letak brand tudung sendiri je senang cerita. Takyah nak kena berkejaran nak kumpul modal untuk next edition ikut HQ. Ada modal baru restock brand sendiri. Haa gitu. 

Sementara tu, I akan still buat Dropship brand tudung lain. Dah taknak ambik stok. Jadi dropship je senang. By post je malas dah guwe nak cod cod. Kalau customer nak alhamdulillah, kalau taknak, takpe. Saya redha. 

Sekian luahan hati yg terpendam oleh seorang suribisnes yg kadang kadang buntu taktau nak buat apa dalam hidup lepas tu banyak sangat dilema.

10 December 2022

Wahh December Already!

Assalamualaikum and hi semua 🌸

Eh eh lepas sebulan lebih in hiatus tiber muncul balik ya saya disini 🤭 Begitulah janji kata nak aktif sini tapi lupa diri. Takpe, sekarang dah jumpa jalan pulang.


Bulan November haritu busy sikit. Pergi bercuti. Pastu lepas bercuti terus lupa diri nak update blog. Pastu sibuk dengan Hari Mengundi, sibuk nak tau siapa PM10 kita 😂 Hahaha banyaklah sibuk. Sampailah harini baru teringat balik. Semalam sibuk buat shoot flatlay macam ni. 

Pastu sibuk edit. Pastu nak bagitau yg kita sekarang join vendor butik letak tudung kat situ. Dekat je dengan area rumah kita. Dah sebulan dah letak tudung kat situ. Moga ramai yg suka and beli 🤲

Tapi kan rasanya lepas ni nak fokus kat tudung jenama sendiri je kot. Tak ambik dah stok brand lain. Nak habiskan mana yg ada je. Moga dipermudahkan urusan saya dalam berbisnes 🤲

Bila jadi surirumah, tapi ada komitmen nak kena bayar tiap bulan. Jadi selalu risau, cukup tak eh nak bayar every month. Risau risau risau. 

Nak kerja tapi banyak benda kena consider kalau kerja, tapi nak ada duit sendiri jugak. Ya Allah, taktau apa nak buat 😭

Tapi apapun, kena buat something daripada tak buat apa apa kan? Janji kena usaha 💪

Doakan saya. Yg nak shopping kat Shopee kita, boleh tekan side bar ada logo LADYDINI tu tau 🥰

See you in the next entry ❤️ Have a nice day everyone!

28 October 2022

Salted Egg Seafood

Ayah Dini suka betul makan masakan yg ada salted egg ni. Salted egg chicken, salted egg crab apa semua tu memang favourite dia la. Buttermilk chicken pun dia suka. Sebab kuah dia sedap kan. Lagi lagi ada aroma daun kari.

Ada sesetengah orang tak minat. Macam Mama saya. Muak katanya. Mama saya memang suka masakan kampung yang simple simple je 🥰



Ketam ada, udang ada, sotong pun ada. Semua pun daripada yang kami dapat dari lucky draw haritu. Hihi baru ada kesempatan nak masak menu menu advance ni kalau Ayah Dini cuti. Kalau hari biasa tu, saya masak menu simple je kat rumah.

First time masak salted egg ni, selalunya Ayah Dini yang rajin masak. I makan je haha 🤭 Tapi kalini dia mintak kita yg masakkan. Onz je. Cuma part seimbangkan rasa Ayah Dini la buat. Tambah garam ke tambah gula la. Final touch tu dia la yang buat.

Sedap sangat menu salted egg. Telur masin tu pulak Mama saya yg kasi. Dia bawak dari kampung. Itik belaan Mama sendiri. Kutip telurnya dan dijadikan telur masin. Homemade telur masin la kiranya tu.

Mama saya tu memang suka berkebun. Jenis tangan hijau. Apa dia tanam semua menjadi, rimbun. Bela ayam ke itik ke beranak pinak je kerja sampai saya pun pening tengok kalau ayam itik dia banyak sangat 🤣

Disaat kita bingung dengan harga telur ayam makin mahal. Dia relaks je kutip telur ayam dan itik tiap hari dari kebun kecik dia tu. Macam tu lah kalau dah asalnya memang dari kampung, walau berpuluh tahun duduk bandar pun tetap nak settle down kat area perkampungan. Lagi best katanya.

Sayur yang Mama tanam pun menjadi je. Labu la, bendi la, cili padi, haih macam macamlah Mama tanam. Semua menjadi ❤️ Teringin jugak nak bercucuk tanam macam Mama. Tapi duduk tingkat 5 kan, takkan nak tanam pokok kat atas langit pulak 😂


21 October 2022

Makan Makan di Cloves Restaurant and Cafe

Tekak ni teringin sangat nak makan chicken chop tapi taknak yg goreng tu. Yang goreng tu sakit lelangit makan haha! I lebih prefer grilled chicken chop. Juicy, empuk, lembut, and rasa marinate nya perfect ❤️

Bila husband I mesej bagitau, takyah masak jom makan luar sayang nak makan apa? Inilah antara moment yg paling bahagia didalam rumahtangga (lol).

Kat Bangi ni kan syurga makanan. Haa kita google dan intai group fb tengok review kedai western mana yang sedap. Dalam hal hal survey dan mencari tempat ni, bukanlah kepakaran saya. Jadi saya serahkan pada husband saya haha! I onz je mana mana janji sedap. Kalau tak sedap pun I telan je tak banyak cakap 😆

So kami pun ke Cloves Restaurant and Cafe sebab kat situ ada grilled chicken chop idaman hati saya ketika ini. Cantik kedainya ❤️


Tak pernah lagi makan kat sini. Kedai western sedap kat Bangi yang saya tahu sedap Red Card Cafe je la. Cuma chicken chop dia biasa je la bagi saya. Sedap cuma biasa je la. Takde kelainan sangat dengan restoran lain. 

Tapi kat Cloves ni grilled chicken chop dia memang sedap. Lain dari yg saya pernah rasa la. Sebab rempah marinate dia rasa macam BBQ/sate. Sedaplah. Isi empuk, cukup masak, juicy, tak sakit lelangit I makan. Jom tengok gambar dia.


Selalunya saya tak suka makan sos lada hitam tu. Tapi yang dekat Cloves ni rasa dia sedap pulak. Yumsss! Tak terlalu pedas panas la sos dia. Kan kalau makan lada hitam kan rasa panas. Ni dia macam balance je rasa manis ada, rasa pedas sikit ada. Licin sos tu I makan. Salad pun sedap 🥰 Dia macam ada curah sos warna hijau entah lah taktau apa nama sos tu tapi sedappp!

Fries pun digoreng sempurna. Rangup diluar lembut didalam. Licin tau kita makan sepinggan ni 😆 Sebab sedap sangat. Husband pun kat sedap rasa rempah chicken chop ni.


Ni pilihan husband, pasta carbonara. Sedap jugak. Creamy, cukup rasa, tak tawar. Ada sesetengah restaurant, rasa pasta diorang tawar. Yg ni sedap 👍 

Senget pulak gambar tu. Almaklumlah nak ambik gambar cantik cantik tapi ada tangan kecil suka mengganggu haha!


Fries ni untuk Dini 🥰 Yg ni je la dia pandai makan. Ajar makan pasta tapi dia taknak. Begitulah karenah anak bujang I tu.


Air kami order Chocolate Milkshake and Mint Strawberry Lemonade. Pun sedap jugak. Licin jugak I minum air strawberry I tu. Dini share air dengan ayah dia sebab tau memang takkan habis. 


Kita paling suka kalau dapat jalan jalan cari makan. Sebab memang jenis orang yg suka makan haha. Kat Bangi ni kami tak habis explore lagi tempat makan yang best best yg orang share dalam group fb. Tak sempat. Kalau ada kesempatan lagi bolehlah pergi hunting lagi and share review kat blog ni 🥰


Dini kata ni air sayur 😆


Bagi saya, berbaloi la rasa dengan harganya. Nak kata murah tu tak jugaklah. Berpatutan dengan rasanya. Ada toilet and surau jugak disediakan cuma tak sure boleh guna ke tak. Mungkin kena tanya dulu pada staff/owner. 

Overall puas hati makan kat sini. Tapi tak sure la sebab husband belanja dia jadi sedap sangat ke rasa makanan tu atau apa hikhik 🤭 Tapi sedaplah. Bolehlah korang try jugak kan kalau ke Bangi. Google je nama restaurant tu nanti. 

Moga diberkati rezeki suamiku sebab keluarkan duit untuk buat keluarga happy dan moga Allah jauhkan kami dari rezeki yg haram dan hanya mendekatkan kami dengan rezeki yg halal dan berkah sahaja. Amin 🤲

19 October 2022

I Love Tea - Part 2

Haaa kita jumpa lagi flavour tea yg baru hihihi. Terus mintak Abe belanja. Bestnya bau strawberry dia. Manis manis gittew rasanya tapi memang bancuh tu tak perlu letak gula tauu!

Lately ni asyik nak makan manis je. Ghisauuu... So hari hari la kita minum teh flavour gini untuk kurangkan keinginan makan manis. Dah la jenis pemakan nasik, kalau tak makan nasik rasa macam zombie je. Pastu suka makan manis pulak. Aihh bahaya!


Sejak dari lepas pantang, berat memang belum lagi turun ke normal. Sedih. Padahal makan takdelah banyak. Mungkin tak bersenam kot. Tak sempat weh nak bersenam. Too many things to do, too little time 😆 Yg kita boleh buat, banyakkan bergerak and buat kerja kerja rumah je.

Pastikan steps sehari more than 5,000 steps. Kalau boleh nak cecah jugak 10,000 steps sehari. Tapi kita takleh jugak nak tinggal semua benda lain semata mata itu kan. 

Jeles tengok ibu ibu lain boleh kurus balik lepas bersalin dengan senangnya. Takpelah, rezeki kita lain lain kan? Yang penting, jaga makan and be active. InsyaAllah boleh 💪

Kita syukuri apa yg Allah dah bagi, berbanding nak compare life kita dengan orang lain 🤲

18 October 2022

Selsema & Sakit Tekak

Dua tiga harini hidung tersumbat, mata pedih and sakit tekak. Mungkin berjangkit dengan baby nephew and Dini yg demam haritu. Tak selesa rasa bila hidung tersumbat ni. Rasa penat all the time.

Tadi keluar kejap, ambik baby nephew dari rumah kakak bawak ke rumah kita. Nanti malam kita hantar balik ke rumah kakak. Macam tu lah tiap hari. Dini macam biasa memang ikut je Ommi kemana pergi. 

Tak sempat nak breakfast. Dini pun tak sempat nak minum susu ke apa. Jadi singgah la Shell jap isi minyak. Dini nak susu coklat kotak and biskut chipsmire. Ommi pulak mcm teringin nak air panas. So kita grab secawen Hot Chocolate Costa Coffee. 


First time sebenarnya beli Costa Coffee ni. Harga ya ampun. Baik saya bancuh sendiri je coklat panas kat rumah 😆 Takpelah, saja nak acah hisptur sikit harini. Disamping membantu menggerakkan ekonomi negara. Gittew. 

Rasa dia creamy, manis dan rasa coklatnya tak berapa nak ada. Sepatutnya tadi kita takyah tambah gula dah sebab memang dah manis. Kita suka yg rasa coklat dia pekat sikit. Tapi oklah bolehlah rasa dia. Cair jugaklah hingus I minum coklat panas ni. Haha.

Kita memang bukan coffee-dependant person, apatah lagi coffee lover. Kita boleh pening and mabuk bila minum kopi campuran. Kopi yg kita minum hanya kopi kampung yg kisar tu. Dulu masa Mama kita masih duduk di Batu Gajah, Perak, ada sorang uncle jual kopi kisar kat pasar awam kat sana. Rasa dia padu beb 👍 Love betul kopi kampung macam tu. 

Sekarang Mama dah pindah Slim River. Taktau dah kat mana nak beli stok kopi kisar untuk bawak balik rumah. Ayah Dini pun suka jugaklah minum kopi tu. 

Sampai disini saja diari kehidupan saya harini 😄 Thank you semua yg sudi singgah, baca dan komen.

Have a nice day, semua ❤️

Assalamualaikum 🌸

17 October 2022

I Love Tea

Kita suka sangat teh. Teh O suka, teh tarik pun suka, teh ais kaw pun suka, green tea suka, red tea pun suka. Lately ni suka sangat beli teh uncang pelbagai rasa.





Bila masuk Speedmart kalau jumpa teh uncang macam ni mesti akan add to cart. Kat tempat lain harga mahal sikit. 

Semua ni kita minum without sugar. Tuang air panas je. Tunggu 5 mins lepas tu dah boleh minum. 

Sejak umur 17 tahun lagi dah suka minum plain green tea. Sampailah sekarang. Cuma ada stop sekejap masa morning sickness teruk and menyusukan baby dulu. Sekarang dah get back on track gittew.

Sejak akhir akhir ni je try yg ada perisa lain ni. Nice jugak 👍 Pada saya, kalau sugar-craving melampau sangat, saya akan minum teh teh ni untuk kurangkan keinginan minum air manis. 

Rasa fresh, segar, energetic je lepas minum teh ni panas panas. Kadang kadang buat time pagi, kadang kadang tengahari lepas lunch, kadang kadang before tido. Ikut mood.

Sebab ada masa mood nak minum hot chocolate. Sebab kita jenis suka minum susu. And calcium kan very important untuk women's body. Jadi kita beli susu tepung Dutch Lady perisa chocolate tu. Sedap minum panas panas. Yg susu tepung putih tu muak sikit. Hahaha. Kalau dalam kotak tu memang suka sangatlah.

Korang pulak macam mana?

Coffee lover?
Tea lover?
Chocolate lover?
Sky juice lover?
Fruit juice lover?


16 October 2022

Dini dan Roti Puri

Anak bujang I memang sejak baby lagi jenis susah makan. Picky-eater orang kampung kita panggil. Bila dah cecah umur 3 tahun lebih ni, ada la jugak benda yg dia nak makan. Kalau tak, susu je la sumber energy dia.

Favourite baru Dini, set roti puri kat Restoran Roti Puri, Seksyen 3, Bangi. 







Setiap kali Dini makan, memang kita suka tangkap gambar hantar kat Ayah dia. Buat kenangan sebab dia kan jenis susah nak makan. Kadang kadang tu tetiba je sebut nak makan roti puri. Bila dah sebut tu kenalah bawak.

Umur dah 3 tahun 4 bulan, tapi belum nak lagi makan nasi lauk telur ke ayam ke 😅 Haih anakku. Itu yg badan dia halus milus. Kecik je berbanding yg sebaya dia.

Ommi doakan Dini sentiasa sihat walafiat despite of how picky-eater is you. Moga dah makin besar, dah boleh dah makan balance foods ok! ♥️

Saja Ommi simpan kenangan dengan anak bujang Ommi kat blog ni. 

15 October 2022

Inai Sahara the best!

Kita suka pakai inai. Even before inai instant muncul kat pasaran lagi, memang suka kalau kuku tu warna oren oren hihi. Zaman sekolah dulu lagi dah suka pakai, tapi cikgu marah tak kasi pakai 🤭

Masa nikah dulu pun pakai inai celup tu. Peh merah dia cantik sangat!

Tapi sekarang suka guna yang mudah nak apply kat kuku, tak comot, boleh simpan lama.




Sebab muncung dia runcing gitu, senang nak apply tanpa comot comot. Kalau nak hasil yg cantik, kena gosok dulu kuku dengan buffer. Buffer tu yg macam kertas pasir tu kan tapi ni bentuk macam span kecik. Kita bagi FREE je untuk setiap pembelian.

Korang yang suka pakai inai tu bolehlah try Inai Sahara. Warna dia cantikkkk! Kat Shopee kita ada warna Cherry Red and Maroon available tauu!

Boleh beli kat SINI 💅


14 October 2022

Gift Box Tudung Bawal Requested By Customer Shopee

Alhamdulillah masuk order gift box kat Shopee LADYDINI 🤲❤️ Customer nak kirim hadiah birthday untuk seseorang. Bawal Dabella code Udella jadi pilihan customer. Kita bagi FREE wish card and FREE gift scrunchie.






Bila masuk order gift box je mesti suka sebab boleh buat cantik cantik 🥰 Kalau korang ada nak kirimkan hadiah untuk someone tapi taktau nak bagi apa yg best, bagilah tudung. Mesti diorang suka.

Boleh order di Shopee LADYDINI tauuu!
Link : Tekan sini ❤️



13 October 2022

Nasi goreng telur mata untuk Ayah Dini

Pagi pagi dah bertukang didapur hikhik 🍛 Ayah Dini buat part-time job kat Aquaria KLCC. Tempat kerja lama dia. Saja carik duit lebih sikit. Ommi pun harini ambik upah jaga baby nephew. Dini macam biasa memang kemana mana ikut Ommi je.



Moga cukup kenyang Abe kita makan nasi goreng and bagi energy sepanjang hari sebab banyak guna tenaga kerja dia tu nanti. Diving sepanjang hari dalam Akuarium tu. Cleaning, fish feeding, shark feeding. Selalunya bila balik tu memang bateri dia tinggal 1 bar merah tu je. Kadang kadang terus tido sampai ke pagi. Begitulah pengorbanan seorang ketua keluarga. 

Gittew. 

Anyway, have a good day everyone ❤️
Assalamualaikum 🌸


12 October 2022

Sup Kaki Ayam

Mak mertua kita, bila dapat tau je kita suka makan kaki ayam, terus dibaginya bawak balik seplastik 😆 Tapi memang tak sah la kalau balik dari rumah ibu, but kereta tak penuh. Ada je benda suruh bawak balik. Haha.

Kalau kaki ayam, paling suka bila masak tu sampai dia jadi betul betul lembut dan senang dipisahkan dengan tulang kecik kecik dia tu. Jadi, kita rebus lama dengan bahan blender (bawang merah, bawang putih, halia) lama lama sampai nampak isi dia lekang sikit dari tulangnya.


Ratah macam tu je pun kita suka. Ibu bagi banyak sebab anak anak dia yg lain tak makan kaki ayam. Kita ni dah biasa Mama besarkan kami kecik kecik dulu dia suka buat sup kalau bahagian kaki, leher, tongkeng, kulit ayam. Dulu zaman 90-an, benda ni semua dapat free je. Mama kita mintak je kat tokey ayam, dapat free je. Zaman sekarang semua ada nilai dah. Hihi.

Nak pulak adik beradik saya semua bukan jenis makan sangat bahagian isi ayam yg dada tu. Suka bahagian tulang tulang banyak and isi dia tak kering. Tapi kalau dada ayam buat sup pun kami makan je. 

Bahagian ayam yg saya tak makan hanya organ organ dalaman dia je. Macam hati tu memang tak reti makan.

Nasi putih panas + sup kaki ayam + curah kicap pedas Mahsuri sikit = padu!


11 October 2022

Rezeki Dari Langit

Rezeki tu bukan hanya jumlah RM yg masuk dalam akaun kita tiap hari. Ada banyak lagi bentuk rezeki yg patut kita highlight and syukuri 🤲 

Kisahnya, husband join Run sempena Hari Sukan Malaysia, pastu menang cabutan bertuah berupa polystyrene box yg isinya penuh and berat sangat. 

Sampai sampai je dia ke rumah, terus kitorang excited nak bukak apa benda yg berat sangat. Kenapa hadiah ni dalam box 😆

Bukak bukak je, masyaAllah, macam macam jenis seafood ada 😍 Ya Allah, heaven!

- Nugget ikan
- Fish fingers
- Calamari 1kg (sotong yg dah siap potong bulat bulat tu)
- Ketam bunga 6 ekor
- Ikan siakap sekor
- Ikan merah besar sekor
- Udang harimau satu plastik
- Ikan kembong 3 ekor saiz besar macam cencaru
- Ikan selayang pun saiz besar 

Patutlah berat 😆 Ya Allah, rezeki sungguh ya. Best betul hadiah cabutan bertuah yg husband dapat tu. Penuh peti rumah iols tau.

Alhamdulillah 🤲 syukur nikmatMu ya Allah


Dah siap kemas semua masuk peti, husband mintak gorengkan Fish Fingers tadi untuk kudap kudap di petang hari. Yg bulat bulat tu pun adik ipar yang bagi haritu. Cheezy Letops brand projekmommy.co. 

Korang boleh search kat Instagram atau Tiktok, itu bisnes cousin husband saya. Diorang buat frozen foods. Macam macam ada. Pogedil, popia carbonara, cheezy letops, tauhu bergedil and macam macam lagi la. Diorang baru je launch Vendor Cafe haritu kat Puchong. Yang stay area Puchong bolehlah jalan jalan cari makan kat situ. Yg ready-to-eat pun ada.

Sedap pulak Fish Fingers tu ❤️


8 October 2022

Testing

Testing testing. Tadi nak join GA, dah siap post pastu tetiba kata menyalahi guidelines. Dah 2 kali jadi ni. Test jap yg ni dia padam tak.

Update: Okay yang ni dia tak padam pun. So, memang tak boleh la ke nak join GA blogger lain ni? :(

7 October 2022

Eating Out Tonight With Le Husband and Son

Isteri mana yang tak bahagia bila suami mesej "Petang ni takyah masak, kita makan kat luar" ❤️

Bahagia sangat sebab tengah malas nak masak wkwkwkwkw 

Jarang sangat makan kat luar. Sekali sekala tu best jugak. Kalau selalu sangat pun jemu jugak kan?




Makan kat food court AEON Taman Equine je tadi. Hujan lebat sangat kat luar, so kita pilih tempat makan yg tak perlu harung hujan, senang parking.

Antara makanan favourite kita ialah NASI AYAM KUKUS. Ayam tu yang kukus, bukan nasi. My husband pilih roasted chicken rice.

Kita ikut selera arwah ayah kita, suka sangat makan nasi ayam kukus. Sebab isinya lembut, sedap, juicy. Yums!

Anak bujang makan nugget kfc. Dia memang jenis susah nak makan. Nasi ayam pun taknak makan. Yang dia makan hanyalah mee kolok, roti puri, fries McD, nugget McD/KFC. Itupun ikut mood. Sebab tu badan pun kecik halus je.

Alhamdulillah untuk rezeki hari ni ❤️


19 September 2022

Gift Box Tudung Requested by Customer LADYDINI

Lama dah tau tak buat gift box hihi 🥰 Suka buat gift box tudung cecomel macam ni. Mesti si penerima pun happy sangat dapat hadiah special ni

Harini bukan nak cerita pasal order gift box je, nak bagitau yg kita excited bila dah dapat save gambar logo LADYDINI yg dah tak nampak background kat belakang and boleh tepek kat gambar tuuu 😍



Rupanya dekat Apps Inshot dah ada features ni. Selama ni duk carik gak macam mana eh nak hilangkan background belakang tu, and nak wording logo tu je. Akhirnya dapat jugak 😍

Senanglah lepas ni edit video ke gambar ke boleh tepek logo LADYDINI 🥰 Weee cantek cantekkk! Puas hati sangat dengan Apps Inshot sebab friendly user, senang nak guna.

Btw, customer mintak buatkan gift box tudung Bawal Molek cotton series bidang 48' by Darena Scarf. Kita ada jual kat Shopee/Tiktok Shop. Tekan logo LADYDINI kat sidebar tu, nanti jumpa link kalau nak cuci cuci mata tengok tudung 😘😘😘

Sampai sini saja kisah perkembangan bisnes kecilan saya di blog harini hikhik ❤️

Nanti ada kisah baru nak simpan sini, kita update blog lagi. 

Assalamualaikum 🌸

15 September 2022

Akhirnya, LADYDINI dah ada tudung jenama sendiri 😍

Assalamualaikum and hai semua 🌸 Setelah 3 bulan, kembali semula ke blog untuk ceritakan tentang my new baby ni. Haha! 

Susahnya nak istiqomah update blog tau. Sebab busy 😆 Ni hadiah giveaway pun baru dapat nak post esok. Sabar tau yg tengah menunggu tu. Baru je email sorang2 untuk confirm balik address.

Jadi alkisahnya nak bagitaulah, selain jadi Agent Gold Darena Scarf, kita dah ada tudung sendiri jugak iaitu ... Tadaaa....







So happy and excited to have and wear my own brand everyday 🥰 Alhamdulillah dreams come true gittew. Tapi ni baru permulaan je. Semoga rezeki LADYDINI berpanjangan dan berterusan seperti air yang mengalir. Moga berkat juga rezeki yg Allah berikan ni.

Cita-cita nak jadi Suribisnes berjaya. Sambil jaga family, sambil berbisnes dari rumah. Moga baik baik saja semuanya 🤲

Kalau korang nak shopping tudung, boleh ke Shopee LADYDINI okayy! Tekan je gambar kt sidebar tu ada dah kita letak link Shopee kat situ ❤️


28 June 2022

Dini's 3rd Birthday!

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun anak boy I ni 🥰🎂 Genap usia dia 3 tahun on the 24th June haritu. Ni lah dia baby yg buatkan Ommi dia mabuk teruk sepanjang pregnant. Hihi. Pengalaman yg tak boleh nak lupa langsunglah. Ada kita ceritakan dalam blog ni dulu, my pregnancy journey apa semua tu. Nanti boleh kita baca balik jadikan kenangan. 



Sambut kecik kecik je dengan family mertua. Bawak dia pergi Baker's Cottage belikan kek yg dia suka ni. Dini hanya akan makan kek coklat je. Luar dalam mesti coklat. Kalau warna warni tu hmpphh memang tak dia nak makan 😂

Buat masa ni Dini sorang je anak Ommi. Dini sorang pun dah cukup penat menjaganya hahaha. Nantilah dah ready, boleh tambah sorang lagi. Nak anak girl pulak kalau diizinkan Allah 🥰 Nama dah ready dah hikhikhik.

Btw, kebetulan dah rajin pulak nak update blog ni. Nak cerita la kat sini hihi. Sekarang kita dah ada kerja hakiki. Maksudnya dah ada kerja yg dapat upah bulanan. Kenapa upah, kenapa tak sebut gaji? Sebab kita ambik upah jaga baby kakak sulung kita je. Tiap Isnin-Jumaat ulang alik ke rumah kakak utk jaga baby bongsu dia yg berumur 3 bulan dah.

Since kitorang baru je ada kereta sendiri bulan 4 haritu, dapatlah kita keluar kerja. Duduk rumah pun lemau rasa kan. Sejak pregnant mabuk teruk, berhenti kerja, duduk rumah je jaga anak. Tahun 2022 ni baru dapat keluar kerja. And boleh bawak Dini sekali. Alhamdulillah.

Apa rezeki yg ada depan mata, kita grab je. Follow the flow. Sesambil tu, kita work on my own brand coming soon 😍 Aaa excited! 

Nak bina jenama sendiri, bukan boleh sekelip mata je kan. Orang tak famous and biasa biasa macam kita ni kena usaha lebih sikit. Dengan duit upah babysitting tiap bulan, bolehlah bayar komitmen + hutang and buat simpanan sendiri. Lega sangat rasa bila dah ada kerja hakiki ni. Tak lah risau sangat dengan masa depan 🥰

Moga Allah permudahkan setiap apa impian yg kita nak capai 🤲 Amin. 

27 June 2022

Coming Soon!

To start working on my own brand is my dream 🥰 InsyaAllah moga dipermudahkan urusan semuanya.

Nanti Lady Dini akan ada first baby iaitu Bawal Plain Cotton Voile. Kita mulakan dengan sesuatu yg simple and semua orang suka pakai, especially young girls out there 🥰 And kita pun boleh pakai sendiri. Hihi! 

Material InsyaAllah on point sangat. Setiap pembelian didatangkan dengan packaging box Lady Dini yg comel 🎁 Gittew! 

Tak sabar nak tunggu siap stock batch pertama ni. Gambar atas tu ialah design acrylic tag yg designer hantar tadi. InsyaAllah bulan depan siaplah tu and sampailah kat tangan kita.

Huuu tak sabarnya nak ambik gambar apa semua and letak kat Shopee 😍😍😍

Haaa.. selain bawal plain cotton voile, apa lagi jenis tudung and material yg korang suka pakai? Meh komen kat bawah meh 👇

26 June 2022

Ya Allah Lamanya Tak Tengok Blog Sendiri!

Assalamualaikum semua ❤️ Lama tak tengok blog sendiri. Huhu. Sejak pindah rumah bulan Januari haritu, baru bulan June ni haa baru bukak balik blog 😭 Hadiah Giveaway haritu pun tak post lagi pada pemenang. Sobs. Maaf ya pada yg tertanya and menunggu tu.

InsyaAllah kita akan kembali memeriahkan blog bermula harini (lol dah berapa kali cakap macam ni). Tak, maksud saya bermula harini saya akan cuba post cecepat hadiah kepada pemenang.

Actually, kita tengah dalam proses nak start working on my own brand ❤️ Alhamdulillah tengah tunggu stock batch pertama siap. Kita saja tunggu nak bagi hadiah giveaway from my own brand instead of brand lain yg saya jual.

Doakan semoga permulaan ni dipermudahkan buat saya ya 🤲

Pada pemenang Giveaway haritu saya mtk maaf sangat sangat atas kelewatan ni. Jangan risau, saya dah baca semua email pemenang and dah take note your details. Takkan saya lupakan janji saya ok! Tunggu sekejap je lagi.