30 November 2023
30 Days Writing Challenge Day 4 : Place You Want To Visit
Misi Turunkan Berat Badan Day 3
Diet apa harini?
29 November 2023
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Starting weight --> 69.2kg (27 November 2023)
Today's weight --> 68.6kg
Target weight --> 50kg
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Breakfast --> Roti paratha frozen digoreng dengan sedikit marjerin π―+ Half tomato π + sekeping cheese π§ + sebiji telur π₯ + sesudu sambal tumis πΆ️ + my hot plain green tea π΅
Snek pagi --> A glass of hot plain green tea π΅ + 3 biskut crackers πͺ sapu sikit peanut butter chocolate π«π₯ + Apollo Checker π§
Lunch --> Nasi π + ikan sardin goreng π + sup sayur campur (taugeh π± + sawi π₯¬ + carrot π₯ + daun kucai πΏ) + peria crispy π₯ + sambal tumis πΆ️ + plain hot green tea π΅
Snek petang --> sebiji oren sunkist π + secawan kopi o panas kurang gula ☕ + 5 biskut crackers
Dinner --> Nasi π + sayur macam tengahari tadi + ikan sardin goreng π + sup daging π² + peria crispy π₯ + sambal tumis πΆ️ + milo ais sikit π§
Supper --> Kopi o panas kurang gula ☕ + 5 keping biskut crackers πͺ
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Total steps today: 2798 steps
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
29 November 2023
30 Days Writing Challenge Day 3 : A Memory
Here's to the one that we got, cheers to the wish you were here, but you're not πΆ
A Memory
I would like to share memories about my first born being romantic π©·
Kita tak ingat macam mana Dini tahu yang kita suka bunga. Tapi tiap kali dia jumpa bunga, mesti dia bawak balik and bagi kat saya π₯² Tak sangka ada anak romantik macam ni πΈ Moga sampai Ommi tua pun suka bagi Ommi bunga. I love you, my Dini Zulqarnain. Walaupun Ommi selalu marah, tapi Ommi sangat sayangkan anak sulung Ommi. Tak sure Dini belajar dari mana sebab ayah dia bukan jenis berbunga-bunga ni.
Romantik Ayah Dini lain. Dia suka bawak balik makanan secara surprise which is always my favourite sebab tu la I gemuk sekarang ni wakakakaka. Apapun, I tetap suka and this is what makes me happy π₯° Memory yang takkan ku lupakan.
Nak tunggu lah my second boy tu romantik jenis apa π Ghisau sebab anak kedua ni lain macam sikit hahaha!
Misi Turunkan Berat Badan Day 2
Diet apa harini?
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
28 November 2023
Breakfast --> Sepinggan mihun goreng tom yam + segelas teh o panas
Snek pagi --> Apollo Checker + segelas hot plain green tea
Lunch --> Sepinggan mihun goreng tom yam (husband I masak banyak semalam untuk tetamu and banyak lebih, so kita makan je menu sama sampai habis, tak baik membazir kan?) + segelas hot plain green tea π΅
Snek petang --> Sebiji oren sunkist + sekeping roti massimo wheat germ sapu peanut butter chocolate + segelas vico panas + Apollo Checker + 5 keping biskut crackers (ok I admit dah tersasar π esok saya cuba kurangkan lagi manis)
Dinner --> Nasi Arab (husband bawak balik)
Supper --> Takde rasa mcm nak supper harini. Baru je lepas masak sup sayur campur untuk makan esok π₯° Wahhh I dah boleh masuk dapur hihik. Selama berpantang ni yg masak ialah husband i and acik CL je
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Starting weight (27 November 2023) : 69.2kg
Today's weight : 69.2kg
Target weight : 50kg
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Total steps today : 1588 steps
Decided to monitor my activity setiap hari dirumah guna my smart watch utk record steps. Teringin nak brisk walk setiap hari tapi apakan daya belum boleh lagi. Siapa pulak nak jaga anak-anak i π₯² Brisk walk dalam rumah je lah.
Itu saja update untuk harini. Esok kita rekod lagi. Semoga istiqamah sampai dapat turun ke 50kg π€² I can do it!
28 November 2023
30 Days Writing Challenge Day 2: Things That Make Me Happy
Things that make me happy:
Food
Begitulah perempuan. Cita-citanya nak kurus, hobinya makan π
Hujan Yang Sederhana
Maksudnya rainy day yang takde bunyi guruh kuat, angin kuat sampai terbang barang dalam rumah, hujan yang tenang-tenang je.
Teringat bait lagu ni,
Listen to the rhythm of the falling rain, telling me just what a fool I've been π§️πΆ
- The Cascades, Rhythm of the Rain
Enjoying my me-time
Which I rarely can find time for me-time now sejak dah ada anak π Tapi takpe kalau selalu sangat nak me-time tu mengada namanya. Masa anak kecik ni embrace the moment je. Kalau diizinkan usia sampai usia macam Mama I sekarang which is dah 60+ me-time la kau puas-puas sana hahah!
Mama I banyak berkorban masa kami kecik-kecik dulu. Sekarang Bapak (kedengaran kasar tapi orang Sarawak memang panggil Ayah dia dengan panggilan Bapak ya rakan-rakan) pun dah takde, so Mama sekarang banyak habiskan masa dengan geng masjid dia.
Jangan memain ya rakan-rakan, jauh langkah Mama I sejak berpindah ke Slim River and bertemu dengan geng masjid dia yang sekarang π She really enjoy her pencen life now.
Happines Is To See My Sons Happy
Mestilah kita rasa happy bila tengok anak kita happy π₯° Cuma, Ommi selalu dibebani rasa bersalah bila selalu marah anak sulung Ommi si Dini tu sebab suka kacau Adik tido π₯²
Takpelah, embrace the moment π©·
Go Out and About
Saya suka travelling. I mean, even keluar jalan-jalan dalam Malaysia ni pun dah happy. Sebab dapat tengok tempat orang. Apatah lagi kalau dapat pergi oversea.
InsyaAllah ada rezeki tu nanti. Yang penting, pergi umrah/haji dulu sebelum nak jalan-jalan tempat lain π©·
I actually love impromptu trip. Teringin nak ada enough money and time bila terfikir 'eh rasa macam nak pergi sini la', tanpa fikir panjang terus je pergi. Gittew.
So, inilah antara perkara yang mendatangkan ketenangan dalam hati. Bila kita rasa tenang, kita akan rasa bahagia πΈ
Misi Turunkan Berat Badan Bermula
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul π Berat saya lepas bersalin hanya turun 5kg je guys. Naiknya 11kg, turunnya sikit. Ada lah tu lebihan lelemak yang masih tersisa.
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Starting weight --> 69.2kg (27 November 2023)
Current BMI --> 28.1 (24.9 is considered healthy)
Target weight --> 50kg
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Justeru, setelah habis tempoh berpantang 45 hari, saya kena sambung lagi berpantang nampaknya.
Benda pertama kena betulkan, healthy lifestyle. Kena jaga makan and kena stay active!
So harini kita mulakan dengan menjaga portion supaya tidak makan secara berlebihan. Namun, tidaklah terlalu strict dari segi penjagaan kalori kerana masih lagi dalam tempoh menyusukan baby. Kang strict sangat ada yg drop susu kita kang.
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
What I eat today (27 November 2023) :
Breakfast --> Sekeping roti paratha frozen dimasak atas pan dengan sedikit marjerin + sepotong ikan sardin with kuahnya + segelas hot plain green tea
Snek pagi --> Sebiji oren sunkist + segelas hot plain green tea
Lunch --> Nasi putih + sepotong ikan sardin with kuah + sayur (kubis, carrot, baby corn, tomatoes) + peria crispy + segelas hot plain green tea
Snek petang --> Apollo Checker! Sedapnya π Sebab ibu mertua kita kasi, kita makan je. Sekotak tau dia bagi haha! Limit makan sehari satu je.
Bak kata Kayla Itsines, kita jangan sibuk nak kurangkan makan tapi sebaiknya fokus pada variety of nutrients dalam setiap kategori. Makin banyak type of nutrients, more better.
Contohnya, macam sayur/buah. Lain sayur/buah lain nutrients yg ada didalamnya and it's good for our body to function well. That's why makan kena seimbang.
And craving benda manis ni memang sukar nak diubah secara mendadak. Apa yang kita boleh buat, kurangkan sikit demi sedikit supaya nanti tak rasa kurang waras bila tak dapat langsung benda manis hahah!
Dinner --> Sepinggan mihun goreng tomyam (Ada tetamu, iaitu my Mak Ngah and my two cousins datang dari Kuching nak jenguk baby so Ayah Dini pun bersilat didapur lepas balik kerja)
Supper --> Teh o panas + 3 keping biskut crackers + separuh epal peninggalan Dini tak habis makan tadi (entahlah lapar pulak melayan baby susah nak tido π Ayah Dini and Dini dah selamat dibuai mimpi lepas tetamu balik tadi).
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Begitulah kira-kira update kita hari ini. Esok kita jaga makan lagi π₯° Diet not too strict, no calorie counting untuk permulaan ni, cuma jaga portion je and make sure I eat variety of nutrients.
Btw, tadi Mak Ngah send gambar kat my Pak Su Malik nun jauh di Sarikei sana. Pak Su Malik kata dah tak kenal I sebab dulu slim πππ Sekarang berat nanang dah Pak Su. Almaklumlah zaman slim dulu berat 48-50kg je wkwkwkwkw. Tu berat 10 tahun dulu. Nampak kan berapa lama dah tak balik Sarawak nya sampai tak kenal dah rupa I. Jap bagi masa saya turunkan berat sampai cecah 50kg k! Hahaha...
27 November 2023
30 Days Writing Challenge Day 1 : Describe Your Personality
30 Days Writing Challenge
Dengan ini, saya akan mulakan Cabaran 30 Hari : 1 Topik 1 Hari diblog saya weeee! Padahal tengah sibuk dengan baby ada hati nak join tapi pedulik lah kita join je demi memeriahkan blog π©·
Begitulah kira-kira. Jomlah menulis topik pertama hari ini. Hari ini pun dah masuk tarikh baru iaitu 27 November 2023 dah. Eloklah saya start sekarang kat next entry.
Jumpa disana!
26 November 2023
Kuat Membawang
I love using apps Twitter yg kini diberi nama X tapi tu lah aku ni benci betul dengan benda yang dipanggil algorithm π© I dah like and repost sebanyak-banyak gambar estetik (gambar makanan, bunga cantik, coffee, hot chocolate, cakes, cookies, pastries, books, lukisan alam and etc) yang mungkin sebab I suka benda tu selalu muncul kat home, tapi kisah rumahtangga orang jugak yang lalu. Tak sukanya bila terbaca.
Diorang ni sanggup ya screenshot daripada IG and post kat Twitter and 'berbincang' hal rumahtangga orang. Siapalah kita ni yang strangers nak mengandai-andai. Pelik saya dengan diorang ni, muda-muda dah kuat membawang, masing-masing nak terpaling opinion π©
Biuk nyawa bak kata orang Sarawak. Hmm stoplah tengok Twitter sementara isu panas itu berlalu pergi. Fokuslah kepada kehidupan sebenar kita yang belum tentu perfect dan baik-baik saja ni.
Actually, lagi suka baca update tentang Palestine daripada Twitter. Tapi tu lah ada jugak terselit isu tak penting tu π© Biuk nyawa saya.
Me and My Never Ending Inner Conflict
Entahlah. Actually dah banyak kali decide taknak dah jual tudung, dah bye bye to online business, dah give up dengan game bisnes sekarang...
TAPI i kembali jugak jual tudung brand orang lain ni π
Sebenarnya kan kita ikut je stokis kita tu jual apa. Sekarang total 4 brand tudung dia jual serentak. Tapi kita jual as Dropship je la. Buat masa ni takde modal yang stabil untuk ambik stok tudung baru.
Tengah push jual stok tudung yang lama-lama dulu nak kasi clear semua. Kumpul modal dulu and then nanti baru fikir stay as Dropship je ke or ambik stok jugak sikit-sikit untuk permulaan.
Sebenarnya rindu zaman jual tudung F masa tahun 2018-2021 dulu π₯° Sekarang macam dah start from zero balik je. Takpelah, ni actually sementara je. Kita buat mana yang boleh untuk generate income sendiri.
Sekarang tudung D pun kita tak jual dah. Tak ambik stok dah. Kita follow stokis jual tudung H, tudung S, tudung LR & tudung M&S. Sesambil tu ada buat gift box tudung bawal jugak dengan stok tudung bawal yg masih ada.
Nanti baby dah besar sikit, dah jumpa pengasuh yg ok, jumpa pekerjaan yg sesuai kita nak kerja π©· Moga dipermudahkan rezeki dan urusan keluarga kecil kami.
25 November 2023
Testing Theme Baru
Assalamualaikum and hi π©· Sejak kebelakangan ni bila view blog sendiri through phone jadi kecik benor tulisannya. Nak baca pun susah. So, kita decide untuk tukar theme supaya senang nak baca. Nice jugak theme ni.
Hi semua π Saya dah habis pantang! Alhamdulillah atas kurnianya. Saja test new theme ni nak tengok lawa dak layout nya.
Happy weekend dear all! I baru bangun, baby masih tido. Anak sulung dah bangun dah tercongok didepan tv sambil makan roti sapu coklat.
My husband now tengah memasak mee goreng. Yeay! I love his mee goreng π
Have a nice day everyone!
21 November 2023
Dini Zulhairi : 1-month-old
Harini dah 42 hari dalam pantang. Tinggal lagi 2 hari nak habis pantang tapi rasa macam nak sambung 60 hari sebab rasa macam belum sihat betul. Tapi sebenarnya takdelah pantang strict sangat pun cuma masih dalam tempoh masih berjaga-jaga sebab perut rasa masih ngilu. Rasa macam luka dalaman czer tu belum baik betul lagi. Huhu.
Baru balik dari klinik jap tadi bawak my 2nd born check up sebulan. Timbang berat (dah naik 4.62kg), ukur panjang (naik ke 56cm), follow up prolonged jaundice dia. Alhamdulillah everything is normal and fine. Cuma result thyroid dia tak keluar lagi. Next check up doktor akan follow up semula.
And for me, post-natal check up. Everything okay. Tapi dua hari lepas dah keluar first period after bersalin. Doktor kata cepat jugak. I semalam dah sedikit panik takut ada pendarahan ke luka czer tu, tapi alhamdulillah period je. Rasalah senggugut sikit and ada seketul jerawat besar dibawah bibir. Iskkk.
Next check up Adik Dini akan dapat vaksin and kita pulak akan insert iucd. Wahh nervoussss! Moga baik-baik saja nanti. Dia macam entahlah tetap nervous biarpun before ni dah pernah guna iucd sebelum mengandung 2nd baby ni. Tiap kali check up pun mesti nak nervous jugak haha!
Yang ni bila dah usia sebulan. Pun sama rupa hahahaha. Lagi-lagi botak dua-dua time ni π ihhhh geram ommi tengok!
Begitulah update terkini kisah tempoh dalam pantang saya π©· Alhamdulillah dah tak beremosi teruk sangat dah boleh handle. Moga mood Ommi sentiasa tenang, jiwa tenang, fikiran tenang, hati tenang semasa menjaga kedua-dua anak Ommi ni π₯° Walaupun selalu bertukar menjadi mak kau hijau, tapi takpe, begitulah kehidupan. Setiap saat kita belajar erti kesabaran dan berlapang dada dengan perkara yang remeh dan fokus je pada perkara yang perlu difokus.
Till next update! Btw, untuk giveaway gift box tudung haritu, haaaa setiap yang join and drop email akan dapat tau gift box. Cuma kena tunggu kita email mintak details postage je okayyyy! Ambik masa sikit since masih nak adapt dengan life mak anak dua π
5 November 2023
Pantang Day 26 : Self-love
Kalau before ni selalu je cerita kita punya emosi tak berapa ok masa berpantang kan? Bila fikir balik, kalau dilayan emosi tu memang takkan pernah baik pun. So today kita decide daripada fokus dengan masalah, lebih baik fokus dengan my recovery phase and amalkan lebih banyak self-love.
Kita decide nak:
1. Buang segala overthinking yg buruk-buruk. Gantikan dengan berfikiran positif dan yang baik-baik je. Meskipun, kadang-kadang yg buruk tu jugak nak fikir. Almaklumlah, hanya manusia biasa, terkadang asyik terhanyut dengan hasutan syaiton.
2. Pasang zikir dan bacaan al-Quran 24 jam kat rumah supaya boleh tenangkan hati dan jiwa yang berkecamuk ni. Hanya Allah set je yang mampu membuat hati kita tenang, kerana Dia adalah satu-satunya sumber ketenangan kita.
3. Makan makanan yang sihat untuk proses recovery selepas czer ni and enjoy jugak makanan yg saya suka π©· I am food lovers. Makanan yg saya suka jugak membuatkan diri saya happy. Mood booster gittew. Asalkan makan secara sederhana, cukuplah kan.
4. Make sure myself feel clean and tak selekeh everyday. Meskipun dalam tempoh berpantang and jaga newborn baby ni cenderung untuk selekeh, but I will try practice self-love jugak in between. Kerana diri saya begitu berharga. Kena rajin mandi, rajin sapu lotion, rajin buat skincare rutin, rajin sapu lotion panas bila sakit sakit badan. Kadang-kadang bukan sebab takde masa, kadang-kadang tu sibuk sangat tengok socmed wkwkwkwk jadi kurang masa. So kurangkanlah tengok socmed and cermini diri sendiri je lepas ni ahakz. Kurangkan screen time, tengok phone bila perlu sahaja. Lebih baik on tv tengok tv je.
Setakat ni, itu je lah terfikir. Korang ada idea lain tak untuk self-love? Kalau tengah sedih, takde mood apa korang akan buat?
Bukan apa, saya ni selalunya cenderung tersakitkan hati orang sekeliling bila tengah moody. Kesian orang sekeliling saya. I love them all π©· Taknak lagi menyusahkan hidup and mental orang lain dengan perangai diri sendiri.
Btw, thank you pada yg selalu drop komen kat entry saya yg before before ni. I love my blog friends π₯° Like, seriously. Saya suka circle disini. Nanti saya blogwalking ke blog korang pulak. Spending more time on my blog instead of other socmed is one of my self-love jugak kot ♥️
2 November 2023
Pantang Day 23
Long time no write here. Busy adapting new life as mom of two boys. Pantang kalini banyak siri air mata π₯² Dari mengandung, bersalin ke berpantang. Ada je benda buat susah hati.
Apa khabar luka czer untuk kali kedua operate ni? Rasa dia lambat sikit baik berbanding yang first dulu. Semalam pergi jumpa doktor kat KK bagitau ada darah sikit keluar kat area luka bahagian paling kanan. Tapi doktor kata takde apa. Healing process je tu. Harini ada lagi sikit keluar. Entahlah normal ke tak. Huhu. Harap takde apa lah. Mungkin tak boleh susukan baby duduk, kena baring supaya tak letak beban berat kat atas perut buat masa ni.
Apa khabar kuning baby? Baby ada prolong jaundice. Dah 3 kali cek, tetap stay kat 6, tak turun ke 5 dan kebawah. So Rabu depan kena buat blood test yang advance sikit nak tengok fungsi dalaman dia ok ke tak. Moga baby baik baik saja.
Berat dia pun dah naik ke 4.02kg semalam. Kuat menyusu baby boy yg kedua tu. Mujurlah sekarang dah takde bengkak susu macam awal dulu. Peh sakit dia fuhhhhhhhh.
Tudiaaa my Dini Zulhairi. My second born. My second sonshine. My sepet son. Dua-dua anak I takde eyelid. Sepet for lyfe wkwkwkwkw.
Ini Dini Zulqarnain π©· My first born. My first sonshine. Who loves chocolate just like me. Kek batik sokmo dia mintak. Kita belum cukup larat lagi nak buat kek batik untuk dia. Beli kat kedai je la dulu eh.
Btw, time berpantang and menyusukan ni lapar 24 jam. Asyik rasa nak makan je. Breakfast, brunch, lunch, tea time, dinner, supper semua I tapau π₯² Janji mengunyah.
Takpelah kan, nanti anak dah 6 bulan boleh dah slow slow sambung projek suku suku separuh and weight loss kita π Buat masa ni nak gembirakan diri dulu, meskipun banyak siri kesedihan dan gangguan emosi yang berlaku. I cuba untuk berlapang dada dengan setiap perkara yang tak berlaku seperti yang kita mahukan. Moga Allah swt gantikan dengan sesuatu yang lebih baik π€²
Ada lagi 21 hari nak habis tempoh berpantang. Korang berpantang selalunya berapa hari? Cuba share sikit berapa hari berpantang dan apa yang dipantangkan? Nak jugak kita amalkan mana-mana tips yg dirasakan sesuai untuk saya.