28 August 2023

Durian Gendut

Ayah Dini kan, dia suka buat 'surprise' kalau melibatkan buah-buahan bermusim ni. Haritu cempedak, kalini durian. Petang semalam, know know je ada orang datang COD durian gendut yang semuanya sedap ni 🤤


Gendut semuanya guys! Ni durian D24. MasyaAllah tabarakallah rasanya secantik rupa 🤤 Kalini musim yang kedua buah durian untuk tahun ni kan? Bulan 5 ke 6 haritu ke 7 ke ada jugak Ayah Dini beli durian dalam bekas dah siap kupas macam ni. Actually, lebih berbaloi sebab dah tau dah isi dia macam mana.

Yang ni, Ayah Dini kata dia order kat depan PKNS Bangi. Group Bandar Baru Bangi kat Facebook tu memang aktif kalau bab-bab jualan makanan ni. Ayah Dini whatsapp and order, free cod katanya. Yang before ni dia order kat depan Hotel Tenera kalau tak silap. Pun sedap jugak and jual dalam bekas-bekas macam ni.


4 bekas ni RM100 je and free cod dalam Bangi ni. Gendut kan duriannya? Dahlah dah siap kupas. Senangnya terus makan. Macam manalah diorang jaga durian dapat isi gendut-gendut and sedap macam ni. Ada yang lemak manis ala amboi amboi, ada yang lemak pahit-pahit and gassy. Tapi both I like 🩷 Berjoget adik Dini kat dalam haa 🤰

Kebun Mama (Opah Dini) kita, ada jugak pokok durian. Cuma sebab kebun baru je start nak dijaga semula, buahnya tak berapa elok sangat lagilah. Moga tahun depan dapatlah kami sekeluarga besar merasa durian kebun Opah Dini 😍 Tanah dusun peninggalan arwah Atok kami. Dah lama sangat takde yang jaga sampai jadi hutan. Sekarang rumah Opah Dini dah siap, slow slow lah kami menjaganya sama-sama. Selain pokok durian, ada pokok petai. Haritu lebat buah petai sampai Opah Dini boleh hantar ke pasar tempat sepupu dia meniaga lagi. 

Pokok manggis, cempedak pun ada cuma tulah tak terjaga jadi takdelah buahnya. Masih banyak semak-semak yang belum di clear kan.

Lately ni, tak menyempat nak blogwalking sangat ke blog rakan-rakan. Sebab tengah busy reconstruct Instagram Shop saya hihi. Pastu dah start nak kena regular check up 2 kali seminggu untuk make sure saya takde high blood pressure disebabkan urine test asyik ada protein je. Harini nak kena pergi check BP and urine. Malasnya nak keluar rumah harini tapi terpaksa 😴

Penat and mengah all the time dah bila sarat ni 🤰

26 August 2023

My 2nd Pregnancy Journey : Urine Test

Check up pregnancy kat KK kan biasanya pagi-pagi. Saya pulak nak kena bersiap disamping menyiapkan Dini, kadang-kadang rasa terkejar-kejar ya rakan-rakan 😂

Bila dah mandi, of course lah kita akan buang air kecil sekali. Dah lepas mandi, saya ni nak makan proper breakfast pun tak sempat, apatah lagi nak minum air kosong lebih sikit. Hadui. 

Dah sampai klinik, macam biasa kena ambik darah, buat urine test. Tapi masalahnya, bila nak collect urine tu mesti rasa macam "alamak takde rasa nak buang air kecik lah". Lemah macam ni 😅 Selalu memang dapat sikit je.

Jadi result pun tak berapa nak cantiklah. Dah 3 kali result ada protein kat dalam. Semalam check up katanya ada gula dalam urine. Nervous mak. Tapi bila buat glucose test tu, normal je gula dalam darah saya. Cuma, doktor kata risau ada high blood pressure jadi lepas ni kena datang KK buat regular check up untuk blood pressure 2 kali seminggu. Sama macam haritu yang masa saya naik berat banyak tu. 

Ada pernah beberapa kali je dapat collect urine banyak. Result pun okay and normal je. Tapi selalunya memang susah lah sebab pagi-pagi dah membuang kan. Nak bagi bladder penuh balik tu ambik masa jugak.

Macam biasa, Dini adalah peneman setia Ommi kemana saja Ommi pergi. Tahun ni tak sekolah lagi takpelah. Nanti dah sekolah takleh ikut dah ya 🤭 Turn adik pulak jadi 'handbag' Ommi nanti.




Macam biasa, lepas teman Ommi check up haruslah bawak 'dating' (read: belanja upah) kat tempat makan favourite Dini. Kalau Restoran Roti Puri kat Seksyen 3, Bangi tu bukak, kita bawak dia makan Roti Puri. Kalau tutup, kita bawak dia makan kat KFC KipMall Bangi (yang dulu nama famous dia Warta Bangi). 

Saya suka sangat management baru KipMall Bangi sekarang. Currently, masih dalam proses renovation. Tapi tempat-tempat yang dah siap semua dia buat lawa dah. I like sangat concept dia. Kalau dulu Warta Bangi crowded dengan tah pape je, tapi sekarang cantik macam mall. Tak sabar nak tunggu siap sepenuhnya. 

Kalau untuk orang macam saya yang tak berani nak pergi IOI Mall Putrajaya sorang-sorang je dengan Dini (takut sesat tak jumpa kereta parking kat mana sebab mall besar sangat i tacodd), at least dapat bawak Dini jalan-jalan dalam KipMall Bangi pun dah cukup dah. Parking pun free je. Nak bawak ke Alamanda Putrajaya rasa macam jauh sikit pulak. Evo Mall Bangi tu pulak luar je cantik, management dia hauk sikit. Tak macam Mall, macam pasar je. Serabut saya tengok. Parking pun susah. PKNS Bangi pulak parking pun kena park kat luar. Dah lama jugak tak masuk PKNS Bangi. Taktau apa ada kat situ.



Semalam, lepas makan, Dini kata taknak balik lagi. Nak jalan-jalan. Saya ni dah rasa mengah dah 🤰 Tapi takpe, kita layankan je permintaan anak bujang yang masih seorang ni. Dini bawak saya masuk kedai Noko, yang letaknya atas Hero Market dalam KipMall Bangi ni. First time tau masuk kedai ni. Eh, anak kita pulak yg bawak masuk. Terbalik sungguh. Selalu parents yang bawak masuk kedai. Ommi ikut je lah mana Dini nak pergi. 

Dini nampak small cart tu dia pun ambiklah nak tolak sendiri katanya. Tengoklah apa dia shopping tu haha. Semua biskut favourite dia. Sambil-sambil tu kita cuci mata dalam kedai Noko ni. Cantik and comel je barang-barang dalam kedai ni. Macam cawan dengan mangkuk tu, harga murah je. 2 for RM5. Banyak lagi benda comel ada dalam kedai Noko ni cuma kita tak larat dah nak jalan haha. Next time la kot pergi lagi buat cuci mata.

By the way, first time rasa Gery Crunch Roll tu. Sedap betul ya 🤤 Harga RM1 je dalam kedai Noko tu. Menyesal pulak beli satu je hahaha. Nanti nak pergi lagi la masuk kedai Noko ni. Haritu masa cek list beg hospital katanya nak kena ada 'energy bar' kan. Kudap-kudap tambah tenaga untuk meneran kata mereka. Bolehlah shopping my 'energy bar' kat Noko ni later. Sebab macam rare jugaklah kudapan yg ada kat kedai Noko ni. Kita nak beli yang small packet je and pelbagai. 

Begitulah kisah kehidupan saya dalam seminggu ni. Baru dapat nak update memory dalam blog ni. To many more memories with my Dini and incoming Dini 2.0 🥰 Semuanya Ommi nak simpan dalam blog ni. Nanti rindu boleh baca balik.

Malam tadi boleh pulak mimpi adik Dini dah keluar haha. Cute macam abang dia masa newborn. Dalam mimpi tu adik Dini tido lasak sampai hujung katil, bantal semua jatuh bawah. Know know dia dah mengiring sendiri. Isk isk belum keluar perut Ommi lagi dah tau dah dia lasak my next anak bujang ni. 

21 August 2023

My 2nd Pregnancy Journey: Tak Suka Lauk Fancy

Walaupun dah masuk 8 bulan ni saya dah takde mabuk dan mual, tapi akan ada faktor yg boleh membuatkan saya mabuk dan mual semula. Contohnya, bila makan lauk fancy macam kari, asam pedas, sambal, masak lemak akan buatkan saya mual semula. Dia boleh nak telan tapi lepas tu saya akan rasa mual. 

Adik Dini ni hanya boleh terima lauk simple je. Sup sayur, lauk ikan and ayam yang dibakar atau digoreng. Itupun digoreng dalam air fyer ya rakan-rakan, sebab tak boleh cium la bau minyak gorengan. Macam macam ya adik Dini ni 😂 Belum keluar dah banyak pe'el dia. Haha.


Semalam masak sup sayur and cencaru goreng dalam air fryer je. Berselera makan. Tiada tambahan any sambal-sambalan sebab sambal pun kita tak suka masa mengandung ni. Alahai anakku yg kedua ni. Berbeza sungguh selera dengan Abe Dini dia. Terpaksalah Ayah Dini ikut makan simple je sebab kita tak lalu nak makan lauk fancy fancy ni. 

Tapi Ayah Dini kata nak diet and turunkan berat, kan? Haa ni kita dah prepare makanan "berpantang" siap-siap dah ni. Lol 😜 InsyaAllah lagi 3 bulan kalau makan simple je macam ni hari-hari turunlah berat tu. Haha!

Cuma, time pregnant ni suka makan manisan fancy macam Fancy Donut kita cerita kat previous post 🤭 Tapi tak selalu sangatlah. Sebulan sekali macam tu je. Kena control gula putih kan sebab bahaya kalau ada kencing manis sama ada time pregnant ataupun tak pregnant. Arwah Ayah kita dulu meninggal disebabkan kegagalan buah pinggang. Antara faktornya sebab kencing manis. Jadi kami ni anak-anaknya kena kawal gula sebab berpotensi untuk dapat penyakit yang sama.

Tapi tulah, nak cerita selera orang mengandung ni time pregnant tak sama ya dengan time tak pregnant. Masa tak pregnant saya tak gemar sangat manisan fancy ni 😆 Paling-paling pun buat kek batik sendiri je. Jaranglah nak mintak Ayah Dini belanja benda manis macam ni. 

Pastu, time tak mengandung kita prefer something savoury contohnya karipap, takoyaki, sushi, pizza and etc bukannya manisan fancy. Time tak mengandung kita prefer minum plain green tea and hot chocolate je bukan teh tarik kaw ais and kopi. Asam Pedas, Masak Lemak, Kari is my fav lauk tapi time mengandung kalini tak suka. 

Begitulah kehidupan 🩷 Takpelah kalau nikmat tu ditarik sekejap asalkan ibu dan bayi sama-sama sihat walafiat. 

20 August 2023

Fancy Doughnuts Sweet Craving

Semalam teringin sangat nak makan fancy doughnuts tak kisah la brand apa. Pagi-pagi dah mintakkan Ayah Dini belanja haha. Bila lagi nak gunakan alasan "baby dalam perut teringin itu, teringin ini" kan? Lagipun setakat ni, semua benda dingidam masa mengandung ni takdelah yang pelik-pelik sangat. Semuanya mudah nak dapat. Kecuali, mengidam nak makan telur penyu je tak boleh 😂 Sebab tak boleh lah. Saya sebagai graduan Biologi Marin menentang diri saya sekerasnya memakan telur penyu walaupun mengidam time mengandung ni. 

Pandai Ayah Dini pilihkan. Semua I love. Kita suka panggil sesuatu makanan/minuman tu sebagai 'fancy' kalau ianya jenis manis, colourful, extra itu extra ini, atau kalau kategori savoury dia jenis yang modified recipe contohnya tambah cheese. Yang moden-moden punya menu semua saya panggil as 'fancy'.

Saya jarang nak makan benda fancy2 ni, hanya teringin pada waktu tertentu je. Most of the time, I prefer makanan/minuman yang simple. Bila dah sekali makan, lagi sebulan baru ada craving benda fancy yang berbeza-beza. Tapi masa mengandung ni, macam extra sikit kekerapan dia tu. Hikhik.

Alhamdulillah craving satisfied. Hmm tapi Dini demam sejak semalam. Sunyi rumah takde kedengaran pokpek pokpek anak bujang 😥 Doakan Dini cepat sembuh daripada demam dan batuknya ya 🤲

18 August 2023

Lotion Untuk Elak Stretch Marks

Dua-dua kakak saya adalah Beauty Consultant Mary Kay. So, diorang ni kadang-kadang suka betul bagi saya free je produk-produk Mary Kay yang diorang ada tu. Beruntung sungguh ya jadi adik ni 😂

Haritu, my eldest sister bagi Toning Lotion ni. Untuk elak stretch mark, kenalah selalu sapu kat perut tembikai saya ni kan. Mulanya tak berapa gemar pakai lotion sebab rimas melekit. Rumah kita pulak takde aircond, cuaca panas. Yih rimas guwe. Tapi lotion yang kakak bagi ni, tak rimas pulak pakai sebab tak melekit kot. 

Haa besar gini botol lotionnya guys. Penuh lagi pulak tu kakak kita bagi guna. Entah bila nak habis guna. Rasanya sampai baby dah besar sikit pun masih ada lagi hihi. Kita suka sapu kat perut tembikai kita lepas mandi. Bau dia mild je harumannya 🥰 Mendamaikan jiwa gittew. Kita selalunya picit dua kali je cukup untuk keseluruhan perut tembikai kita.

Lotion ni cepat meresap dalam kulit. Tak melekit, meskipun cuaca panas buatkan badan kita berpeluh. Untuk first pregnancy kita dulu, kita takde stretch mark, jadi takdelah bekas-bekas stretch mark. Yang ada cuma parut czer je. Tapi untuk kandungan kalini, kakak kata umur dah 30an, collagen kulit semakin berkurangan, kenalah prevent dari awal kan. Kita onz je dapat free kan 😍 Dah rezeki, kita hargai nikmat ini sebaiknya. Tujuan kita share post ni adalah untuk berkongsi dengan semua orang manfaat toning lotion Mary Kay ni.





Toning lotion ni bukan je boleh guna untuk stretch mark, tapi jugak untuk selulit yang dah mula nampak kat bahagian peha tu. Kita selalunya fokus lebih dengan penjagaan kulit muka je, tapi kita lupa dengan yang tersembunyi ni. Yelah, sebab muka memang benda first orang tengok pada kita. Bahagian lain ni yang tertentu je boleh tengok.

Literally, toning lotion ni sebenarnya adalah skincare untuk badan kita la 🥰 Yang nak kulit badan sihat bolehlah amalkan walaupun belum lagi berkahwin dan pernah mengandung. Siapa lagi nak manjakan diri kita selain kita sendiri ye tak?

Kepada yang nak try jugak toning lotion Mary Kay ni, boleh tekan SINI. Ni link website untuk korang direct order je, senang kan? 😉

Ada yang pernah try tak Mary Kay Body Toning Lotion ni? Jom share jugak feedback korang kat komen 👇

17 August 2023

Alhamdulillah Akhirnya My AdSense Telah Di Approved

Selama lebih kurang sebulan jugaklah tunggu, akhirnya AdSense saya telah di approved! Alhamdulillah dah boleh dah selit iklan dalam blog and bermulalah perjalanan saya trying to gain pocket money through blogging 🥰 Alhamdulillah 

Dah try dah letak iklan semalam and pagi ni cek nampak ada kenaikan 💲 dia dah. Cumanya, ada some issue yang saya try nak fix tapi tak jadi 😂 Adeh lemah betul kalau bab technical ni guys haha!


Saya dah tekan dah Fix Now tu and try la ikut arahan dia, pastu blur pulak bila sampai step yang saya tak berapa nak faham. Yang bawah tu, dah try tekan Action and ikut arahan jugak tapi blur jugak sama macam yang atas haha! I think I need some time untuk figure out benda ni. Kalau dipaksa nanti I stress pulak. Lol.

Issue tak boleh komen guna iPad haritu pun tak settle lagi. Tambah yang ni pulak. Takpelah, berlapang dada je dulu. Nanti ada mood, kita cuba lagi.

Apapun, bersyukur sebab AdSense dah boleh start gunaaaaaa! Yeayyyy! 

16 August 2023

Night Thoughts

 

You have sacrificed a lot for me. So, I will make my heart let go all of the small and negative thoughts. Only appreciate the best things that you have ever done. Humans are not perfect. Tak kira kita wanita atau lelaki atau kanak-kanak atau orang tua, kita tetap hanya manusia biasa. Ada perasaan, ada hati, ada tahap kesabaran masing-masing, ada tahap endurance masing-masing. I will not expect much from you, just like others tell me to expect to. You too have your own struggle in life.

I only want to be thankful and content with what you have give and provide all this time. I can't thank you enough. Only Allah swt can repay every kindness you have done for me. I will try not to hurt you, I will always try to make you feel heard and respected. Even though me too sometimes feel hurt. I will try to be more understanding and wise 🩷

Sajalah nak fefeeling sikit pepagi buta ni. Ingat nak buat Wordless Wednesday guna gambar atas tu, tapi macam banyak pulak words nak luah 😂 Girls just wanna have fun. Eh tiberr. Bukan apa, kadang-kadang kita rasa macam kita je lah nak terpaling tersakiti, tapi sebenarnya kita lah yang banyak menyakiti orang lain.

Sekali sekala nak rasa tersakiti tu takpe, faham je. Tapi kalau asyik nak feeling entitled sangat, asyik nak salahkan orang lain tak begini tak begitu, jadi annoyed pulak kan. Orang tu pun ada perasaan jugak, tak pulak kita nak jaga hati dia. So, hati-hatilah bila tengok content orang lain kat social media tu. Adakala tips tu tak macam tips, tapi lebih kepada menjadikan kita kufur nikmat. Tak bersyukur dengan rezeki yang ada depan mata, rezeki yang dah memang Allah swt dah bagi pun kat kita.

15 August 2023

Terima Kasih Kerajaan Negeri Sarawak

Pagi Ahad lepas, sementara menunggu azan Subuh berkumandang, saya tengoklah phone kejap. Malam PRN haritu terlelap awal sebab rasa penat sangat. Saya dapat notification email daripada PTPTN menyatakan penghargaan bayaran balik. Saya peliklah, bila masa pulak saya bayar?

Yelah, saya surirumah je. Dah lama dah takde kerja hakiki sejak mengandungkan Dini tahun 2019 dulu. Haritu masa ambik upah jaga baby kakak sulung, saya sambunglah bayar sekejap. Tapi tahun ni memang takde bayar langsung, jadi terkejutlah kenapa ada penghargaan ni?



Saya bacalah email tersebut katanya saya bayar RM4k. Berkali-kali gosok mata yang tengah mamai tu, eh ini bukan cobaan ini betul-betul. Saya pun cek lah penyata PTPTN, dari mana duit tu datang? Cek-cek duit tu masuk daripada "Insentif Kerajaan Sarawak". Dah apa pulak tu? Kita pun Google, so I found this...


Rupanya ini adalah salah satu inisiatif kerajaan Sarawak untuk bantu anak-anak Sarawak untuk meringkankan bebanan hutang pendidikan kami 🥲 Sumpah terharu sangat ya. Banyak tau RM4k tuuu. Kini, hutang PTPTN saya dah kurang daripada RM10k. Total pinjaman RM24k. 

InsyaAllah nanti bila baby dalam kandungan ni dah besar sikit, bolehlah saya hantar dia ke nursery dan saya boleh cari kerja untuk bayar baki hutang yang ada tu. Moga Allah swt permudahkan urusan saya nak bayar balik hutang 🤲

Untuk berita lanjut, boleh tekan gambar berita tu ya 👆

Terima kasih kerajaan negeri Sarawak 🩷 Terima kasih my hometown people, para pembayar cukai, pemimpin yg membantu rakyat dan semua yg terlibat. Bantuan ni sangat besar dan bermakna bagi saya. 

14 August 2023

Dini First Time Potong Rambut Kat Kedai

Dulu masa umur Dini baru setahun lebih, pernah la bawak potong rambut kat kedai. Masa tu dia small lagi. Barber tu baru on machine tu tak sentuh lagi kepala dia, Dini dah meraung macam kena pukul hahaha 😂

Sejak itu, Ayah Dini beli alat potong rambut tu kat Shopee and terpaksalah dia yang potongkan rambut anak bujang bertuah dia tu. Sampailah sehari before balik mengundi haritu. Kami pujuk dia cakap machine tu dah rosak, kena potong rambut kat kedai.


Antara gelagat Dini masa tengah potong rambut 😂 Dia takut Uncle tu terpotong telinga dia agaknya. Tapi oklah, dia taklah nangis meraung macam dulu tu. Cuma tak reti diam je la bergerak ke sana ke sini. Uncle tu relax je, laju je dah siap. Mungkin dah terbiasa dengan pe'el budak macam Dini.

Dalam 10 minit akhirnya selesai. Helok dah rupa anak bujang Ommi bila potong rambut kat kedai. Sebelum ni Ayah dia potong elok jugak, tapi kurang kemaslah. Lepas ni bolehlah ajak potong rambut lagi kat kedai ni. Cepat dan pantas. Tempat menunggu pun selesa beraircond. Letaknya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Nama kedai dia Devi Maniam kalau tak silap.


Sebelum pergi potong rambut, isi perut dulu kat Mira Tomyam, Seksyen 7, Bangi. Sedap makanan kat sini. Harga pun berbaloi sangat. Bila baby dah makin besar ni, mak buyung tak larat sangat nak masak-masak dah. Harini pun rasa tak berapa nak sihat sangat. Asyik terbaring and terlelap je sebab rasa mabuk and pening sikit datang balik. Nak Maghrib ni barulah rasa bermaya sikit. Selera makan pun kurang. 

Moga esok bertambah sihat. Boleh sambung kemas-kemas barang bersalin, berpantang, barang baby and prepare bilik berpantang. Ada decluttering barang-barang tak guna jugak nak kena buat. Bila entah nak sudah sebab tak larat sangat dah haha. 

13 August 2023

Birthday Giveaway FarhanaJafri.com 2023


Saya di tag oleh Sii Nurul to join Farhana Jafri's birthday giveaway yeay! Selamat Hari Lahir saya ucapkan kepada Farhana 🎂🎈🎉 Semoga itu, semoga ini. May Allah SWT bless you with all the goodness in dunya and akhirah 🤲

Saya suka baca entry makan-makan dekat blog Farhana, sebab saya suka makanan. I love foods so I tend to choose entries about foods in Farhana's blog. Bukan blog Farhana je, blog rakan-rakan lain kalau cerita pasal makanan mesti saya suka baca ♥️

Dengan ini, saya ingin mengetag 3 rakan bloggers seperti di bawah:

1. Mama Zharfan

2. Amie's Little Kitchen

3. Blog Rabia Adawiyah

Please tap the picture above to join 👆 Selamat bergiveaway rakan-rakan! 

Masak Laksa Sarawak Untuk Family Mertua

Tahukah anda? Penyediaan Laksa Sarawak adalah sesuatu yang amat banyak kerjanya dan rumit juga melelahkan? 😂

Beberapa hari lepas, bila Ayah Dini request masakkan Laksa Sarawak untuk family beliau, I risau sangat sebab tengah mengandung risau tak larat nak buat. Tapi disebabkan Ayah Dini baaaaaaanyak sangat tolong termasuk cuci pinggan dan perkakas dapur tadi, alhamdulillah siap dalam masa 2 jam.

Lepas pergi mengundi semalam, memang kami plan nak bermalam di rumah mertua. Malam tadi Ayah Dini spend time main ping pong dengan adik beradik lelaki dia, dengan Abah Mertua saya sekali. Gittew. Diorang main kat Ampang, depan Aeon Big Ampang tu ada pusat sukan. Boleh book meja ping pong and main untuk 2 jam.

So, pagi tadi lepas Subuh kami pun start masak-masak. Pukul 8.15am dah ready alhamdulillah. Maka breakfast Laksa Sarawak lah kami semua pagi tadi. Alhamdulillah adik ipar kata sedap kena dengan tekak 🩷 Before ni pernah masakkan, memang diorang suka. Cuma saya dah lama tak masak, jadi lupa pulak.

Nak masak kuah dia memanglah nampak senang bila baca instruction belakang packaging rencah dia tu. TAPI nak dapat kuah yang sedap dan kaw tu requires extra effort tauuuu! Saya pernah share tips dia. Boleh baca SINI


Condiments dia banyak. Isi ayam yang dicarik, isi udang, hirisan telur dadar, daun ketumbar, limau kasturi, taugeh celur, fish cake celur. So ambik masa nak siapkan. Kalau saya buat sorang, mau mabuk balik dibuatnya 🤰🤣 Belum tengok aftermath dia kat sinki. Taubat nasuha jadinya. Ada yg pernah suggest berniaga Laksa Sarawak, memang tidak ya rakan-rakan. Saya angkat bendera putih tanda give up.

Saya masak pun demi Ayah Dini je selalunya 😂😂😂 Sebab dia memang suka and gemar Laksa Sarawak ni. Since dah pandai buat kuah laksa sendiri yg sedap, jarang dah order kalau makan kat Dayang Sarawak tu. Mee Kolok je kita fail. Entahlah tak menjadik. Maleh aku. 

Btw, esok Selangor cuti sempena PH-BN berjaya memenangi majoriti kerusi. Kat tempat saya mengundi (N23 Dusun Tua) wakil rakyat bendera merah, tempat saya tinggal (N26 Sungai Ramal) bendera biru. Saya mendoakan kedua-dua wakil rakyat yang terpilih akan menjalankan tanggungjawab dengan baik 🤲 Semoga menjadi wakil rakyat yang amanah, berintegriti dan yang betul-betul ikhlas mahu membantu dan mewakili kami rakyat marhaen ini 🩷🇲🇾

Selangor je lah cuti, Ayah Dini tak cuti wahahaha. Putrajaya kena kerjalah.

12 August 2023

Election Day!

Alhamdulillah done mengundi untuk N23 Dusun Tua P101 Hulu Langat 🗳️ Cepat je siap kalini. Baru berangan kot ada fast lane untuk ibu mengandung, rupanya fast and furious semuanya. 

Sebenarnya saya pengundi Kuching, Sarawak. IC 13, lahir di Kuching, arwah Bapak saya pun memang orang sana. Mak je asal Perak. Dan kami semua dah tak tinggal di Kuching. Telah lama bermastautin di negeri Selangor sejak 2013, berkahwin pulak dengan orang Johor, menetap di Selangor, so I decided to change my address on my IC time zaman PKP yg dah boleh keluar rumah tu. Ada ura-ura nak PRU kan masa tu so cepat-cepat tukar alamat. 

Yg balik mengundi di Kuching hanyalah kakak sulung saya je masa PRU November lepas hihi. Sebab utamanya dia dah memang support wakil rakyat tempat dia mengundi tu. So dia decide taknak tukar walaupun dah bermastautin di Selangor sejak 2009 lagi. Mama saya pulak dah bermastautin di Slim River. Memang tidaklah saya nak mengundi kat Kuching dah. Susahlah pulak nak balik, tambah pula bukan duduk sana. Kenapa nak mengundi disana kan?

Kita tukar alamat rumah mertua di Hulu Langat. Jadi tempat mengundi sama dengan Ayah Dini. Ayah Dini dah menetap di Hulu Langat ni sejak baby lagi dah. Dilahirkan je di Pengerang, Johor. Mertua kedua-duanya asal dari Pengerang, Johor cuma dah lama menetap di Hulu Langat. Jadi, yang turun mengundi harini adik beradik Ayah Dini and saya sekalilah. Mertua tak balik Johor sebab Johor dah setel PRN haritu kan.

Literally, Langat ni adalah kampung Dini. So, I balik mengundi harini di kampung Dini 🩷 Di sekolah tempat ibu mertua mengajar 🥰 

Jadinya, PRU bulan November haritu la my first time mengundi seumur hidup ni. Dan harini second time. Alhamdulillah rasa seronok dapat menjalankan kewajipan terhadap negara Malaysia terchentah harini 😍🇲🇾

Semoga Malaysia kekal aman dan sentosa, ekonomi berkembang, infrastruktur juga semakin maju seiring dengan sumber alam yang mampan, alam sekitar terjaga, rakyat yang bersatu padu, generasi yang bijak, pemimpin yang amanah, kekal dengan sistem beraja, dirahmati Allah swt selalu dan dilindungi daripada malapetaka besar yang dahsyat 🤲 Amin. 

Love you Malaysia 🇲🇾♥️

11 August 2023

First Time Cuba Pink Clay Mask Ni, Best Pakai!

Harini tadi kita buat skincare routine yang extra sikit daripada yang biasa buat tiap hari. Lepas cuci muka dengan Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash, kita scrub muka dengan Simple Kind To Skin Smoothing Facial Scrub. Terasa lembut disentuh kulit muka kita selepas di scrub. 

Then, kita sapu Mary Kay Pink Clay Mask ni 🩷 Haa selalu jumpa mask warna hijau atau hitam kan? Yang Mary Kay punya dia buat warna pink. Comel sangat. 

Pink Clay Mask ni kakak saya yang sorang lagi bagi sample. Saja nak bagi saya try. Kedua-dua kakak saya memang pengguna dan Beauty Consultant Mary Kay, diorang dua ni memang suka memanjakan adik perempuan diorang ni dengan skincare dari Mary Kay ni. Haha syok betoi ek ada kakak kakak ni 🤭 Kadang-kadang tu diorang suka bagi free je mana yang diorang tak pakai sangat. 

Banyak dah yang saya pernah try. Cuma harini nak cerita la pasal Pink Clay Mask ni sebab berbeza dengan yang saya pernah beli and pakai sebelum ni. Disebabkan kulit saya jenis sensitif, selalunya lepas pakai mask memang akan rasa pedih. Tapi bila first time try Pink Clay Mask ni, takde pun pedih. Saya pun bagilah feedback kat kakak saya, dia cakap memang Pink Clay Mask ni sesuai untuk sensitive skin. Gittew. 

Dah lah bau dia harum dan mendamaikan jiwa. Warna pulak pink cantikk. Terasa lembut selepas dah cuci muka tu. Lama giler dah tak pakai clay mask macam ni sebab selalunya buat muka pedih. Yang ni tak 🥰


Macam ni lah rupa paras packaging Pink Clay Mask ni. Comel je. Kakak saya pack kan untuk saya dalam bekas kecik, jadi takdelah gambar sendiri punya. Pinjam gambar orang lain. Hihi. Tapi serious best lah pakai pink clay mask ni. 


Macam ni lah rupa bila pakai Pink Clay Mask ni. Sapu rata ke seluruh muka, nanti dah kering cuci je dengan air bersih. Fungsi clay mask ni adalah untuk menanggalkan kulit mati kita, remove kekotoran dalam liang pori yang tak tanggal masa kita mencuci muka dengan facial wash biasa. Tapi tak bolehlah guna hari-hari. Nanti rosaklah skin barrier kita. Pakai sekali seminggu je cukup. 

Untuk jenis kulit yang ada pori besar macam saya, sesuailah amalkan seminggu sekali untuk membantu mengecilkan liang pori kita tu. Dia jadi besar sebab ada kotoran dalam dia, bukan senang jugak nak tanggalkan kotoran kat dalam liang pori kalau tak guna clay mask. Facial wash hanya cuci permukaan je. 


Kalau ada yang kulitnya mudah berjerawat bila pakai face mask 😷, boleh jugak amalkan guna Pink Clay Mask untuk sooth the acne supaya mudah kecut semula. Nak jaga kulit ni memamg mencabar. Saya sejak umur 16 tahun lagi jerawat memang meriah ya kat muka. Sejak masuk 30-an barulah kulit tak berapa nak berjerawat dah. Kalau ada pun, seketul dua je dalam satu bulan. 


Inilah dia bahan yang ada dalam Pink Clay Mask. Bahan yang memang sesuai untuk kulit sensitif macam kulit saya. Ada tak yang pernah try Mary Kay Pink Clay Mask ni jugak? Jomlah share kat komen feedback korang 👇

By the way, pada yang nak try, boleh tekan link banner 'Pink Clay Mask' kat bawah post ni tau. Klik je link nanti dia directkan ke Telegram Chat. Kita guna Telegram Chat untuk berinteraksi dengan customer and borak tentang skincare kalau ada yang nak tahu lebih ☺️ Boleh je nak purchase daripada kita, nanti kakak kita yang akan poskan pada korang! 

Atau korang boleh guna E-Pass je untuk view produk-produk dari Mary Kay dan terus membeli kat situ. Dia macam website gittew. Boleh tekan link ni ok 👉 Register E-Pass Here

Takde Masa Nak Sakit Kepala

Bila tengok orang lain seronok jadi reseller tudung brand lain, rasa macam nak je kembali ke masa dulu masa jual tudung brand F. Tapi teringat balik the reason why I let go semua tu. Back in 2020, masa tu zaman PKP kan. Laku sungguh la tudung F. Sebab time tu dah viral and hype. Nak pulak orang memang duduk rumah and shopping je takleh keluar kan. 

Tapi sebenarnya dah serik sangat nak join jadi reseller tak kisahlah brand apa pun sekarang. Sebab selalu sangkut bab modal. Ready stock banyak tapi tak laku. Nak pulak sekarang orang prefer beli kat Tiktok sama ada secara Live atau kat Shop dia. Shopee orang dah kurang sikit sebab Tiktok bagi lebih banyak penjimatan.

Cuma, kita ni jenis mudah penat tengok social media. Kita tak boleh nak handle rasa overwhelm tu after scrolling too much. Actually nak serap rasa inspired sebab tengok orang lain rancak dan berjaya, tapi alih-alih rasa penat and overwhelm yang datang kat saya 🥲 Entahlah nak explain macam mana. Maybe because sebab diri saya sendiri tak reti nak terlalu extrovert dan bersosial. This will make me feel so tired, baik secara offline mahupun online.

When scrolling socmed, we tend to compare our life to others. Mula-mula rasa inspired, "eh nak rajinlah macam dia, barulah dapat sale banyak, orang membeli dengan kita". But it requires so much energy. To some people, they can handle it, but I can't. Too much inner conflict akan jadi nanti 🤣 Stress mak. I actually prefer berniaga tenang-tenang macam awal-awal meniaga online dulu.

Actually, kita memang sejak tahun 2013 suka berniaga online jadi Dropship je sebab dah ada kerja hakiki. Macam-macam kita jual. Waktu tu seronok sebab orang membeli je. Tapi makin lama zaman dan cara dah berubah dengan pesat dan drastic. Sekarang nak kena menonjol kat socmed baru orang akan membeli. Nak kena guna Tiktok baru orang membeli. Saya ni tak boleh dengan Tiktok, mudah rasa overwhelmed. Sebab dia totally video kot. Saya tak prefer scroll video and tengok sampai habis. Terpaling malas. 

Kalau nak tengok video sampai habis pun malas, apatah lagi nak commit buat video 😂 Haih, tak reti dah nak ikut sangat perubahan dan pembaharuan marketing masa kini. Dah lah jenis tak suka dah nak update apa-apa tentang kehidupan kat socmed, apatah lagi nak guna socmed for business. Konflik dalaman sungguh. 

Haritu ada jugak decide tutup online platform and letak je tudung kat vendor butik. Tapi management vendor butik tu hauk pulak. Tak jaga barang kita dengan baik, lokasi susah nak parking, so kita decide stop and bukak balik online platform. Tak jumpa lagi vendor butik yg better kat Bangi ni. Sudahnya kita kembali kepada Shopee. Kita guna Shopee je sekarang ni. Tak pening. 

Kita malas dah nak jual tudung brand lain. Banyak sangat karenah. Isu ini, isu itu. Kadang-kadang tu nampak je hype, tapi entahlah nak. Tak suka dengan caranya. Sebab tu decide jual tudung brand sendiri je sekarang. Tak pening dengan modal sangkut kat ready stock. Sebab dah tahu kan diri ni memang bukan jenis boleh cope up dengan perubahan zaman. 

Nanti bila baby dah besar sikit, boleh dah kot carik kerja. Nak kerja je lah. Maleh dah aku nak hadap game bisnes jaman now. Bila kerja, dapat jugak upgrade skills dan pengalaman. Kerja sendiri ni tak semestinya indah belaka. Tapi, impian nak ada my own home office tu masihlah ada. Takpelah, sambil ada kerja hakiki, masih boleh part time berniaga dari rumah kan. Ahhh buat cara sendiri lah tak pening. Penat otak dah already menampung bebanan konflik dalaman yg tak sudah ni. 

Moga Allah swt memberikan hidayah dan petunjuk, dan juga jalan rezeki yang lebih baik, diberkati dan diredhai olehNya 🤲

Now, I just need to bertenang dulu. Fokus dengan apa yg ada sekarang iaitu to take care of my small family, recovery process after giving birth soon, adapting new life of becoming Mom of 2 soon. Harini pun masih takde mood nak berbisnes. Kubiarkan sepi saja Instagram Shop ku, only tekan "Bump Now" kat Shopee je. Harini pun akan sambung mengemas lagi. Macam banyak je benda kat rumah ni nak kena declutter lagi and kemas elok-elok supaya mata I tak semak melihatnya. Rimas betul tengok barang tak berguna dalam rumah ni. Pembaziran ruang, tahu?

10 August 2023

Mood Mengemas

Semalam seharian di luar. Teman my big sis pergi servis keretanya di Puchong. My big sis bawak sekali her toddler kid, Thalhah, si gendut Makteh semalam. Seronok Dini dapat spend time semalam dengan Thalhah. Kami tinggalkan kereta untuk diservis di Toyota Puchong dan naik grab ke Dayang Sarawak Puchong and having lunch there. First time pergi cawangan kat Puchong. Kami Sarawakian yg jarang dapat balik Kuching, of course lah mencari Sarawak delicacies yang tak pernah boring dimakan hihi.

Lama jugaklah tunggu kereta my big sis siap servis semalam. Hantar pukul 12pm siap pukul 4pm. Selesai lunch, kami bawak budak berdua tu jalan-jalan di Lotus Puchong pulak. Kakak shopping baju anak-anak sikit kat Lotus and kami bawaklah budak berdua tu main dalam indoor playground yg ada kat Lotus Puchong sampailah kereta siap barulah kami ambik kereta dan pulang ke rumah kakak.

Kereta saya tinggalkan kat rumah kakak. Kakak tak boleh drive sebab lesennya digantung. Panjang ceritanya kenapa. Tapi alhamdulillah harini lesennya telah diberi semula oleh pihak mahkamah harini tadi. Alhamdulillah boleh dah drive sendiri kalau nak kemana-mana lepas ni.

Sampai je kat rumah kakak, mak buyung (iaitu saya) merasa penat sangat 😂 Jadi nak tumpanglah berehat baring-baring dulu. Lagipun perjalanan dari Seri Kembangan balik ke Bangi akan harungi jem waktu tu sebab time peak hours orang balik kerja. Confirm depan IOI Mall Putrajaya tu akan sangkut dalam jem seperti siput-siput je pergerakannya. Better lah I balik lepas Maghrib je. 

Nak cerita, penat giler rasa semalam. Sampaikan harini malas nak kisah pasal hal bisnes hahaha. Tengok rumah bersepah dengan baju banyak tak lipat, I decide harini fokus buat kerja rumah je lah. Ni pun baru terjaga lepas terlelap sekejap, baju halfway lagi nak siap. Pastu nak prepare jugak dah beg hospital dan bilik berpantang. Barang berpantang dah nak kena prepare dalam bilik supaya Ayah Dini senang nak carik nanti.

Fuhh banyak list-to-do 📃 Ni nak lunch kejap, pastu sambung melipat kain dan mengemas. Ayuhhh 💪

8 August 2023

My 2nd Pregnancy Journey: Bacaan Hb dah start rendah

Harini kita ada appointment minum air gula untuk kali kedua. Sampai lambat sikit tadi sebab pergi dengan Dini je. Ayahnya tak boleh nak cuti. So, lambatlah bersiap tadi. Sepatutnya pukul 8am dah nak kena ada kat Klinik Kesihatan Bangi, tapi dekat nak 8.30am baru sampai. Jadi, nombor giliran pun dapat lambatlah huhu. And then, pukul 9.30am baru dapat air gula. Sampai pukul 12pm la baru setel semua termasuk scan baby tadi.

Dini yang selalu menemani Ommi kemana saja 🩷 Mujurlah behave. Kita bawak bekal air botol, biskut and roti untuk dia dalam beg. Mainan pun ada bawak sikit untuk hilangkan boring. Tapi dah lepas pukul 11am td dia dah boring and restless sebab tunggu lama kan 😂 Sian diaaa.

Check up kalini bacaan Hb dah mula low sikit daripada normal. Patutlah haritu rasa mabuk-mabuk tu. Puan Nurse ada tanya minum kopi/teh ke? Hekhek ada. Tapi bila teringin je lah. Kadang-kadang tu rasa macam tak function well kalau tak dapat minum. Adik Dini ni suka kopi lah pulak. 

Then, doktor tukar ubat daripada New Obimin kepada Zincofer. Okaylah, saya akan makan ubatnya. Huhu. Actually, makan ubat-ubat buat saya mabuk and mual, sebab tu kadang-kadang tu ada skip makan kalau tak, takleh nak buat kerja. Huhu. Selalunya makan ubat time nak tido malam dah supaya mabuk tu tak mengganggu. Baby kick pun dah start kena kira dah.


Macam biasa, selesai je appointment kenalah belanja Dini kita roti puri favourite dia hihi. Kenalah upah sebab dah teman Ommi pergi check up kan. Tu muka dia sebenarnya tengah membebel ‘Kenapa roti puri ni panas lagi? Kenapa tak sejuk?’. Dia dah tak sabar sangat dah nak makan mungkin sebab lapar sangat hihi. Walaupun Ommi dah explain tapi tetap jugak dia nak tanya benda sama. Jadi kucing je lah Ommi ni.

Ommi order 1 set roti puri, 2 milo ais dan nasi goreng cendawan kering untuk lunch. Perut dah lapar sebab kena puasa kan untuk procedure minum air gula. Mual dan loya pun datang balik sikit. Memang rasa tak larat sangat nak naik tangga rumah sampai tingkat 5 walaupun kat rumah ada je nasi dan lauk dah siap masak. So kita berehat and chill sekejap la makan dengan santai. Lepas dah isi perut, rasa lega sikit. Cuma, mengah pulak yang datang. Sampai je rumah, terus terbaring and terlelap ya. Cuaca pun panas sangat lately berpeluh-peluh tido. 

Ya Allah, berikanlah rezeki pada kami untuk mampu memasang aircond di rumah dan mampu untuk bayar kos bulanannya, amin 🤲🏻 Panas macam ni sampai ke malam tau huhu. Tak tahan sungguh rasa. Moga ada rezeki Ommi and Ayah lepas ni. At least dapat pasang kat ruang tamu pun dah cukup.

6 August 2023

Guilty

Sometimes I feel like a very bad Mom. Ada masa tu sibuk dengan kerja bisnes sampaikan Dini ajak main dengan dia pun dah tak larat nak melayan. Buat kerja rumah masa mengandung ni pun cepat betul penat. Memang terbaring je lepas siapkan satu-satu kerja rumah. 

Kesian Dini. Kadang-kadang bila dia cakap dengan kita, kita leka dengan phone. Ommi rasa berdosa bila ingat balik. Tadi pun kena marah dengan Ommi. Dah lah kurang dapat perhatian, buat silap sikit kena marah. Allahu rasa jahat pulak. Bila Dini dah tido, mulalah terbit rasa bersalah sebab teringat yang kita ni kurang bagi perhatian kat dia. Terlebih bagi masa kat bisnes je and kerja rumah. 


Baiklah. Lepas ni, memang Ommi kena luangkan masa lebih sikit dengan Dini. Bagi perhatian lebih sikit kalau Dini ajak main. Phone letaklah tepi takyah kisah dulu dengan hal bisnes. Mungkin hal bisnes ni boleh setelkan bila Dini dah tido je. Maksudnya, buat kerja sendiri tu masa Dini dah tido. So takkan mengganggu masa untuk Dini.

Bila terfikir balik, Ommi dah sarat mengandung. 8 bulan dah. Lepas ni, belum tentu lagi ada rezeki nak luangkan masa dengan Dini. Masa mandi tadi menangis pulak mengenangkan harini. Kesian anak Ommi kena marah. Rasa bersalah sungguh. 

Tadi lepas kena marah tu, rasa kesian pulak. Taknaklah biar dia tido dalam keadaan menangis kena marah. Lembut jugak hati kesiankan Dini pujuk dulu sebelum dia tido. Explain kenapa kena marah. Lama jugak dia nangis tadi. Dini ni quite sensitive jugak budaknya. Suka peluk and sayang Ommi dia. So sweet. Bila dia dah mintak nak peluk tu, cairlah kita yang tengah marah tadi. Jenis pandai memujuk jugak.

Ommi mintak maaf, sayang. Ommi bersalah sangat. Mulai esok, Ommi akan kurangkan tengok phone dan sibuk dengan hal bisnes. Sampailah Dini tido siang or tido malam, baru Ommi buat kerja Ommi. Menyesal Ommi harini. Esok Ommi layan Dini main. Huhu.

Tengok blog and socmed pun Ommi akan kurangkan. Apalah nak dibandingkan pentingnya Dini dengan hal duniawi ni. Moga Ommi kekal istiqamah ubah attitude Ommi. Ommi sibuk dengan dunia Ommi, Ommi lupa Ommi ni lah dunia Dini waktu umur macam ni. Nanti ada adik, Ommi akan kurangkan tengok phone and spend time with you two more.

Moga Allah swt berkati waktu dan masa Ommi luangkan untuk anak-anak Ommi tersayang 😥🤲

- Tak dapat nak lena mengenang rasa bersalah -

5 August 2023

Rebranding Business Logo

Harini kita recreate my business logo menjadi lebih simple dan mudah diingat. From "LADYDINI EXCLUSIVE" kepada initial LD sahaja. Buat guna Canva je. 

Dah banyak kali jugak kita recreate logo baru. Warna je sama hihi. Pale pink & deep burgundy memang my 2 official colours for LADYDINI 🩷 Kalini simple je logo, inital L & D je. Biar senang nampak, senang ingat. Lepas ni, kalau nak restock tudung kita nak buat acrylic tag baru guna logo ni. Baru nampak seragam kan?

Nak edit gambar or video semua letak logo ni nanti. Gittew 🥰 2 banner iklan kat bawah pun kita dah tukar and rasmikan logo baru. 

Let's SHINE with LADYDINI ✨

GIVEAWAY 12 YEARS BLOGGING BY FAEZAH MDNOR

 


Syarat :

1. Done following tuan rumah

2. Done following your 3 Instagram accounts (mine is @syafiqahatta)

3. Done upload poster giveaway and backlink to your post (Yang nak join tekan je poster kat atas ya)

4. My favourite Quran verse is "Good men is for the good women, good women is for the good men"

5. Done paste my link to your comment section 🩷

Menarik hadiahnya. Saya suka arts arts ni. 

4 August 2023

The Secret World of Arrietty by Studio Ghibli : Movie Yang Buat Saya Healing

Semalam balik je dari bercuti, mabuk saya datang semula. Saya rasa pening-pening sikit, mual, loya, takde selera makan, and ada muntah jugak. Seharian semalam banyak tido je. Lepas Asar macam tu barulah saya rasa okay sikit. Ayah Dini dah beli makanan siap-siap balik kerja semalam sebab tau memang saya tak larat nak masak. Mungkin sebab penat sangat kot hari perjalanan nak balik ke rumah kelmarin.

Tunggu bot lama, dah sampai stesen bas MBKT awal tapi bas pulak sejam delay. Memang penat sangat rasa sebab tu baby pun jetlag agaknya. Semalam memang disuruh berehat je and tido. Syukurlah bila dah malam, lepas mandi rasa dah boleh dah buat kerja sikit-sikit. Mendobi pun setel dah semalam. Harini nak tunggu baju-baju kering je.

Sebelah malam, selepas makan mandi and solat. Barulah ada mood nak tengok cerita apa ada yang best kat TV. Siang semalam Dini je lah yang conquer TV tengok YouTube Kids dia sebab Ommi dia tak larat nak melayan dia sangat haha. Tengok channel HBO/Cinemax semua takde yang best. Nak layan TV TV Malaysia waktu malam malas pulak rasa sebab banyak drama je. Pastu saja je scroll Instagram sekejap pastu nampak @ghibli.style post satu movie yang kita belum pernah tengok lagi iaitu The Secret World of Arrietty.



Katanya movie ni one of underrated movie daripada Studio Ghibli. Memang belum pernah lagi tau pasal movie ni. Yang famous pun cerita Spirited Away, Howl’s Moving Castle, Ponyo, Totoro and etc. Nampak poster and gambar macam menarik je cerita ni, kita pun search dalam VOD and adaaaaa! Kita pun layanlah movie ni dengan Dini. Ayahnya keluar main ping pong sekejap dengan adik ipar yang tinggal tak jauh dari rumah kami. Sejak dah masuk usia 30-an ni, kita tak lagi minat cerita-cerita ganas atau mindblowing kat Netflix/wayang sebab entahlah, haritu tengok cerita The Fall pun boleh buat saya rasa macam sakit jantung. Haha. Jadi kita lebih suka layan cerita-cerita fantasy dan tak berat je sekarang. Lepas tengok tu rasa tenang and inspired gittew. 

The Secret World of Arrietty ni mengisahkan tentang manusia kecil yang tinggal dalam kalangan manusia biasa macam kita. Cuma, diorang tak boleh tunjuk diri diorang kat manusia biasa sebab kehidupan and tempat tinggal diorang akan terancam. Watak utama dalam cerita ni ialah Arriety (manusia kecil) dan Shol (manusia biasa) yang akhirnya menjadi kawan. Movie-movie daripada Studio Ghibli ni simple je, tapi inspired la pada saya. Sebab female leads dia semua jenis yang kuat semangat, berdikari, ada matlamat hidup yang jelas. 


Siapa pernah layan jugak movie-movie ni? Kebanyakannya saya dah layan dah. Setakat ni yang paling saya suka ialah Kiki’s Delivery Service. Comel je watak Kiki dan kucing hitam dia bernama Jiji tu. Jalan cerita pun best. Ada banyak lagi cerita yang belum kita layan. Nanti ada mood kita layan lagi yang belum pernah tengok.  

3 August 2023

Safely Arrived Home Sweet Home

Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah dari Kuala Terengganu semalam. Penat sangat ya duduk lama dalam bas. Pukul 1am baru sampai. Mujurlah Dini behave je semalam dalam bas and tak cranky. Happy sangat anak bujang kita tu dapat jalan-jalan masuk pulau kalini. Lama dah dia mengidam nak naik bas, dapat jugak. Dapat naik boat masuk pulau pun bukan main excited dia.


Gambar kat jeti Marine Park, Pulau Redang pagi semalam sementara tunggu bot datang ambik kami. Masa ni pelancong tak sampai lagi. Memang clear lah takde orang kat jeti ni. Dalam pukul 10am - 12pm mcm tu akan ramai group of tourist datang untuk snorkeling kat pantai ni.


Time ni dah ramai. Masa ni bot tak sampai lagi. Lama jugak kami tunggu bot sampai. Rupanya boat men lupa nak ambik kami hahaha 😂 Kena sidai rupanya kami kat pulau. Selain Ayah Dini, ada lagi 2 divers yang join coral survey ni. And ada lagi wakil daripada NGO jugak. And wakil daripada NGO ada jugak sorang classmate kami masa kat UMT (Universiti Malaysia Terengganu) dulu, Asma. Asma memang kerja dan tinggal di Pulau Redang. Lama tak jumpa Asma hihi. Sekejap je dapat jumpa Asma haritu sebab dia pun tengah sibuk get ready untuk turun dive.

Letihnya rasa badan pagini. Ayah Dini pagi tadi dah turun kerja. Kita langsung tak sedar bila dia keluar rumah tadi. Bangun-bangun dah takde dah dia. Mengantuk sangat rasa. Duduk lama dalam bas pun bukan boleh tido lena sangat kan. Ayah Dini pun mesti rasa barai harini kena kerja. Kesian dia. Moga diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik. Kita pulak kat rumah macam biasa, kena mendobi harini, unpacking dan melayan karenah anak bujang. Cuaca mendung pagini macam nak hujan je.

2 August 2023

Blog Statistic July 2023

Naik sikitlah dari bulan lepas 🩷 Saja nak menganalisa statistik blog sendiri. Semalam baru je try balik connect AdSense and tengah tunggu review. Sejak tukar domain dulu, AdSense kita jadi tak betul dah. So kita biarkan je dia tak betul. Semalam baru terdetik nak try balik. Moga tak lama sangatlah dia review. Boleh jugak menjana income geli-geli guna blog santai-santai I ni. Hikhik. 

1 August 2023

Dini Seronok Dapat Main Pantai

Masih berada di pulau harini. Ayah Dini pagi-pagi dah turun diving untuk coral survey sekitar Pulau Redang ni. Pagi-pagi lagi, Dini pun semangat sangat nak main pantai lagi. Semalam petang dah main. Pagi ni dia yang pergi sendiri tak tunggu Ommi dia 😂 Mujurlah tak hilang kuss semangat Ommi keluar pintu tengok dia dah kat pasir sana. Bukan nak tunggu kita tutup lampu dengan air-cond.
















Antara pukul 9 - 11 pagi, area pantai ni akan penuh dengan tourist yang datang untuk aktiviti snorkeling. Bila dah clear takde orang, baru ajak Dini main pantai. Rasa macam Dini sorang yang punya pantai tu. Haha. Pasirnya halus. Ada buaian. Warna air laut pun biru dan clear je. Area sini jarang jumpa sampah sebab area Marine Park ni dijaga seeloknya oleh staff-staff. 

Ada turtle sanctuary. Kat sini masih ada penyu naik bertelur ya. Alhamdulillah. Penyu adalah antara haiwan laut yang terancam. Ada banyak faktor yang mengancam spesies penyu kita antaranya:

1. Global warming

2. Sampah sarap di dalam laut

3. Penjualan telur penyu secara haram

4. Penangkapan ikan menggunakan pukat yang tidak sesuai dan terlarang

Jadi, kalau kita bercuti di pulau, perlu ada mindset tidak membuang sampah terutamanya plastik merata-rata. Sebab plastik bila terapung dalam air, seakan-akan nampak seperti obor-obor. Obor-obor pula adalah antara makanan utama si penyu. Kalau penyu makan, nanti mereka akan tercekik dan mati. 

Penyu pulak sejenis haiwan yang ambil masa untuk membesar. Dari sekecik-kecik tapak tangan tu nak membesar macam yang kita nampak tu ambil masa berbelas tahun. Ditambah pulak pemangsa yang makan anak penyu contohnya seperti ikan jerung, ketam, burung, buaya dan ikan besar. Sebab inilah kita kena ada mindset memelihara dan memulihara alam anugerah Allah swt ni. 

Tahu je tak guna, kena ada mindset tu. Even kita tak bercuti di pulau pun, kita tetap kena jaga kebersihan tempat tinggal kita, tempat kerja, tempat beriadah, toilet dan harta-harta awam ni. Be a civilized citizen. Jadilah masyarakat yang menjaga kebersihan sekitar kita 🩷

Gittew. Esok barulah kami akan pulang ke sarang semula. Petang ni, sempat lagi Dini nak main pantai lagi. Seronoklah dia tu.