30 December 2017

Good Morning, dear all :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt :)

Good morning, dear readers. Harini saya nak share tentang manfaat takaful pada semua orang as much as possible. Don't worry. I am just spreading the takaful awareness here.

Takaful adalah salah satu cara kita menyediakan sumber kewangan apabila kita ditimpa musibah, sakit atau kecelakaan. Setiap bulan dapat gaji of course kita akan simpan sebahagian daripada duit gaji kita. At least, 15% daripada gaji kita ketepikan setiap bulan kan. Tapi sayang kalau kita terpaksa gunakan simpanan kita tu untuk bayar bil hospital masa kita sakit. Contohnya denggi, benda yg sangat kita tak sangka akan terkena pada kita.

Selain daripada itu, takaful juga berfungsi sebagai instant cash yang boleh kita tinggalkan pada waris kita bila kita dah takde nanti. Untuk apa? Untuk waris kita langsaikan hutang yang masih berbaki, contohnya pinjaman peribadi, pinjaman rumah dan pinjaman pendidikan. Sebab kita tak tau bila kita akan pergi buat selamanya.

Then, takaful juga adalah salah satu cara menyimpan duit untuk hari tua kita nanti. As retirement plan. Selain mempunyai akaun KWSP, ini adalah salah satu sumber pendapatan lain ketika dah bersara nanti.

Kepada yang mahukan perlindungan takaful, saya boleh tolong kirakan quotation untuk anda. Kerana setiap individu lain bayarannya mengikut beberapa faktor. Kepada yang mahu saya kirakan untuk umur sekarang, jom whatsapp butiran ini pada saya:

Nama:
Tarikh lahir:
Pekerjaan:
Status merokok:

WhatsApp ke +6014-8429745

InsyaAllah, I will help you as much as I could :)

Yang cuba membantu,
-SYAFIQAHATTA-
Prudential Takaful Advisor

 

29 December 2017

How Important is Takaful (coverage) to you?

Assalamualaikum wbt :)

Ada benda baik punya kita nak share pada semua harini. Kita copy & paste daripada laman Facebook milik seorang wanita yang sangat saya kagumi. Seorang anak muda yang pandai menguruskan kewangannya, Syafieqah A'lya.

Pilih lah yang mana terbaik
1. Jika korang jenis tak suka dengan simpanan yang kena buat loan (asbf) ni maka tukarkan pada cara yang lain. Simpan biasa kat TH pun okay, zakat siap di tolak, cuma jangan culas simpan bulan-bulan, baru lah simpanan tu berjaya dibuat
2. Jika korang company dah cover medical siap-siap, jangan selesa sangat. Persiapkan diri dengan back up tambahan. Ambil plan yang cover medical dan life takaful. Keduanya sama penting. Umur muda dan sihat masa ni lah ambil.
3. Kalau korang jenis yang suka melabur, jangan pandang sebelah mata dengan simpanan kecemasan korang. Kelak duit tu jugak korang nak korek semula di saat genting. Asingkan duit ni setiap bulan.
4. Jika korang tak tahu nak mula macam mana. Mulakan lah dengan bismillah.
Duit gaji, asingkan ke akaun kecemasan enam bulan gaji. Waktu tu jangan happy sangat sebab korang kena asingkan buat takaful (medical + life takaful) untuk diri. Dah cover untuk diri barulah melabur ke asbf, unit trust, hartanah, saham dan banyak lagi. Last sekali dah ada harta, buat wasiat untuk diri. Harta kita tanggungjawab kita. Uruskan sampai kita pergi.
5. Last sekali ambil lah income protection . Tak pernah dengar ? Ianya sama macam life takaful korang. Jika berlaku kematian, cacat kekal ataupun sakit kritikal maka korang atau waris dapat pampasan dan ada cash value untuk korang boleh guna masa pencen nanti
Tak kan nak korek duit simpanan untuk bayar kos rawatan jika kita ada sakit, ambil peluang takaful nak beri offer ni.
Korang dah tak muda lagi? Jangan malu-malu untuk perbaiki kewangan. Masih sempat lagi jika punya kesempatan masa

Disini kita nak highlight kan betapa kita perlukan takaful perlindungan. Simpanlah banyak duit sekalipun, melaburlah sampai dapat pulangan tinggi sekalipun, jika kita tak uruskan dengan betul duit tu takkan dapat kita wariskan pada orang yang akan kita tinggalkan.

Salah satu cara untuk kita pastikan diri kita dilindungi dan juga harta kita dilindungi adalah dengan menyediakan takaful untuk diri sendiri. Jika ada yang nakkan penerangan lanjut tentang bagaimana takaful boleh melindungi diri anda, ada income protection dan simpanan hari tua, jangan malu malu untuk contact kita ya :) InsyaAllah kita sedia membantu. Nanti kita set appointment untuk berjumpa. Yang mana jauh, kita akan usahakan jugak untuk berjumpa.

Yang mengambil berat,
-SYAFIQAHATTA-
014-8429745
Your comitted Prudential Takaful Advisor.


28 December 2017

Bestnya Clay Mask ni!

Assalamualaikum wbt :)

Kita nak share dengan semua betapa bestnya Clay Mask ni :* Haritu balik kampung tiba tiba breakout teruk. Habis jerawat batu tumbuh 2 3 ketul kat muka. Hmmm :(

So I learned about 10 steps of skin care :) One of them is Mask! Untuk mengecilkan liang pori dan jugak membuang sel kulit mati yang membuatkan wajah menjadi kusam.


FREEMAN Purifying Avocado + Oatmeal Clay Mask! Wangi sangat rasa macam nak makan.

Muka memang kusam disebabkan parut parut jerawat. Bila pakai ni membantu jugakla dalam proses mengecutkan jerawat tu. Muka pun jadi lembut je selepas kita bilas dengan air.

Seorang beauty consultant pernah bagitau saya bahawa kulit muka yg jenis pori besar memang elok sangat pakai clay mask. Supaya dapat membersihkan kotoran kotoran yg melekat dalam pori then barulah pori tu mengecil. Takdelah hidung mcm kulit oren eheehee.

Jadi kita pun cubalah :) Baru 3 kali pakai dah rasa perubahan sedikit. Kite tunggu bila dah habis satu tube ni kita pakai. Macam mana rupa dia.

Till then,
Wassalam


27 December 2017

THE PERKS OF BEING A TAKAFUL ADVISOR

Assalamualaikum wbt :)

Kadang kadang down jugak bila ada yang blue tick je whatsapp kita bila nak set appointment yang tertangguh semula. Call pun tak angkat.

Dear, kita sedia membantu orang yang betul betul nak buat TAKAFUL ni. Yang taknak kita takkan paksa tau :) Kalau dah tak berminat, just respon and say something. Kita takkan marah pun awak.

No hurt feelings. Just say something. Bukan menyepi macam ni. Takpela, ini pengajaran buat saya. Saya ok :) Pengalaman mematangkan kita. Belajar daripada kesilapan.

Mungkin ada kesilapan yang saya tak sedar yang membuatkan orang taknak dengan kita :) InsyaAllah akan cuba baiki. Pada yang sporting and supporting, terima kasih banyak banyak tau. Saya tak paksa pun sign up takaful dengan saya. Saya hanya nak sebarkan TAKAFUL AWARENESS pada semua.

Apepun, I won't give up. Ini kerjaya yang saya pilih :) Dulu, saya pernah berdoa pada Allah swt, kurniakan aku pekerjaan yang bermanfaat untuk manusia, bekerja sendiri dan dalam masa yang sama ada masa yang banyak untuk keluarga. Setahun kemudian, Allah swt membawa saya ke jalan ini.



Kepada mereka yang baru jadi perunding takaful macam saya, don't give up. Ini perkara biasa. Some want, some won't. So, next! Kalau rasa down, pergi training :)

Yang benar,
-SYAFIQAHATTA-
0148429745
PRUDENTIAL Takaful Advisor

24 December 2017

Alhamdulillah one step closer :)

Assalamualaikum wbt :)

Hi, dear all! Yesterday, 23rd December 2017, I received a visit from my favourite man's families to my kampung at Batu Gajah :) A small majlis with a simple makan makan. Alhamdulillah everything went well.

Status changed. One step closer to marriage life :) We need to be ready in terms of mentally, physically and financially stable in 237 days more.


There's a lot more to improve :) includes my weight 😂😂😂 I think I need to get my ideal weight (48kg) back. Now is 56kg. 8kg to be remove in 237 days.

May Allah ease our journey ❤

Starting from 1st January 2018, I will work as full time takaful advisor at Prudential. Lets work hard spreading takaful awareness until I forget to eat 😂😂😂

Till then,
Wassalam


20 December 2017

My Ending of 2017 Be Like

Assalamualaikum wbt :)

Sejak akhir akhir ni rajin pulak saya log in ke blog saya yang tak berapa nak selalu update ni. Tetiba rasa macam nak hidupkan semula blog ni dengan sesuatu yang berfaedah. Dulu, mula mula berblog masa tahun 2010. Masa tu first year dekat universiti. Masa tu Facebook tengah in trend. Instagram, Twitter takde lagi. And masa tu jugak Blogger pun in trend. Zaman zaman Dr. Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Irine Nadia, Mira Filzah baru nak up. Haha. Sekarang nama nama ni dah jarang update blog. Sebab semua dah beralih ke Instagram :) Yelah, Instagram ni win sebab mesra pengguna and popular gitu.

Masa mula mula buat blog tak kenal diorang ni semua. Saya buat blog pun sebab ada classmate buat. Sekarang pun masing masing memang dah tak tengok dah blog masing masing. Haha. Sendu gila blog sekarang. But, it's okay. I prefer like this :) Less drama.

2017 is going to end soon. Ingat lagi masa mula mula nak ambik exam as takaful advisor, berazam nak berhenti kerja and full time in January 2018. Sekali kau, betul betul aku buat walaupun komisyen baru sikit. Yea, this is my very last month working at the boutique. You know what, I'm glad to finally made this decision. Alhamdulillah.

Ada baki berapa hari je lagi nak habis bulan 12. Bulan ni busy sikit. Dengan butik nak ready for Year End Sale. Dengan nak kejar my business target as takaful advisor by the end of this month. Dengan nak balik kampung lagi lusa for special event. Oooh I hope everything will be fine. InsyaAllah.

Hmm boleh kira dengan jari je berapa banyak post tahun 2017 haha. Dalam tak update selalu tu ada jugakla invitation from beberapa pihak untuk collaboration. Alhamdulillah rezeki blog.




Alahai gambar throwback raya bila ni haha. Time ni boleh lagi pakai saiz S kahkah.


Sekarang, please kurus balik!



19 December 2017

Apa Itu Hibah Takaful?




Takaful is not FOR you.. but it is FROM you!

Hibah ni macam ni....

1 family
Suami, isteri & anak-anak.

Suami & isteri masing-masing buat hibah takaful letak Penama pasangan.

Suami letak Penama Isteri
Isteri letak Penama Suami

Suami Meninggal, Isteri dpt HIBAH tersebut solid 100%
Utk apa? Selesai hutang, tebus faraid, belanja anak-anak

Isteri Meninggal, Suami dpt HIBAH tersebut solid 100%
Utk apa? Selesai hutang, tebus faraid, belanja anak-anak

Jika dua-dua suami isteri meninggal serentak,
Allahu.. tapi insyaAllah mudahlah sikit urusan anak-anak untuk hidup..ada duit untuk mereka & orang yang bakal menjaga.. Jangan tangguh, sebab bukan kita yang tanggung, anak-anak dengan pasangan yang kena tanggung. Mintak jauh.

Semoga bermanfaat.

-SYAFIQAHATTA-
014-8429745
Prudential


Segment: Increase Your Followers by Que




Jom join Segment ni :) Click the banner to join.




18 December 2017

I am a Takaful Advisor






I'm Takaful Advisor... 😊


"Pekerjaan kita ini mungkin ditakuti oleh sesetengah orang.
Kata mereka kerja kita mengejar duit orang.

Pekerjaan kita ini mungkin dipandang rendah oleh sesetengah orang.
Kata mereka tak perlu pun degree ke master dah boleh jadi agent.

Pekerjaan kita ini mungkin akan menyebabkan kawan tinggalkan kita.
Kata mereka pekerjaan kita seperti multi level business."

"Pekerjaan kita ini mulia. Kita dicari disaat mereka memerlukan bantuan. Di saat seorang isteri kehilangan suami, di saat wang ringgit yang dahulunya katanya tidak penting kini menjadi keperluan kepada keluarga. Di saat medikal kad dicari-cari kerana kos perubatan yang tinggi, walhal dahulunya menolak kepentingannya.."

(menarik nafas panjang....)

"Saya tidak pernah bercita-cita menjadi agent Takaful. Bukannya tidak tersenarai, malah tidak pun pernah terlintas di dalam fikiran saya."

Soalan saya??

"Awak tahu berapa ramai bergadai harta demi menyelamatkan nyawa insan tersayang?

Awak tahu berapa ramai balu di luar sana yang terpaksa meminta bantuan kerana tak mampu menyara kos kehidupan selepas kematian suami?

Awak tahu berapa ramai yang terpaksa naik turun baitulmal/zakat semata-mata meminta bantuan kewangan?"

Sebab itu saya di sini. Kerja saya membantu mereka menguruskan kewangan. Takaful mungkin tidak membuatkan mereka kaya, tetapi takaful tidak membuatkan mereka meminta-minta.

-SYAFIQAHATTA-
014-8429745
Prudential


21 August 2017

Seharian Baca Buku Ni

Assalamualaikum wbt :)

Harini off day. Takde apa apa plan keluar rumah kecuali keluar pergi Mydin beli bahan untuk memasak. Lipat baju yang banyak umpama seperti ada anak 10 (laundry seminggu), sapu bilik yang dah berdebu tebal, tukar cadar katil dan juga makan. Eheee. Today is my rest day.

Harini saya mengisi masa saya dengan membaca buku BAJET POWER ni. Ditulis oleh Harith Faisal. Dia ni saya kenal dari boyfriend saya. Seorang yang celik kewangan.

Almaklumlah saya ni bergaji kecik je berbanding kawan kawan seusia saya. Nevertheless, tak semestinya gaji kecil kita tak boleh menyimpan dengan banyak untuk masa depan kan?

Saya pun nak lah belajar cara mengurus kewangan dengan bijak. Dah tahu gaji tak berapa nak besar, lagilah kena pandai menyimpan. Lagilah kena mencari pendapatan tambahan. Dalam buku ni ada ditunjukkan cara caranya.



Buku ni sangat bermanfaat untuk setiap lapisan umur, kerana masih belum terlambat untuk mengubah cara hidup kita. Saya pun rasa macam dah terlambat pada mulanya, tapi takpe. It is better than nothing, kan?

Buku ni boleh mengubah cara kita berfikir jugak :)

Anak anak muda, elok sangatlah baca buku ni. By the way, ini buku roommate saya. Saya pinjam. Syukurnya, dikekelilingi orang orang yang sama macam apa yang kita nak jadi. Ingat tak lagi haritu saya post tentang LAW OF ATTRACTION?

It's happen! :D

Till then,
Syafiqa Hatta



20 August 2017

Sediakan hibah untuk keluarga

Assalamualaikum wbt :)


Harini nak share sikit tentang HIBAH :) Kalau dalam Prudential produk ni dipanggil PruBSN Warisan. Jelas sekali, ia bermaksud harta untuk diwariskan pada keluarga. Ini adalah salah satu cara untuk kita tinggalkan harta pada orang tersayang, khususnya bagi yang telah berkeluarga. Yelah, kita tak tau kita akan pergi bila kan?

Kalau scroll FB, selalu sangat nampak iklan sumbangan derma untuk mereka yang sedang berada dalam kesusahan :'( Sedih tak tengok? Sedih kan? Tapi korang derma tak? Derma ke tidak? Ke memang nampak je iklan memang terus bukak CIMB Click/Maybank2u nak terus transfer?

Tak kan?

Kalau kita kat tempat orang tu apa ya nak jadi? Kesian kan :( Ruginya saya rasa bila tak dapat tolong daripada awal lagi.

Saya pernah cakap kan, I'm not doing it for me. I'm doing it for you. Untuk awak bila ditimpa kesusahan. Saya dah cakap saya tak jual insurans. Takaful ni konsepnya kita bersama sama menyimpan dalam tabung takaful dan fund itu akan digunakan apabila salah seorang penyimpan ditimpa kesusahan. Dalam masa yang sama kita menderma. 

Kan? Saya tak buat semua ni untuk ambik duit awak. Saya buat untuk awak sendiri bila ditimpa kesusahan. Saya nak share je :) Terpulang nak terima atau tidak.

Banyak cara untuk kita sediakan harta warisan untuk keluarga tersayang, PruBSN Warisan salah satu caranya ;)

I consult you with knowledge and trust, InsyaAllah 💜 #siscuba

I will continuously share about TAKAFUL in my blog because #sisnaksemuatahu #sisnakshareawareness 😉

Your PruLady,
Syafiqa Hatta
014-8429745
Prudential BSN Takaful

19 August 2017

Jom Join Kami

Assalamualaikum wbt :)

Hai semua! Saya nak ajak semua ke forum bicara niaga esok :) Bagi sesiapa yang berminat nak join saya as business partner, boleh contact saya. Bagi yang nak tahu apa itu kerjaya as ejen takaful pun boleh datang dan dengar perkongsian daripada orang orang hebat yang telah pun berjaya ni.

Kerjaya ini saya lihat satu kerjaya yang murni kerana kita dapat membantu masyarakat kita daripada segi kewangan ketika ditimpa musibah yang tak diduga.



We do it for you, not for us :) Dalam rezeki kita, ada bahagian rezeki orang lain. Betul tak?



Your PruLady,
Syafiqa Hatta
014-8429745

15 August 2017

Sebenarnya, berapa jumlah coverage dalam takaful yang kita perlukan?

Assalamualaikum wbt :)

Harini saya nak share cara nak tahu berapa sebenarnya jumlah coverage yang cukup dalam takaful. Sebenarnya coverage yg cukup adalah pendapatan 10 tahun kita. Kenapa ya 10 tahun? Sebab, rata rata tempoh 10 tahunlah tempoh yang average seseorang boleh bertahan jika menghidap penyakit kritikal atau total permanent disability :(

Bayangkan ya, bila kita disahkan menghidap kanser, lama kelamaan tahap kesihatan kita akan jatuh merudum dan diri kita tidak mampu lagi bekerja. Bila tak kerja, mana kita nak dapat duit untuk teruskan hidup?

Pernah tak kita terfikir ya perkara ni? Kalau tak pernah, bersyukurlah awak jumpa sharing saya kat blog ni :) Coverage ini yg kita panggil sebagai 'Income Replacement'. Sekurang kurangnya kita tak menjadi beban kepada orang lain bila kita sakit. Sekurang kurangnya kita tak terlalu membebankan orang dibawah jagaan kita dengan adanya sumber kewangan daripada takaful yang kita carum sebahagian daripada gaji bulanan kita sekarang.

Ok, sekarang jom kita belajar cara mengira coverage yang cukup. Setiap individu berbeza ya.

Pengiraan:

(Komitmen+belanja bulanan) x 12 bulan x 10 tahun

= RM ?

Ok, dah kira? Awak ada duit sebanyak tu sekarang? Dah ada? Cukup? Betul ke cukup?

Hmm memang kita perlu sentiasa menyediakan diri kita supaya tidak ditelan kemiskinan dan kesusahan. Diluar sana ramai yang lari bila saya nak share tentang kepentingan takaful ni. Tapi takpe saya percaya ada ramai lagi yang mahu ambil tahu :)

Mesti tertanya tanya berapa caruman bulanan kalau kita nak coverage banyak tu? Haa yg ni saya boleh tolong awak kirakan :)

Hanya perlu WhatsApp saya di 014-8429745 for FREE QUOTATION. Jika nak saya cerita panjang boleh jugak set appoinment dengan saya. Lagi mudah kalau kita cerita depan depan :) Saya nak share ilmu dengan awak, terpulang jika awak nak terima atau tidak idea tentang takaful ni.

Saya tak pernah paksa orang sign up takaful. Saya mahukan client yang benar benar faham kepentingan takaful pada mereka. This is not for me, it's for you. Saya hanya membantu :)

Till then,
Your Prulady
Syafiqa Hatta
Prudential BSN Takaful


13 August 2017

Law of Attraction

Assalamualaikum wbt :)

It has been a long time I didn't right about story of my life here. Well, alhamdulillah, my life so far so good. A lot of good things happen. A lot of things I need to do everyday.

Year of 2017 brings me more opportunity to become a better person. I got a lot of better things to do. I have my job as store manager of a boutique, a career as takaful lady and also not to forget my ig shop @syeqa.my. These 3 jobs/responsibilities make me a lot busier in this year, which made me feel really good!

Everyday, I achieved my target more and more through these 3 jobs. Even it is a really small achievement, I'll always reward myself and be more thankful to Allah swt.

Through my life, I will remember who are always with me and who are only showing up when they need me. Have you ever heard "A friend can become stranger, a stranger can become friend"? Well, I believe it now.

People come and go in our life. We can't ask them to stay. It's okay! We only have to become more and more positive, so that we can attract more and more and more positive people in our life. It is beautiful.

I am feeling so blessed because Allah swt has bring me such a goooood people into my life! It's true, if you want to achieve your dream, you have to be friend with successful people. Be brave to let go of your past. Be brave to left all the negative things/people and just move on!

InsyaAllah, you'll find your way.



A lot more things we can change today. Pray as much as we can because Allah swt is the Most Gracious!

Your PruLady,
Syafiqa Hatta 

25 July 2017

Teringin nak bercuti di Pulau Tioman?

Assalamualaikum wbt.

Teringin Nak Bercuti di Pulau Tioman?




PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN

Pulau Tioman merupakan salah sebuah pulau yang sangat terkenal dikalangan penyelam dan merupakan satu destinasi percutian keluarga yang menarik. Ianya sangat cantik dengan keindahan dasar laut yang jernih dan sangat memukau para pelancong yang datang. Saya yang tak reti berenang ni pun dah ketagih nak snorkeling walaupun lautan sedalam 10 kaki dan lebih. Pulau Tioman adalah sebuah pulau yeng terletak di antara Pahang dengan Johor. Sebenarnya Pulau Tioman terletak di Rompin Pahang tetapi lebih dikenali sebagai pulau di Johor kerana jeti yang terkenal untuk ke Pulau Tioman adalah jeti Mersing. Penginapan pula korang perlu tahu bajet korang. Sebaiknya tempah hotel dahulu sebelum korang travel.




Jikalau anda ingin berehat dan menikmati hospitaliti bertaraf 4 bintang di pulau Tioman, Berjaya Tioman Resort adalah pilihan tepat buat anda. Resort ini ialah tempat terbaik bagi anda yang inginkan percutian yang tenang dan nyaman, jauh daripada orang ramai.




Bersiaplah untuk mencipta pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan dengan adanya perkhidmatan eksklusif yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan anda.




Resort ini terletak berhampiran kampung Tekek. Ia lebih kurang 10 minit sahaja dari jeti yang terletak di kampung Tekek. Bercakap soal Berjaya Tioman Resort pula, sudah pasti ramai yang mengetahui, resort bertaraf 4 bintang ini merupakan antara resort terbaik yang terdapat di Pulau Tioman ini. Berjaya Tioman Resort ialah sebuah resort dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak di Kampung Nipah. Selain bertempat di kedudukan yang baik, Berjaya Tioman Resort juga merupakan salah satu hotel yang terletak berdekatan dengan Endau-Rompin National Park, iaitu dalam 107.09 km dan Kota Tinggi Waterfall, iaitu dalam 114.2 km.



Okay.. Di sini, terdapat sekitar 268 buah bilik dan suite yang lengkap dengan TV, telefon IDD, penghawa dingin, peti keselamatan dan lain-lain lagi. Ada enam jenis chalet disediakan, antaranya ialah standard chalet, standard quad chalet, superior chalet, deluxe chalet, deluxe triple chalet dan juga junior suite. Harga yang ditawarkan pula adalah berbeza mengikut jenis bilik dan musim. Mungkin harga yang ditawarkan adalah lebih tinggi apabila musim cuti. Jadi anda harus merancang awal percutian bagi mendapatkan harga yang lebih murah! Layanan yang diberikan oleh housekeeping juga sangat baik. Di mana setiap kali pulang ke bilik, pasti, ruangan telah siap dikemas rapi. Selain itu, pelanggan turut diberikan kejutan dengan tersedianya hadiah seperti bunga dan coklat di atas katil setiap kali selepas proses pembersihan. Pihak Berjaya Tioman Resort sangat mementingkan cara menjaga pengunjung resort mereka.


Deluxe chalet adalah berhampiran dengan pantai. Apa yang menarik tentang bilik ini adalah ia mempunyai ruang yang luas dan terdapat ruang kecil yang dilengkapi sofa dan meja kopi. Di satu sudut lain juga terdapat sebuah meja makan yang cantik, dan ianya sangat selesa. Bilik air nya pula dilengkapi dengan bathtub. Jadi sebelum tido boleh la rehat sebentar dalam tu. Satu lagi yang menarik, housekeeping team disini sangat kreatif, setiap kali pelanggan kembali ke bilik selepas aktiviti seharian bilik pelanggan sangat kemas dan katil dihias dengan tuala berbentuk penyu dan bunga-bungaan.

Pusat kecergasan resort ini adalah yang wajib dicuba semasa penginapan anda di sini. Nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada anda mengembara secara solo atau bersama orang yang tersayang.




Jangan lupa dapatkan tawaran terbaik untuk rawatan spa yang paling berkualiti bagi tujuan istirehat dan untuk hilangkan stress anda. Meja depan 24 jam tersedia untuk memberikan perkhidmatan, dari daftar masuk hingga daftar keluar, atau sebarang bantuan yang anda perlukan. Jika anda inginkan lebih lagi, jangan hesitate untuk bertanya kepada staf di meja depan, yang sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan anda. Nikmati hidangan kegemaran anda dengan makanan istimewa dari Berjaya Tioman Resort eksklusif untuk anda. Akses Wifi tersedia di sekitar kawasan umum agar anda sentiasa terhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Berjaya Tioman Resort adalah resort yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu resort ini. Jom segera find best deal on Berjaya Tioman Resort dan cipta saat yang berharga dan tidak dapat dilupakan sepanjang penginapan anda di Berjaya Tioman Resort dengan keluarga atau sahabat tersayang.

9 June 2017

Saya kerja biasa biasa, macam mana nak usahakan supaya saya tinggalkan harta untuk keluarga saya bila saya ditakdirkan pergi dulu nanti?

Assalamualaikum :)

Jadi harini nak share tentang HIBAH TAKAFUL ❤

Apa dia hibah Takaful ni? Hibah ni ialah hadiah/warisan. Walaupun kita tak kaya, tak banyak harta, kerja biasa biasa, tak sempat kumpul harta, namun, dengan Hibah Takaful, insyaAllah ada harta yang boleh kita hadiahkan kepada waris kita :)

Baca dulu tulisan dalam gambar ni


Kite sebagai seorang Muslim, hendaklah berusaha meninggalkan anak keturunan kita dengan harta supaya mereka tidak hidup meminta minta selepas ketiadaan kita didunia. Cuba lihat sekarang, sedih tak tengok makcik makcik pakcik pakcik anak anak kecik minta sedekah masa kita tengah makan kat restoran? Kat tepi jalan? Kat kaki lima kedai kedai? Malah masa traffic light tengah merah pun ada. Bayangkan itu keluarga kita, sedih tak? Sedih kan?

Dah la tak berharta, tinggalkan beban hutang pada isteri :(


Dengan Hibah Takaful ni, kita boleh menyumbang sebahagian dari pendapatan kita setiap bulan ke Tabung Hibah Takaful. Apabila ketiadaan kita nanti, family kita mendapat pampasan (depends on pelan hibah yang anda ambil).

Bagaimana?

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,
WhatsApp +60148429745

Tulusly,
Syafiqa Hatta
Prudential BSN Takaful ❤

Takaful for Life,
Takaful for All.


31 May 2017

Apa bendanya TAKAFUL ni?

Assalamualaikum :)

Harini nak cerita tentang TAKAFUL la kat rakan blogger saya semua ni. Sebab apa? Sebab saya rasa penting sangat untuk semua orang tahu kebaikan memiliki pelan TAKAFUL ni.

Disebabkan saya baru lagi dalam bidang, saya baru tahu basic sahaja. Jadi, harini nak cerita tentang KONSEP TAKAFUL dulu.


Mudah kata, TAKAFUL ni berkonsepkan derma dan saling bantu membantu diantara penyumbang penyumbang. Siapa penyumbang? Anda lah, yang decide untuk menyumbang sebahagian wang kepada tabung takaful setiap bulan

Penyumbang ni nama lain dia pemegang polisi. Setiap pemegang polisi membuat sumbangan setiap bulan dalam jumlah tertentu kepada tabung takaful, Jika salah seorang daripada pemegang polisi terlibat dengan kemalangan, atau disahkan menghidap penyakit kritikal dan memerlukan rawatan hospital, atau cacat kekal disebabkan kemalangan, tabung takaful inilah yang akan membantu pemegang polisi itu membayar bil hospital.

Seperti yang kita ketahui, bil hospital amatlah berkos tinggi. Cukupkah duit simpanan kita untuk membiayai bil hospital yang tinggi tu? Bagaimana dengan kelangsungan hidup selepas itu?


Baca headline pun dah berkerut dahi. Yang lebih meruntunkan hati, bagaimana nak sara orang orang yang berada di bawah tanggungan kita. Yang masih bujang tu, jika ditakdirkan bertemu ajal dulu, bagaimana dengan hutang hutang kereta, rumah, PTPTN, ASB yang belum terlangsai tu?

Bagaimana?

Tepuk dada, tanya selera.

Till then. I will be continuously write about TAKAFUL here. Till we meet again on my next entry.

Syafiqa Hatta
+60148429745
Prudential BSN Takaful Agent


19 May 2017

I am now officially a Prudential BSN Takaful Agent

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah. Dengan rasminya, today saya dah pun menjadi seorang Ejen Takaful Prudential BSN. Kerja ni la yang saya pergi interview haritu, yang ada 2 exam haritu. Terima kasih banyak banyak pada yg wish dekat komen entry tu ;)

Berkat doa Mama and Bapak, adik adik, boyfriend, housemates, colleagues and my friends yang jauh tapi caring pasal kite :') Thank you so much! Doa doa korang semua menyumbang kepada keberjayaan ini.

Kenapa saya nak jadi Ejen Takaful?

Pada mulanya, tak pernah pun terlintas nak jadi ejen takaful ni. Memang sejak umur 22 tahun, saya memang seorang pemegang polisi takaful insurans Prudential. Saya ada medical card. Saya dah lama sedar akan kepentingan takaful ni sebab saya tahu bahawasanya apa apa kecelakaan yang terjadi pada saya, insyaAllah, medical card yang saya ada ni akan membantu saya dari segi kewangan.

Jadi, kenapa saya decide untuk jadi seorang ejen takaful?

Sebab saya nak orang orang sekeliling saya juga sedar akan kepentingan takaful ni terhadap diri sendiri, keluarga dan waris. Saya perhati, ramai orang dah pandang serong terhadap takaful/insurans disebabkan oleh pengalaman mereka sebelum ini, atau, pengalaman orang orang yg mereka kenali before ni yg mempunyai masalah dgn takaful/insurans ejen masing masing.

Itu yang saya nak betulkan. I decide that I need to educate people around me about Takaful. Juga, ingin membantu meleraikan salah faham mereka mengenai Takaful/insurans.

So, setelah 26 tahun hidup di atas muka bumi ini, seorang Syafiqa Hatta telah menemui tema perjuangannya and her purpose of living on this dunya.

I hope this job really help me for my hereafter and also yours :)

So far, saya sedang menjalani training sebagai ejen baru setiap Ahad pagi bermula awal bulan Mei ni.

Apa yang saya faham dan saya nak semua faham adalah:

"TAKAFUL IS NOT AN INVESTMENT"

Bare in your mind! So, stay tuned for my next entry. Lepas ni, apa apa ilmu yang saya dapat mengenai Takaful akan saya kongsikan disini.

Barulah berguna ada beloggg ekekeke.

Till then,
Wassalam ❤

23 April 2017

One Step Closer

Assalamualaikum :)

Hi. Alhamdulillah syukur saya lulus test part 1 for my new job. Pagi tadi berpeluang pergi training :) Syukur alhamdulillah sebab berpeluang untuk 'keluar dari kotak'. Dapat pengetahuan baru, persekitaran baru.

Saya setiap hari doa supaya Allah swt tunjukkan jalan yang terbaik. InsyaAllah inilah perjalanan karier yang terbaik untuk aku. Semoga Allah permudahkan jalan untukku. Semoga Allah murahkan rezekiku.

Picture from Google

Thank you so much to my parents yang banyak bagi sokongan moral :* To my boyfriend for your endless support. Tak lupa pada kawan kawan baik yang rajin WhatsApp tanya khabar and bagi semangat :') Allah swt je yang dapat balas jasa semua.

Doakan kite lulus exam Part 2 eh. On 5th May 2017.

Tulus,
Syafiqa Hatta


13 April 2017

Nike running shoes

Assalamualaikum wbt and Hi :)




Bila kita cakap je tentang jenama kasut sukan terkemuka Nike pasti kita sudah terbayang dengan koleksi Nike running shoes wanita terkini bukan? Apatah lagi kerana koleksi terbaru kasut Nike running shoes for women diperbuat dengan bahan yang sangat bermutu lantas mengekalkan reputasi jenama hebat ini dalam pasaran di seluruh dunia. Namun sebenarnya antara faktor utama yang membuatkan Nike lebih menyerlah dalam industri sukan dan fesyen adalah kerana rekaan kasutnya yang sangat cantik, segar dan cukup fashionable!

Malah apa yang menarik ialah sekarang ini Nike telah tampil dengan a new collection of Nike running shoes yang sangat lawa rekaannya. Cukup lawa untuk anda pakai sepanjang hari! Yes, ini bermakna anda boleh memakai kasut sukan Nike Malaysia ini bukan semata-mata untuk tujuan bersukan sahaja ya! Sebaliknya anda boleh pakai untuk hari-hari biasa walau ke mana sahaja anda mahu pergi.

Tapi pasti ramai tertanya-tanya how to pull a nice fashionable look with a pair of running shoes from Nike? Well, imej yang sporty sekarang cukup ‘in’ dalam dunia fesyen. Anda boleh gabungkan pakaian kegemaran anda bersama kasut larian Nike Malaysia untuk dijadikan outfit yang lebih segar penampilannya.

Tidak percaya? Jom tengok gambar di bawah.







See? Siapa kata wanita tidak boleh kelihatan bergaya dengan kasut sukan? Apa yang penting ialah anda tahu kasut manakah yang sesuai untuk dipadankan dengan baju yang anda ada in your wardrobe. Start making your own research dan jangan takut untuk buat sedikit mix and match!

Till then
Wassalam

See you in next post :)
Adios xo


22 March 2017

March have been nice to me

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah swt yang menurunkan hujan berserta nikmatnya ke dunia ini. Sekarang kat Bangi hujan :) Tempat korang hujan tak?

Dah lama tak bukak Blog. Last post pun pasal kasut. Tapi kita dah padam blogpost tu eheehee. Atas kesilapan kita sendiri jugaklah pun. I didn't noticed that. I am so sorry bagi pihak *tuutt tuutt* sebab tak reply email yang suruh saya edit dan buang ayat yang tak sepatutnya saya tulis tu. Busy masa tu. So I just delete je lah terus post tu malas nak fikir ahaha.

So, apa khabar blog? Baru ada mood nak menjenguk. Baru ada masa terluang nak on laptop and jenguk blog. Plan nya nak blogwalking malam ni. Sejak kebelakangan ni selalu mengantuk awal. Tidur pun awal. Sebab pagi kite bangun awal. Uruskan KSWP la, LHDN la SSM la. Haha. Gigih.

Lepas tu busy dengan kerja kerja Dropship. Alhamdulillah. Masuk bulan Mac, sales semakin memberangsangkan. Especially sejak kite join dropship Chendana Signature and Evastiqa. Memang shawl and baju kurung diorang ni cecantik. Tak rugi pun join dropship ni :) Dapat cover duit makan saya. Duit gaji cukup cukup untuk komitmen je.

Pergi interview, tak lepas. Hantar resume, takde pun kena panggil panggil. Takpela, kita boleh bersabar dan tabah lagi so far :)

Plan nya kalau cukup modal lepas ni nak jual baju/tudung sendiri secara online pulak. Tapi still nak jadi Dropshipper. Sebab kita memang suka menjual barang, suka berniaga. I don't care what other people say, I just wanna be in love with my passion. Pastu, kita nak bergigih bekerja tanpa henti untuk setelkan PTPTN kita dengan secepat mungkin. Biar hutang semua selesai cepat cepat, boleh simpan duit pergi Umrah pulak.



InsyaAllah, semoga dengan usaha gigih disulami tangisan (bila stress and down) ni akan membuahkan hasil yang buat saya senyum dan bahagia nanti. Never give up!

Malam ni sambil kita buat kerja dropshipping kite, kite nak blogwalking sekali. Japgi kite terjah blog korang :* Siapa yang nak mintak diterjah, sila tinggalkan link di ruangan komen.

Till then,
Wassalam.

Adios x.


24 February 2017

Selekehness

Pagi tadi susah nak bangun. Hujan, sejuuukk je. Lupa yang harini kena masuk awal sejam sebab kena prepare untuk release new collections kat butik. Hihi.

Hujan. Sejuk. Lewat bangun. Grab je baju mana yang tak payah gosok. Breakfast pun tak sempat haha. So today, forgive my selekehness.


So, this is where I work for the past 8 months as Store Manager of Coudre Boutique. Harini ada collections baru release tau ;)


Semalam OOTD donning collection baru. Nama top ni Beena Pleated Top. Ada 4 lagi warna cantik cantik untuk dimiliki. Follow @coudre.kl now, Ladiess. 

Oh semalam sempat jugak buat Pulsera OOTD haha


Close up Beena Top & bracelet from @pulsera.my. Haa haritu siapa yang menang GIVEAWAY BY PULSERA tu? Jangan lupa share pulsera ootd ok? ;)

Till then,
Wassalam.

Adios x

20 February 2017

Keep Calm and Wear Herashi Shawl

Jika semalam aku berduka and refused to talk to anybody, harini aku dah okay sedikit. I know that we need to endure hard life. Aku kena lebih belajar mengenai konsep REDHA dan YAKIN bahawa Allah swt akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

InsyaAllah. Waktu adalah hamba Allah swt yang banyak mengajar kita erti kesabaran. Dan di dalam solat juga, kita akan menemui ketenangan.

So today nak bangkit semula dengan senyuman :)


Wearing shawl by @herashi.co. Katanya, keep calm and wear herashi. In order to keep calm, you need to wear herashi ya guys ♡

Today is my off day. Ada 2 tempahan bracelet @pulsera.my that I need to post today. And sebelah petang, Mama ajak pergi jalan TAR and tido kat KL. Gosh! I think Mama miss Jalan TAR so much. Betul. Mama memang kena pergi bercuti sekali sekala and lupakan ayam itik nya di kampung.

Hihi. Adios x

Assalamualaikum wbt.


19 February 2017

Couldn't move on from frustration

Bukannya tak pernah motivasikan diri untuk move on. Bukannya tak pernah berdoa mintak dipermudahkan urusan. Bukannya aku tak pernah distract hati aku daripada memikirkan kekecewaan ni. Banyak dah benda aku buat untuk lupakan kekecewaan hati. Banyak dah.

Tapi sampai sekarang masih lagi tak boleh move on and lupakan benda yang bukan aku punya.


After I stumble upon this post on twitter just now, I realised that I lupa dengan istilah REDHA. Mungkin juga penyebab aku tak boleh move on adalah aku tak redha.

Aku masih menyalahkan orang sekeliling aku atas apa yang terjadi. Hati aku masih menyalahkan orang orang yang menyuruh aku ikut jalan ni ikut jalan tu. Jalan ni betul, jangan ikut jalan tu.

Until now I keep on blaming others. Semuanya sebab aku tak REDHA. I need to keep this and read it repeatedly.

Sesungguhnya, ya. Aku sangat kecewa. Dan kekecewaan tu masih membelenggu aku sebab aku tak REDHA.

It's not easy.

Yang paling menyedihkan, I keep on hurting people around me. Bila serangan kecewa tu datang, tindakan aku selalu buat orang sekeliling pulak yang sakit hati dengan aku.

This is not healthy, I know. Maybe, I just need to not talking to anyone at the moment.


12 February 2017

Wish me luck for my job interview

Assalamualaikum wbt

So, I have an interview this coming Monday afternoon. Excited but yet so scared. Sebelum ni tak pernah lagi interview kat company besar macam ni. Masa ni lah kalut cari baju, kasut and tudung yang sesuai. Serabut and stress pun ada sebab ada masalah kewangan sikit.

Part pakaian dah setel. Resume setel. Dokumen yang nak kena bawak dah setel jugak. Part nak study and praktis belum setel lagi. *nangess

Gambar hiasan. Sumber: Google

Esok my last day for practising. Nervous.

May Allah swt ease everything. InsyaAllah.

Wish me luck!


Till then,

Wassalam




16 January 2017

The WINNERS for GIVEAWAY By PULSERA MY Goes To...

Assalamualaikum
Hai :)

Hari ini, hari Isnin bersamaan dengan 16 Januari 2017, berakhirlah Giveaway by Pulsera MY! Giveaway ini telah disertai oleh 32 orang bloggers. Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi join my simple first Giveaway ni. Bila korang join, maka semakin tersebarlah nama PULSERA MY ni. Dan dengan itu, semakin gembiralah saya. Bila saya gembira, saya insyaAllah akan buat lagi Giveaway seperti ini.


Seperti yang dijanjikan, 3 pemenang akan dipilih berdasarkan random pick. Setiap contestant saya dah listkan dekat entry GA, boleh klik SINI untuk cek nombor masing masing.

Ok, soooo!

THE 3 WINNERS GOES TO....

1st winner: Number 7 http://www.sheilainspire.com/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

2nd winner: Number 21 http://jombercontest.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

3rd winner: Number 2 http://adna2029.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html  

Yay! Tahniah diucapkan kepada 3 pemenang yang telah dipilih secara random di atas :D I hope you guys are HAPPY to receive my GIFT to you all. Please WhatsApp +60148429745 untuk berbincang tentang design bracelet yang awak awak nak eh ;) In case winners tak baca entry ni, saya akan notify kat blog awak either kat Chatbox or Comment.

Thank you again yang sudi join this simple Giveaway :D I'm so happy!

Oh before I forgot! Pulsera MY akan mula taking order starting from tomorrow ya! Jom follow IG @pulsera.my untuk tengok design design yang saya dah pernah buat. Bracelet ni sesuai untuk gift yang awak nak bagi dekat kawan kawan, hadiah birthday ke apa. It will be such a memorable gift for someone you love or you care the most.

Till then,
Wassalam.

Giveaway by Pulsera MY

Assalamualaikum wbt :)



TARIKH: 12 DISEMBER 2016 - 16 JANUARI 2017

Hi, dengan ini saya nak ajak semua join Giveaway yang pertama sekali saya buat bersempena dengan NEW YEAR BRACELET COLLECTION BY PULSERA MY yang hanya akan mula dijual pada tarikh 17 Januari 2017 nanti. Giveaway yang saya buat ni kira macam sneak peak untuk release collection baru dari PULSERA MY. Join Giveaway ini dan anda berpeluang menjadi salah satu daripada 3 pemenang yang akan menerima seutas bracelet exclusively hand made from PULSERA MY.

Ikuti syarat syarat yang mudah dibawah:

1. Save gambar banner dan link kan ke entry ini.
2. Mesti letak tajuk entry "Giveaway by Pulsera MY"
3. Copy link entry anda dan paste kan di ruangan komen blog ini.
4. Post gambar banner di IG personal anda dan tag @pulsera.my dan 3 orang rakan anda. Pastikan IG anda Public ya (Hanya sekali post sahaja, tak perlu banyak banyak) *YANG TAKDE IG TAKPE, BOLEH SKIP THIS SYARAT*

Eh, mudahnyaaaa. Tak banyak syarat. 4 syarat je :D Hadiah yang bakal pemenang dapat adalah seperti gambar dibawah.



View also this video I just uploaded it on YouTube :)




Inilah antara koleksi warna warna baru PULSERA bracelet. Bracelet ni adalah exclusively hand made dan custome made yang bernilai antara RM10 hingga RM15 setiap satunya. Diperbuat daripada Glass Faux Pearls Beads (pastel green, purple and off white beads), Rondelle with Czech Rhinestones (manik shining kecil), cat's eye glass beads (yellow), butterfly charms, clamshell charms, toggle clasp dan beading wires.

Untuk pengetahuan semua, beading wire PULSERA MY ni adalah daripada jenis wire yang tidak berkarat. Toggle clasp pun tak berkarat. Bila guna wire, bracelet tak akan mudah putus, kan? Hmm begitu berbaloinya kalau dapat menang bracelet ni. Dah la cantik!


Bukan tu sahaja, pemenang boleh request design macam mana dia nak, warna apa, nak letak charms or taknak. Nama pun custome made kan? Untung la siapa yang menang nanti tu. Heeeee. So apa tunggu lagi? Tarikh tutup 16 Januari 2017 tau! Jom ajak kawan join ramai ramai!


Till then,

Good luck!

SENARAI PESERTA:


Senarai peserta akan di update dari semasa ke semasa. Nanti cek tau ada tak nama korang kat senarai ni. Pastikan korang tinggalkan link entry kat komen dibawah :)







23. http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

24. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

25. http://darihatimissmulan.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

26. http://imthetroublemaker.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

27. http://www.sallysamsaiman.com/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

28. http://mummysupplementshop.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

29. http://missatikahrashid.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

30. http://itsmelyya.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

31. http://hootiecyum.blogspot.my/2017/01/giveaway-by-pulsera-my.html

32. http://kotakconteng.blogspot.my/2017/01/giveaway-by-pulsera-my.html