31 July 2023

Safely Arrived

Alhamdulillah setelah lebih kurang 8 jam dalam bas, kami pun sampai ke station bas MBKT, Kuala Terengganu dari Putrajaya Sentral semalam. Kematu ontot dan berkarat sendi-sendi duduk dalam bas lama-lama ni haha.


Otedah anak I penat duduk dalam bas. Tapi dialah yang terpaling excited sangat dapat naik bas. Tapi nak kena layanlah bila dia sokmo tanya "Berapa minit lagi nak sampai?" 😂

Kalini kami memilih untuk naik bas sebabnya Ayah Dini tak larat nak drive. Khamis malam haritu dia baru balik dari outstation jugak. Kita tak expect pun boleh ikut kalini. Tetiba petang Jumaat tu Ayah Dini kata nak bawak kami outstation masuk pulau. Weeeee~

Usia kandungan dah mencecah 7 bulan ni ingatkan tak boleh nak kemana dah. Tetiba ada rezeki masuk pulau cuti-cuti kejap hihi. Dulu masa Dini 5 bulan dalam perut, Ayah dia bawak masuk Pulau Perhentian. Kalini si baby pun dapat masuk pulau jugak. 

Masuk pulau kalini Ayah Dini dapat tugasan daripada majikan. Nak kena "interview" terumbu karang sama ada mereka baik-baik saja ataupun tidak. Sementara Ayah Dini buat "siasatan", Ommi and Dini main pantailah. Semoga baik-baik je perjalanan kami menaiki bot pagi nanti 🤲 Amin.


Walaupun sedang bercuti, tapi Shopee LADYDINI kita tetap on je 🥰 A-A-Ay I'm on vacation, I love my occupation a-a-ay! 

Have a nice week, everyone!

Assalamualaikum 🩷

29 July 2023

Kiddytopia @ IOI City Mall Putrajaya

Semalam kami bawa Dini main kat indoor playground iaitu Kiddytopia yang terletak didalam IOI City Mall Putrajaya. Same level dengan IOI City Farm yang kita pergi haritu. 

Harga tiket masuk ialah RM45/child. Parents tak perlu bayar tiket masuk. Hanya perlu tiket mengikut berapa jumlah anak kita bawak. 










Anak bujang I terlalu excited dapat main kat Kiddytopia ni. Kita yang sedang memboyot pulak tak larat nak ikut dia kesana kesini haha. Sementara Ommi and Dini kat dalam Kiddytopia, Ayah Dini pergi cari barang dia kat Decathlon sekejap. Mujurlah ada jugak tempat duduk disediakan dalam tempat main tu, bolehlah kita melepas lelah dan kemengahan membawa perut. 

Meh kita share apa kemudahan yang sediakan oleh pihak Kiddytopia untuk parents:

Kemudahan disediakan:

1. Surau - Surau kecik saja. Muat 2 orang je untuk satu waktu. Ada sejadah disediakan. Telekung tidak disediakan. Untuk ibu mengandung, ada kerusi untuk solat disediakan. Hand wash pun disediakan. Ada tempat wudhu, tapi takde toilet ya kat dalam. Ada cermin disediakan.

2. Breastfeeding room - Masa tengah pusing-pusing ikut Dini main tu, ada lalu breastfeeding room untuk memudahkan ibu menyusu untuk breastfeed baby sementara anak lain tengah bermain.

3. Kiddytopia Cafe - Makanan daripada luar tak dibenarkan. Kalau nak makan, kena beli kat kafe yang disediakan. Semalam kami takde order makanan, jadi tak dapat nak bagitau okay ke tak. Tapi tengok menu takde makanan berat disediakan ya. Yang ringan sahaja contohnya fries, croissant dan minuman. Hanya boleh makan di tempat yang disediakan sahaja. Makan kat dalam tempat bermain tak boleh.

4. Diaper changing area - Saya nampak ada disediakan. Tapi takde toilet ya. Jadi kalau anak yang dah besar (bukan bayi tapi masih pakai pampers, better change diaper kat toilet luar). Kalau baby kecik boleh guna wet tissue je kan. 

5. Rak kasut - Sila susun kasut di rak kasut. Parents and kids wajib pakai stokin ya masa ada kat dalam.

My Review 

Quite nice. Sebab semalam pergi hari Jumaat malam, jadi tak crowded sangat. Kami masuk lebih kurang pukul 7.30pm macam tu. Pukul 9 dah kurang orang sebab dah start nak balik dah kan. Kita boleh ada kat dalam sampai 9.45pm sahaja. Kalau weekend, I bet for sure ramai ya rakan-rakan 😂 

Playground tu comel. Warna menarik. Banyak tempat main. Slide dia pun best. Ada disediakan basikal and kereta kecik untuk kids ride around. Memang puaslah kids dapat masuk sini main.

The price is quite reasonable. Sebab parents tak perlu bayar tiket. Yelah, bukannya parents boleh main pun haha. Tapi actually muat je slide tu kalau parents nak bawak baby main. 

And selagi kita pakai band ticket kat tangan tu, kita boleh keluar masuk contohnya nak pergi toilet ke atau pergi carik barang. Tapi, untuk tinggalkan anak tanpa kita sendiri monitor and jaga, I am not sure. I think macam tak boleh je. Kena ada seorang dewasa jaga anak kita. Ataupun mungkin kena tanya person in charge kat kaunter tentang ni. Semalam saya takde tanya pun. 

Please make sure kita takde langgar apa-apa larangan kalau tak kena bayar denda lah. 





Ini gambar yang Ayah Dini berjaya tangkap. Comel warna tema Kiddytopia ni 🩷 Pada yang berdekatan, bolehlah try bawa anak-anak main kat sini. InsyaAllah kami akan repeat lagi sebab harga quite reasonable. Ada tempat, parents oun dia caj tiket ya. 

Lokasi Kiddytopia ni kat Level 2. Berdekatan tempat ice skating, District 21 & IOI City Farm. Parking kat area Lotus/Harvey Norman area East Wing. Naik je escalator dekat dengan Lotus tu, sampai L2.

Have a nice weekend, everyone. Malam ni kita nak packing nak masuk pulau esok. Pulau mana tu? Nanti kita cerita kat blog lah untuk next entry 🥰 

28 July 2023

Salam Jumaat

Salam Jumaat. Sedikit update mengenai usaha saya nak membetulkan apa yang tak betul. Tak berjaya ya rakan-rakan. Saya dah follow jugak tips daripada rakan blogger yang drop komen di entry saya semalam. Dah clear cache and cookies apa semua tu dia tetap tak boleh log in. Jadi harini saya pasrah je lah. Tiada daya dan kemampuan melainkan berdamai dengan takdir. Hal-hal teknikal ni memang not my cup of tea. Kalau suruh saya buat decluttering dan mengemas rumah yang crowded dengan barang tak berguna bolehlah. That is my passion. 

Teringat dulu zaman kecik Mama saya pesan kemas rumah sebelum dia keluar kerja, sebab masa tu saya dah start cuti sekolah. Balik dari kerja, Mama saya bising saya banyak clear out benda tak berguna yang bagi beliau masih dan akan diguna lagi walaupun saya tahu barang tu akhirnya akan menyimpan debu dan menjadi semak di mata. Semak tau haha. Pembaziran ruang je. Kalau rumah lapang dan minimalis, bukan ke lebih selesa?

It’s in the blood, Ma. Menurun daripada Mak Yong (kakak sulung Mama) and Mak Ngah (adik Bapak) saya. Kalau pergi rumah diorang memang sejuk mata memandang. Jaranglah nak jumpa benda asing kat tempat tak sepatutnya. Memang clear dan minimalis lah. Mujur tak menurun traits hoarder and sentimental terhadap harta benda ni hahah. Kalau daripada Mama saya, hanya menurun traits mabuk mengandung yang teruk and suka tengok TV sekadar buat bunyi-bunyi, and suka makan roti and pastries.

Teringat dulu kalau cuti sekolah, mesti akan ikut Mama ke office dia. Disebabkan jawatan Mama saya antara yang tinggi di Jabatan Penerangan Malaysia bahagian Kuching, Sarawak dulu, beliau ada bilik office sendiri. Siap ada TV lah. Saya ikut pun sebab cuti sekolah mesti ada kerja yang cikgu akan minta kita siapkan. Kena guna komputer sebab kena taip, carik bahan di internet dan nak kena print jadikan macam scrap book. Saya perhati je Mama, sambil dia buat kerja tu mesti dia on TV (volume slow je bunyi-bunyi) sambil buat kerja dia. Yang peliknya, kalau drama kat TV tu di tau je apa jadi walaupun mata dia fokus kat komputer. Fantastic, bukan? 

Haa traits yang ni lah menurun ke saya. Cuma saya tak gemar tengok drama je. Saya suka bukak apps RTM Klik and layan TV1 sebab banyak info daripada berita and rancangan dia setiap hari. TV2 and TV Okey pun nice jugak. Bolehlah buat bunyi-bunyi sambil taip entry ni and buat kerja rumah. Sekarang Mama saya dah hampir 10 tahun dah pencen. Dia memang tak boleh ya takde TV. Dalam bilik ada, dapur ada, ruang tamu ada. Haha. Comel je Mama saya. Ni pun dia baru balik dari melancong pusing negara Eropah dengan Makteh (adik Mama) dan Achik Ros (adik ipar Mama). Seronok ya life Mama saya bila dah pencen and pindah Slim River sekarang ni. Geng masjid dia pun bukan main aktif asyiklah ada aktiviti kome oi. 

Begitulah kehidupan. Kita dilahirkan dengan karakterisitik dan personaliti unik dan berbeza. Yang penting kita terima je seadanya dan raikan perbezaan masing-masing. Kita sendiri pun bukan elok sangat.

Apapun, masalah tak boleh nak drop komen ni hanya terjadi dekat blog yang bagi satu pilihan suruh log in akaun google je. Ada jugak ruangan komen yang bagi pilihan boleh masukkan Nama dan URL blog. So, bolehlah empunya blog tekan link nama saya tu untuk directly pergi ke blog saya pulak and tengok siapa lah budak capiqa hatta ni.

Berakhirlah kisah nak betulkan benda tak betul saya pada hari ini. Salam Jumaat buat semua and have a blessed Friday!

27 July 2023

Dah Try Tapi Tak Berjaya

Feeling so annoyed dengan iPad hahah! Kita dah cuba dah nak selesaikan masalah tak boleh nak drop komen kat entry rakan blogger yang lain ni, tapi tak berjaya. Kita dah ikut dah instruction dia tapi tak jugak setel masalah.

Bukan tu je, nak edit gambar kat Canva pun tak jumpa cari mana nak ‘Replace’ gambar kita sendiri lepas dah pilih templates. Yih! Apa benda tak friendly user sungguh la IOS ni tak macam Android. Nangis lah macam ni.

Dah lah nak download AWB customer daripada Shopee pun susah. Begitu syulit kehidupan hari ini.

Apapun, I will make sure iPad ni bukan dibeli untuk sia-sia. Sebenarnya dulu beli iPad ni untuk install Apps Prudential khas unuk kita buat quotation takaful and submit cases. Mengada kan nak iPad je, Tab biasa tak boleh. Pastu takde rezeki meneruskan karier tersebut, terabailah iPad ni. Setakat jadi tempat Ayah Dini tengok movie je.

Kita tak suka tengok movie kat iPad, prefer tengok kt TV. Pastu, kita selalu bukak apps RTM Klik je kat IPad ni kalau nak tengok TV bila TV dikuasai oleh si anak bujang. Pastu jadi tempat main game The Sims & Plant vs Zombie hahaha. Tak berbaloi beli iPad kalau dah macam tu. 

Mari bertenang dulu, nanti kita cuba lagi. Nak solat Asar and bawak Dini main basikal kat luar. Bye! 

Rutin Pagi

Salam Hari Tasu’a dan Hari Asyura buat semua. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa harini dan esok.

Saya suka follow Ainaa Chichi di Instagram bila dia share rutin surirumah dia setiap hari. Katanya, sebelum start buat kerja rumah tu, mandilah dulu dan bersiap. Maksud bersiap tu bukanlah sampai nak kena bertudung macam orang nak pergi kerja tu. Tapi mandilah, bersihkan diri, pakai skincare termasuk sunscreen, bedak sikit and lipcare, barulah mood okay and selesa nak buat kerja rumah. 

Mula-mula dulu, saya memang selesa lagilah buat kerja rumah especially mengemas cuci pinggan dulu baru mandi. Berbaloi sikit rasa haha. Tapi lama-lama jadi rimas pulak. Sejak kebelakangan ni selepas dah baik dari mabuk mengandung, saya try lah disiplinkan diri. Mandi dulu apapun terjadi termasuk lapar. Hasilnya, saya rasa mood lebih baik especially part nak melayan karenah anak. Kita rasa selesa, rasa bertenaga, rasa cantik, rasa glowing, kurang sikit rasa lesu and tepu duduk rumah tu.

Anak pun saya bagi mandi awal, disiplinkan dia dengan rutin pagi macam nak pergi sekolah walaupun tahun depan baru start sekolah. Then, saya biasakan diri saya update business page (Instagram, Shopee, Telegram Channel) di meja home office saya, bukan sambil baring berguling di tilam. Lepas breakfast, saya bukakkan YouTube Kids anak saya di TV, bukan di iPad sebab taknak biasakan dia dengan screen sangat. Nak biasakan dia sambil tengok tv boleh buat aktivti lain macam mewarna, menulis, main dengan mainan dia. Anak saya pun saya sediakan meja aktivii untuk dia buat hands-on aktiviti.

Even menaip entry pun, saya biasakan diri update guna iPad, bukan sambil berguling di tilam hihi. Phone pulak saya pasang RTM Klik supaya dapat buat bunyi-bunyi sambil buat kerja rumah mahupun masa tengah buat kerja di meja home office saya. Saya sambungkan dengan speaker supaya feeling dia macam dengar tv gittew. Cuma tak boleh nak drop komen bila blogwalking di entry rakan blogger yang lain. Entahlah apa masalah iPad ni. Phone saya Android, okay je boleh komen. Kat iPad dia suruh sign in, tapi tak boleh pun.

Anyway, selamat berkerja buat wanita berkerjaya harini and not to forget kepada ibu suri yang berkerja dari rumah seperti saya :) Saya nak sambung buat kerja rumah and melayan karenak anak bujang saya tu. 

Assalamualaikum. 

25 July 2023

Menu Diet Sihat di Instagram Kak ritazafran

Saya follow Instagram Kak @ritazafran baru je tahun lepas. Terjumpa kat Instagram random reels. Kak Rita ni bukanlah coach diet, tapi dia suka share diet journey dia daripada berat 60+ kg sampailah dah bawah 50 kg sekarang ni. Kak Rita ni saya suka cara dia sebab tak terlalu strict, dia selalu bagitau kena adjust dengan cara yang kita boleh follow supaya tak mudah give up.

Before planning untuk anak kedua tahun lepas, memang saya cuba untuk turunkan BMI saya ke normal. Sebab BMI saya sejak lahirkan anak pertama tak turun-turun ke normal iaitu stuck antara 25-26. Macam mana nak kasi BMI saya jadi bawah 25? Berat kena lower than 61.6 kg. Saya takdelah tinggi sangat, 157cm je. Jadi kalau berisi tu nampak sangatlah berisi. Hihi. Berat 10 tahun dulu pun 48 - 50 kg tau. Rindu angka tu 🥲

Sempatlah mengamalkan diet sihat suku suku separuh sebagai permulaan sebelum tau diri ini pregnant awal bulan dua haritu. Terbabas makan benda manis tu biasa sangat 😂 Almaklumlah baru nak biasakan diri. Nasi kita makan 1/2 cup je measure guna sukatan cawan yang orang buat sukat tepung tu. Sayur hijau/buah separuh pinggan, dan sumber protein sebesar tapak tangan. Gittew.

Makan suku-suku separuh ni untuk lunch and dinner. Untuk breakfast saya suka makan 2 biji telur separuh masak dan dua keping roti wheat germ jenama Massimo. Sebulan makan macam ni turunlah jugak berat tapi tak capai lagi bawah 60 kg masa tu. Bila tahu dah pregnant, mabuk teruk memang terus stop lah jaga makan.

Before start diet, berat 65kg. Sebelum pregnant haritu dah turun ke 62.7kg. Tak sempat nak turun ke normal. Masa pregnant kalini berat tak boleh lebih daripada 72kg (bak kata pregnancy track apps saya). Current weight 68.2 kg. Harapnya tak lebih ya berat naik time dah sarat nanti hihi. Saya masih kawal lagi sugar intake sebab Isnin depan nak kena minum air gula. Taknak sangkut GDM. Apapun, control sugar intake ni memang saya kena teruskan sampai bila-bila kalau nak berat turun ke 50kg. 

Fokus mengandung dulu. Nanti baby dah wean-off, kita start balik diet journey kita weeeee 🔥 Semangat! 

23 July 2023

IOI City Farm @ IOI City Mall, Putrajaya

Semalam Ayah Dini bawak kami masuk IOI City Farm yang letaknya didalam IOI City Mall, Putrajaya. Saja bawak Dini jalan-jalan tengok ikan. Before ni "berzikir" jugak dia mintak Ayah dia bawak tengok fish. Before ni, masa Ayah dia masih lagi kerja kat Aquaria KLCC, selalu jugaklah bawak masuk tengok ikan. 


IOI City Farm ni letaknya didalam IOI City Mall, Putrajaya. Berdekatan dengan District 21 dan tempat main ice skating tu. Harga tiket masuk:

Dewasa 👉 RM37 (weekdays), RM48 (weekend)

Kanak-kanak 👉 RM48 (weekdays), RM58 (weekend)

Warga Emas & OKU 👉 RM32 (weekdays & weekend)

Excited sangat anak bujang dapat masuk sini. Masuk-masuk je dah ada terapi bunyi air terjun kat entrance dia. Cantik tempatnya. Yang pokok hijau tu sebenarnya sayuran. Yang ditanam macam sistem hidroponik iaitu tanam tanpa guna tanah. Nampak segar betul sayuran kat situ. Yang tengah-tengah tu dia berpusing and ada pokok jugak kat wheels tu.


Nampak segar kan sayuran ni. Rasa nak je petik and masak bening. Best jugak tanam sayur macam ni. 




Ada orked cantik 🩷

Pintu toilet dia cantik

Button quail

Boleh bagi makan kat rabbit, guenia pig

Dini nak bagi makan tapi takut kena gigit

Marmoset

Freshwater Fish

Berpinar mata tengok akuarium ni seolah macam pakai spek tersalah power



Paling suka tengok si rakun gemok ni 😍 Macam kucing je gemok dia. Rasa nak tepuk-tepuk je sebab gebu. Nama dia Putra 🦝

Tak sempat nak ambik gambar lebih lagi sebab melayan si anak bujang tanya macam-macam. Best jugaklah IOI City Farm ni. Cuma dia takdelah marine life macam kat Aquaria KLCC. Dia ada freshwater fishes je.

Meerkat pun ada tapi tengah tido pulak. Comel je tido berkelompok. Oh ya, untuk bagi makan, kena beli kat vending machine. Boleh bayar guna Grab Pay / Touch n Go e-wallet. Rasanya cash tak boleh kot. Sayuran yang dibagi ialah carrot dan kacang panjang.

Bagi Dini seronoklah dapat tengok semua ni. Bagi makan ikan koi pun boleh. Kena beli jugak kat vending machine. Yang menariknya, pallet makanan ikan tu diorang isi dalam botol susu kecik. Pastu ikan akan sedut daripada puting susu botol tu. Kuat tau ikan koi tu sedut. Kena pegang kuat-kuat. Takde gambar pulak sebab masing-masing tak sempat dah nak keluarkan phone ambik gambar sebab melayan Dini yang excited tapi takut jari kena gigit dengan ikan haha.

Begitulah kisah hari Sabtu kami 🩷 Dah lama tak masuk IOI City Mall ni. Kisahnya, kita tak berani pergi sendiri tanpa Ayah Dini or sesiapa yang biasa dengan parking dia. Kita pernah sesat carik kereta tak jumpa parking kat mana 🥲 Serik nak pergi sorang dengan Dini. 

Kalau Alamanda Mall, Putrajaya tu kita beranilah sebab tak sebesar IOI City Mall ni haha. 

21 July 2023

Kopi Kampung + Susu Segar Tanpa Gula

My booster drink this morning. Harini kita buat bancuh kopi kisar kampung favourite saya. Curik sikit susu segar budak Dini tu sikit. Tanpa tambahan gula. Sedap! Rasa pahit-pahit kopi tu makes me keep awake. 


Pagi ni kita ada appointment check up lagi kat KK. Check urine, blood pressure and berat, dan jugak heart beat baby untuk memastikan saya normal dan takde sangkut high blood pressure. Disebabkan haritu berat naik banyak, ada check up la 2 kali seminggu. Lepas tu doktor akan review lah harini sama ada kena sambung lagi  tak check up 2 kali seminggu. Harap baik-baik semuanya takde sangkut GDM atau darah tinggi masa mengandung ni. 

Minum kopi pagi ni pun sebab dah 2, 3 hari tak minum kopi hihi. Teringin pulak pagini. Puan Nurse, Puan Doktor, saya minum tak banyak tau pastu tak tambah gula. Hari lain saya minum susu + nestum. InsyaAllah saya akan terus jaga diet saya. Cuma kadang-kadang teringin pahit-pahit kopi.

Selepas check up harini cadangnya nak singgah cafe berdekatan dengan KK nak belikan kwason (read: croissant) salted egg and kedai kek di tempat yang sama untuk birthday kakak sulung saya hihi. Sajalah nak singgah tempat kerja dia meraikan kecil-kecilan. Boleh dia makan cemilan saya bagi nanti dengan her favourite coffee. Sambil tu memang nak pulangkan barang yang dipinjam.

By the way, saya sekarang tengah menaip guna iPad. Saja nak fefeeling wanita berkerjaya menaip kat meja kerja sambil hirup kopi sekejap pagini sebelum bersiap ke klinik. Cuma saya pelik, nak menaip post entry guna iPad ni boleh. Tapi bila nak blogwalking dan nak drop komen kat entry orang lain jadi tak boleh pulak. Kat phone okay je. Dia suruh log in google account tapi bila tekan button sign in tu dia kembali ke page yang sama. Dah cek setting ubah apa patut tetap sama. So, takleh nak fefeeling sangatlah 😂 Kalau nak drop komen kat entry blogger lain kena blogwalking guna phone je. 



Kenapa entah jadi macam tu. Setting kat iPad kot. Bab-bab teknikal ni saya lemah betul. Tak reti nak setelkan. Mudah give up haha.

20 July 2023

Lempeng, Pancake Orang Melayu

Kisah malam tadi, nak dinner tapi taknak nasik. Berlegar-legarlah kepala kita memikirkan nak makan apa. Selalu sangat makan nasi pun jadi jemu jugak. Bila ternampak ada satu tin kecik sambal ikan bilis yang tak dimakan-makan sejak bulan Februari tu, terus terfikir "haaaaa nak buat lempenglah". Sebenarnya, beli masa tu belum mabuk mengandung lagi. Bila dah start mabuk tu, tak makan-makan lah jawabnya. Hihi.

Kita pun cakaplah kat anak bujang, "Dini, ommi nak masak lempeng tau. Nanti Dini makan jugak ok?". Saya selalu borak macam ni dengan Dini kalau nak masak apa-apa jenis masakan pun sebab Dini ni jenis picky-eater, tak semua makanan dia pandai makan termasuklah lempeng ni. Dini pun kata "Nak tengok Ommi masak". Maka, kedapurlah kami membancuh tepung lempeng.

Bila tengah masak tu, tengah sambung borak (pujuk makan lempeng), tetiba Dini kata lempeng ni macam "pancake" yang dia pernah rasa masa stay kat salah satu hotel kat Kuala Terengganu bulan Mei lepas. Pancake ni pun saya yang pujuk dia makan, mujurlah nak jugak. 

So, kita iyakan je. Betul, macam pancake tapi ni "pancake orang Melayu". 


Ni yang dibuat untuk breakfast pagini tadi sebab ada lebih adunan dia saya simpan dalam peti. Pepagi bangun Dini dah mintak buatkan "pancake" dia lagi. Haha. Semalam dia berselera sangat makan habis 1 setengah keping lempeng. Laju pulak tu masuk mulut. Tak menyempat kita potongkan kecik-kecik. 


Dini suka yang tepi dia lembut, tak crunchy. Yang garing sikit kat tepi tu dia bagi kat Ayah Ommi dia makan. Macam macam lah anak bujang sorang ni haha. Ayah Dini pun menyempat keluar sekejap pergi Speedmart beli kari ayam dalam tin sementara saya masak lempeng. Berselera betul kami makan semalam. Lempeng + kari ayam dalam tin + sambal ikan bilis. Saya sebenarnya tekak takleh terima sangat sambal tapi ok je lah dah kot. Boleh pulak telan semalam. Cuaca pun hujan renyai-renyai di luar semalam. Syukur pada Allah swt atas nikmatnya 🤲


Pagini pun cuaca hujan jugak. Tadi lebat sekarang dah reda sikit. Excited Dini dapat makan "pancake" dia. Dini makan kosong macam tu je lah tapi. Habis sekeping setengah jugak. Alhamdulillah selera Dini dah makin ada variety. Sekarang dah istiqamah dinner nasi + telur sekali sehari. Pagi and tengahari biasanya dia makan roti sapu coklat atau biskut je. Ataupun spaghetti kosong. Minum susu segar. Badan dia memang kurus orang kata, tapi takpe slow slow kita improve. Tahun depan nak sekolah dah dia 🥰

By the way, resepi lempeng ni simple jeee. Pejam mata sebelah pun boleh buat. Hikhik. Guna blender je senang!

Resepi Lempeng:

- 2 cawan tepung gandum
- 3 setengah cawan air
- 1 biji telur
- 2 sudu minyak masak
- 1 sudu teh garam

Cara-cara:

1. Masukkan je semua bahan dalam blender dan blend sampai sebati.

2. Panaskan pan rata dan sapu sikit marjerin untuk elak lempeng melekat

3. Tuang lebih kurang dua senduk adunan lempeng ke atas pan dan tunggu masak sebelah. Dah masak sebelah, terbalikkan sampai masak sepenuhnya.

4. Terpulang pada citarasa masing-masing nak lembut-lembut macam pancake atau garing sikit kat tepi ya. Nak garing, masak lama sikit. 

5. Siap dan hidangkan bersama cicahan favourite korang.

18 July 2023

My New Favourite: Kopi Tanpa Gula

Before ni, my usual hot drink pagi-pagi biasanya air coklat panas tak pun minum infused tea atau plain green tea tanpa gula. Tapi sejak mengandung ni, tak berapa suka minum coklat panas sebab rasa nak muntah pulak lepas minum. Pelik kan orang mengandung ni?

Kalau minum susu panas pun nak kena tambah nestum supaya tak rasa muak. Taktaulah kenapa masa mengandung ni selera bertukar. Dah la tak boleh tengok sambal-sambal ni especially sambal belacan. Rasa kembang tekak. Sambal nasi lemak pun tak suka makan. Tapi kalau nasi lemak daun pisang jual kat Petronas tu saya suka. Eh peliklah.

Disebabkan haritu addicted sangat dengan teh ais kaw bila makan kat luar, sampaikan berat naik banyak masa check up kat KK, kita pun try la minum kopi/teh tanpa gula. Hanya tambah susu cair buat rasa-rasa. Itu pun sebab nak habiskan sisa susu cair je dalam peti tu.


Kita bancuh kopi kisar yang dulunya saya beli dekat Pasar Awam Batu Gajah, Perak (punyalah lama simpan sampai Mama saya dah pindah Slim River pun masih ada lagi), lepas tu biar kembang sekejap. Lepas tu tapis masuk dalam cawan dan tambah je susu cair. 

Sedap jugak ya walaupun takde tambah gula. Ada rasa manis manis susu cair sikit je hujung lidah 🥰☕ Macam ni lah selera masa mengandung anak kedua. Masa anak pertama dulu lain karenahnya. Tak sama dengan yang ni. Dulu suka coklat panas. Kalini tak suka.

Nurse ada pesan kena kurangkan minum kopi and teh. Baiklah, puan nurse. Saya minum jarang-jarang je ya 😁 Adalah 2,3 kali seminggu je. Hari lain saya minum susu ok! Hihi.

Lepas ni boleh try letak creamer atau susu segar pulak dalam kopi/teh tanpa gula saya.

17 July 2023

My 2nd Pregnancy Journey : Check up lagi harini

Disebabkan Berat Naik Banyak masa check up awal bulan haritu, nurse jadualkan saya untuk datang 2 kali seminggu. Cek blood pressure, urine and berat. Alhamdulillah check up harini tadi berat turun lagi sikit. Daripada 69.3kg, turun ke 68.4kg dan harini turun lagi ke 67.9kg. Blood pressure pun okay, jantung baby pun okay, urine pun okay jugak.

Alhamdulillah 🤲 Nanti kena datang lagi sekali dalam minggu ni and doktor akan review sama ada perlu further check up or check up biasa je sekali sebulan. 

Entah apa la yang buat berat haritu masa check up haha. Tapi memang seminggu dua ni jaga sugar intake la. Hanya minum susu segar, susu tepung + nestum, kurangkan manisan, minum teh + susu cair gula sikit je. Makan nasik pun takdelah banyak sangat. Macam biasa je. Moga hujung bulan nanti result air gula normal je. 


Anak bujang teman pergi klinik harini. Tapi moody sikit harini haha. Sebab ramai harini kat klinik. Tunggu pun lama sikit berbanding Khamis minggu lepas. Nak balik makan roti sapu coklat katanya. Mujur tak request roti puri harini, jimat poket ommi 😂🫰💰

15 July 2023

Mee Kolok Goreng Daging @ Dayang Sarawak Corner

Sibuk dua hari ni sampai tak tertengok blog kita ni. Tak sempat nak blogwalking jugak. Sekejap sekejap je kita tengok blog, pastu tutup balik sebab ada kerja urgent nak kena settle. Harini baru free sikit lepas setelkan beberapa kerja yg tertangguh.

By the way, semalam Ayah Dini mintak tolong kita drive kereta untuk pick-up baju rasmi untuk Majlis Maal Hijrah Kementerian next week di Naz Tailor, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Disebabkan Ayah Dini pergi kerja naik motor, manalah dapat nak bawak lebih kurang 40 pasang baju untuk satu office dia.

So pulanglah dia sekejap ke rumah semalam untuk mintak kita drive kan kereta and patah balik rumah. Ayah Dini ni jenis tak suka hadap jem haha. Tu yang taknak bawak kereta tu. Naik motor je pergi office. 

Dipendekkan cerita, petang tu kami spend time together having our early dinner di Dayang Sarawak Corner, Presint 15, Putrajaya. Sebab kita nak masak pun tak sempat dan dah penat rasa. Biasalah tu bila mengandung ni cepat penat. Tak larat nak masak-masak dah bila dah sampai rumah tu. 

Si budak Dini tu suka makan mee kolok kosong. Sebab tu kami pilih kedai ni untuk dinner semalam. Mee kolok kosong for Dini, Laksa Sarawak for Ayah Dini dan Mee Kolok Goreng for me 🩷 



Sebenarnya, saya tak pernah try lagi makan Mee Kolok Goreng. Sebab tu harini highlight nya ialah Mee Kolok Goreng. Hihi. Sedap jugak. Dia bagi sekali sup kosong, telur mata, dua keping timun dan keropok sikit. Makan share share buat rasa rasa dengan Ayah Dini. Lepas ni boleh repeat lagi. Tambah dengan sambal sos merah yang macam sambal nasi ayam Chicken Rice Shop tu, lagi padu rasa dia.

Btw, saya tak sure kenapa restoran Sarawak cuisine kat Semenanjung ni hidang mee kolok dengan sambal kicap. Like seriously, kat Sarawak, originally nya kita makan dengan sambal cili yang macam sambal nasi ayam tu. Lupa pulak nak snap gambar tu. Ada je atas meja pilihan sambal nasi ayam and sambal kicap. Tapi kalau order grabfood/food panda, diorang akan bungkuskan sambal kicap. Mana padu guys! Kat Sarawak sana makan dengan sambal nasi ayam tu baru sedap 🤤

Begitulah ceritanya busy semalam. Sebelum Ayah Dini mintak tolong drive tu, saya sibuk setelkan kerja saya. Ambik gambar barang preloved, edit and masukkan dalam Shopee. Alhamdulillah setel jugak kerja tu sikit-sikit. Ada lagi items yg tak sempat nak snap gambar lagi. InsyaAllah kita sambung buat harini nanti. For now, nak relaks and chill spend time kat blog jap pagi ni.


Dah available dah kat Shopee kita, kot ada yang nak cuci mata tengok barang preloved boleh tekan gambar atas ni ok 👆

Khamis haritu pun busy sikit jugak sebab pagi tu ada check up baby lagi kat KK sebab berat naik banyak haritu kan. So setiap Isnin and Khamis pulak dah nak kena cek blood pressure, urine and berat. Alhamdulillah turun sikit berat and semuanya normal je. Nurse risau saya ada darah tinggi sebab berat naik banyak kan.


Dah setel kat Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, kita bawaklah anak bujang makan roti puri favourite dia kat Restoran Roti Puri, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi ni. Saya ni menahan diri je daripada order teh ais kaw tau 😂 Lepas berat naik banyak dah tak berani dah minum manis manis sangat. Sedihnya sobs. Sabar je k, Piqa. Kita minum sky juice je lah eh. 

Then, lepas makan, kami ke Econsave Jalan Reko untuk shopping groceries sikit. Lepas tu barulah balik rumah. Penat guys. Balik rumah tu saya terlelap sebab penat sangat kot. Tak masak jugak Khamis tu. Ayah Dini tapau dinner kat Little Bangi belakang Bangi Gateway yang dulunya dipanggil Flea Market. Dia macam pasar malam je. Banyak jual makanan ready-to-eat. 

Begitulah kisah kesibukan dan kepenatan 2 hari ni. Harini chill sikit sebab Ayah Dini pun cuti. Kami breakfast apa yang ada kat rumah je pagini. So adalah sikit free time untuk chillax pagini. Happy weekend everyone! 

11 July 2023

My 2nd Pregnancy Journey : Berat Naik Banyak & Free Pneumococcal Vaccine for Dini

Semalam ada appointment check up baby di KK dan juga Pneumococcal Vaccine untuk Dini. Since 1 June 2023, KKM dah announce tentang pemberian vaksin pneumococcal percuma untuk baby of 2018 & 2019 yang tak pernah lagi cucuk vaksin ni. Boleh call Klinik Kesihatan berdekatan atau walk-in untuk dapatkan tarikh ya.

Untuk baby yang lahir pada tahun 2020 hingga kini, tak silap saya vaksin pneumococcal ni memang dah ada dalam jadual pemberian vaksin di Klinik Kesihatan. Masa Dini dulu vaksin ni belum lagi PERCUMA. Ramai yang ke swasta untuk dapatkan vaksin ni. Saya pernah survey harga vaksin ni, hampir mencecahlah RM300-400. Mahal bukan? Tapi tahun ni KKM dapat bagi FREE je untuk rakyat marhaen seperti saya ni.

Rasa bersyukur sangat dapat FREE je untuk Dini. Dikesempatan ini, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak culas membayar cukai. Semoga dengan perkongsian rezeki ni juga membuatkan rezeki pembayar cukai semakin murah dan berlipat ganda. Amin 🤲

Beralih kepada my 2nd pregnancy ni, semalam bila timbang berat, berat saya naik mendadak 🥲 Mungkin bila dah sihat dan tak lagi mabuk ni, selera saya makin bertambah baik. Jadi saya makan nasi macam biasa je. Takdelah makan banyak sangat sampai makan tu untuk dua orang. Tapi saya syak sebab saya selalu sangat craving air teh ais bila kat luar 😂 Craving aiskrim mint coklat lah, cempedaklah. Haa semua manis. 

Percayalah, untuk kedua-dua pregnancy, saya auto jadi sweet-tooth tau 😅 Seriously, masa saya tak mengandung saya tak gemar benda manis sangat. Kadang-kadang je. Hari-hari saya amalkan minum plain green tea. Jaranglah nak craving benda manis. Aiskrim pun boleh kira dengan jari berapa kali makan setahun. Bila dah masuk 3rd trimester je, mesti berat naik mendadak. Masa awal pregnancy, berat pulak yg turun tak naik-naik sebab takde selera makan.

(Bukti saya suka minum plain tea 😂👉 I Love Tea dan I Love Tea - Part 2) dan sini Green Tea Is Good For Me

Sudahnya, nurse dah set tarikh kena datang 2 kali seminggu untuk cek urine, berat dan blood pressure 🫠 Jadi setiap Isnin dan Khamis lah saya kena pergi KK pulak. So far check up semalam ok je. HB okay, blood pressure ok, urine normal. Tang berat ni lah hai dia naik banyak pulak. Hujung bulan nanti kena repeat air gula pulak. Omg ini saat yang paling ditakuti haha. Semoga tak sangkut GDM and high blood pressure ya Piqaaaaa! 🤲

Baiklah nurse, saya ikut cakap nurse. Saya tak minum dah air manis manis sangat eh. Saya minum susu je lepas ni. Doakan urusan bersalin saya dipermudahkan ya 🩷 Moga baby pun sihat sempurna membesar dalam rahim saya.