24 April 2024

Aidilfitri 1445H Raya 2024

Assalamualaikum ❤️

Tahun ni first raya berempat dengan si Adik leng zhai. Our colour for this year is maroon. Merah-merah ni banyak ong ya.



Salam Aidilfitri buat rakan-rakan blogger maaf salah silap jika ada.

Maaflah, Abang Dini dah takde mood masa nak ootd ni. Tu yang tak nampak muka. Mujur Adik Dini bagi kerjasama.

Btw, berat terkini saya dah pun memasuki kategori normal BMI yeay πŸŽ‰ From 69.2kg, now 61.4kg. More to lose. Final target 50kg tetaplah perlu diteruskan.

Dah day keberapa pun taktau dah lost count. Dah tak larat nak konsisten update πŸ˜‚

4 February 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 68

4 February 2024

Lah semakin malas nak update kehidupan πŸ˜† Saya busy melayan karenah anak kecik saya tu. Melayan diaand abang dia je dah separuh nyawaku pergi. Ommi embracing the moment je lah biarpun kepalaku pusing melihat kain baju tak berlipat berlonggok dan semakin beranak tu. 

Masih dalam misi diet lagi tapi tak larat oi nak update dah. Cuma nak bagitau semalam kita mampu cecah steps 5k ya rakan-rakan πŸ₯°πŸ«°

Sementara si Adik agak cranky 3, 4 hari ni, kita ambik peluang dukung dia sambil berjalan dalam rumah. Keluar masuk bilik, jalan ke dapur, pusing ruang tamu sampai dapat cecah steps ni. Sakit belakang dukung si Adik lama. Nak buat macam mana, mengempeng taknak, duduk taknak. Ihhh letih mak dia. Takde mood terus nak update kehidupan πŸ˜†

Ditambah pulak dengan sibuk mencari duit poket jual tudung. Sebab banyak tudung nak release dah bulan ni, jadi banyak bahan nak kena promote. Bersusun-susun ya rakan-rakan. HQ and team leader belanja banyak bahan. Best sangat kalini dapat peluang macam ni. Dah lama tak busy jual tudung macam ni πŸ₯°

Sementara tak kerja ni kan, bolehlah busy kan diri dengan cari duit jual tudung. Nanti dah kerja mungkin tak sempat dah nak catch up. 

Si Adik and Abang Dini dah tido and kita ada mood nak update blog harini, tu yg menyinggah jap ni. 

Misi maaih diteruskan. Counting day nak turun 5kg pertama. Lagi 0.95kg ayohhhhhhh πŸ’ͺ

28 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 61

28 Januari 2024

Wahh dah 2 bulan eh saya start diet. Semalam Ayah Dini bawak pergi kenduri kat Rembau, Negeri Sembilan. First time jejak kaki kat daerah Rembau. Teringat lagu Rembau Most Wanted yo!

Panas ya cuaca semalam. Tapi mujurlah rumah pasangan pengantin tenang-tenang je jenis majlisnya. Walimatul urus kawan kerja Ayah Dini. Sempatlah saya bersosial dengan rakan sebaya πŸ˜† Kalau tak aku duk menghadap anak je hari-hari. Anak-anak saya balik dari kenduri batuk-batuk harini. Kesian. Lepas ni seminggu duduk rumah je lah dulu.

Si Adik first kenduri in his life. Si Abang waktu ni dah main dengan kawan-kawan kat dalam rumah pengantin sampai taknak balik. Ommi kadang-kadang lupa yang Abang Dini dah besar, dah 5 tahun and dah pandai bawak diri. Susah nak dapat gambar Abang Dini dah πŸ₯Ή Ajak ambik gambar pun taknak. Nak marah tak boleh, sebab saya kecik-kecik macam tu jugak perangai. Ahahahaha!

Kita enjoy je makan semalam. Lauk kenduri sedap betul Negeri Sembilan style. Kuih muih pun saya makan. Teh tarik kenduri MUST HAVE! Then cukuplah tu pukul 4pm saya dah start IF. Malam layan teh strawberry no sugar saya je. 

By the way, harini punya random thought. Saya perhati masyarakat kita ni jenisnya suka menyalahkan. Bila anak tak breastfeed, dikatanya anak minum susu lembu jadi lembu. Bila anak kuat mengempeng disebabkan breastfeed, mak nya yang dipersalahkan terlalu manjakan baby. Entahlah kadang-kadang saya tak faham mulut manusia terpaling opinion ni. Rasa nak potong je lidah tu supaya tak boleh bercakap. Kalau ditakdirkan jadi bisu lagi elok diorang ni. Just random thought, takde kaitan dengan aktiviti bersosial di kenduri semalam. Rakan-rakan ofis Ayah Dini baik je, takde pun yang cakap tak elok. Siap ambik berat lagi tanya baby ok ke, luka czer haritu macam mana. Rasa disayangi saya semalam ahaks πŸ₯°


Berjaya IF 16 jam yeay ❤️ Then, sajalah gatal nak jugak naik penimbang hihihi πŸ™ˆ Rupanya berat turun sikit.


Turun 0.5kg alhamdulillah 🀲 Sikit lagi nak capai turun berat 5kg. Lagi 0.95kg nak cukup turun 5kg pertama yeayyyyy!

27 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 60

27 Januari 2024

Takde mood saya sejak malam tadi. Melayan karenah dua anak susah tido. Daripada pukul 8 sampai ke 11 malam menghadap perangai deme. Letihnya lah. Dah la siang semalam pun masing-masing macam tu jugak.

Pagi ni rasa takde mood sebab keletihan emosi. Cuaca pun dah start panas balik. Serba serbi rasa tak kena. Ya Allah, sabarkan hatiku ini 🀲

Nak kata sabar sangat tu, taklah. Mencabar iman betul benda macam ni. Tapi berjaya jugak IF 14 jam semalam rupanya. Start 7pm semalam, done 9am.

Keletihan emosi ni lain dari keletihan fizikal. Tapi dua-duanya berkait rapat. Saya ni kadang-kadang sampai malas nak layan anak. Aku biar je nangis kalau susah sangat nak diatur tu. Ingat kita banyak masa sangat ke nak pening kepala. Kita sendiri pun dah takde masa untuk diri sendiri. Rasa macam dah hilanglah diri ni yang dulu.

Tak sempat nak belek diri. Nak betulkan diri sendiri. Macam mana nak ada emosi yang baik nak layan anak pulak kan. Entahlah penat. 

26 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 59

26 January 2024

Eh terus skip ke Day 59 ek πŸ™ˆ Alkisahnya, start Jumaat lepas (19 January) haritu dah prepare for cuti-cuti Malaysia sempena my birthday sampailah Khamis semalam (25 January). Aterr kalau bercuti-cuti, memang tak lah diet.

Kalau nampak strawberry ni mesti tau dah kita cuti-cuti kat mana 🀭 Alhamdulillah for the memories. Time cuti tak diet pun. Tak fikir pasal diet pun. Nak berseronok je sampailah petang semalam, kita start IF pukul 4.21pm. Dah sampai masa untuk kembali ke jalan yang kurus. Seram nak timbang berat haha. Nantilah timbang lepas seminggu.

For now, kita nak sambung diet relax kan perut dulu hihihi. 

Berjaya IF 16 jam harini and set a new record 😍 Alhamdulillah 🩷 Breakfast harini simple dimple je tak berat macam masa cuti-cuti. Late lunch harini pukul 5pm sebab anak-anak banyak ragam πŸ₯Ή Then, Dini mintak buatkan cucur so kita pun ada jamah sekali.

Last makan pukul 7pm tadi and start stop makanlah. Tak IF pun malam ni sebab tak sempat kot esok nak gerak ke Rembau kenduri kawen kawan husband. 

Balik dari cuti ni quite busy memandangkan banyak koleksi tudung nak release. Kita jual 4 brand tudung kan, koleksi baru nak release tarikh dekat-dekat je. Aaa suka semua cantik ya rakan-rakan 😍

Walaupun kita hanya Dropship je tapi banyak tutorial tudung nak upload kat reels IG, banyak katalog tudung nak letak dalam Telegram Channel, banyak gambar nak promote kat WhatsApp story and banyak video tudung nak up kat story IG bisnes kita 🩷 Tu yg best jual banyak brand berbanding satu je. Kita tak bosan bila takde bahan marketing πŸ˜‚

Dulu jual satu brand je kan, letih tunggu dia nak release yang baru. Tercoming soon coming soon tak jugak release. Sekarang takyah tunggu sebab banyak brand tudung kita jual. Masing2 tak lokek bahan marketing. Almaklumlah Dropship macam saya mana ada pegang stok. Kita promote je 🫰

Okaylah sekian lapuran misi harini ❤️

19 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 51

18 January 2024

Seriouslah, harini asyik rasa nak makan je ya πŸ₯² Dugaan dugaan. Pagi tadi dah open window dengan baki mee goreng semalam and kek birthday kita sikit.

Ingat nam tunggu Ayah Dini balik baru makan berat lagi. Tapi tengahari tadi perut meronta rasa nak makan je. Daripada saya makan benda mengarut, saya pun masaklah sayur laju-laju (anak dah nangis-nangis masa masak).

Mujur rencah dah memang siap ada saya buat so takyah nak susah-susah kupas and blender dah. Jimat masa. Potong-potong sayur je. Cupp cass siap sayur kita tengahari ni.

Ayam tak sempat nak defrost. Jadi kita makan dengan telur goreng.

Perut cramp macam nak period tapi macam masih haywired lagi la menstrual circle saya ni. Kejap ada kejap takde. Adei letih.

Ada la jugak makan roti sapu peanut butter coklat tadi sekeping. Minum air kosong dah banyak dah. Takde buat air teh hijau or kopi pun lagi harini. Takde mood pulak nak buat. Oh ya pagi tadi dah minum air coklat + nestum.

Cek berat pagi tadi mujur tak naik masih kekal 65.65kg ya rakan-rakan. So far dah turun 3.55kg daripada starting weight 69.2kg 🩷

Biar turun sikit-sikit jangan macam yo-yo and crash diet. 

Malam makan lauk sayur yg sama je cuma ganti ayam goreng pulak πŸ₯° Hmm saya tak IF malam ni. Sebab rasa nak makan je. 

Sekian lapuran.

17 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 50

17 January 2024 🩷

Today is my birthday! Happy birthday to me πŸ₯°πŸŽ‚πŸŽˆπŸŽ‰ 

Yeay harini berjaya IF 14 jam

Semalam dinner lewat so kita start IF semalam pukul 9.30pm sebab Ayah Dini bawak pergi pasar malam kat depan Tenera Hotel, Bangi. First time ya saya pergi pasar malam situ hihi.

Kita beli Nasi Minyak lauk Ayam Kicap Kari. Nasi kongsi dengan Dini. And of course, my favourite street Malaysian food, tongkeng ayam goreng yums crunchy crispy. And cicip air coklat Dini sikit. Bagi can la harini kan birthday saya πŸ™ˆ

IF berakhir pukul 12pm tadi and this is what I eat for my open window 🍽️

Dah lama tak breakfast macam ni. Always my favourite breakfast. 

Roti Massimo Wheat Germ sapu marjerin 2 keping

Telur separuh masak 2 biji

Hirisan tomato separuh bijik yg besar

Cheese sekeping

Sprinkle sikit seasoned white pepper

Kicap pedas sikit

My Kopi O tanpa gula for this morning ☕ Rasa kenyang ya minum ni. Moga antara waktu lepas breakfast ni, eh brunch patutnya, saya takde rasa gatal nak mengunyah pulak. 

Baru berniat taknak kudap-kudap tadi, tetiba my diet buddy, Linda, surprise kan kita dengan Kek Butterscotch dari Zetty's Bakery, Seksyen 3, Bangi ni πŸ₯Ή❤️ Feeling loved sangat tauuuuu. Inilah dia kek idaman perut. Haritu kan tersalah ambik Biscoff sebab rupa nak sama hahahaha.

Linda kata harini takyah diet πŸ™ˆ Ok baik saya yang menurut perintah. Hahaha.

Dapat hadiah tumbler jugak dari Linda πŸ₯ΉπŸ₯ΉπŸ₯Ή Boleh kupi kupi nanti bawak travel dalam kereta. Boleh bawak bekal kopi/teh diet i πŸ₯ƒ

For dinner, Ayah Dini request masakkan Mee Goreng 🩷 Tapi balik-balik dia yang tung tang tung tang di dapur. Mekaceh Abang Sayang πŸ₯ΉπŸ₯°

Dinner mee goreng and makan kek sikit lagi and kopi o tanpa gula lagi ☕ IF dah start pukul 8.20pm tadi.

Alhamdulillah for today 🩷

Sekian lapuran.

16 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 49

16 January 2024

Harini ada appointment pasang iucd kat KK. So semalam decide taknak IF sebab nak kurangkan stress πŸ˜… Plot twist, tadi ada masalah sikit masa nak masukkan iucd jadi gagal la plan nak pakai iucd buat kali kedua. 

Masa first time pasang dulu lepas bersalinkan Dini (anak first), senang je. Tapi kalini susah sebab doktor kata bila scan rahim, bentuk rahim macam zigzag. Bila bentuk macam tu jadi susah doktor nak masuk besi untuk ukur berapa panjang rahim sebelum masukkan iucd. 

Aterr nak ukur pun gagal tak bolehlah pasang harini. Jadi, buat masa ni makan pil je la dulu πŸ‘‰ Agak kecewa tapi takpe kita cuba berdamai dengan takdir.

Harini malas nak fikir pasal diet. Nak bertenang je dulu. Petang nanti kita sambung la IF sampai esok. 

Sekian lapuran.

Misi Turunkan Berat Badan Day 48

15 January 2024 

Berjaya bangun time sahur tapi tak berjaya sahur. Kita dahulukan Ayah Dini nak puasa sunat bulan Rejab. Harini kan Isnin. Kita tam sempat sahur sebab baring menyusukan si baby. Dahlah susah nak lelap semalamnya pukul 2 pagi baru lelap kot.

IF pun tak buat πŸ₯²πŸ₯Ή Hmmm sekian lapuran. 

15 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 47

14 Januari 2024

Harini berjaya bangun sahur πŸ‘ Jadi harini hari yang ke 9/30 puasa ganti. Ada 21 hari lagi. Hmm ingat nak puasa lagi esok. Moga berjaya bangun sahur 🀲


By the way, harini saya ada cheat meal hihi. Teringin sangat dah nak makan kek Zetty's Bakery kat Seksyen 3, Bangi tu tau. Dari sebelum bersalin lagi dah tahan mengidam πŸ˜†

So tadi pergilah beli BISCOFF CAKE, BISCOFF BURNT CHEESECAKE untuk Ayah Dini and Dini pilih MINI BROWNIES 🍰 Gambar tak ambik pulak. 

Puasnya dapat makan kek idaman 🀀 Tadi Ayah Dini masak Nasi Ayam untuk berbuka. Biasa memang beliau rajin ya volunteer nak masak time cuti weekend. Saya onz je apa dia masak semua saya makan je sebab sedap πŸ₯°

And harini saya sangat dahaga. Masa berbuka tadi memang banyak minum my hot plain green tea seteko habis. Lebih kurang 1000ml kot. Pastu buat lagi seteko nak minum lagi sepanjang malam ni. Dahaga giler rasa. 

Disebabkan ada kek manis-manis, jadi air tak bolehlah yang manis. Kena balance kan untuk kurangkan rasa bersalah πŸ˜†

Okay, craving satisfied. Ayoh kita kembali ke jalan yang kurus. Eh, lurus πŸ™ˆ

Esok nak try jugak bangun sahur. Ayah Dini kata nak puasa sunat bulan Rejab esok. So kita join je lah sekali kot. Kita buat puasa ganti. 

Apakah saya mampu kuat menempuh puasa esok? Tapi macam nak rest tak nak puasa esok, tapi dah banyak makan manis rasa macam kena puasa. Adoi risau esok letih melayan anak-anak je sampai tak larat nak masak untuk berbuka. Esok dah Isnin, Ayah Dini kerja.

Hmm esok je lah fikir 🫠

Sekian lapuran hari ini 🩷

14 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 46

13 Januari 2024

Saya tak berjaya nak puasa ganti harini sebab tak bangun sahur. Bila tak sahur, nanti risau susu drop pulak (masih breastfeed baby 3 bulan). Harini makan je macam biasa cuma tak IF la.

Malam kita pergi bawak Dini main basikal sambil briskwalk tolak stroller si Adik 🩷


Bestnya kalau dapat peluang briskwalk setiap hari kat luar. Tapi susah sikit sebab ada baby kecik lagi kan. So hanya dapat stay active kat dalam rumah je buat masa ni.

Hopefully, tahun 2024 ni dapat peluang pergi jogging/briswalk selalu. 

Last makan nasik tadi pukul 5pm. So saya start je IF dulu macam biasa. Esok kalau berjaya bangun Subuh, kita akan puasa. Kalau tak, teruskan je IF.

Sebenarnya berjaya je bangun, tapi bila si kecik tu terjaga nak susu, hah terlelap balik kita dengan dia πŸ₯² 


Total steps todayy 🩷 

13 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 45

12 January 2024

Yeay harini berjaya capai 16 jam! πŸ‘ Terbaik! Esok Sabtu, mungkin nak puasa ganti sebab Ayah Dini cuti so taklah rasa barai sangat nak puasa. Boleh take turn layan anak-anak 🩷

Weekend macam biasa Ayah Dini rajin masak 🀭

Maghrib ni nak masuk 1 Rejab dah and 1 Rejab ialah my birth date in Hijri Calendar! Happy birthday to meeeeee πŸŽ‚

So untuk meraikan birthday saya esok, nak sambunglah puasa ganti ❤️ Di hari yang mulia dan petanda Ramadan bakal tiba dalam masa 2 bulan saja lagi.

Harini mood rajin mengemas and declutter barang dalam rumah telah tiba akhirnya setelah 3 bulan tak buat hihi. Rasa puas dapat cleaning bahagian meja dapur memasak and toys budak Dini. Yg dah patah/pecah/tak rupa mainan dah semua kita buang. 

Lepas ni setiap hari kena ada kemas satu sudut, supaya tak ambik masa lama sangat mengemas. Ada baby masih direct feed kan susah sikit kalau nak kemas semuanya sekaligus.

Tadi lepas mandi saja la timbang 🀭 Turun lagi berat yeayyy! Alhamdulillah 🩷🩷🩷


Aaa tak sabarnya nak turun 64.2kg (cukup 5kg pertama). 

Sebab harini banyak bergerak daripada biasa, steps pun banyak. Weeheee! Ayohlah Piqa, try capai 10k tiap hari. Be active! 

11 January 2024

Dini Zulhairi: 3 months old

Hai, harini si Adik dah 3 bulan weeee! Si Abang pulak 4 tahun 7 bulan 🩷 Sama kan muka abang adik ni. Rajin kita korek gambar Dini lama dulu hihi.

Sorang kening garang, sorang kening macam dilukis. Sorang rambut cepat lebat balik lepas dicukur, yang sorang lagi rambut halus. 

Pejam celik pejam celik dah 3 bulan anak Ommi 🩷 Dah pandai gelak, dah pandai mengiring. Meniarap sendiri belum lagi. Dah pandai genggam barang macam kain dia, baju kita. Kadang-kadang tangan kita dicubitnya adoi sakit. 

Dah semakin kurang tidurnya berbanding masa newborn dulu. Jenuh melayan dia tak nak tido. 

Diakui kadang-kadang memang nak jadi rimau sebab badan letih. Bila dah jadi rimau, selalunya Ayah Dini yang take over. Dengan ayahnya kurang sikit diorang ni nak meragam-ragam. Begitulah sentuhan bapak-bapak. Anak biasanya dengar kata.

16hb nanti check up si Adik. Berapa entah agaknya berat dia naik. Tak sabar nak timbang 🩷

Misi Turunkan Berat Badan Day 44

11 January 2024

Wahh dah hari ke 44 eh. So far dari berat 69.2kg dah turun ke 65.95kg πŸ‘ Alhamdulillah syukurrr! Tak sabar nak celebrate my first 5kg lost! Lost ke lose? Ke loose? Ah takpe janji faham.

So, counting days nak turun ke 64.2kg yeayyy i can do it! I can do it! Kita tengok pada hari ke berapa saya dapat turun 5kg!

By the way, berat 64.2kg ni berat before pregnant anak kedua haritu. Final weight masa mengandung 74kg. 

Ok harini tak berjaya sampai 15 jam haha sebab dah kebulurrrr! Kita cuba esok pulak hikhikhik.

Aim saya bila dah dapat turun ke 64.2kg, next nak cuba capai berat 59.2kg pulak. Which is turun 10kg. Haa yg berat 59.2g ni berat sebelum mengandung anak pertama iaitu berat pada tahun 2018.

I perasan berat I naik bila dah jangkau usia 25 tahun. Start tu berat dari 50-55kg. Dia know2 dah naik 5kg. Pastu bila dah umur 27 dia naik lagi jadi 57kg. Setahun 1kg naik nok. Melampau!

So diusia 30an ini marilah kita sama-sama beringat, jaga makan, be active dan cuba capai berat ideal balik. *Cakap kat diri sendiri

Sekian lapuran hari ini 🩷

10 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 43

10 January 2024

Masih betmut tapi masih gigih IF. Sejujurnya rakan-rakan, saya dah tak larat ya nak puasa ganti jaga budak berdua ni seorang diri. Haih, puasa ganti baru je di skala 8/30 πŸ˜₯ Letihhh and betmut kalau puasa. IF okay la siang boleh makan.

Dek kerana betmut, harini macam overeating sikit. Open window tadi makan sihat. Tetiba snacking yg tidak-tidak ya. Why I can't be a burnt out mother yang bila betmut takde selera nak makan eh πŸ₯Ή Boleh jugak kurus tanpa usaha.

Done dinner barusan tadi dan I closed window now until tomorrow morning. Esok I nak try sampai 15 jam. Kita wait and see esok macam mana.

Sekian lapuran hari ini. 

9 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 42

Harini saya betmut. Saya update ni je. Berjaya habiskan IF 14 jam.

Sekian lapuran.

Misi Turunkan Berat Badan Day 41

8 January 2024

Tak IF harini sebab semalamnya tetiba sakit perut kan. Jadi saya mulakan hari dengan makan ringan sahaja. Buat roti wheat germ bakar sapu marjerin and teh o limau panas.

Harini memang simple dish je saya makan. Makan lagi probiotics jugak sebab perut masih rasa tak okay sikit.

Tengahari tak rasa macam nak makan nasik, so kita goreng keropok lekor je.

Petang baru lapar kita goreng nasik semalam. Then, start IF pukul 6pm.

Food intake harini takdelah sihat sangat sebab semuanya high carbs tapi malas nak fikir tengah tak sihat ni oi.

Semalam agak tepu dirumah, jadi malam saya request nak keluar kejap beli choc drink kat Speedmart. Husband beli nestum, tapi tak beli choc drink. Kat rumah ada teh and kopi je tak sedap makan dengan nestum.

Kitonyo tak biasa πŸ˜† Husband kata nestum kalau bancuh dengan gula + creamer pun dah sedap. Kita tak pernah makan macam ni haha. Selalunya dengan susu or choc drink je. 

Sambil menyelam minum air. So kita keluar la ambik angin sikit malam tadi pergi Speedmart je. Surirumah ni kalau dapat keluar kejap pun dah rasa menjadi manusia biasa balik hihi.

Hanya yg faham je faham. 

Bila tak berapa nak sihat lagi, kita tak berani nak brisk walk bawak anak2. So rehat kat rumah je dulu.

Sekian laporan hari ini 🩷

7 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 40

7 Januari 2024

Selamat open window pagi tadi dengan nasi goreng yang digoreng dengan lebihan sambal keli berlado semalam.

Lepas late lunch dalam pukul 4 petang, tetiba perut sakit gila. Pastu muntah. Cancel la IF saya untuk esok huhu. After dah makan pil charcoal and probiotics husband belikan kat farmasi, alhamdulillah okay dah perut huhu. 

Tak dapat nak turun bawak Dini main basikal sambil brisk walk sebab hujan renyai sepanjang harini. I love the weather ☁️ Sejuk dan nyaman je.

Mujur jugak tak turun, entah2 makin teruk sakit kalau turun tadi. Apa yg saya makan petang tadi semua keluar balik πŸ₯Ή

Jadi bila dah ok ni, saya isi semula perut dengan makanan ringan je. Biskut chocolate cream Munchy's, air kosong. Pesan husband beli biskut sekali tadi sebab risau esok takde selera makan nasik.

Pukul 11pm baru larat nak mandi and solat. Lepas solat saja lah nak timbang berat. Eh eh turun sikit.

Starting weight 69.2kg on 27/11/2023.

Harini weight 65.95kg on 7/1/2024.

Sekian laporan harini 🩷

Misi Turunkan Berat Badan Day 39

6 Januari 2024

Semalam request kat husband nak keluar 2-3 jam demi mengurangkan sedikit ketepuan. Almaklumlah terperuk je kat rumah jaga anak-anak 24 jam rasa macam bukan manusia dah.


Alhamdulillah selepas 2 bulan lebih, masih ingat cara-cara nak drive πŸ˜† Tak kemana pun, bawak kereta cuci je pastu singgah supermarket. Husband pesan beli ayam dan ikan keli sebab dia nak masak ikan keli berlada.


4 ekor ikan keli berlada selamat dimasak semalam. Tak sangka masih ingat cara-cara nak beli ayam dan ikan kat supermarket πŸ˜† Selama ni husband yang keluar beli. 


Pastu petang, bawak Dini berbasikal kat belakang rumah yang ada laluan pejalan kaki and basikal tu. Rupanya tembus ke SK Jalan 3. Hujung lagi satu tembus ke SK Bandar Baru Bangi, Seksyen 2. Total panjang ialah 1km. 

Kalau nak complete kan 10k steps, boleh ulang jalan sampai 8 kali gitu. Tapi kita awal awal baru nak start enjin ni mampu banyak tu je la dulu hihi.


Ini pulak total steps semalam time keluar sekejap tu and masa briswalk. Jadi, niat nak ubah rutin semalam dah pun tercapai. I appreciate my husband kerjasama semalam demi keharmonian rumahtangga yg sakinah mawaddah warahmah 😍 

Alhamdulillah feeling more alive as a normal human πŸ₯° Moga rutin baru dapat bantu saya lebih pandai uruskan stress berbanding sebelum ni. Stress tu akan sentiasa ada, cuma kita kena belajar cara mengurusnya, bukan membuangnya. 

Semalam makan nasik lewat jugak. Pukul 5pm baru kami makan nasik. So lepas tu kita start IF dah. Malam tak makan, minum air kosong dengan kopi o tanpa gula je 😊

IF 14 jam sampai esok paginya.

Sekian laporan Misi Turunkan Berat Badan hari ini 🩷

6 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 38

5 January 2024

Misi semalam agak terbabas. Tapi ada 1 rutin baru kita berjaya mulakan semalam. Iaitu pergi briswalk yihihi.

First time kita berani turun sendiri dengan dua orang anak. Yang sorang jalan, yang sorang lagi duduk dalam baby carrier. Risau panas, kita siap bawak kipas ya sambil jalan. Hihihi.

Untuk permulaan, bolehlah tu kan 1.3km je mampu dulu. 

Actually, rasa tepu sangat duduk rumah terperap je. Dini pun terperap je. Kita kuatkan diri bawak keluar semalam. Tempat jalan ni belakang rumah je. Memang untuk pejalan kaki and yang nak berbasikal. Memang untuk orang jogging jugak. 

Before ni jalannya terbiar. MPKj baru siap cantikkan 🩷 

Jadi, tiada alasan lagi untuk tak bersenam ya rakan-rakan. Saya nak biasakan rutin ni dengan anak-anak. Supaya kami semua in good mood always. 

Lately ni rasa moody murung and cepat nak marah. Kita ni nak tidur pun susah. Kalau dah terlelap awal pun, tengah malam mesti akan terjaga 2-3 jam sebab tak boleh nak lelap balik.

Kita dah taknak pusing-pusing dalam rumah untuk banyakkan steps. I want to go out and walk. Tahun ni kita ubah rutin. 

Demi keharmonian diri dan rumahtangga gittew 🩷

Tiada update berformat macam selalu harini. Boring pulak update macam tu. Kita ubah jadi macam penceritaan sikit. Baru best!

5 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 38

"Consistent is the key" πŸ”‘

4 Januari 2024

Puasa Ganti:

(Puasa ganti 30 hari sebab bulan Ramadan haritu mabuk mengandung teruk sangat.

1/30 ✅ (6/12/2023)

2/30 ✅ (7/12/2023)

3/30 ✅ (8/12/2023)

4/30 ✅ (14/12/2023)

5/30 ✅ (16/12/2023)

6/30 ✅ (17/12/2023)

7/30 ✅ (18/12/2023)

8/30 ✅ (19/12/2023)

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Intermittent fasting:


🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Progress:


18 Disember 2024


🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Measurement:


21 Disember 2023


3 Januari 2024


🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Calorie intake:

Ibu menyusu boleh tambah 500kcal. So boleh makan tak lebih dari 1850kcal sehari 🩷

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Water intake:

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Steps today:

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Highlight today:

Sometimes kan I rasa I macam ada postpartum depression πŸ˜… Entahlah kadang-kadang tu mudah menangis and rasa macam penat and malas and burnt out and etc. I think I should have my me-time often this year of 2024. Mari kita cuba cari solution nya.

4 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 37

"Consistent is the key" πŸ”‘

3 Januari 2024

Puasa Ganti:

(Puasa ganti 30 hari sebab bulan Ramadan haritu mabuk mengandung teruk sangat.

1/30 ✅ (6/12/2023)

2/30 ✅ (7/12/2023)

3/30 ✅ (8/12/2023)

4/30 ✅ (14/12/2023)

5/30 ✅ (16/12/2023)

6/30 ✅ (17/12/2023)

7/30 ✅ (18/12/2023)

8/30 ✅ (19/12/2023)

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Intermittent fasting:



🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Progress:

18 Disember 2024



🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Measurement:

21 Disember 2023


3 Januari 2024



🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Calorie intake:



Ibu menyusu boleh tambah 500kcal. So boleh makan tak lebih dari 1850kcal sehari 🩷

Calorie terlebih harini ya rakan-rakan sebab saya mengidam almond chocolate crunchy 🀀 Sebenarnya dah lama sangat teringin dari before bersalin lagi. Harini ada kawan jual and harga clearance, kita cecepat beli. Yihihi. First time rasa almond chocolate crunchy. Nanti nak try buat sendiri versi diet.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Water intake:


🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Steps today:


🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Highlight today:

Selain nak capai berat 50kg, antara new year resolution saya ialah nak support local businesses. Local businesses bermaksud nak support peniaga makanan anak Malaysia (tak kiralah yang ada kedai, yang berniaga dari rumah, atau yang berniaga ditapak niaga yang sah). Nak kurangkan membeli daripada peniaga bukan anak Malaysia sebab nak jadi sebahagian daripada penjana ekonomi tempatan.

Pastu, selama ni suka shopping online. Sekarang nak support peniaga lokal (ditempat saya tinggal), khususnya peniaga anak Malaysia sahaja. Nak kurangkan bershopping online ya rakan-rakan 🀭 

Tema tahun ni, kurangkan shopping kurangkan berat badan πŸ˜† Nak tambahkan steps per day. Kalau shopping online, jari je gerak. Kalau shopping kat kedai steps pun bertambah. 

Begitulah kira-kira. 

3 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 36

"Consistent is the key" πŸ”‘

2 Januari 2024

Puasa Ganti:

(Puasa ganti 30 hari sebab bulan Ramadan haritu mabuk mengandung teruk sangat.

1/30 ✅ (6/12/2023)

2/30 ✅ (7/12/2023)

3/30 ✅ (8/12/2023)

4/30 ✅ (14/12/2023)

5/30 ✅ (16/12/2023)

6/30 ✅ (17/12/2023)

7/30 ✅ (18/12/2023)

8/30 ✅ (19/12/2023)

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Intermittent fasting:

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Progress:

18 Disember 2024


🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Measurement:

21 Disember 2023


🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Calorie intake:


Ibu menyusu boleh tambah 500kcal. So boleh makan tak lebih dari 1850kcal sehari 🩷

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Water intake:

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Steps today:

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Highlight today:

Jauh lagi nak turun ke Normal Range πŸ₯² It's okayy just don't give up!